Tuesday, May 31, 2011

MINUMAN BARBICAN


BARBICAN LAZIZAH..

Dulu umat Islam di Malaysia masih lagi belum kenal minuman Root Beer. Kini nama minuman tersebut masih dikekalkan. Air tersebut adalah air sarsi atau disebut juga sarsaparilla. Maka kita tidak segan silu membuat tempahan dengan melaungkan “Root Beer”.

Begitu juga bila disebut “Ginger Beer”. Dengan pantas orang akan kata itu adalah minuman halia berkarbonat. Jadi maksudnya perkataan “beer” itu tidak membawa maksud minuman keras yang memabukkan dan haram diminum. Itu hanyalah trade mark sahaja.

Kini saya ditunjukkan oleh seorang sahabat minuman ini dengan botolnya yang comel. Sahabat saya bagitahu saya minuman ini berasal dari Timur Tengah. Seorang “Tuan Haji” yang biasa membawa jemaah haji dan umrah di kampung kami juga dikatakan sering mengambil minuman ini sewaktu di Tanah Suci sudah lama beberapa tahun sebelum ini lagi.

Bagaimana cerita ini bermula? Mungkin laporan sebuah akhbar menyebutkan lebihkurang begini: Bir Arab yang halal kini boleh didapati di negara kita.

Mungkin istilah “bir” ini membawa maksud yang berlainan kepada kita. Walaupun umat Islam kini sudah terdedah dengan banyak makanan dan minuman yang tidak halal atau diragui halalnya seperti sebelum ini roti “High 5”, kini boleh dibeli semula, “Old Town White Coffee”, sudah senyap isunya, diikuti dengan Kopi Stesen Keretapi Kluang, saya lihat di Kota Raya, Johor Bahru sudah kurang pelanggan Melayu, namun perkataan bir menggambarkan haramnya lantaran memabukkan.

Bila sudah ada laporan menyebutkan ianya bir, maka atas inisiatif Jabatan Agama Islam Johor, ujian dilakukan di makmal. Terdengar lah berita kononnya kuantiti alkohol yang dibenarkan dalam minuman ialah pada kadar 0.01% sahaja dan kuantiti yang sedikit itupun terhasil disebabkan terjadi secara semulajadi sewaktu proses pembikinannya secara semulajadi (natural). Ujian ke atas minuman Barbican ini pula dikaitkan mengandungi kandungan yang lebih saya tak pasti samada 0.05 atau 0.5 bererti ianya telah melebihi kadar yang dibenarkan oleh kerajaan. Tak pasti pula saya samada yang membenarkan setakat 0.01% itu adakah Kerajaan Dubai ataupun Kerajaan Malaysia.

Kepekaan dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap pengambilan makanan dan minuman yang halal amat disenangi. Namun ianya tidak harus membawa kepada pertelagahan pendapat yang merugikan ummah.

Cuma bagi memuaskan hati rakyat, beberapa persoalan perlu diselesaikan dengan baik:

-Siapakah yang memulakan istilah “Bir Arab” sehingga menimbulkan kesangsian?
-Sekiranya kelulusan mengeluarkan dan mengeksport minuman sudah dikeluarkan oleh sebuah Kerajaan atau Negara Islam selain Malaysia, perlukah diadakan ujian semula bagi mengesahkannya dan bagaimana sekiranya keputusan yang diperolehi oleh Kerajaan Malaysia bercanggah dengan keputusan negara pengeluar tersebut?
-Walaupun kuasa mentadbir urusan Agama Islam terletak di bawah bidangkuasa Negeri, bolehkah diselaraskan fatwa di peringkat kebangsaan supaya ianya sama di semua negeri?

Apa pun kita serahkan kepada kuasa pihak yang berautoriti untuk membuat keputusan bersdasarkan kepada hukum syarak..wallahu a’lam..

PEMERHATIAN DI NEGERI KELANTAN



Negeri Kelantan dilanda oleh banyak isu yang perlukan penjelasan. Antara isu yang bangkit ialah pengurusan air yang tidak efisyen, isu kroni (menantu menjadi CEO dalam Perbadanan Menteri Besar), isu pembalakan dan beban hutang kerajaan negeri yang tinggi. Secara ringkasnya, pentadbiran Kerajaan Kelantan berada pada tahap yang lemah.

Penumpuan yang terlalu banyak kepada isu politik serta ketaksuban kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Tidak mementingkan pembangunan ekonomi negeri.

Ekonomi bergantung kepada limpahan luar seramai 70,000 penjawat awam Persekutuan.

Asas ekonomi yang lemah di mana kerajaan negeri mengalami defisit belanjawan setiap tahun.

KDNK yang rendah kerana tahap ekonomi yang rendah di samping peluang pekerjaan yang sedikit (400,000 anak Kelantan bekerja di Lembah Klang).

Sebanyak 564 buah masjid dibina oleh BN. PAS hanya membina sebanyak 2 atau 3 buah masjid sahaja di seluruh Negeri Kelantan.

Penjualan tanah rezab Melayu kepada bangsa lain. Pemilikan bangunan dibenarkan kepada bangsa lain tanpa had.

Pembangunan yang ada hanyalah berpunca daripada usaha Kerajaan BN. Tiada pembangunan baru yang ketara walaupun sudah memerintah hampir 20 tahun.

MENCONTOHI USAHAWAN BUKAN BUMIPUTERA



Tidak dapat dinafikan bahawa usahawan bukan bumiputera sangat berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Oleh itu, mempelajari ciri-ciri yang membawa kepada kejayaan dalam perniagaan adalah sangat penting kepada usahawan bumiputera.

Usahawan bukan bumiputera mnempunyai ketekunan dan kegigihan dalam melaksanakan apa sahaja tugasan yang dilakukan.

Mereka mementingkan ilmu dan pengetahuan serta sanggup bertungkus-lumus untuk mencapai matlamat.

Sanggup mengambil risiko merupakan aspek penting terutama dalam bidang perniagaan dan mereka tidak gentar menempuhi cabaran tersebut. Kesanggupan ini juga untuk meneroka pasaran antarabangsa.

Mereka mempunyai perancangan jangkamasa panjang dan tidak mementingkan “immediate consumption” semata-mata.

Mempunyai hubungan baik sesama mereka terutamanya bagi menjayakan matlamat yang sama. Mereka juga mempunyai jalinan hubungan yang berkesan dalam membantu perniagaan dan keusahawanan yang diceburi.

Adalah penting untuk mewujudkan usaha sama strategik tulen antara usahawan bumiputera dan bukan bumiputera supaya perpaduan dari sudut ekonomi dapat dicapai.

RASIONALISASI SUBSIDI




Subsidi adalah bantuan kewangan yang diberi kepada sector ekonomi dan perniagaan. Bayaran subsidi diberi oleh kerajaan terus kepada pengeluar atau pengedar perkhidmatan atau barangan. Tujuna subsidi ialah untuk menggelakkan kemerosotan insustri atau untuk mengelakkan kenaikan harga barangan oleh pasaran terbuka yang boleh membebankan rakyat sebagai pengguna.

Kerajaan BN masih terus melaksanakan pemberian subsidi kepada sejumlah besar perkhidmatan dan barangan yang menjadi keperluan rakyat. Contohnya pemberian subsidi pendidikan seperti yuran pengajian di universiti dan kolej, dan subsidi pada barangan seperti petrol, gula dan makanan asasi rakyat. Sejumlah besar wang negara telah diperuntukkan untuk bayaran subsidi, misalnya pada tahun 2009, kerajaan telah menanggung RM74 bilion.

Dengan kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai setelah lebih 50 tahun merdeka, sudah sampai masanya struktur ekonomi dan sosial negara dikaji semula. Pada tahun 1970an, hampir separuh isi rumah berada di bawah garis kemiskinan dan memerlukan subsidi. Tetapi kini sudah berubah, di mana kadar kemiskinan semasa negara adalah pada kadar 3.6% sahaja dan sepatutnya subsidi tidak lagi menjadi bebanan kepada kerajaan.

Sunday, May 29, 2011

P.Ramlee - Ya Habibi Ali Baba

HARAPAN PM KEPADA BELIA





Perdana Menteri mengajak golongan belia terus menyokong kerajaan dengan cara mengundi parti BN dalam Pilihanraya ke 13 supaya apa yang baik dapat kita pertahankan.

Sekiranya kerajaan yang memerintah sekarang sudah ditolak oleh rakyat maka yang akan mendapat akibatnya ialah rakyat sendiri.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya”.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



Kita serahkan kepada Allah Yang maha Mengetahui..

DENGAR LAH CAKAP NEGARAWAN TERULUNG



Orang Melayu mempunyai perasaan hormat kepada orang tua. Nilai murni ini mesti dipertahankan selagi ada bangsa Melayu. Kita tolak mereka yang berperangai buruk walaupun tua yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang muda. Malangnya perangai buruk lah yang lebih suka ditiru oleh masyarakat kita..hingga tidak membezakan mana yang buruk dan mana yang baik..

AZMIN ALI



Saya tidak mahu komen apa-apa..dengar lah sendiri..

Thursday, May 26, 2011

TAK FAHAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU...



KUALA LUMPUR, 24 Mei — Sementara rasa tidak puas hati terus meningkat dari pelbagai sudut, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

"Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara.

"Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Nazri (gambar), yang bertanggungjawab ke atas soal biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju bahawa kerajaan ada memperuntukkan 1,500 biasiswa luar negara kepada pelajar cemerlang tetapi menekankan bahawa daripada jumlah itu, hanya 300 diberi berdasarkan merit kepada mereka yang memperoleh 9A+.

Baki 1,200 geran luar negara, kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori iaitu Bumiputera Sabah (lima peratus), Bumiputera Sarawak (lima peratus), komposisi sosial atau komposisi kaum (60 peratus) dan golongan kurang berada dari segi sosial (10 peratus).

Tambah beliau, biasiswa itu hanya akan dianugerahkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam temu bual kendalian JPA.
Bagaimanapun mereka yang tidak memenuhi syarat itu masih diberi biasiswa untuk belajar di universiti tempatan, kata Nazri.
Jelas beliau, buat masa sekarang daripada 360 pelajar yang tertakluk dalam kategori merit, hanya 300 diberi biasiswa manakala 60 gagal memperoleh biasiswa luar negara.

"Ini bermakna mereka mungkin atau mungkin tidak layak untuk memperoleh baki 1,200 geran yang disediakan. Ini bergantung pada prestasi ketika temu duga," katanya.

"Kemungkinan mereka yang tidak memperolehnya, mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika temu duga.

"Kami mengambil kira bukan sahaja keputusan mereka, tetapi juga aktiviti kokurikulum dan bagaimana mereka berjaya dalam temu duga," kata beliau.

Bagaimanapun katanya, jika mereka gagal dalam temu duga, mereka masih akan memperoleh tempat di universiti tempatan.

Sehubungan itu, Nazri terus berhadapan dengan kritikan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang mendakwa wujud salah guna kuasa di JPA.
Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, mengetuai protes dengan pada minggu lalu mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ telah gagal memperoleh biasiswa meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang merekodkan 8A+ dan ke atas akan menerima biasiswa JPA.

Penelitian The Malaysian Insider menunjukkan kenyataan Najib tahun lalu mendedahkan bahawa perdana menteri ada menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar memperoleh 9A+ untuk belajar di universiti dalam dan luar negara.

"Jadi, jika anda tiada fakta, jangan bercakap. Saya ada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang cuba membantu pelajar, datang berjumpa dengan saya... mereka tidak pergi kepada media.

"Tetapi Wee, sebagai MP BN dan seorang timbalan menteri, pergi kepada media dan menjerit di umum untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpa saya untuk melihat isu yang sebenar," kata Nazri.

KERANA MU AZIZAH


Saya tidak mahu bercakap mengenai lelaki manakah yang menjadi watak utama dalam video yang rasanya tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenainya sekarang ini.

Apa yang saya kagum ialah kesetiaan seorang isteri dan anak perempuan sanggup bersama-sama suami dan ayahnya dalam sebarang keadaan senang dan juga di kala susah.

Saya dulunya adalah peminat Anwar. Saya suka meniru gaya bahasa Anwar sekadar yang saya mampu dengan suara yang agak sengau namun cukup berpengaruh. Tapi pastinya suara dan gayabahasa, intonasi, di mana berhenti, di mana penekanan suara pada ayat sudah pasti lah dapat diikuti dengan cukup bertenaga oleh Mustaffa Kamil Ayyub dan Ezam Mohd Noor.

Ezam sudah meninggalkan perjuangan Anwar. Mustaffa Kamil Ayyub (maaf ya) saya dengar dari salah seorang bekas think tank Anwar pun macam sudah tidak mahu bersama lagi. Hingga hari ini, Mustaffa masih lagi dalam PKR.

Selalunya, seseorang pemimpin tidak akan dapat lari daripada dikaitkan dengan isteri. Reputasi seorang pemimpin kadangkala ditentukan oleh perangai isteri. Kalau isteri tidak pakai tudung maka agak sukar rasanya kalau si suami nak bercakap mengenai aurat. Begitulah peranan isteri dalam melengkapkan reputasi suami dalam membantu karier suami demi keluarga tercinta.

Teringat saya kepada sebuah buku kalau tak silap karangan Mohd Sayuti Omar yang menyiarkan foto Anwar yang baru sampai dari luarnegara mendokong anak gadisnya yang sangat comel Nurul Izzah. Begitulah mesranya "papa" dengan anak-anaknya.

Kisah yang menarik bagi saya ialah hebatnya Anwar dapat mencuri hati Kak Wan yang pada mulanya ditentang oleh bapa mertua persis cerita Hindustan.

Kesetiaan Kak Wan teruji bila nama keluarganya dicemar dengan tingkahlaku suami. Kak Wan tidak berganjak sebaliknya tetap membantu suami hingga ke peringkat antarabangsa.

Sudah tentu tidak memeranjatkan bila ditanya mengenai video Kak Wan tetap akan mempertahankan kesucian suami. Bertuah Anwar mendapat isteri sepertinya..kalau Anwar benar maka Kak Wan seorang isteri yang sangat setia kalau sebaliknya Kak Wan sanggup berkorban demi maruah keluarga yang sangat dicintainya..

Kalau bukan Kak Wan menjadi isteri Anwar belum tentu keadaan akan menjadi seperti ini..

POLITIK MELAYU: PERLUKAH DILETAKKAN CALON MELAYU DALAM SEMUA KAWASAN MAJORITI PENGUNDI MELAYU PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13




Kebelakangan ini sering kita mendengar perkataan “rasis” dilemparkan kepada mereka yang bercakap mengenai Ketuanan Melayu serta keperluan mempertahankannya sebagai asas pembentukan negara bangsa sejak tanahair mencapai kemerdekaan. Ketuanan Melayu adalah konsep yang berteraskan kepada persetujuan dalam pakatan murni yang telah membentuk Kontrak Sosial dalam konteks Persekutuan Tanah Melayu.

Persefahaman yang berbentuk “Kontrak Sosial” adalah merupakan perkara biasa di negara-negara lain di dunia yang dirangka bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Dalam konteks Persekutuan Tanah Melayu, ketiga-tiga kaum atau etnik utama telah bersepakat dalam beberapa perkara bagi mewujudkan kestabilan politik serta keharmonian negara sebagai asas kepada pembinaan kedaulatan negara pasca penjajah.

Kejayaan mempertahankan semangat Kontrak Sosial ditonjolkan melalui kerjasama parti UMNO, MCA dan MIC yang mewakili tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India dalam sebuah gabungan parti Perikatan. Pilihanraya sejak tahun 1959 telah membuktikan bahawa “cara berfikir” seperti ini memungkinkan gabungan ini mendapat mandate rakyat sebagai manifestasi perkongsian kuasa sebagai asas kepada kemakmuran negara.

Walaupun buku “Malay Dilemma” buah fikiran Dr Mahathir Mohamad tidak disenangi hingga membawa kepada pengharamannya, ianya tidak bermaksud mengajak pembaca supaya bersikap rasis namun sebaliknya untuk menyedarkan masyarakat Melayu supaya berusaha bersungguh-sungguh menngkatkan taraf dan kualiti hidup dalam kerangka Kontrak Sosial.

Kerjasama ini diteruskan dengan gabungan Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional pada tahun 1974 di bawah pimpinan Tun Razak hingga kelihatan hanya BN sahajalah mampu memerintah negara dengan baik serta dapat diterima oleh semua kaum.

Keputusan terus memihak kepada BN dengan meraih keputusan cemerlang dalam PRU 11 pada tahun 2004 yang telah meletakkan parti berkenaan dalam keadaan yang sungguh selesa. Kemerosotan pengaruh BN dalam PRU 10 pada tahun 1999 diubati dengan kemenangan besar PRU 11.

Keputusan PRU 12 pada tahun 2008 telah merubah landskap politik negara. BN masih diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan dan telah hilang 5 buah Kerajaan negeri.

Ingatan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa orang Melayu akan hilang kuasa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan dapat difahami dengan melihat kepada jadual di bawah.

Kerusi Melayu yang mewakili suara orang Melayu dalam Dewan Rakyat tidak seharusnya dilihat daripada bilangan kerusi wakil rakyat Melayu dalam Dewan Rakyat sahaja tanpa mengira parti. Sebagai contohnya, walaupun wakil Rakyat Melayu tersebut terdiri dari kaum Melayu tetapi dari parti DAP, PAS atau PKR, ianya tidak boleh kita sebutkan sebagai mewakili kepentingan Melayu. Berdasarkan kepada maksud Tun Dr Mahathir, parti selain UMNO yang meletakkan calon dari kaum Melayu hanya dijadikan sebagai “alat” untuk memenuhi agenda serta kepentingan pemimpin mereka. Keadaan yang berlaku selepas PRU 12 menyaksikan parti PAS tidak berupaya mempertahankan kepentingan Melayu di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak sebelum diambil alih oleh BN.

Realiti semasa menunjukkan daripada 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Negara, parti Umno menang 78 kerusi, MCA 15 kerusi, MIC tiga kerusi dan Gerakan 2 kerusi.. Di Sabah dan Sarawak, PRS mendapat enam kerusi, SUPP enam, PBB 14, PBRS satu, LDP satu, UPKO empat, SPDP empat dan PBS tiga.
Sementara parti pembangkang pula, PKR 30, DAP 28, PAS 23, PSM satu dan Bebas satu kerusi.
PRU 12 menunjukkan perubahan aliran dan juga sikap pengundi. Antara aliran tersebut ialah:
a) Calon Melayu daripada BN kalah dalam kawasan majoriti Melayu.
b) Calon Cina daripada BN tidak diterima dalam kawasan majoriti Melayu atau Cina
c) Calon pembangkang bukan Melayu mendapat sokongan dalam kawasan Melayu.
d) Calon pembangkang Melayu mendapat sokongan dalam kawasan bukan Melayu.

Antara persoalan yang perlu difikirkan ialah:
1. Perlukah dikekalkan formula kuota pembahagian calon pilihanraya mengikut kaum seperti yang diamalkan sebelum ini dalam PRU 13 nanti bagi mengekalkan Ketuanan Melayu?
2. Menjelang setiap pilihan raya ada sahaja tuntutan penambahan dan pertukaran kerusi oleh parti komponen BN. Antaranya ialah sebagaimana berlaku dengan penambahan kerusi Parlimen dan DUN di Negeri Johor. Parti komponen mungkin akan membuat beberapa tuntutan samada pertambahan kuota ataupun beberapa pindaan dalam pelaksanaan dasar kerajaan yang melibatkan kaum.
3. Adakah kerusi Umno atau BN akan terkorban semata-mata ingin mempertahankan kuota agihan kerusi antara kaum? Kebijaksanaan sangat penting untuk memilih samada bagi menjaga hati parti komponen tetapi mengecewakan harapan rakyat selaku pengundi terbanyak dalam sesuatu kawasan pilihanraya yang akan menyumbang kepada kekalahan.
4. Pada PRU ke 12, UMNO lebih banyak memenangi kerusi berbanding parti komponen lain dalam BN. Ramai calon Gerakan, MCA dan MIC tewas dan wajarkah kesalahan kekalahan mereka diletakkan kepada UMNO.
5. Bolehkah kita letakkan asas pembahagian kerusi ialah mengikut majoriti kaum. Berdasarkan kepada idea ini, parti komponen yang berteraskan kaum akan diberi kerusi di mana majoriti kaumnya yang tertinggi dalam kawasan tersebut.
6. Bolehkah kuota ini dikekalkan sedangkan orang Melayu kini telah berpecah kepada sekurang-kurangnya tiga kelompok pengundi iaitu penyokong UMNO, PAS dan PKR. Dengan kata lain, Melayu bukan sahaja mempunyai pengaruh yang besar didalam BN yang merupakan parti pemerintah, tetapi Melayu juga mempunyai pengaruh yang majoriti di dalam parti pembangkang. Sekiranya parti-parti Melayu ini dapat bergabung, apakah kesannya kepada landskap politik negara?

7. Apakah senario hari ini semakin menguatkan suara Melayu dalam Dewan Rakyat atau semakin menghakis Ketuanan Melayu yang mnenjadi asas kepada perpaduan nasional selama ini?

Wednesday, May 25, 2011

DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA ~ Hamka



Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu alat kebesaran
Adapt resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Di sini dahulu paying terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara

Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad

Namanya tetap jadi sebutan
Bekasnya hilang payah mencari
Sedikit penyair bertemu kesan
Musnah dalam gulungan hari

Mengapa ini bekas yang tinggal
Umat yang lemah terkatung-katung
Hidup menumpang tanah terjual
Larat wahai larat dipukul untung

Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu

Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu

Di dalam kuasyik merenung gunung
Di dalam kemilau panas kan petang
Tengah khayal dirundung menung
Rasanya ada orang yang datang

Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai

Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angina di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang

Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padaku
Kekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku

Justeru terdengar puteri berkata
Suaranya halus masuk ke sukma
Maksudmu tuan sudahlah nyata
Hendak mengenang riwayat yang lama

Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri

Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang

Adakan cita akan tercapai
Adakan hasil yang diingini
Jika berbalik sebelum sampai
Mengorbankan darah tiada berani

Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang

Sultan Ahmad Shah apalah akalnya
Walaupun baginda inginkan syahid
Mualim Makhdum lemah imannya
‘Di sini bukan tempat Tauhid’

Bendahara Tua Paduka Raja
Walaupun ingin mati berjuang
Bersama hilang dengan Melaka
Anak cucunya hendak lari pulang

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang

Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya

Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri

Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru

Habis sudah madahnya puteri
Ia pun ghaib capal pun hilang
Tinggal penyair seorang diri
Di hadapan cahaya jelas membentang

Pantai Melaka kulihat riang
Nampaklah ombak kejar-mengejar
Bangunlah Tuan belahanku saying
Seluruh Timur sudahlah besar

Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib

Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan

Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia

Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat sifat hidupku

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua

~ Hamka

BANGKITLAH MELAYU


Bilakah Melayu bangkit?

Melayu bangkit bila dalam keadaan terdesak.

Dalam sejarah, kebangkitan Melayu bermaksud kebangkitan semangat nasionalisme. Semangat ini muncul bila orang Melayu tertekan, terdesak dan tertindas terutamanya sewaktu zaman penjajahan.

Maknanya orang Melayu telah lama bangkit namun kebangkitan mereka tidak memberi kesan apabila bangkit dalam keadaan terpisah-pisah samada oleh sempadan kenegerian atau pun sempadan ideologi.

Antara hikmah rancangan Malayan Union pada tahun 1946 ialah kesedaran orang Melayu untuk bersatu, bersetia dan berkhidmat..Orang Melayu mula bangkit dengan meninggalkan sentimen kenegerian dan beralih kepada Malaya for Malays..orang Melayu bangkit dengan menerima konsep Federalisme..persekutuan sebagai cara menentang penjajah yang mula memasang niat untuk mentadbir Tanah Melayu dengan cara federalisme.

Orang Melayu bangkit lagi selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Selepas MAGERAN tamat, kuasa memilih kerajaan dipulangkan kembali kepada rakyat dan mandat diberikan semula kepada parti Perikatan. Kebangkitan kali ini ialah dengan orang Melayu menyusun strategi melalui perancangan mengangkat martabat dengan mewujudkan sistem pendidikan dan sistem ekonomi terutamanya hingga hidup orang Melayu telah mula berubah.

Siapakah yang dapat menafikan, pegawai MCS (Malayan Civil Service)yang diperkenalkan oleh British diteruskan dengan skim PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik)diisi oleh lulusan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Wujudlah kelas menengah pentadbir Melayu yang berasal dari kampung.

Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia dari yang pertama hingga kini , penubuhan institusi-institusi yang mendokong dasar membantu kaum Melayu dan Bumiputera banyak menyumbanmg kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

Melayu sudah leka. Melayu semakin lupa. Seperti zaman dulu, perang saudara, perebutan takhta antara adik-beradik keluarga diraja terus mewarnai suasana negara.

Maka kali ini Melayu disuruh bangkit semula. Bangkit untuk apa dan bangkit untuk siapa? Bangkitnya orang Melayu dikhuatiri oleh siapa?

MINYAK OH MINYAK..



Janji kerajaan Barisan Nasional tidak akan menaikkan harga minyak telah diketahui umum. Rakyat pasti lega dengan jaminan tersebut. Dalam keadaan ekonomi sedunia yang masih belum boleh menjanjikan kesenangan hidup, sebarang kenaikan kos hidup akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada bajet rakyat marhaen.

Bagaimana mengimbangi gaji dengan kenaikan harga barang keperluan harian yang asas seperti susu anak, pampers, susu pekat manis, beras serta petrol yang mesti diisi saban hari demi pengangkutan wajib untuk pergi ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.

Mengapa kerajaan berjanji? Kerana keadaan pada masa itu berbeza dengan keadaan masa kini. Selagi kerajaan masih mampu, kerajaan akan terus bertahan memberi subsidi minyak. Bila keadaan tidak mengizinkan maka langkah lain terpaksa diambil.

Maka secara perbandingannya, yang benar mesti diakui, harga minyak di Malaysia masih rendah berbanding negara-negara jiran kita.

Apa yang boleh kita lakukan? Mohon kepada kerajaan, sesuaikan bajet dengan keperluan dan berdoa kepada Allah..berdemonstrasi bukan jalan penyelesaian..

Apa pun bersyukur atas nikmat bahawa kita masih mampu hidup walau terpaksa ikat perut sedikit..

Tuesday, May 24, 2011

MENGEMBARA KE ALAM BARZAKH



Wahai anak-anak murid ku.

Ingat lah bahawa mati itu pasti..janganlah engkau sombong di atas mukabumi Allah ini..setinggi mana pun pangkat mu di dunia ini..pastinya engkau akan terbenam di perut bumi..bagaimana angkuhnya diri mu..engkau akan dipijak dari atas tanah..

KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO



Saudara-saudara sekelian..

Apa yang kita mahukan ialah supaya semua orang yang sayangkan negara ini tidak mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati kaum lain terutamanya kaum Melayu. Saya sebutkan kaum Melayu bukan kerana mereka Melayu maka kita kena jaga hati mereka. Apa yang ingin saya sampaikan ialah dalam keadaan sekarang ini kenapa persoalkan dasar kerajaan dengan melemparkan tuduhan bahawa seolah-olah kaum Melayu sahaja yang dibantu sedangkan bangsa lain tidak.

Saya masih ingat harapan UMNO supaya Ketua Pemuda Malaysia dapat menumpukan seluruh tenaga dan usaha mengembalikan sokongan orang muda kepada UMNO selepas Tsunami Politik 2008 yang lalu. Mungkin itu lah sebabnya Ketua Pemuda UMNO selain Ahli Parlimen Rembau tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan bagi melaksanakan amanah ini.

Mungkin "strategic planning" Ketua Pemuda UMNO sedang berjalan dan kita menunggu KPInya iaitu keputusan PRU 13.

Monday, May 23, 2011

1MELAYU 1BUMI- Dari sudut pandangan orang Melayu


Zaini Hasan
Utusan Malaysia


ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama. (kenyataan ini amat benar sekali jika kita merenung balik kenyataan yang pernah dibuat oleh Presiden MCA Chua Soi Sek bahawa MAC tetap akan bersama DAP jika apa yang diperjuangkan oleh DAP itu membabitkan kepentingan kaum Cina)

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?
Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.
Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

ORANG CINA MALAYSIA-apa lagi yang anda mahu



Saya amat meminati tulisan ini..bukan lah saya bersifat chauvinis perkauman tetapi cuba kita fikirkan. Apakah ada sebuah negara di dunia ini yang seperti negara kita Malaysia. Hingga ada pepatah atau peribahasa menyebut: Ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Juga dagang lalu ditanakkan, anak sendiri kebuluran. Ikuti lah tulisan Zaini Hasan ini..

SUDAH banyak kali saya menulis mengenai sikap sahabat kita, orang Cina Malaysia terhadap kerajaan yang ada sekarang. Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu 'pulun' semua sekali pengaruh Cina di negara ini.

Seperti mana yang saya tulis sebelum ini, DAP sejak akhir-akhir ini sungguh senyap dalam pergerakannya. Di Selangor pun ia senyap, di Pulau Pinang pun ia mulai senyap, di Perak pun begitu. Senyap-senyap DAP sebenarnya diam-diam berisi.

Gerakan halus mereka bergerak kencang. Harus diingat arus bawah lebih bahaya berbanding ombak di atas. Tapi apakah BN sedar dengan strategi DAP itu. Jika kira-kira 30 tahun dulu, malah 20 tahun dulu, orang Melayu generasi saya amat cuak dengan DAP atas sikap cauvinisnya, kini generasi Melayu sekarang tidak tahu itu semua. Mereka sudah tidak peduli.

Mereka tidak membaca pun buku 13 Mei yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka tidak pernah tahu pun wujudnya perarakan penyapu oleh DAP yang mahu menyapu orang Melayu pada masa itu.

Bukan tujuan saya mahu membangkitkan rasa benci kepada parti itu atau kepada sesiapa, tapi ia adalah sejarah yang semua orang anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli malah sesiapa sahaja harus dan berhak tahu mengenainya.

Saya pernah menyarankan supaya buku 13 Mei itu dijadikan teks di sekolah. Matapelajaran sejarah yang sesetengah daripada orang Melayu sendiri amat membencinya, harus diperkuatkan semula. Aspek kenegaraan, soal-soal realiti kemalaysiaan harus diterapkan.

Masukkan juga satu subjek mengenai konsep 1Malaysia yang sudah mulai disukai ramai itu. Sejarah silam dan aspek kontemporari harus disatukan menjadi satu subjek wajib, yang harus diikuti oleh semua pelajar, bukan sahaja pelajar Sastera, malah juga pelajar Sains.

Tujuan saya membangkitkan semula perkara ini bukanlah bermakna saya ini ultra-Melayu, tetapi untuk menyatakan mengenai realiti politik yang berlaku di sekeliling kita sekarang.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor amat unik. Dalam sains politik, ia amat menarik untuk dikaji bagaimana orang Cina (bukan semua, tapi rata-rata) masih tidak mahu kembali kepada parti kerajaan.

Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?

Perlulah diingat pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini. Ia terlalu artifial. Tsunami yang berlaku adalah akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.

Akibatnya, DAP telah berjaya mencuri peluang itu. Orang Cina ramai-ramai memihak kepada mereka dan berlakulah tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Tapi jika diambil Hulu Selangor sebagai model pilihan raya umum ke-13 kelak, orang Cina bukanlah (lagi) penentu kepada keputusannya. Orang Melayu masih lagi menjadi faktor mutlak bagi menentukan kepada keputusan itu, dengan syarat - mereka bersatu.
Bersatupun, mereka haruslah secara majoriti menyokong kerajaan dan orang India pun turut serta memberi undi kepada parti kerajaan, maka ketika itu orang Cina bukanlah penentunya. Kecualilah jika orang India dan Cina solid lari daripada BN, maka BN akan tersungkur.

Namun, hakikatnya angka majoriti undi BN di Hulu Selangor bukan lagi satu gambaran kepada kemenangan sebenar. Itu pilihan raya kecil. Semua jentera tertumpu di sini. Dalam pilihan raya umum situasinya adalah jauh berbeza.

Secara angka, Melayu Hulu Selangor pun masih tidak solid. Kita tidak pasti apa lagi yang mereka mahu. Semua yang mereka mahu sudah diberi. UMNO pun sudah tunjuk perubahan. Seorang rakan memberitahu ''mungkin kita perlu pendekatan radikal untuk menyelesaikan masalah yang tenat."

Namun, keputusan Hulu Selangor amat disenangi oleh Lim Kit Siang. Beliau dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan kekalahan mereka diumumkan, memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu, keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada 'rakyat' Hulu Selangor.

Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk 'rakyat' itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP.

Kit Siang ternyata amat gembira, sebaliknya Dr. Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon yang gagal.

Ironisnya, apa pula maksud Soi Lek apabila beliau berkata ''MCA kena vokal''? Saya pun tak tau?

Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab-musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?

Ikut sejarahnya orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.

Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.

Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia. Cuba bezanya, Singapura berjaya dikuasai sepenuhnya, dan Malaysia tidak.

Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, di sana orang Cina yang menguasai politik dan sekaligus pemerintahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh orang Melayu.

Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. Orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.

Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa.

Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.

Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka.
Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya.

Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini (jika ada).

Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.

Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya.

Akhir sekali, orang paling terkaya di Malaysia yang banciannya dijalankan saban tahun oleh sebuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 ke atas. Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.
1. Robert Kuok Hock Nien 2. Tatparanandam Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim Kok Thay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Seri Lee Kim Hua 9. Tan Sri Tiong Hiew King 10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. (Sumber: Malaysian Business, Feb 2010)

Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi?

Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda tahu jawapannya.

SURAT ANWAR IBRAHIM MOHON DANA



Apakah surat ini juga merupakan konspirasi bagi menyekat laluan Anwar Ibrahim ke Putrajaya?

IDOLA SAYA



Saya doakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t. untuk terus memberi pandangan beliau demi kesejahteraan bangsa dan negara. Sesungguhnya aura Tun sukar ditandingi..ini lah sebenarnya anugerah kepada rakyat Malaysia..

PEMUDA UMNO TIDAK LAYAK MENGUNDI


Bolehkah kita katakan bahawa ahli-ahli UMNO tidak mempunyai semangat perjuangan yang kental? Mereka tidak lagi mewarisi semangat juang seperti nenek moyang mereka dulu?

Kaum Ibu UMNO dulu menggadaikan barang kemas untuk membiayai perjalanan pemimpin UMNO ke London bagi tujuan berunding dengan penjajah mendapatkan kemerdekaan.

Kini, ahli UMNO yang berjumlah melebihi 3 juta orang sendiri tidak membeli satu naskhah seorang akhbar Utusan Malaysia. UMNO hilang wang sebanyak RM1.5 juta. Malangnya ahli UMNO sendiri seolah-olah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Khairy Jamaluddin pula mengumumkan seramai 120,000 orang ahli Pemuda UMNO tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Pemuda UMNO yang berjumlah 600,000 orang mempunyai saham kekalahan UMNO dan BN dalam PRU 13 sekiranya masalah ini tidak segera di atasi. Parti pembangkang khususnya DAP terkehadapan dalam hal ini.
Cukuplah dengan perkara-perkara yang merugikan bangsa selama ini yang anak bangsa kita sendiri lakukan.

Sunday, May 22, 2011

Soekarno Pidato di Depan Rakyat Jakarta

speech soekarno about malaysia

DOA Tok Guru Nik Aziz Untuk Najib Razak dan Zahid Hamidi - Malaysia News

ANGAN-ANGAN KABINET TAK TERBAYANGKAN



Bercakap sesuatu yang masih belum pasti sudah pasti tidak boleh diterima dek akal. Kalau dulu sewaktu Anwar menjawat TPM, mengapa tidak dilaksanakan? Katakan kerana beliau bukan PM, mungkinkah ianya akan berlaku kalau Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh pula menjadi regu "sehidup semati"..hentikan spekulasi, konspirasi sebaliknya sedarlah wahai bangsa ku..

UTUSAN MALAYSIA DAN AHLI UMNO

Orang Melayu sememangnya pandai dalam melabelkan orang. Kemahiran ini telah terbukti sejak dari dulu lagi. Contohnya bila dalam sesebuah kampong tersebut ada beberapa orang yang bernama Mat maka bagi memudahkan pengenalan identiti maka akan muncullah bermacam-macam gelaran. Kalau suka berborak, maka akan digelar Mat Borak, suka memancing mungkin gelaran Mat Pancing akan melekat pada namanya, Mat Bulat bagi yang agak tembam fizikalnya, Mat Bunga kepada yang mempunyai ramai makwe.

Tidak hairanlah kalau hingga ke hari ini kita masih mendengar bermacam-macam gelaran diberikan kepada pemimpin negara yang tidak berkenan di mata mereka. Sasaran mereka kini kepada akhbar-akhbar utama negara.

Utusan Malaysia disebut sebagai Utusan Meloya,Berita Harian digelar Berita Hairan setelah mereka menamakan UMNO sebagai UMNONGOK, yang lebih ironis lagi dengan kata-kata caci maki wal hamun yang dilemparkan sejak dulu kononnya bagi menggambarkan ciri atau sifat seperti parti munafik, ahli neraka, mahazalim, maha fir’aun, kafir, jahiliyyah, taghut dan lain-lain menunjukkan terlalu banyak kata-kata yang pernah diucapkan mengikut hawa nafsu mereka. Golongan yang melemparkan kata-kata nista ini bagi saya malangnya terkeluar dari mulut nereka yang memakai pakain jubah, berkopiah dan costume yang membawa kepada penampilan yang baik. Bukan pakaian yang menjadi persoalan tapi istilah yang keluar dari mulut orang yang berjubah dan sebagainya.

Kita jangan salahkan mereka kerana memang niat mereka untuk menjahanamkan segala apa yang ada. Cuba kita fikirkan agenda mereka. Mereka ajak semua rakyat memboikot Utusan Malaysia. Kita anggarkan bilangan ahli UMNO seluruh negara seramai 3 juta lebih. Sekiranya seorang ahli UMNO membeli akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari maka jumlahnya ialah lebihkurang RM4.5 juta akan diperolehi. Kalau katakan UMNO mempunyai share 50% maka setiap hari UMNO akan dapat RM2 juta sehari. Dan yang pastinya apakah agenda pembangkang UMNO yang juga pembvangkang kepada Kerajaan Persekutuan hari ini untuk “melumpuhkan” UMNO seolah-olah disokong oleh orang UMNO sendiri. Di samping membaca Utusan Malaysia online, kita juga punya peranan sebagai ahli parti dalam membantu parti yang kita pertahankan dengan hanya membelanjakan tidak sampai pun RM2 sehari untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan Islam dan Ketuanan Melayu. Jangan lah kita pula terikut-ikut dengan rentak tari pembangkang yang semakin sumbang..renung-0renung kan lah wahai para sahabat..

LAGI PERISTIWA TANAH RUNTUH YANG MENYAYAT HATI






Semoga kita semua mengambil iktibar serta tidak lupa untuk mendoakan keselamatan kita semua..jangan lah kita menuding jari kepada mana-mana pihak..

Friday, May 20, 2011

JAWABAN KEPADA PROF ABD AZIZ BARI



Profesor Dr Abdul Aziz telah membentangkan kertas bertajuk ‘Tahap-Tahap Kritikal dalam Sejarah Perlembagaan Malaysia’ pada Bengkel Asas Perlembagaan anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia di Shah Alam.

Prof: Orang Melayu akan terus mundur dan terpinggir jika mereka enggan berubah, malah akan terus menjadi peminta serta dipergunakan parti pemerintah sekarang.

Jawab saya: Orang Melayu akan terus mundur sekiranya tidak ada pembelaan yang mampu dilakukan. Sedangkan negara ini diperintah oleh kerajaan yang berteraskan UMNO , nasib orang Melayu masih ketinggalan berbanding kaum lain apa jaminan kita bahawa penukaran kerajaan akan dapat menjamin orang Melayu akan berubah nasib ke arah yang lebih baik? Tun Dr Mahathir telah cuba mengubah sikap orang Melayu selama 22 tahun namun sikap “berpuashati” mereka melekakan bangsa. Dapat tanah, mereka jual untuk mendapat keuntungan jangka pendek. Masihkah salah kerajaan lagi?

Prof: Umno masih lagi bercakap soal peruntukan perlembagaan mengenai Islam dan Melayu selepas lebih 50 tahun merdeka adalah bukti yang menunjukkan mereka gagal menjalankan amanah yang diberi selama ini.

Jawab saya: Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menyebabkan kita mempunyai kekuatan untuk mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita. Cuba bayangkan sekiranya tiada peruntukan yang mengaitkan taraf Melayu sebagai beragama Islam maka sudah ramai yang “murtad” secara terang-terangan. Persatuan Melayu Kristian akan wujud tanpa ada sekatan mana-mana pihak lantaran Melayu “dibenarkan” menganut agama lain. Kita tidak nafikan soal penghayatan Islam sebenar masih belum meresap jauh ke dalam akar amalan umat Melayu namun pihak kerajaan sejak dari awal-awal lagi telah menyediakan peruntukan yang dapat menghalang murtad secara terang-terangan dan beramai-ramai. Usaha selanjut dan seterusnya adalah tugas dakwah kita semua dalam kadar kemampuan kita.

Melalui kuasa yang ada dalam Perkara 3, orang Melayu boleh berdakwah kepada bukan Melayu sebaliknya adalah menjadi kesalahan besar kepada orang yang cuba mengajar ajaran agama lain kepada orang Melayu. Gerakan dakyah Kristian melakukan uasaha pengkristinian secara senyap, tersusun dan membayar dengan harga yang tinggi bagi mereka yang berjaya mengeluarkan seorang Melayu dari agama Islam walaupun diakui umat Melayu juga semakin jauh daripada pengamalan dan penghayatan Islam.
perlembagaan juga menyebutkan bahawa orang Melayu itun tidak boleh ditukar iktiqad mereka kepada yang selain daripada Islam.

Sesungguhnya Islam adalah agama bagi Persekutuan maknanya bagi negara ini, kalau dulu Persekutuan Tanah Melayu kini Malaysia, konsepnya masih sama iaitu agama bagi persekutuan (federalism) dan Ketua Agama bagi negeri-negeri adalah Raja-raja Melayu.

Perkara 3 ini juga kemudiannya telah menaiktaraf Mahkamah Syariah. Kalau sebelumnya keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah boleh dibatalkan oleh Mahkamah Sivil kini sebarang kes yang dibicarakan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dibawa ke Mahkamah Sivil.

Bila Ahli Parlimen tidak cukup 2/3 untuk menyokong, bagaimana kita mampu bercakap mengenai apa sahaja cadangan pelaksanaan Islam yang kita hajatkan?

Kalau dulu, sebarang rancangan kerajaan untuk membantu Melayu disokong dengan secara angkat tangan oleh Ahli Parlimen dari kalangan bukan Melayu kini siapakah yang akan menyokong dasar kerajaan membantu Melayu/Bumiputera dalamm keadaan perpecahan serta persengketaan bangsa sendiri? Sepatutnya kita fikirkan bersama bagaimana menggunakan ruang yang ada dalam Perlembagaan setakat mana kita masih ada kuasa, untuk memperbaiki keadaan lantaran inilah sistem yang kita ada sekarang. Kecuali lah kita tidak mahu menggunakan demokrasi dalam mendaulatkan Islam. Saya teringat seorang sahabat baik saya yang kini bertugas sebagai GPK di sebuah sekolah di Perak menanyakan soalan kepada pensyarah sewaktu zaman muda dulu: Bolehkah kita menegakkan Negara Islam dengan cara pilihanraya atau kita ikut Pakistan yang melakukan rampasan kuasa dan mengaku menegakkan Negara Islam era Zia ul Haq. Sepatutnya dalam negara yang perlu kepada suara ramai tugas kita ialah mengajak kepada perpaduan ummah pasti atas dasar ukhuwwah Islamiyyah.

Prof: Orang Melayu perlu nekad dan berani berubah kerana mereka sudah terlalu lama dikecewakan. Dan sekarang mereka diancam dengan pelbagai jenis ugutan dan kebimbangan yang tidak pun wujud seperti kononnya Kristian akan dijadikan agama rasmi Malaysia.
Jalan di hadapan, tambahnya, ialah orang Melayu perlu membuat perubahan kerana selama ini mereka jelas tidak ke mana-mana.


Jawab saya: Siapa yang mengecewakan orang Melayu? Bukankah lahirnya tycoon Melayu atas bantuan kerajaan? Bukankah Prof menjadi pensyarah kerana wujudnya universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan? Kita pasti pernah melihat bagaimana kanak-kanak Palestin yang ditahan daripada pergi ke sekolah oleh tentera Yahudi dan akhirnya belajar di kawasan mereka ditahan tersebut. Kegigihan menuntut ilmu telah menyenaraikan bangsa Palestin antara yang paling ramai memiliki ijazah Ph.D di dunia. Namun kemudahan yang diberi kerajaan kepada bangsa Melayu tidak dihargai sekurang-kurangnya menghadiahkan kejayaan mereka kepada pihak penaja yang menanggung pengajian mereka.

Mengenai agenda Kristian menjadikan Malaysia sebagai pusat Kristian yang kebetulan berada pada Garisan Khatulistiwa telah banyak dibincangkan dalam seminar gerakan tersebut dan diketahui ramai. Pairin Kitingan bertaraf paderi dan kini adakah Lim Guan Eng pula meneruskan kesinambungan itu?

Prof: Sekarang ini wujud pula satu aliran yang kononnya hendak mempertahankan perlembagaan, termasuk Perkara 153 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu.
Kita jangan menganggap peruntukan perlembagaan itu semacam tangkal dan azimat yang digantung di muka pintu dengan harapan membawa faedah dan berkat.
Peruntukan itu akan tinggal peruntukan yang tidak mempunyai makna apa-apa sekiranya orang Melayu tidak bekerja kuat dan bebas berfikir.

Jawab saya: Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan kebaikan, keamanan yang kita nikmati hari ini hasil permuafakatan hingga melahirkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Kerajaan sejak dari dulu melalui agensinya menyediakan latihan semangat sepasukan dan latihan perubahan sikap maka rakyat mesti memanfaatkan segala ilmu dan maklumat bagi meningkatkan kualiti diri.

Sepatutnya sebagai pakar Perlembagaan di samping mahir dalam menghurai proses penggubalan dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, kita juga sepatutnya faham akan agenda orang yang ingin melumpuhkan kestabilan politik, ekonomi dan segala-galanya.

Wednesday, May 18, 2011

IBNU SINA TOKOH PERUBATAN DUNIA




IBNU Sina adalah doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan saja diperakui dunia Islam tetapi juga sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah. Di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

Ibnu Sina dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fikah dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor atau mahaguru ilmu berkenaan.
Ibnu Sina mula terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al-Samani yang gagal diubati doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran Al-Syeikh Al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun Fil Tabib diterbitkan di Rom pada 1593 sebelum dialihbahasakan ke bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku itu dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti Itali dan Perancis. Malah, sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga menghasilkan buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan saja dan turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, filologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi unggul dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi aliran falsafah al-Farabi yang menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile) dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur ini. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina turut menapis teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang ada dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pemikiran Ibnu Sina turut mencetuskan kontroversi dan disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat Al’Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan Al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh Al-Ghazali ialah kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan Al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak dapat dinafikan. Bahkan beliau dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam

PEMIKIRAN ISLAM DI MALAYSIA



PERKEMBANGAN pemikiran di Dunia Islam menunjukkan perkembangan yang menggalakkan. Seminar yang dianjurkan memberi peluang para sarjana mengemukakan pandangan mengenai aliran pemikiran yang mereka wakili. Aliran pemikiran Islam harus dikaji memandangkan pelbagai ideologi dan fahaman liberal yang sekiranya tidak dibendung dikhuatiri akan membawa kepada perpecahan yang lebih parah dalam masyarakat Islam.

Buku ini membicarakan persoalan sejarah kebangkitan aliran pemikiran Islam di Malaysia yang menarik dan relevan untuk dikaji sepanjang masa.

Penulis membincangkan mengenai 3 aliran iaitu aliran tradisionalis, modernis dan refprmis yang mewakili pemikiran Islam.

Penulis buku ini, DR. ABDUL RAHMAN H. ABDULLAH, telah menghasilkan beberapa buku mengenai sejarah kebangkitan dan aliran pemikiran Islam dan merupakan antara buku rujukan dalam bidang ini.

PANDANGAN PAKAR UNDANG-UNDANG


Melayu hancur jika masih sokong pemerintah – Aziz Bari

SHAH ALAM – Orang Melayu akan terus mundur dan terpinggir jika mereka enggan berubah, malah akan terus menjadi peminta serta dipergunakan parti pemerintah sekarang.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika membentangkan kertas bertajuk ‘Tahap-Tahap Kritikal dalam Sejarah Perlembagaan Malaysia’ pada Bengkel Asas Perlembagaan di sini baru-baru ini.

Program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia itu dihadiri para pemimpin dan anggota NGO Islam.

Dalam bengkel berkenaan, Aziz berkata Umno masih lagi bercakap soal peruntukan perlembagaan mengenai Islam dan Melayu selepas lebih 50 tahun merdeka.

Ia katanya, adalah bukti yang menunjukkan mereka gagal menjalankan amanah yang diberi selama ini.

“Orang Melayu perlu nekad dan berani berubah kerana mereka sudah terlalu lama dikecewakan. Dan sekarang mereka diancam dengan pelbagai jenis ugutan dan kebimbangan yang tidak pun wujud seperti kononnya Kristian akan dijadikan agama rasmi Malaysia,” jelasnya.

Jalan di hadapan, tambahnya, ialah orang Melayu perlu membuat perubahan kerana selama ini mereka jelas tidak ke mana-mana.

Aziz berkata sekarang ini wujud pula satu aliran yang kononnya hendak mempertahankan perlembagaan, termasuk Perkara 153 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu.

“Kita jangan menganggap peruntukan perlembagaan itu semacam tangkal dan azimat yang digantung di muka pintu dengan harapan membawa faedah dan berkat.

“Peruntukan itu akan tinggal peruntukan yang tidak mempunyai makna apa-apa sekiranya orang Melayu tidak bekerja kuat dan bebas berfikir,” tegasnya.

Dalam pembentangan selama sejam itu, Aziz menghuraikan beberapa krisis perlembagaan termasuk krisis antara kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Mahathir dengan Raja-Raja pada 1983 dan 1993.

Beliau juga turut menyentuh krisis kehakiman yang membawa kepada pemecatan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1988.

Krisis kredibiliti yang menyelubungi pelbagai institusi awam selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 juga disentuh.

“Ketika reformasi dan Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 menunjukkan bahawa rakyat mempunyai sumbangan dan peranan dalam perkembangan perlembagaan negara,” tegasnya.

-Petikan di atas diambil dari akhbar parti Keadilan Rakyat.

SEJARAH NEGARA BANGSA



Wujudnya Nusantara Melayu atau kelompok Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan samada melalui bukti geografi mahupun dari aspek pensejarahannya. Gugusan Kepulauan Melayu atau nusantara juga disebut Malay Archipelago dapat dilihat menerusi dokumen yang dihasilkan oleh bekas penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.
Ahli arkeologi telah pun memberitahu kita akan penemuan-penemuan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam mengesahkan kewujudan bangsa serta tamadun Melayu di rantau ini. Tertubuhnya kerajaan-kerajaan besar Melayu sezaman dengan zaman Jahiliyyah di negara Arab dan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai asas yang kukuh dari perspektif kajian ilmiah dan sumber yang sahih.

Namun Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara ini telah dibuat persempadanan bermula dengan kehadiran golongan pedagang dan peniaga dari Timur (China) dan Barat (Belanda, Inggeris dan Perancis). Dengan jatuhnya Kerajaan atau Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511, sempadan politik dan budaya mengalami perubahan yang ketara. Penjajah melaksanakan agenda ekonomi mereka dengan membawa kaum pendatang iaitu kaum Cina dan India ke Alam Melayu.

Penjajah melaksanakan dasar "pecah dan perintah" demi kepentingan mereka. Lantas ia telah mengubah landskap budaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Maka identiti kaum dikenali melalui aktiviti ekonomi yang dikhususkan iaitu orang Melayu di luarbandar sebagai petani dan nelayan tradisional, orang Cina berniaga di bandar dan kaum India sebagai pekerja ladang.

Kebijaksanaan pemimpin negara, wujudnya Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara, rakyat pelbagai etnik menerima dengan baik segala dasar dan rancangan kerajaan telah meletakkan negara dalam keadaan yang stabil hingga hari ini. Cuma ada pihak yang cuba "mengeruhkan" hubungan yang jernih ini dengan ancaman demonstrasi yang diimport dari luar.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN



Mulai tahun 1948, Raja Melayu, wakil kaum dan pentadbir British telah merangka Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu menggantikan Rancangan Malayan Union yang terpaksa dibatalkan akibat penentangan orang Melayu. Semenjak itu, berbagai pindaan terhadap peruntukan dalam perlembagaan telah dibuat sehingga kini oleh Ahli-ahli Parlimen.

Asas penggubalan kepada Perlembagaan Persekutuan ialah perpaduan, kesaksamaan, dan penjagaan hak rakyat malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Professor Emeritus Khoo Kay Kim telah menyifatkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 bahagian dan 183 fasal (perkara). Isi kandungannya merangkumi fasal-fasal yang berkaitan dngan negeri, agama dan undang-undang Persekutuan; Kebebasan Asasi; Peruntukan Kewangan; Perkhidmatan Awam; Kewarganegaraan; Hubungan Persekutuan dan Negeri-negeri; Perhakiman; Persekutuan; Negeri-negeri; Pilihanraya; dan Kuasa menentang Subversif.

Terdapat 5 fasal (perkara) dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada pembiinaan negara bangsa yang kukuh selama ini iaitu Fasal 3 (Kedudukan Agama Islam), Fasal 14 (Taraf warganegara), Fasal 152 (Bahasa Melayu), Fasal 153 (Hak Istimewa Orang Melayu/Bumiputera) dan Fasal 181 (Kedaulatan Raja-raja Melayu). Semua fasal ini mempertahankan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Tuesday, May 17, 2011

MENGENANG IBU ZAIN-TOKOH PENDIDIK BANGSA PEJUANG SEJATI





Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman (22 Januari 1903 - 2 April 1989) atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal.

Ibu Zain dilahirkan di Nyalas, Melaka. Beliau merupakan anak keenam dari lapan orang adik beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Ibu Zain bertuah kerana Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi akan pentingnya pendidikan dalam kalangan kalangan anak-anaknya samada lelaki atau perempuan. Ayahnya sanggup melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan daripada belajar di sekolah walaupun belajar mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman adalah seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu sesuai dengan gelaran Munshi yang diterimanya. Ibu Zain mendapat pendidikan tidak formal dari ayahnya sendiri.

Pendidikan

Sejak dari kecil lagi, Zainun seorang anak yang gigih menimba ilmu. Sewaktu mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera (1909 - 1912) kemudian di Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Pada ketika itu, tidak ramai yang dapat sampai ke tahap itu teruitamanya dari kalangan anak gadis seusianya. Asas agama yang diterima beliau sejak kecil lagi telah menyebabkan beliau menolak tawaran sebagai mubaligh Kristian.

Ibu Zain tidak sanggup melihat anak gadis Melayu ketinggalan dalam pendidikan apatah lagi ramai anak gadis waktu itu yang tidak tahu membaca dan menulis. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan bagi membasmi buta huruf. Beliau tidak mahu hanya dirinya sahaja yang mendapat peluang pendidikan yang baik tetapi kejayaannya itu ingin turut dikongsi bersama masyarakat.

Kerjaya

Sejak dari itu, nama Ibu Zain semakin mendapat perhatian masyarakat. Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani dan pada tahun 1924, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar di sekolah yang sama. Khidmatnya yang cemerlang menyebabkan beliau dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan Daerah Muar dan Batu Pahat dan bintang beliau semakin bersinar bila dilantik bagi menyelia sekolah-sekolah seluruh negeri Johor. Di situlah, beliau mengasaskan sekolah agama petang dan turut menjadi penyelia kegiatan tersebut. Sekolah tersebut turut menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di Negeri Johor.

Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara pejuang yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli hingga beliau diberi kepercayaan sebagai Presiden pertama persatuan tersebut. Jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu disandang oleh beliau selama 19 tahun sejak tahun 1930 lagi.

Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, diberi nama "Bulan Melayu". Semangat juang yang tinggi menjadikan beliau sebagai salah seorang perintis UMNO dan memegang jawatan Ketua Kaum Ibu UMNO (sekarang disebut Ketua Wanita UMNO).

Politik

Penglibatan Ibu Zain dalam bidang politik menambah jasa dan khidmat bakti beliau kepada masyarakat. Pada tahun 1948,beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili parti UMNO. Berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang lain, Ibu Zain lebih suka bercakap soal pendidikan. Pada tahun 1959, beliau dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan Pontian Selatan.

Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh askar tersebut. Lebih mengejutkan, beliau mampu menguasai bahasa Jepun dalam tempoh sebulan sahaja.

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain turut menyumbang bakti. Beliau berjaya menyatukan kaum ibu untuk turut serta menyokong usaha tersebut. Sewaktu zaman konfrontasi dengan komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah komunis daripada menular dalam kalangan masyarakat. Ternyata usaha beliau membuahkan hasil. Pada 10 Mac 1963 beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam.

Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958.

Anugerah

Di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan beberapa penghormatan dari dalam dan luar negara. Antaranya Pingat Sultan Ibrahim (1947), anugerah Johan Mangku Negara (1958), pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar dan pingat Tun Fatimah (1974), Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya (1975), anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan anugerah Suluh Budiman (1980) oleh MPSI.

Perginya Seorang Tokoh Pejuang

Ibu Zain meninggal dunia pada 2 April 1989 di Muar akibat penyakit barah dalam perut dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

SEmoga liku-liku perjuangan Ibu Zain ini akan menjadi poenyuntik semangat kepada kaum pendidik dalam menyampaikan ilmu dan menjadi penjana transformasi pendidikan negara.

SELAMAT HARI GURU. GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.