Thursday, November 29, 2012

UMAT ISLAM KEMBOJA




Kekejaman Pol Pot tetap dikenang dalam sejarah
Pada zaman pemerintahan Pol Pot di Kemboja dari tahun 1975-1979, bangsa Melayu Champa yang keseluruhannya beragama Islam telah dibunuh secara beramai-ramai.  Rejim komunis tersebut telah mula membunuh ulama Islam sejak tahun 1974 lagi. Tahun 1975 menyaksikan kesemua ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan dibunuh apabila Phnom Penh, ibukota Kemboja jatuh ke tangan mereka.

Tujuan pembunuhan beramai-ramai ini ialah untuk untuk menghapuskan etnik Melayu Champa dari negara tersebut.

Tiga pendekatan penghapusan etnik Melayu Champa adalah seperti berikut:

Pendekatan pertama: Menghina maruah dan menekan jiwa bangsa Melayu Champa.

Pendekatan ini dilakukan dengan membunuh lelaki Melayu Champa yang masih berdegil memakai songkok, kopiah atau serban. Kaum wanita yang masih ingin berselendang, bersanggul dan berpakaian labuh seperti baju kurungf dipaksa berpakaian hitam. Rejim Pol Pot juga telah mengharamkan langsung penggunaan Bahasa Melayu.

Pendekatan kedua: Rejim komunis Kemboja telah mengharamkan amalan-amalan ibadah Islam.

 Ibadat seperti solat, puasa, membaca al-Qur’an dan ibadat qurban ditegah oleh pemerintah. Masjid dan surau dirobohkan dan dijadikan stor menyimpan makanan dan barang-barang. Bagi menguji kesetiaan orang Melayu kepada pemerintahan komunis, mereka dipaksa makan babi.orang Melayu di Kahpol dan Svey Kliang bangun menentang melancarkan jihad namun dapat dipatahkan oleh regim zalim tersebut.
Nasib kaum Melayu Champa mendapat simpati negara jiran seperti Malaysia
 Pendekatan ketiga : Perpindahan paksa.

Orang Melayu dari sesebuah kampung dipecah-pecahkan ke tempat-tempat yang berasingan supaya mereka berjauhan bagi melemahkan mereka.

Seramai 90,000 orang atau 36% umat Islam telah meninggal dunia di Kemboja dari tahun 1975-1979. Nisbah ini lebih tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975.

Pol Pot yang mengimpikan kehebatan bangsa Khmer seperti pada zaman kemegahan Angkor Wat tidak dapat menerima kehadiran bangsa Melayu Champa di bumi Kemboja. Lantaran itu, pembunuhan dilakukan bermula di tebing timur Sungai Mekong. Pemerintahan zalim ini ditamatkan dengan pelanggaran tentera Vietnam dan rejim komunis jatuh pada 7 Januari 1979.
Program qurban di Kemboja mendapat perhatian rakyat Malaysia
Hidup orang Melayu Champa masih miskin hingga kini dan penderitaan mereka mendapat perhatian daripada jiran-jiran seagama termasuk dari Malaysia dengan ibadat qurban yang dibuat di sana saban tahun.

Semoga kisah umat Islam Melayu Champa di Kemboja dapat menginsafkan kita. Gaji Mufti Kemboja tidak dibayar oleh kerajaan sebagaimana di Malaysia. Ada di antara mufti di Malaysia bertaraf JUSA! 

No comments:

Post a Comment