Saturday, December 1, 2012

PERSOALAN SEMASA YANG PERLU DIFIKIRKAN OLEH UMAT ISLAM


Terdapat perbezaan pendapat mengenai konsep kafir harbi dalam konteks Malaysia

1. Bolehkah sesebuah parti Islam meredhai orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam konsep Trinity?

2. Bolehkah seseorang ahli parti Islam mengamalkan sumpah talak 3 ke atas isteri sendiri demi menjaga kedudukan parti?

3. Bolehkah menyokong parti yang membuang perjuangan menubuhkan Negara Islam dengan alasan bahawa konsep Negara Islam tiada dalam al-Qur’an sedangkan inilah asas untuk mengkafirkan golongan yang tidak sealiran satu ketika dahulu?

4. Bersetujukah anda dengan sebuah parti yang anda harapkan untuk menubuhkan sebuah Negara Islam kemudiannya tidak bersetuju kerana menjaga hati rakan sekutunya?

5. Mahukah anda sokong parti yang tidak mahu melaksanakan hudud kerana dalam dasar pemerintahan bersama sekutunya?

6. Anda mahu sokong parti yang rela mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Bagaimanakah parti yang menghalang perpaduan bersama umat Islam?

8. Bolehkah parti Islam menghalalkan orang kafir harbi mengetuai perhimpunan haram?

9. Beginikah parti Islam memecat ahli EXCO agama tanpa diberi peluang untuk membela diri?

10. Adakah parti Islam tergamak memecat ahli EXCO agama yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Seorang pemimpin Islam menyokong orang yang berkata akan "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Mana mungkin parti Islam mengangkat seorang pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Mampukah sebuah parti Islam melantik seorang yang keji akhlak dan di luar tabii sebagai Perdana Menteri?

14. Adakah parti Islam mengangkat komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Parti Islamkah menuduh pasukan keselamatan yang mempertahankan Bukit Kepong sebagai pengkhianat negara?


No comments:

Post a Comment