Saturday, June 18, 2011

MINYAK NAIK LAGI?



Wajarkah kita melemparkan marah kepada kerajaan dan negara kalau harga minyak naik?

Satu perkara yang mesti kita akui ialah penggunaan minyak dalam negara sentiasa meningkat. Setiap tahun hampir setengah juta kenderaan bermotor baru didaftarkan.

Bangunan-bangunan pencakar langit dan rumah kediaman bertambah dengan pesat. Sektor industri yang mewujudkan peluang kerja kepada rakyat menggunakan kuasa elektrik yang dijana dengan gas sebagai bahan api. Ini juga menyebabkan bertambahnya penggunaan gas dalam Negara.

Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari dan sebanyak 400,000 tong untuk kegunaan dalam negara. Baki 250,000 tong dijual ke luar negara dengan harga pasaran USD 140 Dolar setong bersamaan RM420 setong.

Dengan kenaikan harga minyak maka subsidi untuk minyak juga naik. Kerajaan mampu menambah subsidi kerana mendapat pendapatan tambahan daripada naiknya harga minyak hasil eksport minyak kita ke luarnegara. Bayangkan kalau kita tidak mengeksport minyak ke luarnegara bagaimana kita akan dapat menampung subsidi. Rakyat mungkin mendapat minyak dengan harga yang lebih murah namun kerajaan akan rugi khususnya Petronas dan ini mengakibatkan kerajaan tidak mempunyai wang untuk menanggung subsidi lagi.

Sekiranya kegunaan minyak dalam negeri meningkat maka eksport negara akan merosot pula.. Bertambahnya penggunaan dalam negeri bermakna lebih banyak jumlah subsidi yang diperlukan. Lebih banyak yang digunakan dalam negeri menyebabkan jumlah eksport merosot dan pendapatan daripada eksport juga akan merosot.

Kalau jumlah kegunaan dalam negeri sama dengan jumlah pengeluaran dalam negeri, maka tidak akan ada lagi pendapatan daripada eksport. Dimanakah mencari wang untuk menanggung subsidi lagi.

Kita boleh menjadi seperti Pertamina di Indonesia yang mampu menjual minyak kepada rakyat dengan harga yang rendah tetapi kerajaan menjadi rugi lantaran tidak mempunyai wang tegasnya tidak untung dalam perniagaan minyak sedangkan Petronas meraih untung sebanyak RM63 bilion. Mana satukah pilihan kita?

No comments:

Post a Comment