Thursday, December 10, 2009

BULAN PERKAUMAN

Nampaknya akhir-akhir ini, isu perkauman mendapat tempat dalam perbincangan peringkat nasional. Satu pihak mahu supaya jangan timbulkan isu perkauman dan pihak yang lain pula menuduh kerajaan sedang mengamalkan perkauman.

Mereka mahu modul kursus BTN dirombak lebih baik diharamkan kerana kononnya isi kandungannya berbau perkauman.

Tindakan wakil rakyat DAP, Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan kerajaan sebanyak RM748 juta untuk membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga tahun 2008 dan pada masa yang sama menyatakan kerajaan gagal membina rumah ibadat agama lain bersifat perkauman.

Keengganan kaum tertentu untuk menerima sekolah satu aliran adalah disebabkan fahaman perkauman mereka yang sempit.

Mempersoalkan konsep Ketuanan Melayu yang dalam banyak segi pada realitinya lebih banyak menguntungkan kaum bukan Melayu didorong oleh perasaan perkauman.

Tetapi yang mengguris perasaan orang Melayu ialah kalau ianya dilakukan oleh Melayu maka ia dianggap rasis sebaliknya kalau dimulakan oleh bukan Melayu ianya adalah untuk menjayakan konsep 1Malaysia. Itulah tafsiran mereka yang sebenarnya berada pada landasan perkauman.

Kalau kita tidak mampu untuk mengadakan Bulan Perpaduan, tak payahlah kita melancarkan pula Bulan Perkauman.

No comments:

Post a Comment