Thursday, December 10, 2009

PANDANGAN RUSTAM A SANI TENTANG LEE KUAN YEW

Rustam A Sani ialah anak kepada Ahmad Boestamam. Ayahnya Ahmad Boestamam seorang pejuang nasionalis haluan kiri seangkatan dengan Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Hj Mohamad (Pak Sako) dan lain-lain lagi angkatan PKMM.

Allahyarham Rustam sebelum bermulanya gerakan reformasi Anwar Ibrahim seorang kolumnis di akhbar utama negara Utusan Malaysia dan Berita Harian. Beliau juga beberapa kali muncul di kaca TV siaran RTM dan TV3.

Setelah beliau terlibat dalam menyokong gerakan reformasi Anwar, barulah saya menyedari bahawa sebenarnya beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan arus perdana kepimpinan negara namun hal ini tidak saya sedari mungkin disembunyikan pada waktu beliau ligat berceramah, berforum dalam saluran perdana kerajaan samada media cetak mahupun letronik.

Apabila negara sedang dalam polemik perkauman termasuk pengharaman kursus BTN terbaru oleh kerajaan Kelantan, saya terbaca tulisan Allahyarham Rustam berjudul Ketemu Di Alur Zaman. Buku ini saya beli di Tesco Kulai beberapa hari lepas.

Rustam menulis mengenai Lee Kuan Yew yang dimuatkan dalam Bab 3 buku beliau itu. Beliau menyebut Lee Kuan Yew dijadikan oleh parti UMNO sebagai contoh pemimpin penindas Melayu Singapura. Dengan menjadikan Lee sebagai label anti-Melayu, katanya UMNO dan BN selalu memberi amaran apa yang akan terjadi kepada orang Melayu jika kuasa politik terlepas dari tangan orang Melayu dan direbut oleh kaum Cina iaitu kaum Lee.

Rustam berpandangan amaran sedemikian sangat berkesan kepada orang Melayu di Malaysia tetapi tidak diendahkan oleh Melayu Singapura malah mereka tidak menganggap diri mereka tertindas.

Rustam menarik pandangan saya dengan mengatakan bahawa kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura saling mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan jiran masing-masing dan perkara ini akan berulang beberapa tahun sekali selagi kedua-dua pihak akan menjadikan pihak yang satu lagi umpama momok asing sebagai alat untuk mendapatkan sokongan rakyat masing-masing.

Lebih ironis lagi, beliau menyamakan kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura sepertimana Israel memperalatkan peristiwa Holocaust dengan tujuan mengesahkan kewujudan masing-masing dengan mencipta 'momok' asing yang dikatakan akan membahayakan existensi masing-masing.

Persoalan saya, inikah hasil Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah melahirkan seorang ahli akademik yang telah mendidik ratusan malahan ribuan penuntut universiti di mana anak didik inilah yang akan nantinya (ada yang telah terlepas) mengurus dan mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri? Berapakah kos yang telah ditanggung untuk melahirkan seorang pensyarah hingga melanjutkan pengajian ke luarnegara?

Ini hanyalah salah satu watak yang meakili sekian ramai, mungkinkah ramai pensyarah di IPTA ataupun IPTS, IPTA terutamanya yang sepatutnya mengajar dan melaksana serta menghayati dasar kerajaan. Inikah wajah sebenar universiti kita? Tolonglah jawab..




2 comments:

  1. lama tak berkunjung ke blog ni..
    tak da tazkirah baru ka ustaz?..

    ReplyDelete
  2. Semua yang ditulis adalah tazkirah maknanya peringatan. Cuma tazkirah berbentuk cerita agama ada dalam label Tazkirah.

    ReplyDelete