Thursday, December 24, 2009

MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH: MASALAH UMMAH

Nampak-nampaknya Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat beria-ia benar sekarang ini menyerang kerajaan memerintah beserta dengan Mufti yang dituduh beliau sebagai menjalankan tugas bukan sebagai Mufti Islam tetapi Mufti Melayu-UMNO. Mufti Perak yang memberikan nasihat supaya umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar rupanya begitu merunsingkan PAS. Begitulah sikap PAS yang akan menentang sesiapa sahaja dan apa sahaja yang diperkatakan kalau ianya akan menyebabkan PAS hilang keyakinan rakyat.

Nasihat yang baik agar umat Islam di Malaysia bersatu tidak diendahkan oleh PAS. Bila orang ajak bersatu maka dikatakan UMNO/BN gila talak kerana orang tak hendak tapi masih terhegeh-hegeh. Bila ada dari kalangan mereka yang menyokong perpaduan sesama Melayu maka dikatakan orang itu sudah termakan pujuk rayu dan janji manis UMNO.

Bila orang PAS dituduh 'meluluskan' kepentingan orang tertentu hingga menyebabkan 'kerugian' orang Melayu maka dikatakan mereka pejuang hak asasi dan kebebasan rakyat tanpa mengira kaum.

Apabila ada ulamak yang menyeru supaya jangan bersengketa maka mereka tuduh ulamak itu inginkan pangkat keduniaan. Mereka kata ulamak dunia yang pergi pejabat pun naik Mercedes. Tapi bila mereka naik kereta mewah maka mereka samakan diri mereka dengan pejuang tentera berkuda yang menaiki kuda dan kereta kuda yang serba canggih bagi melawan musuh. Siapa musuh mereka? Segala jenis manusia yang bukan dari kalangan yang menyokong mereka secara totok.

Mungkin boleh saya cadangkan kalau ada mana-mana institusi pengajian tinggi supaya menjalankan kajian mengenai pemikiran mereka ini samada mempunyai persamaan atau hubungkait dengan pemikiran Syiah atau konsep Taqiyyah yang masih ada dalam masyarakat umat Islam.


No comments:

Post a Comment