Monday, June 6, 2011

GURU MENANGIS GEMBIRA....



Benarkah insentif yang akan diberikan kepada guru sepertimana yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran hanya menguntungkan sebilangan kecil guru sahaja?

Apa yang menyedihkan, kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman tersebut dan kononnya ia hanya membawa berita gembira kepada 2,000 orang guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan. Demikian aduan rakyat insan bergelar guru.

Keluhan rasa guru begitu menyedihkan kerana menurut mereka insentif guru bukan kepada golongan ratusan ribu guru biasa yang bertungkus-lumus di dalam bilik darjah yang berkelulusan diploma pada Gred DGA 32 ke bawah.

Alasan pihak kerajaan untuk melaksanakan kenaikan pangkat, gaji atau elaun secara berperingkat kerana ianya membabitkan perbelanjaan besar tidak diterima oleh sebahagian golongan pendidik yang banyak berjasa kepada generasi masa depan negara.

Terdengar desas-desus yang menyebut terdapat beberapa kesatuan guru dan pihak NGO tidak berpuas hati dengan pemberian 'insentif terpilih' ini yang hanya diberikan kepada golongan siswazah sahaja seolah-olah menafikan khidmat golongan berkelulusan diploma.

Kesatuan Guru boleh menyuarakan pandangan mereka serta berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran bagi menggembirakan hampir setengah juta guru yang mewakili 1/3daripada bilangan kakitangan sektor awam negara.

Bukan lah guru teruja dengan tawaran imbuhan RM500 sebulan janji-janji manis Pakatan Rakyat tapi ideanya ialah biarlah semua guru mendapat "manfaat" daripada apa sahaja pengumuman kerajaan.

Kalau kita fikirkan mengapa Pakatan Rakyat sanggup menabur janji sedemikian kepada golongan guru?

Mereka telah membuat kajiselidik. Bukan kita nak membenarkan janji mereka samada mampu atau tidak untuk dilaksanakan sekiranya menerajui Kerajaan Persekutuan namun prinsipnya ialah "banyak sama dinikmati, susah sama dirasai."

Kalau pendapatan seorang Guru Penolong kanan RM4400 + 500 menjadikannya 4900, guru biasa 2500 + 500 memperolehi RM3000, ianya masih tidak dicemburui kerana walaupun gaji GPK masih melebihi guru biasa namun guru biasa yang selalu mendapat arahan yang pelbagai dapat menikmati juga imbuhan untuk dirinya.

Dan apakah mereka yang berada di PPD dan JPN akan turut berpuashati kerana "anak arahannya" menikmati pendapatan yang agak lebih lumayan darinya lantaran nantinya akan ada pelarasan gaji pula untuk golongan ini.

Ingat lah wahai para guru akan janji kita di masa temuduga: Sanggup berkhidmat di mana sahaja dan boleh mengajar anak siapa pun juga.

Kata Pakatan Rakyat guru susah kerana pelaksanaan KBSM tapi mereka lupa mungkin bahawa KBSM bermula pada zaman DSAI menjadi Menteri Pendidikan..

TERIMA KASIH CIKGU...ALLAH BERSAMA MU..AMIN..

No comments:

Post a Comment