Awang Selamat berbisik hari ini mengenai isu Ketuanan Melayu yang nampaknya masih tidak henti-henti lagi diperkatakan.
Alkisah tersebutlah kisah..seorang Ahli Parlimen mewakili rakyat Ipoh Barat (?), M. Kulasegaran menegaskan tidak akan berhenti memperkatakan isu tersebut. Beliau rasa kalau berhenti bercakap, isu perkauman akan terus meresap ke lubuk sanubari rakyat.
Agaknya baru sekarang semua kaum di Malaysia menyedari wujudnya akan apa yang disebut Ketuanan Melayu. Jadi selama ini isi kandungan Perlembagaan Persekutuan rupanya tidak disedari serta tidak dfahami. Nasib baiklah ada BTN yang menyediakan kurikulum latihan hingga rakyat baru sedar tentang perkara itu. Perkara yang telah lama termaktub sekian lama dibiarkan tanpa ada usaha untuk memahaminya. Kalau tidak sedar dan tidak tahu patutlah Datuk Dr Zambry Kadir cadangkan supaya kandungan kursus BTN patut dihebahkan kepada semua orang.
Apa tujuan isu Ketuanan Melayu dihighlightkan semula oleh bukan Melayu?
Adakah mereka mahu padamkan sejarah? Supaya kita sama-sama bersetuju untuk hapuskan istilah atau terminologi"bumiputera"? Supaya menyokong makna "Malaysian Malaysia"? Supaya mengatakan konsep 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia? Supaya orang Melayu sedar bahawa mereka sudah tidak berhak kini untuk bercakap mengenai nasib mereka? Jawapannya ada pada mereka yang sibuk menghentam BTN.
Saya amat terharu apabila Tun secara terbuka menyokong BTN. Orang-orang yang mempersoalkan BTN mesti tahu Tun bukan sahaja berceramah dalam kursus BTN malah Tunlah yang bertanggungjawab mengangkat darjat BTN dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mempersoalkan BTN bemakna sekaligus memperlekehkan jasa Tun dalam menanamkan nilai-nilai murni ke dalam hati nurani rakyat Malaysia.
Carilah pengaruh dan kekalkan sokongan kaum anda dengan cara yang lebih berhemah. Jangan buat promosi murahan sempena akhir tahun 2009 ini. Wassalam.
ABD MUN'EM- Bila lah nak habis semua ini.

No comments:
Post a Comment