Wednesday, May 11, 2011

UMNO MASIH RELEVAN?

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran UMNO yang ke 65, persoalan yang ditimbulkan oleh generasi muda antaranya apakah UMNO masih relevan dalam zaman ledakan informasi dan teknologi maklumat kini. Adakah UMNO sudah boleh menyerahkan kuasa keramatnya kepada mana-mana parti lain atau tidak ada satu parti mana pun yang akan dapat mengambil alih teraju UMNO dan sekiranya berlaku peralihan kuasa maka ianya tidak akan sama dengan masa lalu iaitu ketika kita bersama UMNO.

Golongan yang mahukan angin perubahan dengan pantas akan meminta UMNO supaya segera berundur dan menyerahkannya kepada parti lain. Zaman kegemilangan UMNO telah berakhir. Kami akan kenang jasa serta pengorbanan UMNO yang tersimpan kemas dalam Arkib Negara dan hiasan indah di Muzium Negara. UMNO kini ibarat seorang datuk yang telah bersara dan anak cucu akan senantiasa menziarahi bagi mengenangkan kembali segala memori indah ketika sang datuk masih kuat dan bertenaga.Anak cucu yang masih kuat bekerja akan selalu menyebut-nyebut bahawa datuknya dulu memang hebat dan segala ilmu datuk telah pun diwarisi dengan sebaik mungkin walaupun ada penambahbaikan maklumlah zaman datuknya dulu tidak secanggih zaman kini namun semangat datuklah yang menjadi pendorong dan perangsang kepada kami semua, katanya.

Apakah kepahlawanan datuk masih belum dapat ditandingi oleh anak cucunya?

Apa yang jelas ialah UMNO adalah parti orang Melayu, dulu, kini dan selamanya. UMNO sejak dari dulu adalah parti teras kepada pakatan parti politik Perikatan yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974 yang membawa kemenangan cemerlang pada Pilihan Raya Umum tahun tersebut. Jelas semangat permuafakatan antara kaum telah terbukti mampu membawa keamanan, kesejahteraan serta kemakmuran melalui perancangan rapi dan berani kerajaan hasil mandat yang telah diamanahkan. Orang bukan Melayu menyokong segala dasar dan bantuan kerajaan kepada orang Melayu di Parlimen atas semangat setiakawan yang tinggi.

UMNO parti terawal ditubuhkan, parti penggerak penentangan Malayan Union, penetap fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera tanpa mendiskriminasikan hak warganegara lain, parti ytang menjadi alat penyatuan rakyat pelbagai kaum untiuk berjuangh bagi mencapai kemerdekaan dan juga berperanan sebagai pembina kestabilan politik, ekonomi, sosial dan keamanan negara.

Pada PRU ke 12, Barisan Nasional tidak memperolehi 2/3 bilangan kerusi Parlimen. Sungguhpun begitu, UMNO memenangi 66% kerusi Parlimen yang ditandingi oleh calon UMNO dan angka ini merupakan tertinggi berbanding parti-parti lain yang meletakkan orang Melayu sebagai calon mereka. Ini memberi gambaran bahawa secara prinsipnya UMNO masih menjadi parti yang mendapat kepercayaan orang Melayu.

Namun UMNO tidak boleh leka untuk terus menggembeling tenaga sesuai dengan perubahan masa, kehendak rakyat yang semakin rencam, fitnah parti pembangkang yang menggunakan media alternatif dan membina tamadun bangsa melalui pendekatan proaktif dan strategik.

Asas dan tujuan UMNO

Perjuangan UMNO adalah untuk alif, ba dan ta-agama, bangsa dan tanahair.

-Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
-Mendokong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagan negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan
-Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama
-Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan bumiputera khususnya dan rakyat Malaysia umumnya
-Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
-Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Perjuangan seperti yang tersebut di atas masih relevan dan hanya UMNO sahajalah yang dapat merealisasaikan matlamat tersebut. Jangan kita bermain dengan api yang akhirnya kelak akan membakar bangsa Melayu yang menjadi tonggak kepada keamanan serta kesejahteraan rakyat.

JANGAN LUPA SEJARAH BANGSA MELAYU DI TANAHAIR SENDIRI..

No comments:

Post a Comment