Sunday, June 26, 2011
BILAKAH KEBENARAN AKAN TERSERLAH?
Shazryl Eskay, Shuib Lazim dan Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan video lucah Mac lalu.
Mereka dimarah oleh penyokong pembangkang kerana “membawa masuk” video seks ke dalam mahkamah. Kata mereka: Sudah melakukan kesalahan pun masih mahu menegakkan benang basah. Seolah-olah mereka sanggup hadir di mahkamah demi untuk membuktikan siapakah yang sebenarnya pelakon dalam video tersebut.
Denda RM5500 hanyalah sebagai pengorbanan suci mereka dan yang lebih penting ialah untuk membuktikan kebenaran. Bagi mereka rakyat mesti tahu yang sebenarnya walaupun terpaksa “membayar” harga kesalahan mereka. Patuh kepada undang-undang Negara dan menerima dengan rela hukuman yang dijatuhkan namun hakikat yang lebih besar mesti diyakinkan kepada rakyat. Mungkin inilah sahaja caranya untuk mensahihkan cerita mereka.
Ibarat sarang tebuan yang dijolok maka timbullah cerita dua orang pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulin dan pelakunya 99.9 peratus serupa dengan tertuduh iaitu seorang pemimpin kanan pembangkang. Istilah komputer iaitu tidak ada tampering dan super impose dilakukan terhadap video berkenaan.
Penafian tetap dilakukan oleh Anwar serta penyokong-penyokongnya dan mereka berpendapat Anwar tidak perlu meletakkan jawatan dalam parti dan dalam pakatan lantaran ianya adalah fitnah semata-mata.
Kita biarkan mahkamah dan para pakar dalam bidang masing-masing membuat kerja mereka. Hormati professionalisme, patuhilah adab dan bertawakkal lah kepada Allah s.w.t. Allah akan menunjukkan kebenaran samada dalam masa yang singkat mahu pun entah berapa lama lagi.
Nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara jangan diabaikan. Orang lain sedang bertepuk tangan melihatkan gelagat kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment