Saturday, May 14, 2011

ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU



Buku yang membicarakan persoalan Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.Buku ini patut diwajibkan kepada semua orang Islam bangsa Melayu di negara kita. Apa yang membimbangkan ialah semua orang merasa berhak untuk bercakap mengenai Islam dan Melayu tanpa merujuk kepada sumber yang menjadi rujukan utama.

Walaupun ada sesetengah ahli akademik yang menyifatkan Islam hanya "pagan" iaitu bersifat kulit luar sahaja tetapi "isi" di dalamnya tidak Islamik, buku ini akan dapat memberikan jawapan bagaimana kedatangan Islam dapat mennagkat martabat Melayu hingga berubah tasawwur atau weltanshauung iaitu pandangan hidup masyarakat Melayu.

Islam yang sampai ke Alam Melayu seiring dengan zaman kejatuhan umat Islam di Sepanyol dan Dunia Eropah namun ini tidak menghalang Islam daripada bertapak di Alam Melayu hinggakan masyarakat Umat Islam menjadi majoriti di sesetengah tempat di Nusantara.

Walaupun umat Islam menjadi golongan minoriti di sesetengah negara di nusantara, namun ianya tidak menghalang semangat mereka untuk terus mempertahankan akidah mereka sekalipun ditindas oleh pemerintah beragama lain.

Sudah tentu akidah Islamiah ini telah melalui proses "pasak" yang agak lama melalui usaha para ulama dan pendakwah yang tidak jemu-jemu mengajar serta mendidik ummah agar menjadi pengamal Islam bermula dari peringkat fardu ain hingga lah kepada sistem pemerintahan bernegara.

Kini terpulanglah kepada kita untuk meneruskan dakwah Islam sebagai memastikan kesinambungan perjuangan pendakwah terdahulu. Usaha Wali Songo dan ulama-ulama lain dikenang seperti nama-nama ulama di dalam kitab sastera sejarah Melayu umpamanya Tun Jana Khatib melambangkan peranan golongan agama dihargai oleh penduduk tempatan.

No comments:

Post a Comment