Minat membaca al-Qur'an dimulakan sejak dari kecil lagi |
Untuk
mendapatkan manfaat terbaik daripada membaca al-Qur’an, kita hendaklah
menghampiri al-Qur’an dengan cara yang betul.
Dr
Khurram Murad dalam bukunya “Way to the Qur’an” menyebutkan beberapa prasyarat
untuk mendapat manfaat daripada pembacaan kitab suci ini.
Pertama
Bacalah al-Qur’an dengan keyakinan bahawa ia adalah kalam Allah. Kitab ini
bukan buku biasa tetapi merupakan hidayah dari Allah swt. Bayangkan keagungan Ilahi dan rahmatNya
menurunkan kitab sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita insan yang
kerdil.
Kedua
Fokuskan niat membaca al-Qur’an hanyalah bagi mendapatkan pertunjukNya,
mendekatkan diri kepadaNya serta mencari keredaanNya.
Ketiga
Pastikan kita bersyukur dengan nikmat al-Qur’an yang kita baca. Keinsafan kita
akan nilai al-Qur’an akan memudahkan kita menerima pengajaran yang terkandung
dalam ayat-ayatnya.
Keempat
Terima lah dengan yakin tanpa sebarang keraguan setiap ayat al-Qur’an dan
pengajaran di dalamnya. Tidak ada satu ayat pun yang tidak relevan dengan hidup
manusia.
Kelima
Sediakan diri untuk memahami dan mengikut semua perintah Allah dan kalau perlu
menukar cara hidup kita daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik.
Keenam
Sentiasa ingat bahawa syaitan akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang kita
daripada mendekati al-Qur’an dan menyibukkan kita dengan perkara-perkara yang
tidak memberi manfaat kepada dunia dan lebih-lebih lagi urusan akhirat.
Ketujuh
Yakinlah bahawa Allah akan membimbing kita ke arah mendapat pahala yang besar
dari bacaan al-Qur’an kita. Dengan rahmatNya kita dianugerahkan al-Qur’an dan
dengan rahmatNya juga kita dibimbing oleh Allah swt untuk memahami serta
menghayati al-Qur’an.
Marilah berlumba-lumba melakukan kebaikan antaranya ialah dengan membaca al-Qur'an..
No comments:
Post a Comment