Monday, August 11, 2014

HEBAT PEDANG ATAU ORANGNYA

Islam tidak disebarkan melalui peperangan namun peperangan wujud atas sebab tertentu

Sayyidina Ali mempunyai sebuah pedang yang sangat terkenal. Pedang baginda yang bernama Zulfaqar sentiasa dibawa dalam setiap peperangan menentang musuh. Sayyidina Ali beraksi hebat dalam semua pertempuran baginda sehingga mencapai kemenangan.

Pedang Zulfaqar dipercayai tersimpan di Muzium Arab Saudi
Seorang sahabat yang mendengar cerita mengenai kehebatan pedang tersebut tertarik untuk mencuba menggunakannya, Beliau berkata kepada Sayyidina Ali:

Bolehkah aku meminjam pedangmu wahai Ali? Aku sangat tertarik dengan cerita yang aku dengar maka aku berhasrat untuk meminjamnya supaya aku dapat merasai kehebatan pedangmu itu.
Sayyidina Ali pun meminjamkan pedangnya kepada sahabat yang meminta. Sahabat tersebut kemudiannya pergi berperang dengan pedang Sayyidina Ali.

Pedang Amru bin Al-As
Setelah habis berperang, pedang tersebut dipulangkan kembali dan Ali bertanya:

Bagaimana dengan pedangku itu?
Jawapan yang diterima Ali:

Aku telah menggunakan pedang. Tetapi aku mendapati ianya hanyalah pedang biasa sama seperti pedang yang lain dan aku tidak nampak apa-apa kelebihan pedang ini. Tidak sepertimana cerita yang aku dengar sebelum ini.
Sayyidina Ali menjawab:
Kamu hanya meminjam pedangnya tetapi kamu tdak meminjam tangan yang menggunakan pedang tersebut.
Salah sebuah pedang yang digunakan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Begitulah juga dengan teknologi yang kita gunakan pada hari ini. Teknologi yang canggih hanyalah alat yang boleh digunakan untuk manfaat manusia sejagat. Sekiranya kita menggunakannya untuk kebaikan maka kita dapat berbakti kepada manusia lain namun jika sebaliknya yang berlaku, kemusnahan alam dan kehilangan nilai kemanusiaan pasti terjadi. Hakisnya nilai-nilai murni akibat kerakusan manusia menyalahgunakan teknologi. 

  

Sunday, August 10, 2014

KELUARGA DIRAJA ARAB SAUDI KETURUNAN YAHUDI

Benarkah Keluarga Diraja Arab Saudi berasal dari keturunan Yahudi Bani Qainuqa'?
Pokok keturunan keluarga Saud
Pengakuan Menteri Kabinet Lebanon

Bekas Menteri Kabinet Lebanon, Wein Wahab telah membuat satu kenyataan di dalam satu rancangan temuramah melalui Televisyen Lebanon pada 13 Jun 2008 yang mendedahkan fakta menggemparkan bahawa Keluarga Diraja Arab Saudi berasal daripada keturunan Yahudi Bani Qainuqa'.
Yahudi Bani Qainuqa' telah dihalau keluar dari Madinah oleh Rasulullah s.a.w. kerana mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai bersama iaitu semua warganegara Madinah wajib mempertahankan negara sekiranya diserang oleh musuh. Sebaliknya mereka telah membantu pihak Quraisy Musyrikin Mekah untuk mengalahkan tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w.
Gambaran pelukis kabilah Arab di padang pasir


Menurut Wahab, keturunan Yahudi Bani Qainuqa' kini membalas dendan kepada Rasulullah s.a.w. dengan menguasai seluruh Semenanjung Tanah Arab termasuk dua tanah suci umat Islam yakni Mekah serta Madinah.

Pengumuman Wahab tersebut walaubagaimanapun tidak tersebar ke luar Lebanon dan hanya diketahui oleh tidak ramai manusia. Beliau juga mendedahkan bahawa kerajaan Arab Saudi bertindak menaja sebuah parti di Lebanon untuk memecahbelahkan umat Islam.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa pemimpin yang memerintah Semenanjung Arab selepas baginda bukan daripada keturunan baginda
Kajian oleh Mohammed Sakher
Satu kajian ilmiah yang dijalankan oleh Mohammed Sakher pada tahun 2008 yang membuktikan asal-usul keluarga Saud ini telah membawa kepada pembunuhannya dipercayai didalangi oleh regim Saudi. Penerangan mengenainya boleh didapati daripada pautan berikut:


Pengakuan al-Malik Faisal
Malik Faisal membuat pengakuan kepada akhbar Washington Post
Pada tahun 1960an, dua buah stesen televisyen iaitu Saut al-Arab (Mesir) dan Yaman Broadcasting (Yaman) telah mengesahkan keyahudian keturunan Bani Saud. Akibat desakan masyarakat antarabangsa terutamanya ahli sejarah, Malik Faisal telah membuat pengakuan kepada akhbar Washington Post edisi 17 September 1969 seperti berikut:
 "We, the Saudi Family, are cousins of the Jews: we entirely disagree with any Arab or Muslem Authority which shows any antagonism to the Jews; but we must live together with them in peace. Our country (ARABIA) is the Fountain head from where the first Jew sprang, and his descendants spread out all over the world."
Mohammad Amin al-Tamimi, Pengarah Perpustakaan Kerajaan Saudi telah mengaitkan keturunan Saud dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan di atas pemalsuan tersebut, dia telah menerima tiga puluh lima ribu pound Mesir daripada Kedutaan Arab Saudi di Mesir pada tahun 1943.
Sampai bilakah Keluarga Saud akan memerintah Semenanjung Arab
Apakah cara berfikir keluarga Saud menyamai pemikiran Yahudi
Lencana polis Arab Saudi memperlihatkan simbol mata satu Dajjal yang digunakan oleh kumpulan Freemasons, penyembah syaitan


Thursday, August 7, 2014

ASAL-USUL NEGARA ARAB SAUDI

Sebelum tahun 1902, apa yang dikenali sebagai Arab Saudi sekarang adalah merupakan Semenanjung Arab (Arab Peninsula). Kawasan tersebut berada di bawah pemerintahan Kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyyah. Keluasan Empayar Turki Uthmaniyyah yang besar menyebabkan ada di antara kawasan-kawasan yang cuba membebaskan diri daripada pemerintahan di Istanbul. Semenanjung Arab berada di bawah kawalan pusat pemerintahan di Kaherah, Mesir.
Keluasan Empayar Khalifah Turki Uthmaniyyah

Salah satu daripada kawasan atau wilayah yang berhasrat untuk membebaskan diri daripada penguasaan Empayar Turki Uthmaniyyah ialah Al-Diriyyah berdekatan dengan Riyadh dan Najd. Gabenor atau pemimpin al-Diriyyah pada masa itu ialah Muhammad bin Saud yang dikenali dengan nama Ibnu Saud.
Runtuhan al-Diriyyah

Pada tahun 1740, seorang agen British telah berjumpa dengan Muhammad bin Saud dan Muhammad bin Abd Wahhab dan mereka merancang untuk keluar daripada penguasaan Turki Uthmaniyyah. Pemberontakan yang dilancarkan telah berjaya menubuhkan kerajaan sendiri yang pertama pada tahun 1744.

Muhammad bin Abd Wahhab seorang pengasas ajaran sesat Wahhabi yang sangat rapat dengan Muhammad bin Saud. Anak lelaki Muhammad bin Saud telah berkahwin dengan anak perempuan Muhammad bin Abd Wahhab menjadikan hubungan antara pemerintah al-Diriyyah dengan kumpulan Wahhabi menjadi asas kepada pembentukan negara Arab Saudi sehingga kini. 
Keluarga Saud


Apabila Ibnu Saud meninggal dunia pada tahun 1765, Abd Aziz telah menggantikannya sebagai pemerintah al-Diriyyah sehingga tahun 1803. Beliau telah menjadikan fahaman Wahhabi sebagai sandaran utama pemerintahan negara dan bertindak memusnahkan maqam Sayyidina Ali dan Sayyidina Hussin atas alasan mengelakkan perbuatan syirik pengikut Syiah.

Pada tahun 1803, Abd Aziz dibunuh oleh seorang pengikut Syiah dan digantikan oleh oleh anaknya Saud bin Abd Aziz sehingga tahun 1814 dan kemudiannya digantikan oleh anaknya Abdullah bin Saud.
Lakaran Abdullah bin Saud
Pada tahun 1818, serangan daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah berjaya meletakkan kembali al-Diriyyah di bawah penguasaan mereka dan Abdullah bin Saud bersama beberapa pemimpin lan telah dipenjarakan. Setelah itu, penentangan keluarga Saud untuk membebaskan al-Diriyyah berlangsung selama lebihkurang 80 tahun lamanya.

Pada tahun 1902, Abd Aziz yang memerintah kawasan tersebut telah berjaya membebaskan diri daripada Turki Uthmaniyyah dan menawan bandar Riyadh. Kejayaan besarnya itu menyebabkan beliau diberi gelaran Ibnu Saud mengambil sempena nama pengasas keturunan Saudi. Maka keluarga Saud menamakan negara Arab yang baru ini dengan meletakkan nama keluarga mereka iaitu Arab Saudi seolah-olah negara tersebut adalah milik keluarga mereka.

Bagi memastikan al-Diriyyah tidak lagi diancam oleh Turki, Ibnu Saud telah menjalinkan hubungan dengan Kerajaan British dan menjadikan Semenanjung Arab sebagai naungan Kerajaan British. British menaungi Arab Saudi dari tahun 1915 hingga 1926.
Pertemuan di antara Abd Aziz Ibnu Saud dengan Presiden Franklin D Roosevelt di atas kapal USS Quincy

Sebelum Ibnu Saud meninggal dunia pada tahun 1953, baginda telah mengadakan hubungan dengan Kerajaan Amerika Syarikat. Melalui wakil Yahudi iaitu Presiden Franklin D Roosevelt, satu persetujuan telah dicapai antara Kerajaan Arab Saudi dengan Amerika Syarikat.
Selepas itu, pelbagai perjanjian perdagangan telah dimeterai yang membawa kepada kehidupan keluarga Saud ditimbuni kekayaan hasil royalti minyak yang diusahakan oleh Amerika.

Kajian juga dibuat mengenai asal-usul Keluarga Diraja Arab Saudi
Sebuah bank negara untuk Arab Saudi telah ditubuhkan dan syarikat BP dan Royal Dutch Shell diberi hak untuk melombong minyak di seluruh Arab Saudi.
Hubungan baik dengan Amerika masih terjalin dengan baik?



TUNKU ABD RAHMAN DAN ISRAEL

David Ben Gurion
Beberapa hari sebelum Tanah Melayu merdeka, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah menghantar surat mengucapkan tahniah kepada Tunku Abd Rahman bersempena dengan Perisytiharan Kemerdekaan yang akan dibuat oleh Tunku.

Moshe Sherett
Sebelum itu, Moshe Sherett yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel kedua pula telah datang ke Tanah Melayu untuk berjumpa dengan Tunku Abd Rahman pada 14 Oktober 1956 dengan hasrat untuk membuka Kedutaan Israel di Kuala Lumpur. Tunku menolak cadangan tersebut.
Menteri  Luar Israel telah meminta supaya sahabat baik Tunku iaitu Lim Kee Siong yang berada di Israel atas urusan Kejohanan Bolasepak Asia pada bulan Mei 1964 agar dapat memujuk Tunku namun semuanya telah ditolak oleh Tunku.   

Passport Malaysia tidak memungkinkan rakyat Malaysia berkunjung ke Israel sehingga kini. Namun usaha untuk mengawal Malaysia tetap diteruskan. Siapakah boneka mereka?

Tuesday, August 5, 2014

PEMIMPIN DUNIA ISLAM

AL-MALIK FAISAL DALAM KENANGAN

AL-MALIK FAISAL DAN HENRY KISSINGER

King atau Malik Faisal dari keluarga Saud merupakan seorang yang banyak berjasa kepada umat Islam. Sehingga kini, umat Islam di Malaysia masih lagi menggunakan Dewan al-Malik Faisal di Petaling Jaya daripada bangunan tersebut digunakan oleh Fakulti Pengajian Islam, UKM, Maktab Perguruan Islam dan Universiti Islam Antarabangsa. Dewan tersebut hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada jasa dan sumbangan raja tersebut.

Perang Arab-Israel pada tahun 1973 membuktikan keberanian serta ketegasan King Faisal dalam menghadapi kuasa besar dunia Amerika Syarikat, Amerika dan Barat yang menyokong Israel telah disekat bekalan minyak oleh baginda sebagai protes terhadap kezaliman yang telah ditunjukkan ke atas bangsa Arab.
Tegas dan berprinsip

Henry Kissinger telah memberi amaran kepada Malik Faisal untuk memusnahkan kawasan minyak sekiranya sekatan bekalan minyak diteruskan oleh kerajaan Arab Saudi. ketegasan baginda tidak menyenangkan Amerika Syarikat dengan memberi jawapan tegas seperti berikut:

You are the ones who can't live without oil. You know we come from the desert, and our ancestors lived on dates and milk and we can easily go back and live like that again.

Setiausaha Luar Amerika, Henry Kissinger dalam memoirnya menulis, apabila beliau berjumpa Malik Faisal di Jeddah, beliau sambil bergurau berkata kepada baginda:

My plane ran out of oil, so will Your Majesty order it to get supplied with oil and we are ready to pay at international rates?
Malik Faisal tidak ketawa pun dengan gurauan Kissinger lantas berkata:

And I’am an old man who wishes to pray in Al-Aqsa before I die, so will you help me in my wish?”
Majalah Time mengiktiraf sumbangan Malik Faisal

Malik Faisal ditembak sehingga meninggal dunia pada 25 Mac 1975.  Adakah kemangkatan baginda juga merupakan konspirasi CIA?






Thursday, July 31, 2014

LAMBAIAN KAABAH





Menara yang menunjukkan sempadan atau miqat makani
Pasar di luar Masjid Nabawi
 Pintu Masjidil Haram
Perkuburan Baqi' yang menyimpan jasad sahabat Nabi s.a.w. dan pejuang Islam
Pemandangan indah Masjid Nabawi
Manusia sanggup bersusah payah untuk mengenang perjuangan Nabi s.a.w.
Pemandangan sungguh mempesona
Ibadah Saie mengingatkan kita kepada peristiwa Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail
Air zam zam tersedia untuk jemaah
Keindahan menggamit kerinduan beribadah
Insan tetap datang walau apa yang menghalang
Mimbar masjid Nabawi
Sama-sama menikmati kelebihan air zam zam
Keindahan pada waktu malam
Kaabah di kala hujan membasahi bumi
Berbentuk payung yang indah menawan
Kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi
Jutaan manusia sentiasa membanjiri
Hajar Aswad
Matlamat setiap Muslim
Kaabah di masa lampau
Siang dan malam tetap beribadah
Model Kaabah menghimbau kerinduan
Bangunan di sekeliling dibina indah
Baitullah pada satu sudut pandangan yang indah