Kerajaan memperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) bagi memastikan ekonomi domestik yang saksama dalam kalangan rakyat yang kemudiannya akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di peringkat antarabangsa
Model ini akan dapat dilaksanakan dengan jaya melalui inisiatif yang strategik iaitu:
-Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
-Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
-Mewujudkan ekonomi domestik yang kempetitif
-Mengukuhkan sektor awam
-Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
-Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan
-Meningkatkan sumber pertumbuhan
-Memastikan pertumbuhan yang mapan
Model Baru Ekonomi (MBE) adalah berbeza daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dari aspek pendekatan.
Pendekatan MBE ialah produktiviti, sektor swasta menjadi peneraju, aktiviti ekonomi berasaskan koridor ekonomi, pemberatan pada industri berkebolehan dalam teknologi, pasaran dari negara ASEAN dan Timur Tengah serta penggunaan tenaga professional dan pakar.
No comments:
Post a Comment