Thursday, December 24, 2009

KEPUTUSAN PMR 2009

Rasanya baru sahaja anak-anak menjalani Ujian PMR bagi tahun 2009 ini. Begitulah dunia yang serba canggih ini memungkinkan segala-galanya dapat diketahui dengan pantas. Sesiapa yang ketinggalan maka akan semakin jauhlah dari perkembangan terkini yang memerlukan segala-galanya bergerak ke hadapan.

Walaupun analisis rasmi masih belum diketahui hari ini, tahniah diucapkan kepada anak-anak SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian yang telah bertungkus-lumus bagi menggapai kejayaan cemerlang.

Kepada yang mendapat 'perfect score' tahniah diucapkan dan kepada anak-anak yang tidak merasa begitu gembira dengan keputusan jangan bersedih kerana sesungguhnya perjalanan anak-anak masih sangat jauh lagi. Berusaha serta bertawakkal kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment