Saturday, June 25, 2011

RAKYAT DIDAHULUKAN-KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA


Satu lagi projek kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mendahulukan rakyat ialah mewujudkan kedai rakyat 1Malaysia. Sebelum ini, program Klinik 1Malaysia ternyata telah memberikan khidmat yang baik kepada rakyat seluruh negara.

Sudah pasti projek yang baik ini akan mendapat tentangan daripada pihak pembangkang Kerajaan Persekutuan terutamanya DAP.

Mereka cuba memboikot bukan sahaja kedai rakyat, Klinik 1 Malaysia, skim perumahan rakyat dan lain-lain lagi projek yang menguntungkan rakyat supaya mereka dapat menjatuh kan imej kerajaan dan menggagalkan semua perancangan kerajaan demi political mileage mereka dan bukannya untuk faedah rakyat terbanyak.

Segala usaha kerajaan sekiranya disokong dengan baik pasti akan dapat meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat. Kita lihat seperti apa yang telah pun dilakukan oleh kaum Cina. Kaum Cina akan bersatu hati kalau ianya memberikan faedah dan kepentungan kepada kaum meerka. Sewaktu anak-anak Cina terlibat dengan masalah ketagihan ecstasy, kaum Cina tanpa mengira fahaman politik, telah bersatu hati memerangi pil estasy hingga mereka dapat menurunkan masalah ketagihan ecstasy ini sebanyak 650 peratus pada tahun berikutnya.

Semangat overseas Chinese yang begitu menebal dalam kalangan mereka menyebabkan segala perancangan mereka dapat dilaksanakan.

Kalau semua orang boikot program kerajaan maka kita boleh persoalkan bagaimana semangat patriotisme mereka dan apakah sumbangan mereka kepada negara. Secara terang-terangan, mereka dengan sengaja mengajak rakyat agar menjatuhkan kerajaan. Kata-kata yang tidak beradab disertai dengan tuduhan-tuduhan yang liar dan fitnah yang dilemparkan tanpa mempedulikan sensitiviti kaum-kaum lain sengaja dilakukan oleh parti chauvinis DAP.

Kalau kaum Cina dari parti DAP tidak mahu membantu usaha kerajaan maka sepatutnya hanya tinggal orang Melayu sahajalah yang akan dapat menjayakan usaha murni ini. Apa salahnya orang Melayu membeli di kedai rakyat 1Malaysia? Hanya menghalakan kenderaan ke kedai 1Malaysia daripada terus membeli di kedai-kedai orang Cina yang kadangkala kita sedar hasil keuntungan jualan mereka disalurkan kepada kuil-kuil yang ada di sekitar kawasan mereka.

Saya dimaklumkan bahawa ada sebuah kedai Cina yang majoriti pelanggannya dari kalangan bangsa Melayu termasuk Tuan-tuan Haji dan Puan-puan Hajjah pada setiap tahun menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 setahun kepada kuil-kuil yang berada dalam kawasan Parlimen mereka.

Saya tidak mempersoalkan penyaluran keuntungan mereka kepada rumah ibadat mereka kerana itu adalah hak mereka. Namun apa yang saya kesalkan sekiranya orang Melayu sanggup membeli dari kedai mereka, kenapa semangat dan wang yang sama tidak boleh disalurkan pula kepada kedai rakyat 1Malaysia apatah lagi mereka dapat membeli dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga di kedai-kedai lain.

Mungkin idea penubuhan ini tidak begitu besar kononnya sepatutnya kerajaan memikirkan untuk menubuhkan sebuah hyper market namun hakikatnya idea yang kecil kalau disokong ianya akan dapat menjayakan hasrat yang baik ini. Kalau sememangnya niat untuk menggagalkan apa sahaja projek sudah tertanam maka adalah sangat tidak adil menyalahkan pihak kerajaan sedangkan ianya tidak mendapat sokongan yang padu dari kaum Melayu sendiri.

Saya tidak salahkan kaum Cina kerana mereka bersatu sebaliknya saya kesal orang Melayu sanggup diperkudakan oleh kaum lain.

Bukan soal chauvinis yang ingin saya highlightkan namun semangat perpaduan Melayu tidak wujud samada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial hingga menyebabkan bilangan penagih dadah meningkat dari setahun ke setahun. Dan usaha untuk membantu kaum Melayu selalu ditentang oleh bangsa sendiri. Berjaya lah skrip yang dibuat oleh kaum lain.

Soal perpaduan ummah hanya tinggal sebagai ungkapan retorik semata-mata..

Agaknya kalau mahu lihat perpaduan orang Melayu, kita akan jumpa di program Jom Heboh..

No comments:

Post a Comment