Doa adalah ibadah dan senjata umat Islam |
Doa
yang kita pohon kepada Allah swt terbahagi kepada 3 tingkat:
Tingkat
pertama
Doa meminta kebaikan serta faedah berbentuk duniawi. Ini adalah tingkat doa yang paling rendah. Dalam doa kategori ini, tidak ada doa yang kita minta selain dunia contohnya mohon harta berlimpah ruah, minta naik pangkat, minta lulus peperiksaan, minta agar mendapat banyak rezeki, minta mendapat jodoh dan sebagainya. Tidak menjadi kesalahan sekiranya kita berdoa seperti ini bahkan ianya digalakkan dan diberi pahala di sisi Allah swt.

kedua
Memohon kepada Allah swt agar diberikan pahala. Pada tingkat yang kedua ini, kita berdoa agar Allah swt membalas semua amalan kebaikan kita dengan balasan yang berlipat ganda. Pada penghujungnya, kita mohon agar dimasukkan ke dalam syurga serta dijauhkan dari azab api neraka. Doa pada tingkat ini lebih kepada keakhiratan dan nilainya di sisi Allah swt lebih tinggi daripada sekadar berdoa untuk kebaikan dunia sahaja.

tertinggi
Berdoa memohon rahmat dan keredaan Allah swt. Mendapat rahmat dan keredaan Allah sepatutnya menjadi cita-cita tertinggi yang seharusnya dimiliki oleh semua orang Islam. Imam Ibnu Athaillah dalam kitabnya al-Hikam menyebutkan bahawa “sebaik-baik doa yang harus engkau pohon kepada Allah swt ialah apa-apa yang Allah perintahkan kepada kamu.”

Berdasarkan
kepada 3 tingkat berdoa, maka doa yang sepatutnya kita pohon kepada Allah swt
ialah doa minta diberikan ketaatan kepada semua perintah Allah serta menjauhkan
laranganNya dan istiqamah iaitu berterusan dalam beribadat kepada Allah swt.
Rasulullah
saw telah memberikan contoh sebaik-baik doa iaitu: “Allahumma inna nas’aluka
ridhaka waljannah wa na’uzubika min sakhatika wannar.” Maksudnya: “Ya Allah!
Kami mohon kepadaMu keredhaan dan syurga dan kami berlindung kepadaMu daripada
murkaMu dan azab api neraka.”
Kesimpulannya,
sementara kita masih hidup ini, marilah kita
berdoa sebanyak mungkin kepada Allah swt. Allah telah berjanji akan memakbulkan
doa orang yang ikhlas dan ingatlah bahawa sebaik-baik doa ialah
doa mohon keredhaan dan kasih sayang Allah.
No comments:
Post a Comment