Thursday, December 10, 2009

UCAPAN SUJUD DAN TAKJUB PADA NIKMAT ALLAH

Mari kita lihat kepada maksud potongan ayat al-Qur’an ini.

Semuanya adalah kehendak Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. (Surah al-Kahfi: ayat 39)

Keterangan Ayat

Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang melihat sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia membaca ayat di atas ini. Nescaya dia tidak akan memudaratkannya." (riwayat Ibnu Sunni)

Al-Imam Abu Muhammad al-Qadhi al-Hussein menceritakan dalam kitabnya al-Taliq Fil Mazhab bahawa, pada zaman dahulu, seorang nabi yang merasa kagum dengan bilangan umatnya yang ramai lalu dalam sekelip mata seramai 70,000 umatnya telah meninggal dunia.

Lantaran itu, Allah SWT telah mewahyukan kepadanya: "Jika kamu meminta perlindungan Allah dengan membaca doa seperti di atas tentulah Allah akan memelihara mereka."

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, amatlah dituntut ke atas setiap individu yang merasa kagum terhadap nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya seperti kebun, tanah, rumah, harta, keluarga dan anak-anaknya agar membaca doa ini. Semoga dipelihara Allah daripada segala bencana. (al-Wabil al-Sayyib, Bab Zikir dan yang dibaca untuk terus mendapat nikmat)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca ayat di atas apabila melihat sesuatu yang mengagumkan agar terpelihara daripada kejahatan mata yang tidak disengajakan. (Fathul Bari, Bab Memohon Perlindungan Allah daripada Mata yang Jahat. Al-Azkar, Bab Apabila Melihat Sesuatu Yang Menakjubkan pada Diri, Anak atau Harta, Lalu Dia Merasa Takut akan Pandangan Mata yang Jahat)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Adakah "MAA SYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLAA BILLAH" yang dimaksudkan Ustaz?

    kalau kita nampak awek cantik dan mengagumkan camna Ustaz?Nak ucap juga ka?:)..fuu..fuu..

    ReplyDelete
  3. Kalau nampak awek cantik dan menggelisahkan Astaghfirullah. Untuk keterangan lanjut hubungi Ustaz Mat Sharif..

    ReplyDelete