Sunday, May 8, 2011

BUKU JINGGA

Saya tertarik dengan apa yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga. Sebagai orang yang berpendidikan tinggi, sepatutnya kita boleh menerima atau menolak tawaran tersebut dengan hujjah-hujjah yang bernas.

Apa yang dijanjikan oleh PR kepada anak-anak peneroka FELDA?

Mereka menjanjikan untuk memberikan atau menyerahkan tanah yang diurus oleh Felda Plantations kepada semua anak-anak peneroka supaya seperti yang kita dapat jangkakan agar semua mereka memiliki tanah.

Tanah yang berjumlah 331,000 hektar itu akan dibahagikan kepada seramai 1.6 juta anak-anak peneroka maka secara puratanya setiap orang akan memperolehi satu ekar tanah seorang. Apakah yang boleh dilakukan dengan tanah seekar itu, apa yang dapat dijangka, mereka akan jual tanah tersebut. Banyak tanah tersebut berada di Sabah. Beranikah mereka ambil tanah-tanah tersebut daripada orang Sabah?

Sedangkan peneroka Felda kini hasil usaha kerajaan telah keluar dari golongan berpendatan rendah kepada pendapatan sederhana iaitu RM3000 sebulan.

Belum lagi dikira anak-anak peneroka yang telah menikmati jawatan berpendapatan tinggi seperti menjadi juruterbang, pensyarah universiti, pengurus bank dan guru serta lain-lain profession yang mendatangkan pendapatan yang lumayan hasil pendemokrasian pendidikan.

Mungkin PR telah menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai 30,000 kakitangan Felda yang akan hilang mata pencarian bila cadangan mereka ini dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment