Thursday, November 8, 2012

UMAT ISLAM WAJIB TOLAK DAP



Lambang Komunis antarabangsa
Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah komunis antarabangsa
Bendera Singapura
Bendera Negara China


1.       DAP mahu kuasai Putrajaya dengan cara bermuafakat tidak sepakat dengan sekutu-sekutunya daripada PAS dan PKR untuk memerintah Malaysia lantaran orang Melayu berpecah kepada beberapa puak.

2.       Manifesto DAP dalam PRU 12 mengajak semua orang Cina bersatu. Mereka menulis “Hanya DAP yang kuat dapat melakukan semua ini”. Maksud yang tersirat ialah “HANYA CINA YANG KUAT DAPAT MELAKUKAN SEMUA INI”. Orang Melayu masih dibuai mimpi..

3.       DAP adalah adik kandung kepada PAP.  Bucu 5 bermaksud 5 benua dan tangan. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti serpihan PAP yang ada di Malaysia telah dibatalkan. Devan Nair (MP Bangsar) pada ketika itu telah cuba menghidupkan semula PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan. Kemudiannya Devan Nair menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan pada 19 Mac 1966. DAP tetap meneruskan perjuangan khianat PAP. Jelasnya PAP di Singapura sementara DAP di Malaysia mempunyai agenda yang sama iaitu menghapuskan Ketuanan Melayu yang menjadi idaman mereka selama ini.

4.       Dalam majlis makan malam yang dianjurkan, DAP sering memanggang 5 ekor babi. Angka 5 ini ialah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan ketenteraan, intelligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Warna merah yang digunakan oleh DAP adalah warna rasmi parti komunis seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party ditubuhkan di Singapura pada tahun 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930.

5.       Pada bulan Oktober 1967, DAP dengan rasminya telah menjadi ahli kepada Socialist International iaitu satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International ialah Ehud Barak, mantan Perdana Menteri Israel. DAP bukan sebuah parti demokratik akan tetapi ideology DAP sama seperti Parti Buruh Israel, lantaran itulah Lim Guan Eng menyebut mengenai konsep “Middle Malaysia” ditiru dari konsep “Middle Israel”.

6.       Lim Guan Eng telah berucap di DAP Melaka State Annual Convention pada Disember 2005 bahawa beliau akan mengadaptasi 3 prinsip yakni Nationalism, Democracy and Equality yang telah diterapkan oleh Dr Sun Yat Sen, pengasas Parti Nasionalis Cna Kuomintang. Teori Sun Yat Sen yang dipegang oleh Guan Eng ialah “Overseas Chinese as the mother of revolution.” Apakah revolusi Cina seperti ini sesuai dengan cara pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz?

7.       Logo DAP dan PAP serta bendera Singapura dan Cina mempunyai bintang yang sama merupakan manifestasi persamaan ideology dan idea revolusi

8.       DAP cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di Malaysia. Logo Selangor Shines bersempena Kempen Melawat Selangor 2011 memaparkan logo bintang 3 sama seperti yang dibawa oleh Chin Peng.

9.       Pada 22 November 2009, Karpal Singh mempertikaikan keputusan Kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.

10.   DAP mengganggap ahli-ahli MPAJA yang mati sebagai pejuang kebebasan melawan pendudukan Jepun. Sebab itu Lim Kit Siang dan Ronnie Liu mengatakan Zainuddin Maidin buta sejarah kerana menggelarkan Memorial Nilai sebagai memorial Komunis. Orang tua-tua dulu memang mengaitkan Cina dengan fahaman komunis.

11.    ADUN Beruas Ngeh Koo Ham adalah anak saudara Chin Peng. Nga Kor Ming merupakan sepupu kepada Ngeh. Mereka menggunakan khidmat peguam yang sama dengan Chin Peng. Ngeh juga ahli pertubuhan Socialist International yang mendokong ideologi komunis dan sosialis.

12.   DAP menyertai PRU buat kali pertama pada tahun 1969. Sejak awal lagi mereka berkempen untuk menghapuskan Hak Istimewa Orang Melayu. Perarakan kemenangan DAP di Kuala Lumpur telah mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

13.   Pemuda DAP pada tahun 1969 telah mengangkat penyapu gergasi sebagai tanda menyapu bersih orang Melayu dari Tanah Melayu. Perkataan “Melayu sakai masuk kampung” dan “balik kampong tanam jagung” masih diperlihatkan melalui perbuatan mereka menghina orang Melayu.

14.   Pada 12 Mac 2008, Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP Perak memboikot perlantikan Nizar Jamaludin sebagai MB Pereak. Kit Siang mahu Ngeh Koo Ham sebagai MB Perak. Selepas Perjanjian Pangkor 2, barulah DAP bersetuju Nizar menjadi MB Perak namun Nizar tidak boleh menyebut bahawa Perak akan melaksanakan pemerintahan Islam. Nizar juga tidak boleh menyebutkan mana-mana terma yang berkaitan dengan PASatau Bahasa Arab seperti hudud dan Qisas.

15.   Pada 6 Februari 2009, Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan biadap di malaysiakini dengan katanya: “Saya meminta Sultan menghenti dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN dan ahli majlis mesyuarat selepas tengahari ini. “ Bayangkan kalau mereka menang dalam PRU nau’uzubillah..

16.   Lee Kuan Yew dalam buku bertajuk “Conversation with Lee Kuan Yew” oleh Tom Plate, dengan jelas menyebutkan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang pemalas dan kurang berkemampuan. Sila lihat mukasurat 53 buku tersebut. DAP juga mengatakan bahawa bangsa Melayu juga adalah kaum pendatang.

17.   Lim Guang Eng mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Guan Eng sudah menyiapkan cadangan untuk menyerahkan Seberang Prai kepada Kedah dan membatalkan perjanjian lama antara Kedah dan Francis Light. Cadangan tersebut mahu dibawa kepada Sultan Kedah.

18.   Pada 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan bahawa langkah mayat beliau terlebih dahulu kalau ingin mewujudkan Negara Islam.

19.   Pada 25 Februauri 2009, Karpal berkata “Saya Singh is king.” Beliau berkayta emikin sewaktu mengulas mengenai 100 laporan polis dan dua peluru hidup yang diterima oleh beliau.

20.   Pada 10 Januari 2008, Karpal Singh telah menafikan kenyataan Hj Hadi Awang berhubung dengan isu hudud. DAP menolak hudud PAS. Mereka juga anti kepada Islam.



No comments:

Post a Comment