Bas yang memaparkan imej Islam |
Papantanda iklan Islam |
Menurut ASARB (Association Of Statisticians of American
Religious Bodies), bagi jangkamasa tahun 2001-2012, bilangan umat Islam di
Amerika bertambah sebanyak 66.7 peratus menjadikan Islam sebagai agama yang
paling pesat berkembang di negara tersebut. Agama Katholik menurun sebanyak 5
peratus dan Protestan menyusut sebanyak 12.85 peratus.
Strategi untuk menakutkan dunia mengenai keganasan umat Islam dalam peristiwa 11 September 2001telah memberi impak sebaliknya di mana orang Amerika mula mengkaji mengenai kemurnian ajaran Islam lantas menyebabkan Islam semakin diminati.
Masjid bertambah, buku mengenai Islam mendapat sambutan yang sangat tinggi, orangramai keluar menunaikan solat di tempat terbuka, papantanda yang memaparkan iklan Islam dan bas menayangkan mesej Islam kelihatan di sana-sini. Kebangkitan Islam seperti ini mungkin tidak terduga oleh sesiapa pun. Demikianlah perancangan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment