Thursday, November 29, 2012

KETURUNAN PENGGANAS?



“History Channel HD” telah menyiarkan kajian yang menyebutkan bahawa 1 daripada 200 orang di dunia ini adalah daripada keturunan Genghiz Khan.
Bayangkan daripada 200 orang yang kita jumpa seorang daripadanya mempunyai perkaitan darah dengan pemerintah yang zalim itu. Kalau kita jumpa 400 orang, 800 orang, 100,000 orang bahkan kalau sejuta, ramainya keturunan Genghiz Khan..

Mungkin agaknya termasuk Amir Khan, Shah Rukh Khan dan ramai lagi khan-khan yang lain..
Isteri Genghiz Khan menemaninya sepanjang masa dalam pertempuran
 Menurut sejarah, Genghiz Khan juga melakukan pemerkosaan dengan tujuan seperti sesetengah bangsa di dunia sekarang yang menjalankan strategi “ethnic cleansing” dengan cara menyebarkan keturunannya melalui pemerkosaan..oleh itu dunia ini dipenuhi dengan bangsanya melalui penyebaran keturunannya selain daripada melakukan penaklukan ketenteraan ke atas banyak bangsa serata dunia.

Apa yang kena mengena dengan darah keturunan Genghiz Khan ini?

Kajian yang dibuat di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa keturunan seorang pembunuh sekiranya dibandingkan dengan keturunan orang yang baik-baik, keturunan orang yang baik-baik lebih ramai yang juga meninggalkan jasa sebagai peguam, ahli politik, ahli perniagaan dan sebagainya berbanding dengan keturunan si pembunuh yang lebih ramai yang menjadi perompak, perogol, pembunuh termasuk juga yang mengalami sakit jiwa. Keturunan bukan sekadar mewarisi rupa paras dan fizikal namun juga mewariskan penyakit, perangai dan kecenderungan tertentu dalam hidup.

Pada tahun 2011, sekumpulan saintis telah membuat kajian ke atas 2000 sampel darah seluruh Asia dengan menggunakan kaedah genetic code. Kajian darah dan DNA tersebut mendapati 8% daripadanya berkongsi keturunan dengan bangsa Mongol.
Pemimpin Mongol mencipta sejarah dunia
 Mari kita lihat latarbelakang Genghiz Khan.

Ayah Genghiz Khan telah dibunuh sewaktu dia masih berusia 9 tahun. Dia, ibunya dan adik-adiknya dipulaukan oleh kaumnya sendiri. Dalam usia semuda 9 tahun, dia sudah menaruh dendam kesumat dan tergamak membunuh abangnya sendiri bila bergaduh sedangkan waktu itu dia masih kanak-kanak lagi.

Dia tidak teragak-agak membunuh kawannya Jamuga walaupun telah bersumpah sebagai saudara sejak kecil. Pembunuh ayahnya telah maut di tangannya. Berkuasa selama 32 tahun dengan 30 juta orang tunduk di bawah cengkamannya menjadikan tempoh pemerintahannya sebagai “32 years of brutal.”

Pemerintah kejam ini akhirnya menemui ajalnya pada tahun 1227 di dalam khemahnya bukan di medan pertempuran. Kematiannya masih menjadi misteri samada dia mati diracun atau disebabkan oleh penyakit.
Apakah keturunan pengganas merosakkan dunia seperti apa yang dilakukan oleh tentera Israel ini
 Adakah dunia tidak aman selama beberapa abad dengan tercetusnya Perang Dunia dan keganasan Israel  terhadap Palestin mempunyai kaitan dengan keturunan Genghiz Khan? Satu kajian yang amat menarik dan mencabar untuk dilakukan...

Kalau begitu di Malaysia juga ramai keturunan Mongol bukan sahaja Altantuya tetapi mereka yang bersifat penipu, perampas hak orang, penzina, pembelit, penabur fitnah dan lain-lain maksiat lagi..

Apa yang penting marilah melakukan kebaikan walaupun mungkin anda juga keturunan Genghiz Khan..


No comments:

Post a Comment