Friday, May 13, 2011

DOA PERBARISAN PETANG

ALLAHMUMMA YA RAZZAK YA SHAKUR

Segala puji bagi Allah yang mentadbir segala urusan
dan yang menentukan segala keputusan
Maha Suci Allah yang melimpahkan alam
dengan segala nikmat dan pemberian

ALLAHUMMA YA RAHMAN YA RAHIM

Sempena perhimpunan kami di petang ini
kami sekali lagi menadah tangan memohon rahmat Mu
semoga dengan rahmat itu
Engkau memberikan taufiq dan hidayah kepada kami
dan Engkau mengampuni segala dosa kami
atas segala kesilapan, kekurangan dan kelemahan

ALAHMUMMA YA WASI'AL IHSAN

Engkau berkatilah perhimpunan ini
yang dengan barakah itu
Engkau menerima segala usaha kami
Engkau reda dengan segala amal kami
dan Engkau membimbing kami
untuk menjadi hamba Mu yang berazam murni
untuk berkhidmat dan berbakti
dengan mematuhi segala perintah Mu
dan menjauhi segala larangan Mu

ALAHMUMMA YA FATTAH YA ALIM

Engkau jadikanlah perhimpunan ini
perhimpunan yang dirahmati
perpisahan selepasnya
perpisahan yang terpelihara

No comments:

Post a Comment