Thursday, June 23, 2011
BELIA HARAPAN NEGARA
Menurut statistik, bilangan belia di negara kita seramai 11.9 juta iaitu 41.5% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Hampir separuh daripada penduduk Malaysia terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 17 hingga 40 tahun.
Pentingnya peranan golongan belia pernah diungkap oleh Allahyarham Presiden Sukarno: Beri saya 3 orang pemuda nescaya saya dapat gegarkan dunia ini.
Pada tahun 2010, sebanyak 157,756 kes dadah melibatkan golongan belia telah dilaporkan dan berlaku peningkatan dari setahun ke setahun.
Bagi kes anak luar nikah Melayu yang didaftarkan pada tahun 2009, dilaporkan terdapat seramai 17.303 bayi yang dilahirkan atas sebab perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah kalangan daripada golongan belia.
Sekiranya kita lihat pula belia yang masih bersekolah, ada yang terlibat dengan kes ponteng sekolah, berpeleseran di taman bunga dan di kawasan-kawasan yang terdedah kepada penglihatan umum masyarakat, merempit, menghisap rokok, vandalisme, gangsterisme, sikap tidak ambil endah kepada pelajaran dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merugikan diri, keluarga dan masyarakat.
Mengapa kes dadah semakin meningkat? Mengapa bilangan anak luar nikah semakin bertambah? Mengapa mereka mudah terpengaruh dengan dakyah songsang hingga ada yang sanggup menukar agama daripada agama Islam kepada agama lain walaupun bilangan mereka yang murtad tidak dapat dipastikan.
Kalau kita letakkan kesalahan kepada institusi pendidikan, semuanya berjalan mengikut yang dirancang. Sukatan pelajaran agama Islam, moral, pendidikan sivik dan kewarganegaraan disusun dengan baik serta dipantau pelaksanaannya hingga mendapat pengiktirafan ISO.
Namun kes-kes yang menakutkan ini terus memeningkan kepala para perancang pendidikan dan sosial negara..
Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas, permasalahan golongan ini antaranya berpunca daripada kekeliruan mereka terhadap faham ilmu dan kehilangan adab dalam masyarakat. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk mempersiapkan belia ini bagi persediaan untuk memartabatkan dan memperkasakan agama masa akan datang?
Ramai yang berpendapat bahawa sewaktu muda lah kesempatan untuk mengisi dada dengan ilmu sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup. ilmu ini tidak mencukupi sekiranya tidak dihiasi dengan akhlak yang mulia.
Banyak institusi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan yang memberi perhatian kepada golongan belia. seawal mereka bverada di bangku sekolah, pelbagai program intelek, jasmani, emosi dan tohani telah dipupuk kepada golongan ini.
Tidak cukup dengan institusi sekolah dibantu pula dengan program Jabatan Belia, agensi kerajaan yang ditubuhkan semata-mata untuk memberi fokus kepada menyelesaikan masalah seperti Agensi Anti Dadah Kenbangsaan, program pasca sekolah seperti Latihan Khidmat Negara ditambah lagi dengan NGO khusus untuk belia maka bermakna seluruh negara menumpukan usaha ke arah meningkatkan peranan golongan belia dalam negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment