Barack Obama di Tembok Ratapan Yahudi |
Pengaruh Zionis ke atas politik Amerika Syarikat sangat hebat sebagai contohnya semua calon Presiden Amerika Syarikat akan menggambarkan diri mereka sebagai penyokong kuat Yahudi. Mereka tidak akan mengatakan sesuatu yang buruk mengenai Yahudi melainkan mereka tidak ingin menang dalam pilihanraya.Sudah menjadi kebiasaan bagi semua calon Presiden melawat Israel ketika berkempen. Gambar yang biasanya akan diambil ialah calon bertafakur di hadapan Tembok Ratapan di Baitul Maqdis sebagai simbolik bahawa mereka pro Israel.
Tembok Ratapan (Wailing Wall) |
Tembok ini ialah salah satu binaan suci penganut Yahudi. Kononnya, ia adalah sisa runtuhan bangunan Rumah Suci yang dibina oleh Raja Sulaiman. Ada juga yang menyebut bahawa tembok itu adalah sebagahagian daripada binaan Sulaiman yang dihancurkan sewaktu Jerusalem diserang oleh Rom. Orang Yahudi percaya bahawa tembok itu tidak runtuh kerana dilindungi oleh tuhan Yahweh yang tinggal di situ. Lantaran itu, Yahudi melakukan upacara tertentu sepertti berdoa, menyesali dosa dan membaca kitab Psalm. Mereka akan menulis doa masing-masing di atas sehelai kertas dan meletakkannya di cekah-celah rekahan dinding binaan tersebut. Dua kali dalam setahun, kertas-kertas itu akan dikutip oleh para rabbi yang menjaga tembok itu dan memindahkannya ke tempat lain yang tidak diketahui bagi menjaga kerahsiaannya.
Sewaktu berkunjung ke Tembok Ratapan, Obama juga telah menyelitkan kertas doanya di salah satu rekahan tembok. Kertas doa itu kemudiannya telah dicuri oleh seorang pelajar Israel dan meyreahkannya kepada Maariv, salah satu akhbar di Israel untuk disiarkan.
Menurut kepercayaan Yahudi, semua orang tidak boleh membaca kertas doa orang lain. Para rabbi Yahudi menulis surat memohon maaf kepada Obama dan akhbar Maariv telah disaman walaupun turut menghantar surat memohon maaf. Namun Obama menganggap ianya hanyalah satu perkara kecil dan tidak perlu dibesar-besarkan.
No comments:
Post a Comment