Menurut Ensaiklopedia Islam, definasi fatwa ialah keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan) berdasarkan al-Quran, hadis dan sumber hukum lain termasuk ijtihad mufti (atau mereka yang berhak tentang membuat keputusan hukum syarak).
Pada zaman Rasulullah s.a.w., segala permasalahan yang timbul begitu mudah untuk mendapat jawapannya. Segala kemusykilan segera akan mendapat jawapan kerana Rasulullah s.a.w. masih hidup dan segala keputusan baginda adalah muktamad.
Para sahabat ridhwanullahi alaihim mendapat penjelasan yang sungguh tepat dan memuaskan hati mereka lantaran jelasnya penerangan daripada Rasulullah s.a.w. Tempoh selama 23 tahun pengutusan Rasulullah s.a.w. sudah cukup bagi menjelaskan prinsip-prinsip Islam atau hukum-hukum Islam untuk dilaksanakan sepanjang zaman hingga ke saat-saat akhir kewujudan dunia ini iaitu Qiamat.
Selain penerangan Rasulullah s.a.w. yang sangat jelas berkaitan dengan prinsip aqidah dan syariah, para sahabat yang tidak ada masalah langsung kerana mereka dilahirkan dalam keadaan “bi lisanin arabiyyin mubin” yakni kefahaman mereka terhadap Bahasa Arab yang jitu telah menanamkan ruh keIslaman dengan begitu kuat hingga mereka mampu berhujjah dengan prinsip-prinsip Islam walau di mana dan di hadapan sesiapa pun jua.
Peristiwa Jaafar bin Abi Talib yang begitu fasih memberikan penerangan mengenai Islam di hadapan Raja Najjasyi yang beragama Kristian termasuk apabila ditanya mengenai Nabi Isa menurut pandangan Islam telah diterima dengan baik oleh raja tersebut. Jaafar menyatakan isi kandungan pengajaran Islam yang sebenar tanpa menimbulkan kemarahan raja tersebut.
Begitu juga sejarah telah menukilkan bahawa sejak abad pertama hijrah lagi, telah ada pendakwah seperti Saad bin Abi Waqqas yang pergi ke negara Cina untuk mengembangkan agama Islam dan mendirikan masjid di sana. Sudah tentu antara tugas utama para pendakwah di situ ialah menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh mereka yang ingin tahu mengenai agama yang baru ini.
Gabenor-gabenor yang dihantar oleh Khulafa al-Rasyidin ke tempat-tempat yang jauh dari Madinah bertugas antara lainnya ialah mempastikan pengajaran Islam dapat disampaikan dengan jelas terutamanya kepada orang-orang ‘ajam iaitu golongan yang bukan Arab yang perlukan penjelasan lebih-lebih lagi latarbelakang mereka yang begitu jauh berbeza daripada orang Arab.
Dalam Tasawwur Islam atau “Islamic World View”, konsep al-Thabat dan al-Murunah sangat penting difahami dan wajar dimengerti kerana di sinilah terlihat akan keindahan Islam. Islam itu indah kerana ianya sesuai dengan segala zaman dan semua tempat.
Maka tanggungjawab untuk memberikan kefahaman kepada umat Islam dan bukan Islam adalah terletak kepada bahu ulamak. Di antara aspek yang mesti diberikan perhatian ialah aspek hukum-hukum Islam yang perlu diberikan makna dan tafsiran sebagai penyelesaian kepada masalah-masalah semasa.
Apa yang dimaksudkan dengan masalah-masalah semasa ialah perkara-perkara yang tidak timbul secara khusus dan nyata pada zaman Rasulullah s.a.w. sedangkan apa yang disampaikan oleh baginda telah lengkap atau syumul. Pengajaran iaitu risalah kenabian telah lengkap sempurna sebagaimana maksud hadis Rasululleh s.a.w.”Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iatu Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnahku.”
Prinsip al-Thabat (tetap dan tidak boleh berubah) dan al-Murunah (mudah lentur dan boleh berubah) sangat penting difahami oleh umat Islam seluruhnya. Namun dalam kepelbagaian peringkat dan tingkat kefahaman ummah, mereka mengharapkan penjelasan segera kepada isu-isu baru yang tidak timbul secara khususiyyah pada zaman Nabi s.a.w. tetapi mereka pasti Islam ada jawapan kepada setiap permasalahan ummah.
Salah satu daripada institusi yang diharapkan oleh masyarakat Islam ialah institusi fatwa. Jawatan yang berkaitan dngan nstitusi fatwa ialah Mufti. Ada di antara jawatan mufti di sesetengah negeri yang bertaraf ahli Exco Kerajaan Negeri. Jangan nafikan kedudukan mufti didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) adalah antara jasa kerajaan memerintah sejak merdeka demi mengangkat martabat institusi agama di negara ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad serng menyebutkan tafsiran Islam perlu dibuat bagi menjelaskan isu-isu terkini. Ini bukan bermakna Islam disesuaikan dengan keperluan semasa tetapi bagaimana jawapan Islam kepada perkara-perkara berbangkit masa kini. Bagaimana keadaan semasa dapat di”Islam”kan supaya kita kekal hidup dalam syariat Islam?
Sebagai misalannya, apakah hukum memindahkan kornea mata si mati kepada orang lain yang masih hidup? Bolehkah dilakukan pemindahan jantung kepada orang lain? Itu antara contoh-contoh dalam bidang perubatan. Suatu waktu dahulu, ada kes di mana seorang doktor wanita hanya memeriksa pesakit lelaki dengan menggunakan hujung pensil sahaja kerana menurut pandangannya tidak boleh menyentuh anggota tubuh pesakit berlawanan jantina kerana hukumnya haram. Hukum haram tetap kita katakan haram namun apa penyelesaiannya?
Dalam sistem ekonomi Islam, apakah hukum yang ada sekarang ini terlibat dengan riba atau tidak? Saya teringat kepada Prof Madya Dr Faisal Othman, seorang kolumnis dalam Majalah Massa yang menyebutkan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada sistem bank seperti yang ada pada hari ini. Oleh itu, bagaimana yang dikatakan riba atau setakat manakah batasan yang dikatakan riba itu?
Dalam bidang politik pula, mungkin akan menimbulkan masalah lagi kerana masing-masing ingin menegakkan benang masing-masing.
Bagaimana sistem politik Islam? Adakah Negara Islam berbentuk republik atau monarki? Adakah sistem pilihanraya atau demokrasi sesuai untuk menegakkan undang-undang Islam? Bagaimana model negara industri menurut pandangan Islam? Rasanya Tun Dr Mahathir Mohamad telah lama menyedari hal ini lantas mencadangkan penggunaan matawang sendiri bagi Negara-negara Islam.
Maka adalah menjadi tanggungjawab institusi mufti dan Majlis Fatwa untuk membukukan fatwa-fatwa berbentuk penyelesaian isu-isu semasa bagi menggambarkan keindahan Islam sesuai dengan konsep al-Thabat (tetap) dan al-Murunah (boleh berubah) sebagai wadah memperjelaskan keindahan Islam.
Dan amatlah malangnya seandainya ianya juga dipolitikkan oleh orang Islam sendiri yang obsess kepada kuasa. Masya Allah!

No comments:
Post a Comment