Thursday, November 29, 2012

PENGAJARAN DARIPADA TENTERA MONGOL

Tentera Mongol dikenang sebagai tentera yang ganas dalam sejarah

Genghiz Khan telah berjaya membina Empayar Mongol yang terbentang dari China sampai ke Timur Tengah kira-kira 1200 tahun yang lalu. Beliau dikenang dalam sejarah sebagai seorang pemerintah yang kejam dan zalim. Dianggarkan seramai 3 juta manusia telah dibunuh sewaktu kekuasaannya. Fakta ini tercatat dalam buku “The Secret History Of Mongol” yang ditulis pada tahun 1247 Masihi.

3 faktor kemenangan tentera Mongol:

1.   Memiliki busar panah yang lebih pendek tetapi panah yang mampu pergi lebih jauh dan menepati sasaran.

Busar panah tentera lain lebih panjang dan ini menyebabkan susah untuk memanah dari atas kuda kerana berat dan anak panah tidak boleh pergi jauh. Teknologi tentera Mongol lebih terkehadapan daripada pasukan lain walaupun mereka bangsa nomad. Mereka dilatih berperang dengan memanah dari atas kuda dengan intensif sehingga mereka boleh makan, minum dan berehat dari atas kuda sambil meneruskan perjalanan. Ini menjimatkan masa dan walaupun keletihan mereka mampu menawan kawasan yang luas hanya dalam masa beberapa hari sahaja. Teknologi yang mereka miliki serta latihan ketenteraan yang hebat menyebabkan mereka mampu menakluki negara lain yang tidak nomad. Dalam ertikata lain, bangsa Mongol mampu melakukan tugasan pada bila-bila masa dengan cekap dari atas kuda sahaja yakni secara “mobile”.  

2.       Baju tentera Mongol diperbuat daripada sutera yang kalis panah.

Selain daripada hebat menyerang, tentera Mongol juga hebat bertahan. Di samping mampu memanah dengan tepat dan jauh menggunakan busar panah yang lebih pendek, mereka juga mempersiapkan diri dengan memakai baju sutera di sebelah dalam yang kalis panah. Teknologi ini ada persamaan dengan tentera China yang juga menggunakan sutera bagi mengelakkan panah beracun. Aspek pertahanan tubuh badan seperti ini menjadikan mereka semakin berani dan yakin dalam sebarang pertempuran. Negara bertamadun tinggi dapat dikalahkan mereka kerana focus kepada peperangan dan tidak memikirkan hal-hal lain.

3.       Lastik besar yang mampu meruntuhkan tembok

Satu lagi kehebatan tentera Mongol ialah mempunyai teknologi lastik besar. Mereka buat kajian bahawa tentera Farsi telah membina tembok besar yang tebal dan sukar untuk dipecahkan bagi mengelakkan serangan musuh. Lastik besar mereka telah berjaya memecahkan tembok orang Farsi menyebabkan pertahanan mereka lumpuh dan memudahkan tentera Mongol menyerang.

Busar pendek yang mampu pergi jauh melambangkan kita mesti mempunyai sasaran yang tepat untuk menang, kenalpasti sasaran dan bagaimana mencapai sasaran, baju sutera kalis panah mengajar kita agar mempunyai ketahanan diri yang kukuh dan lastik besar mengajak kita berusaha untuk meruntuhkan segala halangan yang akan menggagalkan perancangan kita.
Genghiz Khan berjaya menyatukan bangsa Mongol
Genghiz Khan berjaya menyatupadukan orang Mongol di bawah pemerintahannya dan tentera Mongol sangat patuh kepada arahan ketua mereka.  Genghiz Khan pernah bertanya kepada seorang Jeneralnya:
 
Apakah kebahagiaan terbesar dalam hidup ini, menurut pendapatmu? Jeneralnya menjawab: Berburu pada musim luruh dengan menunggang seekor kuda yang tangkas dan bagus! Bukan! jawab Genghiz Khan. Kebahagiaan terbesar ialah menaklukkan musuh, mengejar mereka sampai tertangkap, kemudian merampas harta milik mereka, menyaksikan kaum kerabat mereka meratap dan menjerit-jerit, menunggangi kuda-kuda mereka, memeluk isteri dan anak-anak gadis mereka serta memperkosa mereka.

Mereka sangat ganas namun penjajaran yang kita dapat ialah kekuatan semangat dan latihan serta teknologi mereka meletakkan bangsa Mongol dalam sejarah dunia..

Semoga kita akan belajar daripada sejarah seperti kata seorang Maharaja China..

Dengan melihat cermin, kamu dapat membetulkan topi kamu, dengan melihat sejarah kamu dapat membetulkan kesilapan nenek moyang kamu..

Selamat bersidang kepada perwakilan UMNO.. Berjuang Tanpa Noktah..BTN..



2 comments:

  1. Harap Umno tak jadi seganas tentera Mongol. Hanya mengambil semangat juangnya, bukan perangai biadap kebahagiaan terbesar tentera Mongol yg merampas harta milik org lain..

    ReplyDelete
  2. bro mana nak dapatkan full cerita pasal ini

    ReplyDelete