Sunday, March 18, 2012

LAHIR ZIONIS


Sultan Abd Hamid 11 Empayar Turki Uthmaniyyah

Sekarang ni timbul pula isu mengYahudikan sesama sendiri..maksudnya ialah kita saling kata mengata bahawa lawan kita lah pengikut dan kawan rapat Yahudi.

Maka nampak seakan timbul kekeliruan mengenai maksud Yahudi, Israel dan Zionis.

Orang Yahudi banyak berhadapan dengan penindasan daripada dunia termasuk orang Eropah. Hitler dan tentera Jerman membunuh sekitar 6 juta umat Yahudi semasa kekuasaannya. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi disebut “Holocaust” menjadikan bangsa Yahudi seolah-olah membalas dendam ke atas seluruh dunia dan menjadikan orang Palestin sebagai mangsa keganasan mereka.

Orang Yahudi banyak membuat pertubuhan bagi membela nasib mereka yang tertindas itu.

Satu pertubuhan yang akhirnya mendapat sokongan kuat seluruh Yahudi ialah World Zionist Organization.

Perkataan zionis berasal daripada perkataan zion yang merujuk kepada Baitul Maqdis sebagai tanah yang dijanjikan untuk keturunan Israel. Secara khusus ia merujuk kepada Bukit Zion yang terletak dalam kawasan Baitul Maqdis.

Konggres pertama pertubuhan Zionis ini yang berlangsung di Basel, Switzerland pada tahun 1897 menjadi titik tolak kepada sejarah penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi.

Mesyuarat zionis peringkat antarabangsa ialah membincangkan wujudnya sebuah negara untuk orang Yahudi. Mereka beranggapan bahawa perlu dikeluarkan orang Yahudi di negara-negara Eropah dan dipindahkan ke sebuah negara yang sepenuhnya didiami serta ditadbir oleh bangsa Yahudi sendiri.

Theodore Herzl, pengasas pertubuhan zionis memulakan langkah yang agressif bagi mendapatkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi.

Herzl melakukan gerakan diplomasi untuk mendapatkan tanah bagi menubuhgkan negara Yahudi. Dia pernah meminta Sultan Abd Hamid daripada Empayar Turki Uthmaniyyah memberikan Palestin kepada Yahudi. Baginda Sultan telah menolak permintaan Herzl tersebut. Kata Sultan Abd Hamid:

“Jika satu hari nanti negara Islam berpecah, kamu boleh mengambil Palestin dengan percuma, tetapi selagi saya masih hidup, saya lebih suka badan saya dipotong-potong daripada memisahkan Palestin daripada tanah orang Islam.”

TIP RASA BAHAGIA


Walau apa pun situasi yang mesti ditempuh samada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, tekanan di tempat kerja dan juga tekanan kehidupan, kita pasti inginkan ketenangan dan kebahagiaan.

Antaranya ialah dengan mengekalkan solat lima waktu dan juga membanyakkan solat sunat dan amalan bersedekah.

Secara fizikal pula, kita oleh amalkan tip seperti berikut.

Duduk di lantai, bersandar ke dinding. Bersandar kat tiang pun boleh. Lunjurkan kaki anda, kedua-dua belah tangan di sisi, pejam mata dan kawal nafas anda. Duduk selama 3 hingga 10 minit. Kita rasakan gerak hati.Tanya hati kita,”Apa aku nak dalam hidup? Nak bahagia ke nak derita?” tentu jawabnya “Nak bahagia.” Kita akan merasa relax dan tenang. Semua urat saraf akan seimbang. Akal semakin waras. Emosi jadi stabil. Perasaan pun tenang. Otak memberi idea yang munasabah. Tindakan akan jadi betul. Kita berada dalam arus alpha, arus bijaksana.

11 ANAK KUNCI PINTU REZEKI


Allah s.w.t. berfirman dalam al-Qur’an yang terjemah tafsirnya seperti berikut:

Dan (Tuhan berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurnian) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan zazb siksa disebabkan apa yang mereka usahakan.

Anak kunci untuk membuka pintu rezeki adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan iman dan taqwa
2. Banyakkan berdoa
3. Banyakkan sedekah
4. Buat baik kepada ibubapa dan orang tua
5. Banyakkan istighfar
6. Melakukan Solat Sunat Dhuha
7. Baca Surah al-Waqi’ah
8. Memberi makan kepada haiwan
9. Jangan menyiksa binatang
10. Eratkan silaturrahim
11. Membayar zakat

Semoga kita dapat amalkan biarlah mula sedikit namun berterusan. Amalan-amalan tersebut tidak memerlukan modal yang besar dan hanya bergantung kepada kekuatan minda kita sahaja untuk melakukannya secara istiqamah. Insya Allah Taala..

Friday, March 16, 2012

DAILOG PELAJAR MELAYU DAN CINA


Ah Seng : Eiy Mat, gua nak tanya samting la. Apsal mak bapak lu bagi nama Mat arr? (sambil membuat muka takde perasaan)

Mat : Oi, mak bapak aku bagi nama Muhammad la… Mat tu nama manje je…(tersengih-sengih menampakkan gigi kuning akibat merokok)

Ah Seng : Ooo…apsal tak panggil lu pakai nama Muhammad ? tu kan lu punye nabi ? tak bangga ke, the most influencial man in the history of mankind. Gua penah baca ada satu buku tulis pasal itu Muhammad.

Mat : Haha…pandai kau ek? Kau nak masuk islam ke baca-baca buku pasal Muhammad ni? Apsal tak baca quran skali terus? Hahaha…

(Mat bangun lantas mengambil beg galasnya bersedia untuk berjalan pulang)

Ah Seng : (Bangun dan mengikuti Mat dari belakang.) Apsal lu gelak bai? Gua suka baca buku, sukati gua la….Lu tak jawab soklan gua lagi. Apsal takde orang panggil lu Muhammad, and apsal lu gelak kalau gua baca quran? Tu kan buku jugak? Jangan risau, GUA TAKKAN MASUK ISLAMLA TENGOK PERANGAI LU NI…by the way, lu Islam ke? Haha…

Mat: Cakap biar berlapik brother, lu nak makan penumbuk gua ke….aku dah lama tak belasah orang ni…Aku tak nak dipanggil Muhammad sebab aku tak nak memburukkan nama nabi aku semata-mata perangai aku…tapi aku Islam dowh…

Ah Seng : Lu Islam macam mana? Orang azan lu lepak je? Lu usha cd blue kat rumah gua selambe je? Lu crita lu ringan-ringan dengan lu punye awek selambe je?

Mat : Ai cina todi ni banyak pulak soal dia, aku sepuk jugak mamat ni karang… Tak kisahla aku buat apa pon, yang penting aku Islam. Ko apa tau ? Mati nanti masuk neraka jugak. ASAL AKU ISLAM, AKU BOLEH MASUK SYURGA, TAK MACAM KAU, KAPIR!!!!

(Mat berlalu meninggalkan Ah Seng sambil menahan marah yang membuak-buak apabila dikatakan tidak mengikut ajaran Islam dan mencontohi sikap nabi….)

Saturday, February 18, 2012

PERINGATAN UNTUK MANUSIA



Gunung Vesuvius lambang kemegahan negara Italy khususnya bagi kota Naples. Gunung berapi ini juga dikenali sebagai “Gunung Kemalangan”. Kenapa? Kerana sebuah kota yang berada di lerengnya mengalami nasib yang serupa dengan kota Sodom. Kota sodom dihuni oleh kaum Nabi Lut yang suka mengamalkan homoseks.

Pompeii adalah kota kebanggaan masyarakat kelas atasan Kerajaan Romawi dan menjadi lambang kemakmuran. Gaya arkitektur rumah-rumah di sana sungguh memukau. Penduduk Pompeii sangatlah makmur.

Pompeii sangat masyhur karena dua perkara.

Pertama, terdapat arena pertarungan gladiator yang kedua terbesar selepas colosseum di kota Rom. Pertarungan hingga mati ini diadakan untuk hiburan orang kaya.

Kedua, kaum bangsawan Pompeii selalu memaksa budak mereka untuk menjadi pelacur dan mereka kerap dijadikan objek perlakuan homoseksual mereka.

Kekayaan yang mereka miliki menjadikan mereka bergelumang dalam dosa hingga Allah s.w.t. meletupkan Gunung Vesuvius lalu dengan pantas laharnya menenggelamkan kota Pompeii dan semua isinya. Semua penduduk Pompeii tidak sempat melarikan diri.

Pada abad ke-20, sekumpulan ahli arkeologi telah menggali sisa runtuhan dari bawah bertan-tan batu-batu gunung berapi. Penemuannya adalah sejarah berusia sekitar 2000 tahun yang benar-benar terjadi. Oleh sebab bencana ini menimpa Pompeii secara tiba-tiba maka semuanya masih tetap dalam keadaan yang sama seperti 2000 tahun yang lalu.

Maka apa lagi..mari lah kita ambil iktibar daripada kejadian yang berlaku itu..apakah ianya masih tidak mampu menginsafkan kita..wahai penyokong LGBT..

KONSPIRASI ANTARABANGSA


Pemerintah Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara Eropah berusaha untuk menukar kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

Di Iraq mereka mengenakan sekatan dagangan ke atas negara tersebut dan seterusnya memburu Saddam Hussein untuk menukar kerajaan dan usaha mereka berjaya.

Di Iran, mereka menghasut dan membantu Iraq berperang dengan Iran. Walau gagal mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran. Ini boleh menyebabkan harga minyak naik di pasaran dunia.

Berbagai sekatan kewangan dan dagangan dikenakan di samping membantu pemberontakan untuk melawan Kerajaan Syria.

Apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah akan memberi bantuan wang dan senjata kepada pemberontak di negara-negara Arab, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

Di Chile dahulu, agen-agen Amerika membunuh Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, supaya mereka dapat menaikkan Jeneral Pinochet yang disokong oleh mereka.

Mereka juga menggunakan media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat bangkit untuk menggulingkan kerajaan yang tidak disukai oleh Amerika dan Eropah.

Di Indonesia pula, sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

Adakah Amerika juga ingin menukar kerajaan Malaysia kerana tidak menyokong negara haram Israel dan mengkritik beberapa dasar kerajaan Amerika?

Siapakah calon kerajaan boneka Amerika Syartikat di Malaysia? Sendiri mau ingat..

Wednesday, February 15, 2012

MAQASID SYAR'IYYAH


Maksud Maqasid Syar’iyyah ialah tujuan atau matlamat disyariatkan sesuatu hukum dalam Islam. Hukum syara’ merangkumi seluruh ruanglingkup hidup manusia samada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

Hubungan antara sesama manusia juga membincangkan berkenaan dengan hubungan antara rakyat dengan pemerintah (siasah syar’iyyah).

Imam Shatibi menulis dalam bukunya al-Muwafaqat, tujuan disyariatkan hukum (Maqasid Syar’iyyah) adalah untuk memenuhi 3 matlamat iaitu:

1. Dharuriyyat
2. Hajiyyat
3. Tahsiniyyat

Dharuriyyat ialah keperluan asas hidup manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Hajiyyat pula keperluan untuk mengatasi kesukaran hidup seperti memiliki kenderaan.

Tahsiniyyat bermaksud keperluan untuk mendapatkan keselesaan hidup seperti kenderaan dan barangan mewah.

Tujuan utama undang-undang atau hukum Islam ialah untuk memastikan keselamatan manusia bagi melindungi 5 perkara iaitu:

1. Nyawa
2. Akal
3. Agama
4. Kehormatan diri
5. Harta

Bagi maksud menjaga kelima-lima perkara tersebut maka Islam mengharamkan perbuatan membunuh, minum arak, murtad, berzina, mencuri dan merompak. Hukum hadd (hudud) akan diambil ke atas pesalah sekiranya sabit kesalahan.

Tujuan syar’iyyah dapat difahami melalui peruntukan nas yang jelas juga melalui kefahaman nas-nas tertentu serta melalui ijtihad mengikut kaedah-kaedah tertentu yang telah digariskan oleh ahli fiqah (fuqaha).

Penggunaan istilah “tujuan syar’iyyah” lebih meluas dalam bidang siasah atau pemerintahan negara.

Pendapat Ibnu Nujaim, siasah syar’iyyah adalah sebagai tindakan pemerintah demi kebaikan rakyat yang dilihat baik meskipun tiada nas atau dalil yang khusus mengenainya.

Pandangan yang serupa juga dinyatakan oleh Ibnu Aqil bahawa siasah ialah tindakan yang diambil oleh pemerintah yang membawa kepada kebaikan manusia dan menjauhkan keburukan daripadanya sekalipun ia tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak terdapat wahyu Allah padanya.

Beberapa contoh mengenai maqasid syar’iyyah dalam hubungan manusia dengan Allah

(a) Ibadat solat. Maqasid syar’iyyah: mencegah daripada keburukan dan kemunkaran.
(b) Ibadat zakat. Maqasid syar’iyyah: membersih diri dan harta daripada kekotoiran zahir dan batin
(c) Ibadat puasa. Maqasid syar’iyyah: membina diri supaya bertaqwa kepada Allah.
(d) Ibadat haji. Maqasid syar’iyyah: simbol ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah.

Beberapa contoh Maqasid Syar’iyyah dalam hubungan antara sesama manusia

(a) Hubungan persaudaraan sesama Muslim

Allah s.w.t. berfirman mengenai hubungan sesama Muslim maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara maka perbaikilah persaudaraan antara saudara kamu.” Maqasid syar’iyyah hubungan baik sesama Muslim berasaskan aqidah adalah untuk membina kekuatan ummah dan keharmonian hidup bermasyarakat.

(b) Hubungan kemanusiaan dengan bukan Muslim

Allah s.w.t. berfirman mengenai hubungan kemanusiaan antara Muslim dengan bukan Muslim maksudnya:“Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan, kami jadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum supaya kamu berkenalan (antara) satu sama lain, sesungguhnya yang lebih mulia disisi Tuhan kamu ialah yang bertakwa” Hubungan muslim dengan bukan muslim berasaskan hubungan kemanusiaan bagi mewujudkan perpaduan kaum.

(c) Hubungan perkahwinan


Allah s.w.t. berfirman maksudnya,”Kahwinilah kamu wanita yang kamu sukai berdua, bertiga dan berempat, jika kamu bimbang tidak berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja.”

Allah menjelaskan mengenai tujuan (maqasid) pernikahan dalam firmanNya yang bermaksud “Dan diantara ayat-ayatNya ialah Dia menjadikan dari kalangan kamu berpasang-pasangan supaya kamu tinggal bersamanya, menjadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan bertimbang rasa. Sesungguhnya yang demikian itu sebagai tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.”

Perkahwinan bertujuan membina hubungan kasih sayang antara keluarga dan mewujudkan ketenangan dalam hidup rumahtangga selain dari menyambung keturunan.

Pengharaman perbuatan membunuh dan hukuman qisas

Tujuan syar’iyyah ialah untuk menjaga keselamatan nyawa orang lain yang lebih ramai.

Pengharaman zina

Maksud atau maqasid syar’iyyah pengharaman zina ialah untuk membersihkan diri daripada kejahatan serta kehinaan disebabkan perbuatan yang keji tersebut.

Pengharaman arak dan judi

Minum arak dan berjudi merupakan perbuatan yang membawa kepada permusuhan atau perbalahan maka hikmah haramnya adalah untuk mententeramkan hidup manusia dan mengelakkan permusuhan. Jelasnya, Islam mengharamkan arak, judi dan menilik nasib bagi menjauhkan diri daripada gangguan syaitan.

Maqasid syar’iyyah pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w.

Setiap hukum yang Allah s.w.t. tentukan mempunyai maqasid atau tujuannya masing-masing mengikut keperluan manusia berdasarkan ketetapan Allah s.w.t.

Contoh-contoh berikut difahami berdasarkan tujuan-tujuan semasa yang syar’iyy:

1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq membakar orang yang melakukan liwat
2. Khalifah Ali Abi Talib menghukum orang yang liwat dengan mencampakkannya dari tempat yang tinggi
3. Khalifah Umar al-Khattab tidak memotong tangan orang yang mencuri pada tahun kemarau teruk
4. Khalifah Umar tidak memberi wang zakat kepada muallaf apabila umat Islam telah kuat
5. Khalifah Uthman bin Affan telah mengarahkan supaya menulis dan mengumpulkan al-Qur’an dalam satu mashaf.