Monday, May 9, 2011

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

Antara aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan di bawah Perdana Menteri ialah program transformasi kerajaan atau Government Transformation Programme. Jabatan kerajaan yang merupakan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan visi dan misi kerajaan mesti menunjukkan kecekapan dalam menyampaikan khidmat kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik.

Pentingnya jabatan kerajaan sebagai alat yang menghubungkan antara pihak pemerintah dengan rakyat semakin meningkat. Segala jurang yang merenggangka antara kedua-dua pihak ini mesti dirapatkan. Kepercayaan rakyat jangan disia-siakan. Ianya boleh menjadi luntur hanya kerana prstasi agensi tersebut dalam menyelesaikan masalah rakyat.

GTP bertujuan untuk mentransformasikan daya usaha kerajaan agar lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan bagi memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju.

Ia menekankan pencapaian 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memberi keutamaan kepada rakyat iaitu:

-Mengurangkan jenayah
-Membasmi gejala rasuah
-Meningkatkan kualiti pendidikan
-Meningkatkan pendapatan isi rumah
-Menyediakan infrastruktur asas yang lengkap dan mencukupi di luar bandar
-Meningkatkan jaringan dan akses pengangkutan awam bandar

No comments:

Post a Comment