Saturday, May 14, 2011
MILIK RAJA MELAYU KINI TINGGAL KENANGAN
Sultan Abdullah Mukarram Syah memerintah Kedah sekian lama. Baginda telah memberikan hak penempatan kepada Kapten Sir Francis Light dari Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan alasan perniagaan. Perjanjian dibuat sekiranya Kedah diserang oleh musuh termasuk lanun, SHTI akan membantu baginda dan Kesultanan KedaH.
Light ingkar janji dan tidak memberikan sebarang bantuan bila Kedah diserang musuh. Baginda murka dan cuba menyerang Francis Light namun serangan baginda dapat dipatahkan.
Francis Light mengatakan baginda telah mungkir janji dan baginda dipaksa untuk menandatangani perjanjian bagi menyerahkan "Pulau Prince Of Wales" kepada SHTI.
Sejak tahun 1791, Pulau Pinang tidak pernah kembali kepada Raja Melayu bermakna orang Melayu sudah tidak ada hak lagi ke atas Pulau Mutiara di bawah pemerintahan Kesultanan Kedah yang dikenang dengan Merong Mahawangsa dan Negeri Kedah Lindungan Bulan. Tamat lah riwayat Langkasuka di Yan, Kedah buat selama-lamanya dengan hilangnya pulau yang indah tersebut.
Orang Melayu mempunyai kuasa ke atas Pulau Pinang sewaktu parti Gerakan menyertai Barisan Nasional. Bila DAP memerintah dengan restu Pakatan Rakyat, apa kah nasib orang Melayu sekarang? Mungkin bahan-bahan untuk pameran di muzium ini telah pun tersedia dan menunggu masa untuk pameran "BANGSA MELAYU DALAM KENANGAN"..MENANGIS LAH AIR MATA DARAH SEKALIPUN, BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment