Tuesday, November 27, 2012

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH

Sebahagian reaksi masyarakat

Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan:

Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam telah melakukan satu kesalahan. Apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.

Enakmen pada tahun 1995 ini jelas menunjukkan bahawa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi ruang untuk menghalang mereka yang ingin lepas tangan serta tidak mahu bertanggungjawab terhadap anak atau kanak-kanak yang semestinya diberikan pendidikan Islam bagi menyelamatkan aqidah mereka sejak dari kecil lagi.

Sememangnya secara hak asasi manusia semua orang berhak memilih agama mereka masing-masing dan terpulang kepada hikmah para pendakwah dalam menarik minat manusia namun kuasa yang ada pada kerajaan digunakan untuk membawa sesungguh-sungguhnya orang Melayu agar terus kekal dalam Islam. Setelah kanak-kanak mencapai umur 21 tahun, mereka telah diasuh dengan asas- Islam semoga ketahanan mereka akan terus dapat dipertahankan dalam persekitaran yang meresahkan dalam era globalisasi ini.

Didikan dan undang-undang bagi mempertahankan Islam dalam kalangan umat Melayu pastinya akan berterusan selagi kuasa memerintah dikekalkan kepada orang Melayu yang perihatin kepada syiar Islam dan bukannya kepada mereka yang memperalatkan agama bagi meraih undi menuju ke Putrajaya semata-mata..

Kita lihat pula Enakmen Kesalahan Syariah Melaka:
Seksyen 66(1) Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991 menyatakan bahawa apabila seseorang Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar dari Agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu mestilah disahkan di Mahkamah dan kemudian barulah dia boleh dibebaskan. Jika pula seseorang itu bertaubat semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah melaporkan perkara itu kepada mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh Mahkamah. Seksyen  6 (1) pula memperuntukkan seseorang yang bersyubahat dibawah seksyen 66  adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-dua nya sekali
  Pertahankan kuasa Raja-Raja Melayu sebagai pelindung kedudukan agama Islam di Malaysia..


No comments:

Post a Comment