Saturday, October 13, 2012

PROGRAM JALINAN RAKYAT BAHAGIAN BAKRI

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bakri, Muar telah mengadakan program Jalinan Rakyat bersama Biro Tatanegara Negeri Johor. Program yang dirasmikan oleh Datuk Ketua UMNO Bahagian Bakri telah diadakan pada 13 Oktober 2012 bertempat di Kg Kenangan Datuk Abdullah Jaafar.

Saturday, October 6, 2012

MANUSIA BERJASA


1. Beliau mengajak semua negara Islam di dunia membantu umat Islam Bosnia & Herzogovinia yang disembelih oleh Serbia.
2. Tun menghantar ratusan komando secara sulit ke Bosnia bagi membantu umat Islam di sana sewaktu pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai sekalipun negara-negara Arab tidak dapat menghantar askar-askar mereka.

3) Usaha Tun berunding dengan Sultan Brunei bagi mendapatkan dana bernilai berjuta dollar bagi maksud membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk kegunaan tentera Islam Bosnia.

4) Keperihatinan beliau terhadap isu kemanusiaan sejagat menyebabkan beliau menangis semasa melakukan lawatan ke Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Yasser Arafat meminta bantuan dan pertolongan Tun sebagai Perdana Menteri negara Islam ketika Palestin diserang oleh rejim zionis.

6) Keberanian Tun mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Suaranya lantang mengutuk kekejaman Zionis serta mempertahankan maruah Islam dimata dunia.

8) Banyak membaca mengenai Islam dan sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan umat Islam sehingga disegani oleh Dunia Arab.

9) Allah SWT mengizinkan beliau masuk ke dalam KAABAH sedangkan orang Islam berlainan parti memberi gelaran Fir'aun kepadanya.

10) Tun pernah ditembak dan sanggup mengorbankan jawatan tertinggi beliau bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Walaupun memimpin sebuah negara yang kecil namun kehebatannya mengkagumkan dunia kerana mampu bersuara serta menjadi jurucakap umat Islam dan Dunia Ketiga di peringkat antarabangsa. 

Mungkinkah ada pemimpin yang akan meneruskan kehebatan Tun Dr Mahathir Mohamad..