Patung Sun Tzu pakar strategi peperangan |
Sun Tzu di dalam bukunya The
Art Of War menyatakan:
Know your enemy and know yourself; in a hundred battles, you will never be defeated. When you are ignorant of the enemy but know yourself, your chances of winning losing are equal. If ignorant both of your enemy and yourself, you are sure to be defeated in every battle.
Mengenali kekuatan musuh dan
mengetahui kemampuan diri mampu membawa kemenangan dalam pertempuran,
mengetahui mengenai diri sendiri sahaja belum tentu memberi kemenangan namun
tdak memiliki pengetahuan mengenai musuh dan kekuatan sendiri pasti akan gagal.
Berperang tanpa ilmu dan kemahiran hanya mengundang kekalahan dalam setiap
pertempuran.
Firman Allah s.w.t. dalam
Surah al-Anfal ayat 60 maksudnya:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan damn dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya.
Ayat ini juga menerangkan
bahawa persiapan dengan fizikal yang digambarkan melalui pasukan berkuda serta
ilmu strategi sangat berguna sebelum turun ke medan pertempuran.
Untuk menang dalam setiap
peperangan maka kita mesti mengenali musuh kita supaya tidak terjebak dalam
kemusnahan akibat serangan mereka.
Keselamatan bermaksud satu
keadaan yang terhindar dari ancaman samada dari dalam mahupun luarnegara iaitu
meliputi bidang sosial, ekonomi dan politik. Dengan itu akan menjamin survival
dan kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat.
Tun Dr Mahathir dalam National
Conference On Comprehensive Security, ISIS, Kuala Lumpur menyebut:
Security is not just a matter of military capability. National security is inseparable from political stability, economic success and social harmony.
Kestabilan politik, pencapaian
ekonomi dan keharmonian sosial mesti dipertahankan demi kesejahteraan
masyarakat dan negara.
TIGA TONGGAK KESELAMATAN
NEGARA
Survival negara Malaysia
bergantung kepada 3 tonggak keselamatan iaitu:
1. Kesatuan
nasional
Elemen penting dalam kesatuan
nasional ialah perkongsian kuasa, perpaduan kaum dan keharmonian sosial,
keseimbangan pembangunan ekonomi dan pembahagian kekayaan negara.
2. Keutuhan
wilayah
Kepentingan Malaysia
seharusnya mengatasi etnik dan semangat kenegerian dan kesedaran bahawa
Malaysia hak semua walaupun terpisah secara geografik.
3. Kedaulatan
Kedaulatan bermaksud kita
mesti mempertahankan hak dan kepentinga negara, bebas bersuara di persada
antarabangsa serta mampu menyumbang ke arah keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Antara rusuhan kaum yang
pernah berlaku di Malaysia:
Rusuhan Melayu-Cina
1. 1
Mei 1969 di Pulau Pangkor, Perak
2. 11
Julai 1964 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang
3. 24
November 1967 di Pulau Pinang
4. 13
Mei 1969 di Kuala Lumpur
Rusuhan Melayu-India
1. 13
Mac 1998 di Kg Rawa Pulau Pinang
2. 4
Mac 2001 di Kg Medan Petaling Jaya
Sejarah hitam negara |
Implikasi Peristiwa 13 Mei
1969
1. 196
kematian
2. 180
cedera oleh senjata api
3. 259
cedera oleh senjata tajam lain
4. 6000
hilang rumah
5. 211
kenderaan musnah
6. 753
bangunan musnah
Musnah |
Tunku Abd Rahman dalam Mei 13,
Sebelum dan selepas:
Saya ialah Perdana Menteri yang paling bahagia sekali dalam dunia ini...sungguhpun begitu pada 13 Mei, dengan tidak semena-mena saya dapati bahawa saya ialah Perdana Menteri yang paling masyghul sekali...impian kita untuk terus mencapai kejayaan telah berkecai pada 13 Mei 1969 dalam bentuk rusuhan kaum di Bandar Kuala Lumpur yang aman ini, iaitu satu pergaduhan dan kekacauan yang tidak pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah negara ini....
Jangan berulang lagi |
Tun Razak dalam Laporan Majlis
Gerakan Negara mengingatkan kita:
Hari 13 Mei 1969 akan tercatit dalam sejarah negara kita sebagai hari tragedi nasional.....kalau tidaklah kerana langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan dengan segera itu, maka sudah tentulah seluruh negeri ini tercebur di dalam mala petaka yang besar....kepentingan peristiwa 13 Mei janganlah hendaknya dirasakan oleh beberapa orang sahaja, bahkan setiap orang dari kita hendaklah menaruh insaf akan peristiwa ini. Pada hari itu, kita disedarkan sehebat-hebatnya bahawa masalah perkauman dalam negeri ini adalah satu masalah yang amat berat dan segala langkah yang telah kita ambil di masa lampau sudah nyatalah tidak mencukupi.
Cedera akibat rusuhan Melayu-India |
Semua kaum pernah terlibat dengan rusuhan |
No comments:
Post a Comment