Tuesday, June 28, 2011
POLITIK MELAYU ADALAH POLITIK PERPECAHAN
Perpaduan orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah ialah apabila orang Melayu dengan melupakan sempadan kenegerian dan dailek telah bersatu bagi menentang gagasan Malayan Union yang hendak direalisasikan oleh penjajah British.
Sebab penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union ialah:
1. Agama Kristian akan dijadikan agama rasmi Malayan Union
2. Raja-raja Melayu akan hilang kuasa kerana terpaksa menyerahkannya kepada British
3. Hak dan kuasa orang Melayu akan terhakis
4. Orang Melayu akan ketinggalan kerana bilangan orang bukan Melayu yang terpelajar dan kaya lebih ramai berbanding orang Melayu sendiri
5. Sesiapa sahaja dibenarkan menjadi warganegara Tanah Melayu dengan begitu mudah sekali
Jelasnya, orang Melayu menentang Gagasan Malayan Union atas faktor mempertahankan agama Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan orang Melayu di tempat kelahiran sendiri serta pemberian taraf warganegara kepada kaum pendatang dengan mudah tanpa mengira perasaan penduduk asal Tanah Melayu.
Bagi British, segala rancangan adalah untuk mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan ekonomi mereka.
Bila orang Melayu berjaya menggagalkan Malayan Union, persekutuan yang menggantikannya secara rasmi dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini lebih 80 peratus rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Peratusan yang tinggi ini meyakinkan orang Melayu yang nasib mereka akan terbela.
Pada pilihanraya pra-kemerdekaan tahun 1955 orang Melayu bersedia untuk memberi kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti komponen dalam Perikatan. Dengan kuasa undi yang ada pada mereka, mereka tentukan pastikan supaya calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan.
Pengorbanan ini bertujuan meyakinkan penjajah British bahawa orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila mendapat kuasa setelah kemerdekaan.
Selepas merdeka, Sir Tan Cheng Lok memohon kepada orang Melayu agar bilangan orang bukan Melayu ditambah, Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus apabila memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu.
Sehubungan dengan itu, satu kontrak sosial telah dipersetujui supaya pengurangan ini diimbang pula dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu.
Pemimpin Melayu pada masa itu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan orang Melayu terjamin. Angka 60% ini tidak banyak berubah apabila tertubuhnya Malaysia.
Angka 60% masih majoriti kerana perpecahan Melayu masih belum ketara pada waktu itu.
Mungkin pemimpin Melayu sanggup “menurunkan” peratusan orang Melayu sehingga 60% daripada 80% kerana tidak menyangka akan berlaku perpecahan yang ketara selepas itu atau pada masa yang terkemudian.
Perpecahan pertama bermula apabila sebilangan ulama UMNO memisahkan diri mereka dan menubuhkan Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party).
Parti serpihan Semangat 46 ditubuhkan akibat perebutan kuasa dalam pucuk pimpinan UMNO pada tahun 80an.
Percantuman semula Semangat 46 ke dalam UMNO setelah pembubaran tidak dapat mengembalikan semangat perpaduan yang kental. Maka UMNO semakin hilang penyokong.
Pemecatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998 turut sama mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti serpihan Melayu.
Akibatnya, orang Melayu terbahagi kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.
Orang Melayu yang 60% dulunya daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Setiap satu parti mendapat sokongan tidak melebihi 30 peratus pun daripada rakyat. Orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam Negara kita sekarang
Walaupun orang Melayu mengetuai kerajaan samada di peringkat Persekutauan ataupun kerajaan Negeri, mereka tidak berkuasa penuh dan terpaksa akur dengan kehendak kaum bukan Melayu. Realiti di Perak sebelum BN mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri membuktikan keadaan ini.
Pilihan terletak di tangan orang Melayu sendiri. Apakah mereka mahu teruskan perpecahan atau pun bersatu. Pisau di tangan anda. Gunakan dengan sebaik-baiknya. Wassalam.
NAK TAHU PASAL KAPAL SELAM?
JAWAPAN OLEH TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DATUK DR ABDUL LATIF AHMAD KEPADA SOALAN-SOALAN TAMBAHAN KETIKA UCAPAN PENGGULUNGAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
Kontrak perolehan dua unit Kapal Selam untuk TLDM ini dimeterai pada tahun 2002 dengan harga EURO 1.084 bilion manakala Kontrak senggaraan kapal selam (In Service Support - ISS) pula dimeteral pada tahun 2010 dengan harga RM230 juta setahun bagi tempoh 6 tahun.
Kontrak-kontrak ini dibuat secara berasingan kerana kekangan peruntukan perbelanjaan Kerajaan pada ketika itu dan sekaligus tidak membebankan Kerajaan untuk menanggung kos dua perolehan tersebut secara serentak.Berdasarkan Kontrak tersebut secara prinsipnya, terdapat dua mekanisme senggaraan atau balk pulih yang boleh dilakukan ke atas dua buah kapal selam SCORPENE TLDM mi sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap sistem, platform atau peralatan kapal selam.
1) Kerosakan dalam tempoh jaminan (guarantee period) Menerusi klausa ini sebarang
kerosakan yang berlaku dalam tempoh jaminan akan diperbaiki oleh pihak pembekal/syarikat tanpa memerlukan apa-apa perbelanjaan tambahan oleh pihak Kerajaan.Klausa ml berkuatkuasa selama 12 bulan dan tarikh penyerahan fizikal (physical handover) kapal selam ini kepada TLDM.
2) Kerosakan pendam (Latent Defect) Klausa ini pula memperuntukkan sebarang keros design, manufacture yang tidak dijumpai oleh Kerajaan di dalam tempoh kerosakan dalam jaminan dan sebarang kerosakan yang boleh menghalang atau menyekat keupayaan sebenar Kapal Selam seperti yang termaktub di dalam Kontrak yang bukan berpunca daripada normal wear and tear, faulty operation by the Go vernment personnel, maka di dalam tempoh 66 bulan daripada tarikh penyerahan fizikal, semua kerosakan yang tersebut di atas boleh diperbaiki oleh pihak pembekaI.
Daripada dua mekanisme pembaikan serta balk pulih kapal selam ini, dapat dirumuskan bahawa perolehan yang dibuat adalah memenuhi keperluan dan kepentingan Kerajaan sekaligus prinsip perolehan value for money dapat direalisasikan.
Manakala Kontrak senggaraan kapal selam (ISS) pula dilakukan secara berpakej dan merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Confiquration Management, Desiqn and Modification Studies dimana pihak pembekal penlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama 135 hari bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Di awal peringkat rundingan, anggaran perbelanjaan bagi Kontrak ini dijangka boleh mencecah hingga RM270 juta setahun bagi kedua-dua kapal selam ini. Namun begitu setelah beberapa siri rundingan dan perbincangan diantara Kerajaan dan juga pembekal dilakukan, nilai Kontrak ini berjaya dirunding dan dimuktamadkan ke paras terendah dengan jumlah hanya RM230 juta setahun sekaligus berlaku penjimatan yang ketara sehingga RM4O juta setahun.
Jika diteliti diperingkat antarabangsa terutamanya negara-negara yang memilik Kapal Selam SCORPENE seperti Chile dan Brazil, kontrak perolehan kapal selam dan kontrak senggaraan dilakukan secara berasingan. Begitu juga dengan negara Australia dimana Kontrak pembelian kapal selam dilakukan secara berasingan daripada kontrak senggaraan.
Justeru itu, perkara ini merupakan international standard and norm dan pengasingan kontrak ini tidak bermakna bahawa Kerajaan mempunyai perancangan yang lemah dan tidak mempunyai kepakaran yang setanding di dalam mengendalikan armada angkatan kapal selam. Kementerian telah mula merencanakan perkara berkenaan senggaraan kapal selam ini sejak tahun 2007 lagi tetapi disebabkan oleh kekangan kewangan semasa kerajaan, perkara ini tidak dapat direalisasikan.
NOTA RINGKAS KONTRAK SENGGARAAN IN-SERVICE SUPPORT (ISS) BAGI KAPAL SELAM TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM).
Kontrak berbentuk ISS ini adalah secara berpakej dan merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Configuration Management, Design and Modification Studies dimana pihak pembekaI perlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama 135 hari setahun bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Letter of Acceptance (LOA) bagi kontrak ini telah ditandatangani pada 12 Ogos 2010 dengan syarikat usahasama Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) di antara syarikat BHIC Defence Technologies Sdn Bhd dan juga syarikat DCNS, Perancis dengan pegangan ekuiti 60%-40% dengan nilai kontrak berjumlah RM230 juta setahun selama enam tahun.
Berdasarkan konsep Kontrak ini, pihak syarikat adalah bertanggungjawab melaksanakan segala keperluan senggaraan berjadual, iaitu Assisted Maintenance Period (AMP), Docking Essential Defect (DED) dan segala Corrective Maintenance. Bagi mencapai tahap operasi maksima selama 135 hari dalam setahun, pihak kontraktor perlu membuat senggaraan berjadual tambahan sekiranya diperlukan tanpa sebarang kos tambahan.
Terma pembayaran adalah seperti berikut:
1) Bayaran pendahuluan sebanyak 15% dikira daripada jumlah keseluruhan nilai Kontrak (CP1+CP2+CP3) dalam bahagian EURO iaitu EURO 28,950,020 juta dan bahagian RM pula berjumlah RM79,802,819 juta;
2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta;
3) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 1 akan dibuat secara 3 bulan sekali;
4) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 2 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui;
5) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 3 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui.
Status pembayaran semasa adalah seperti berikut:
1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian RM berjumlah RM79,802,819 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 manakala bayaran dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta masih tertunggak.
2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 dan juga 2011.
3) Manakala baki bayaran kemajuan bagi CP1,CP2 dan CP3 pada tahun 2011 pula masih tertunggak dan pembayaran ‘akan dibuat berdasarkan jadual pembayaran yang telah ditetapkan.
Disamping itu, skop kerja lain yang perlu dibuat adalah seperti berikut:
1) PembekaIan serta penyelenggaraan Base Outfitting Equipment (BOE);
2) Pembekalan dan penyelenggaraan safety conditioning facifitieg,
3) Pembekalan alatganti insuran (insurance items);
4) Penyelenggaraan dan pembaikan peringkat depot (Depot Level Maitenance-DLM) termasuk pembekalan alat ganti;
5) Penyelenggaraan peralatan umbilicat services,
6) Kajian skop dan keperluan alatganti untuk refit pertama kapal selam.
Pecahan nilai Kontrak adalah seperti berikut:
KOMITMEN SETAHUN RM 226,983,333.33
Pecahan peruntukan tambahan yang dipohon kepada Kementerian Kewangan:
1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta (RM144,750,100 juta) yang sepatutnya dibayar pada tahun 2010.
2) Bayaran kemaiuan bagi komitmen Kontrak tahun 2011 beriumlah RM271,961,386 juta.
Jumlah besar peruntukan yang dipohon adalah berjumlah RM417 iuta
Sunday, June 26, 2011
SOALAN IMAM AL-GHAZALI KEPADA MURIDNYA
Pada satu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya :
Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Ulasan Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Ulasan Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Ulasan Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai. "
(Surah Al-A'raaf, Ayat 179)
Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Ulasan Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,
dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Ulasan Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.
Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Ulasan Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
ZUNAR DAN KARTUN
Dulu kita kenal kartunis Lat. Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor (kini bergelar Datuk) layak digelar kartunis rakyat kerana membawa citarasa sekaligus melibatkan sejarah orang Melayu dulukala melalui lakaran kartun beliau yang menarik serta mempunyai identiti tersendiri.
Walaupun Lat juga mengkritik tapi rasanya kritikan Lat tersebut tidaklah sehingga menyakitkan hati pembacanya dari pelbagai lapisan masyarakat.
Kini zunar muncul dengan kritikan yang kadangkala mengguris jiwa dan raga sebahagian rakyat Malaysia.
Zunar pernah melukis kartun mengenai Tun Dr Mahathit dengan judulnya "Hidung". Kartun tersebut kemudiannya telah dibukukan. Tak pasti samada laris atau tidak.
Kalau kita lihat kartun yang dihasilkan oleh Zunar, ianya tidak lebih daripada sekadar "menceritakan" dan jarang dapat "mempertahankan" pegangan pembangkang.
Apa yang disebut oleh pemimpin pembangkang ataupun apa yang menjadi pandangan penyokong pembangkang dilakarkan melalui kartunnya namun tidak ada satu pun hujjah-hujjah yang meyakinkan dapat kita terima selain dari sekadar hiburan untuk mentertawakan bagaimana ceteknya pemikiran pembangkang.
Kita mesti bijak mentafsir kartun Zunar..ianya bukan hujjah yang dapat dipegang sekadar hanya menampakkan kebodohan atau kebebalan pembangkang dalam menanggapi isu..
namun saya ingin bertanya..tidak adakah kartunis kita yang boleh melawan Zunar..?
BILAKAH KEBENARAN AKAN TERSERLAH?
Shazryl Eskay, Shuib Lazim dan Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan video lucah Mac lalu.
Mereka dimarah oleh penyokong pembangkang kerana “membawa masuk” video seks ke dalam mahkamah. Kata mereka: Sudah melakukan kesalahan pun masih mahu menegakkan benang basah. Seolah-olah mereka sanggup hadir di mahkamah demi untuk membuktikan siapakah yang sebenarnya pelakon dalam video tersebut.
Denda RM5500 hanyalah sebagai pengorbanan suci mereka dan yang lebih penting ialah untuk membuktikan kebenaran. Bagi mereka rakyat mesti tahu yang sebenarnya walaupun terpaksa “membayar” harga kesalahan mereka. Patuh kepada undang-undang Negara dan menerima dengan rela hukuman yang dijatuhkan namun hakikat yang lebih besar mesti diyakinkan kepada rakyat. Mungkin inilah sahaja caranya untuk mensahihkan cerita mereka.
Ibarat sarang tebuan yang dijolok maka timbullah cerita dua orang pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulin dan pelakunya 99.9 peratus serupa dengan tertuduh iaitu seorang pemimpin kanan pembangkang. Istilah komputer iaitu tidak ada tampering dan super impose dilakukan terhadap video berkenaan.
Penafian tetap dilakukan oleh Anwar serta penyokong-penyokongnya dan mereka berpendapat Anwar tidak perlu meletakkan jawatan dalam parti dan dalam pakatan lantaran ianya adalah fitnah semata-mata.
Kita biarkan mahkamah dan para pakar dalam bidang masing-masing membuat kerja mereka. Hormati professionalisme, patuhilah adab dan bertawakkal lah kepada Allah s.w.t. Allah akan menunjukkan kebenaran samada dalam masa yang singkat mahu pun entah berapa lama lagi.
Nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara jangan diabaikan. Orang lain sedang bertepuk tangan melihatkan gelagat kita.
Saturday, June 25, 2011
RAKYAT DIDAHULUKAN-KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
Satu lagi projek kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mendahulukan rakyat ialah mewujudkan kedai rakyat 1Malaysia. Sebelum ini, program Klinik 1Malaysia ternyata telah memberikan khidmat yang baik kepada rakyat seluruh negara.
Sudah pasti projek yang baik ini akan mendapat tentangan daripada pihak pembangkang Kerajaan Persekutuan terutamanya DAP.
Mereka cuba memboikot bukan sahaja kedai rakyat, Klinik 1 Malaysia, skim perumahan rakyat dan lain-lain lagi projek yang menguntungkan rakyat supaya mereka dapat menjatuh kan imej kerajaan dan menggagalkan semua perancangan kerajaan demi political mileage mereka dan bukannya untuk faedah rakyat terbanyak.
Segala usaha kerajaan sekiranya disokong dengan baik pasti akan dapat meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat. Kita lihat seperti apa yang telah pun dilakukan oleh kaum Cina. Kaum Cina akan bersatu hati kalau ianya memberikan faedah dan kepentungan kepada kaum meerka. Sewaktu anak-anak Cina terlibat dengan masalah ketagihan ecstasy, kaum Cina tanpa mengira fahaman politik, telah bersatu hati memerangi pil estasy hingga mereka dapat menurunkan masalah ketagihan ecstasy ini sebanyak 650 peratus pada tahun berikutnya.
Semangat overseas Chinese yang begitu menebal dalam kalangan mereka menyebabkan segala perancangan mereka dapat dilaksanakan.
Kalau semua orang boikot program kerajaan maka kita boleh persoalkan bagaimana semangat patriotisme mereka dan apakah sumbangan mereka kepada negara. Secara terang-terangan, mereka dengan sengaja mengajak rakyat agar menjatuhkan kerajaan. Kata-kata yang tidak beradab disertai dengan tuduhan-tuduhan yang liar dan fitnah yang dilemparkan tanpa mempedulikan sensitiviti kaum-kaum lain sengaja dilakukan oleh parti chauvinis DAP.
Kalau kaum Cina dari parti DAP tidak mahu membantu usaha kerajaan maka sepatutnya hanya tinggal orang Melayu sahajalah yang akan dapat menjayakan usaha murni ini. Apa salahnya orang Melayu membeli di kedai rakyat 1Malaysia? Hanya menghalakan kenderaan ke kedai 1Malaysia daripada terus membeli di kedai-kedai orang Cina yang kadangkala kita sedar hasil keuntungan jualan mereka disalurkan kepada kuil-kuil yang ada di sekitar kawasan mereka.
Saya dimaklumkan bahawa ada sebuah kedai Cina yang majoriti pelanggannya dari kalangan bangsa Melayu termasuk Tuan-tuan Haji dan Puan-puan Hajjah pada setiap tahun menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 setahun kepada kuil-kuil yang berada dalam kawasan Parlimen mereka.
Saya tidak mempersoalkan penyaluran keuntungan mereka kepada rumah ibadat mereka kerana itu adalah hak mereka. Namun apa yang saya kesalkan sekiranya orang Melayu sanggup membeli dari kedai mereka, kenapa semangat dan wang yang sama tidak boleh disalurkan pula kepada kedai rakyat 1Malaysia apatah lagi mereka dapat membeli dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga di kedai-kedai lain.
Mungkin idea penubuhan ini tidak begitu besar kononnya sepatutnya kerajaan memikirkan untuk menubuhkan sebuah hyper market namun hakikatnya idea yang kecil kalau disokong ianya akan dapat menjayakan hasrat yang baik ini. Kalau sememangnya niat untuk menggagalkan apa sahaja projek sudah tertanam maka adalah sangat tidak adil menyalahkan pihak kerajaan sedangkan ianya tidak mendapat sokongan yang padu dari kaum Melayu sendiri.
Saya tidak salahkan kaum Cina kerana mereka bersatu sebaliknya saya kesal orang Melayu sanggup diperkudakan oleh kaum lain.
Bukan soal chauvinis yang ingin saya highlightkan namun semangat perpaduan Melayu tidak wujud samada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial hingga menyebabkan bilangan penagih dadah meningkat dari setahun ke setahun. Dan usaha untuk membantu kaum Melayu selalu ditentang oleh bangsa sendiri. Berjaya lah skrip yang dibuat oleh kaum lain.
Soal perpaduan ummah hanya tinggal sebagai ungkapan retorik semata-mata..
Agaknya kalau mahu lihat perpaduan orang Melayu, kita akan jumpa di program Jom Heboh..
PROSIDING MAHKAMAH
JURUBAHASA (J): Bahawa kamu pada 21 Mac 2011, antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari bertempat di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama kamu telah didapati menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan seks di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan; oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, faham pertuduhan?
SHAZRYL ESKAY (SE): Faham (sambil mengangguk)
J: Mengaku bersalah atau tidak?
SE: Pohon tangguh sebentar kerana perlu berbincang dengan peguam dahulu kerana ada perubahan pada pertuduhan.
J: Datuk Shuaib Lazim, faham pertuduhan?
SHUAIB LAZIM (SL): Faham (sambil mengangguk)
J: Mengaku bersalah atau tidak?
SL: Pohon tangguh sebentar.
ZAMANI IBRAHIM (ZI): Tuan Majistret, pohon tangguh sebentar kerana terdapat sedikit perbezaan di dalam pertuduhan berbanding yang dinyatakan pada kami sebelum ini. Kami perlu berbincang dengan anak guam terlebih dahulu.
Kamaludin kemudian memohon agar pertuduhan ke atas Abdul Rahim dibacakan.
MUHAMMAD SHAFEE (MS): Tuan Majistret, saya pohon agar kes ditangguhkan sebentar, tak perlu baca dulu pertuduhan.
MAJISTRET (M): Kita baca dulu.
J: Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Bahawa kamu pada 21 Mac 2011, antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari bertempat di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah bersubahat dengan Shazryl Eskay Abdullah dan Shuaib Lazim untuk menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan seks di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan; oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun yang sama dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan. Faham?
ABDUL RAHIM (AR): Saya faham.
Majistret kemudian menangguhkan prosiding kira-kira 20 minit bagi memberi peluang kepada kesemua tertuduh berbincang dengan peguam masing-masing. Selepas mahkamah kembali bersidang, ketiga-tiga trio terbabit mengaku bersalah. Jurubahasa, Farahzainie Mohammed Redzuan kemudian menjelaskan sebab dan akibat pengakuan bersalah setiap tertuduh. Trio Datuk T mengekalkan pengakuan bersalah masing-masing.
KAMALUDIN (K): Oleh kerana semua tertuduh mengaku salah, saya pohon agar fakta kes dibacakan.
M: Fakta kes adalah bagi kesemua tertuduh?
K: Ya, kerana tertuduh Tan Sri Abdul Rahim didakwa bersubahat dengan dua lagi.
Jurubahasa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membacakan tiga muka surat fakta kes kepada semua tertuduh.
J: Datuk Shazryl Eskay, faham fakta kes? Akui?
SE: Saya faham, kecuali para (perenggan) yang terakhir bukan menyerupai tapi adalah Anwar Ibrahim. Saya setuju.
Shuaib dan Abdul Rahim turut mengakui fakta kes berkenaan.
MS: Tuan Majistret, kalau mengikut nas undang-undang terdahulu sebelum ini, banyak kes dibuang di peringkat rayuan atas alasan gambar atau klip tidak pernah dilihat oleh mahkamah bagi ditentukan sama ada ia benar lucah. Pohon ia dimainkan bagi disahkan kandungannya.
M: Berapa minit video tersebut?
K: Dalam 20 minit.
Pihak pendakwaan dan lain-lain peguam bela tidak mengemukakan sebarang bantahan. Klip tersebut ditayangkan menerusi dua buah televisyen. Satu daripada televisyen tersebut menghadap majistret manakala satu lagi menghadap kesemua pihak terlibat dalam prosiding dan orang ramai di galeri awam.
Sewaktu klip video dimainkan, terdapat beberapa peguam pelatih dan wartawan wanita yang menutup muka masing-masing atau menundukkan kepala mereka daripada melihat klip video tersebut.
Apabila pelaku seks wanita tersebut mula dilihat melakukan seks oral ke atas pelaku seks lelaki yang menyerupai Anwar, majistret mengarahkan agar paparan video tersebut dilajukan sehingga habis keseluruhan video.
Selepas selesai video klip tersebut ditayangkan, Muhammad Shafee memulakan hujah bagi mengurangkan rayuan dengan bahagian pertama menjurus kepada kesemua tertuduh sebelum memfokuskan kepada anak guamnya.
MS: Dalam kes ini, apa yang relevan ialah paparan video secara terbuka, benda yang lucah iaitu imej seorang lelaki dan wanita melakukan hubungan seks.
Ketiga-tiga tertuduh mengaku mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam mendedahkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan tempatan yang terpilih antaranya daripada The Star, New Straits Times, Bernama, Berita Harian, Harakah, China Press, Malaysiakini, Malaysian Insider, Utusan Malaysia dan beberapa lagi.
Anggota media mewakili sebahagian besar masyarakat. Isi kandungan video pula menunjukkan satu pasangan dalam satu aksi seks yang lengkap dan jijik (gross) bermula daripada seks oral kepada pelbagai posisi seks.
Pembuat video terbabit masih belum diketahui malah motif rakaman itu dibuat juga tidak diketahui sehingga hari ini. Kita tidak tahu apa niat pembuat video terbabit. Tetapi kita tahu apa niat ketiga-tiga tertuduh kerana mereka telah memberikan keterangan yang jelas dan terperinci kepada pihak polis sewaktu kes sedang disiasat.
Tuan Majistret, walaupun ketiga-tiga tertuduh berhadapan dengan video lucah, motif bersama mereka adalah bukan untuk menjatuhkan atau merendahkan akhlak masyarakat. Motif mereka merupakan satu tindakan yang terhormat iaitu bagi mendedahkan keruntuhan akhlak seorang tokok politik bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia juga bertujuan mendedahkan sikap hipokrit yang menjadi identiti ahli politik terbabit merangkap Ketua Pembangkang yang pada satu ketika dangerously close untuk menjadi seorang Perdana Menteri.
Saya menggunakan perkataan dangerously close bukan untuk menunjukkan rasa berat sebelah tetapi memetik alasan yang digunakan oleh Lord Denning ketika menangani isu keselamatan negara berhubung John Profumo (bekas Menteri Peperangan England).
Seorang tokoh masyarakat yang mendakwa menjadi pemimpin Kebangsaan Islam (National Islamic leader) yang menjalani dua kehidupan seperti Jekyl and Hyde akan memperjudikan apa sahaja dengan sesiapa bagi memastikan perbuatan salahnya tidak didedah atau dibongkar oleh pihak ketiga. Ini merupakan intipati keselamatan negara.
Trio ini, bukan sahaja ingin mendedahkan keruntuhan moral oleh seorang tokoh pemimpin tetapi mereka juga risau mengenai keselamatan negara sekiranya individu terbabit mendapat kuasa.
Kita sebagai orang awam sepatutnya berterima kasih di atas keberanian mereka mendedahkan perkara ini. Malangnya, mereka telah didakwa.
Pendedahan ini, sekiranya dibuat di negara-negara Komanwel yang lain seperti United Kingdom akan memberikan manfaat kerana terdapat ‘Pembelaan terhadap Kebaikan Awam (Defence of Public Good).
Ini hanyalah kesalahan teknikal. Mereka melakukan kesalahan kecil dalam usaha untuk mendedahkan kesalahan yang lebih besar.
Trio terbabit tidak mendapat sebarang faedah sama ada dari segi wang ringgit atau lain-lain, tidak mendedahkannya kepada kanak-kanak dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa malah menyerahkan segala bahan bukti kepada polis selepas pendedahan dibuat.
Anak guam saya, yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, penyertaannya hanyalah sebagai individu yang menempah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara bagi tujuan pendedahan itu.
Dia tidak pernah didakwa di mahkamah walaupun terdapat banyak khabar angin mengenai dirinya.
Kesemua mereka (tertuduh) di sini telah melakukan satu perkara baik kepada masyarakat. Harap diberikan satu hukuman yang ringan atau dilepaskan dengan syarat atau tidak bersyarat sebagaimana Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah.
ZI: Datuk Shazryl Eskay dilantik oleh Raja Thailand dan Perdana Menteri Thailand sebagai Konsulat Kehormat Raja Thailand dari tahun 2004 hingga 2010. Dia telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
Dia berkawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1996. Dia melakukan pendedahan tersebut atas dasar kepentingan awam. Dia juga telah membuat sumpah laknat pada 29 Mac lalu di Masjid Amru Al-As dan sumpah itu masih belum dijawab oleh Anwar.
Apa yang dilakukan ialah untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar. Dia hanyalah seorang messenger (penyampai), dia tidak wajar dihukum dengan keras.
SUHAIMI SALLEH (SS): Tertuduh telah mengaku bersalah dan ini secara tidak langsung telah menjimatkan perbelanjaan negara dan masa mahkamah daripada terpaksa menjalankan perbicaraan yang lama dan memanggil saksi yang ramai.
Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pernah menjadi Senator dalam Dewan Negara. Tapi sekarang masih terus menyumbang sebagai AJK di Murabak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) dan Perkasa.
Beliau merupakan seorang yang baik dan merupakan seorang bekas pendidik. Beliau pernah dipilih sebagai Ketua Bahagian di sebuah organisasi politik selama 15 tahun berturut-turut di Sungai Petani.
Apa yang dilakukannya adalah untuk memaklumkan negara mengenai sikap hipokrasi yang diamalkan oleh pemimpin terbabit yang bukan sahaja terkenal di Malaysia tapi di luar negara. Di atas faktor kepentingan negara dan awam, tertuduh perlu diberikan hukuman yang ringan.
Lagi pula tertuduh berusia 72 tahun dan menghidap penyakit kencing manis dan sakit jantung. Tertuduh telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak dan dua daripadanya masih belajar di universiti.
Kes ini merupakan kes yang pelik dan unik kerana tertuduh didakwa setelah cuba melakukan perkara yang baik kepada masyarakat.
K : Mohon satu hukuman setimpal dan munasabah bagi mencerminkan keseriusan pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Oleh kerana hukuman terletak di bawah bidang kuasa majistret, pendakwaan mohon hukuman setimpal.
Prosiding kemudian ditangguh sementara selama 15 minit. Selepas mahkamah bersidang semula, Aizatul Akmal menjatuhkan hukuman:
M: Dalam menjatuhkan satu hukuman yang sesuai, antara faktor yang dilihat ialah faktor kepentingan awam, fakta kes, eksibit termasuk peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh. Walaupun dalam menjatuhkan hukuman, faktor kepentingan awam hendaklah diseimbangkan dengan faktor kepentingan tertuduh.
Saya telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap hujah peguam, timbalan pendakwa raya dan faktor pengakuan bersalah seawal-awal prosiding, pesalah pertama dan latar belakang tertuduh.
Bagi kes melibatkan tertuduh pertama, Shazryl Eskay, kamu disabitkan dengan kesalahan dan didenda RM3,000, gagal bayar penjara tiga bulan berkuat kuasa mulai hari ini.
Tertuduh kedua (Shuaib), kamu disabitkan dan didenda RM1,500, gagal bayar penjara dua bulan, bermula hari ini.
Bagi kes terhadap tertuduh ketiga, kamu disabitkan dan didenda RM1,000, gagal bayar penjara satu bulan mulai hari ini.
Barang-barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.
Thursday, June 23, 2011
BELIA HARAPAN NEGARA
Menurut statistik, bilangan belia di negara kita seramai 11.9 juta iaitu 41.5% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Hampir separuh daripada penduduk Malaysia terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 17 hingga 40 tahun.
Pentingnya peranan golongan belia pernah diungkap oleh Allahyarham Presiden Sukarno: Beri saya 3 orang pemuda nescaya saya dapat gegarkan dunia ini.
Pada tahun 2010, sebanyak 157,756 kes dadah melibatkan golongan belia telah dilaporkan dan berlaku peningkatan dari setahun ke setahun.
Bagi kes anak luar nikah Melayu yang didaftarkan pada tahun 2009, dilaporkan terdapat seramai 17.303 bayi yang dilahirkan atas sebab perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah kalangan daripada golongan belia.
Sekiranya kita lihat pula belia yang masih bersekolah, ada yang terlibat dengan kes ponteng sekolah, berpeleseran di taman bunga dan di kawasan-kawasan yang terdedah kepada penglihatan umum masyarakat, merempit, menghisap rokok, vandalisme, gangsterisme, sikap tidak ambil endah kepada pelajaran dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merugikan diri, keluarga dan masyarakat.
Mengapa kes dadah semakin meningkat? Mengapa bilangan anak luar nikah semakin bertambah? Mengapa mereka mudah terpengaruh dengan dakyah songsang hingga ada yang sanggup menukar agama daripada agama Islam kepada agama lain walaupun bilangan mereka yang murtad tidak dapat dipastikan.
Kalau kita letakkan kesalahan kepada institusi pendidikan, semuanya berjalan mengikut yang dirancang. Sukatan pelajaran agama Islam, moral, pendidikan sivik dan kewarganegaraan disusun dengan baik serta dipantau pelaksanaannya hingga mendapat pengiktirafan ISO.
Namun kes-kes yang menakutkan ini terus memeningkan kepala para perancang pendidikan dan sosial negara..
Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas, permasalahan golongan ini antaranya berpunca daripada kekeliruan mereka terhadap faham ilmu dan kehilangan adab dalam masyarakat. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk mempersiapkan belia ini bagi persediaan untuk memartabatkan dan memperkasakan agama masa akan datang?
Ramai yang berpendapat bahawa sewaktu muda lah kesempatan untuk mengisi dada dengan ilmu sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup. ilmu ini tidak mencukupi sekiranya tidak dihiasi dengan akhlak yang mulia.
Banyak institusi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan yang memberi perhatian kepada golongan belia. seawal mereka bverada di bangku sekolah, pelbagai program intelek, jasmani, emosi dan tohani telah dipupuk kepada golongan ini.
Tidak cukup dengan institusi sekolah dibantu pula dengan program Jabatan Belia, agensi kerajaan yang ditubuhkan semata-mata untuk memberi fokus kepada menyelesaikan masalah seperti Agensi Anti Dadah Kenbangsaan, program pasca sekolah seperti Latihan Khidmat Negara ditambah lagi dengan NGO khusus untuk belia maka bermakna seluruh negara menumpukan usaha ke arah meningkatkan peranan golongan belia dalam negara.
Wednesday, June 22, 2011
BANCIAN STAR- 99% PEMBACA SOKONG HIMPUNAN BERSIH 2.0
99 % daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.
Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.
Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.
Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.
Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.
Ini kah bentuk kebebasan bersuara, kebebasan meluahkan perasaan dan kalau diganggu..boleh membawa kepada rusuhan..ini kah bentuk pemikiran generasi merdeka baru..generasi bebas lepas dalam menyuarakan apa sahaja pandangan..bagaimana kalau puak homoseks pula membuat tuntutan agar mereka juga diberikan kebebasan hubungan sumbang seperti di Amerika Syarikat..golongan gay minta diluluskan Undang-undang membenarkan gaya hidup gay..na'uzu billahi min zalik..
BEBAS DAN MERDEKA DALAM SYARIAT ISLAM..
BERITA ATAU CERITA ATAU KHABAR ANGIN?
PRU 13 akan diadakan pada hujung bulan Julai 2011 kerana kononnya harga minyak mentah global akan naik pada bulan Ogos 2011 dan Kerajaan Persekutuan dijangka tidak akan mampu untuk meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat.
UMNO sedang mengatur strategi untuk membeli calon sebagai persediaan menghadapi PRU 13.
Kononnya ada pihak yang merancang kemalangan jalanraya supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim terbunuh dalam kemalangan tersebut.
Ahli-ahli kumpulan pembangkang diingatkan supaya tidak menyentuh isu biasiswa JPA dan FELDA agar dapat menarik sokongan orang Melayu. Undi orang Melayu sangat penting kepada mereka.
Pemilihan calon PKR pada kali ini akan ditapis dengan ketat sebagai langkah mengelakkan calon yang menang atas tiket PKR melompat parti seperti yang berlaku sebelum ini. Peristiwa lompat parti tidak akan dibenarkan berulang lagi seperti yang telah dilakukan oleh Osman Jailu, Jamaluddin Md Radzi, Dr Mohd. Fairus Khairuddin, Dato’ Seri Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, Mohsin Fadzil, Dato’ Zulkifli Nordin dan Gobalakrishnan.
PKR akan berjaya dalam PRU 13. Tahap keyakinan rakyat sekarang ialah 52% dan usaha berterusan sedang dilakukan untuk meningkatkan kepada 55%. PKR yakin akan dapat memenangi 10 kerusi Parlimen di Sarawak.
Pembahagian kerusi dalam Kabinet bayangan Pakatan Rakyat telah dipersetujui oleh ahli-ahli pakatan dan jawatan-jawatan penting masih belum diputuskan.
Saturday, June 18, 2011
AKU JADI SAKSI..
Marilah kita melihat kepada peristiwa dalam Surah Yusuf.
“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: ”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).
Persoalan:
Adakah saksi di dalam kes ini?
Sudah pasti sukar untuk menemukan kebenaran sekiranya tiada pertunjuk dari Allah s,.w.t. ketika itu. Pembuktiannya ialah dengan kuasa Allah s.w.t. seorang bayi yang pada adat kebiasaannya masih belum boleh berbicara dengan izin Allah s.w.t. maka bayi tersebut boleh bercakap dengan memberikan cadangan supaya melihat kepada baju Nabi Yusuf. Sekiranya baju baginda koyak di depan maka Yusuf bersalah kerana wanita tersebut mengoyak bajunya yang datang untuk menggodanya. Namun kalau baju Yusuf koyak di belakang maka wanita itu lah yang mengejarnya lantaran ingin mengajaknya dan menarik baju dari arah belakang.
Bagaimanakah Nabi Yusuf dapat mempertahankan diri baginda daripada tuduhan wanita yang telah menggodanya?
Dengan keperibadian Nabi Yusuf yang memang diakui ramai akan kebaikan baginda serta qarinah (bukti) yang dipercayai oleh suami wanita itu sendiri bahawa fitnah wanita begitu bahaya.
Adakah suami perempuan tersebut termakan dengan pengakuan isterinya yang mengatakan bahawa dia digoda oleh Nabi Yusuf?
Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara bukan atas kesalahan baginda namun demi menyelamatkan baginda daripada terus disakiti oleh mereka yang dengki.
Jelas, Al-Quran menceritakan peristiwa dengan teliti bagaimana qarinah digunakan dalam kes Nabi Allah usuf a.s.
Islam tidak mewajibkan seseorang yang menuduh isterinya berzina (Li’an) supaya mendatangkan empat orang saksi. Ini dihukumkan samada si suami benar-benar nampak isterinya melakukan zina atau pun sekadar menuduh. Hancurnya hati seorang suami apabila melihat isterinya berzina namun bagaimana untuk mencari empat orang saksi melainkan dirinya sendiri sahajalah yang “menyaksikan” kecurangan isterinya. Maka dia dibenarkan untuk bersumpah sebanyak empat kali selain daripada mengelakkan dirinya daripada dikenakan hukuman qazaf juga sebagai kesungguhannya bahawa dia tidak dapat menerima hakikat isterinya berzina dan mengkhianati rumahtangganya.
Jelas dalam al-Qur’an:
“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).
Selepas proses Li’an tersebut maka pasangan suami iateri dipisahkan buat selama-lamanya dan tiada apa-apa hukuman dikenakan hanya diserahkan kepada Allah s.w.t. bagi mengadili dengan sebenarnya pada hari akhirat kelak.
Maka kini terdapat beberapa pandangan yang semakin merugikan ummah. Mereka meletakkan keperluan bersumpah hanya kepada pihak yang mendakwa (plaintif) sedangkan pihak yang dituduh (defendan) tidak perlu bersumpah (tidak perlu melayan) desakan atau permintaan kerana ianya bukan kes li”an tetapi pertuduhan meliwat.
Dan dalam kes wanita yang menggoda Nabi Yusuf, akhirnya beliau membuat pengakuan dengan mengadakan majlis menjemput wanita-wanita serta memperlihatkan “ketampanan” Nabi Yusuf yang akhirnya tanpa disedari mereka telah terpotong dan melukakan jari mereka. Paku buah keras dipulangkan kepada wanita-wanita tersebut yang selama ini mencacinya apabila mereka mengatakan bahawa ketampanan Nabi Yusuf bukan ketampanan manusia biasa.
Maka tanpa saksi juga sesuatu kesalahan boleh disabitkan walaupun mungkin tanpa “hukuman” daripada mahkamah seperti hukum hudud. Oleh itu, bukan soal dihukum oleh mahkamah atau tidak tetapi boleh juga melibatkan soal moral, maruah dan juga kepercayaan untuk diberikan amanah bagi memimpin ummah. Wallahu a’lam..
HADIAH HARI BAPA-TAHNIAH PM
Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Nooryana Najwa, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.
Nooryana Najwa, 22, adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York. Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat
Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berkenan menghadiri majlis itu.Yang turut berangkat ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, Menteri Kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan Kerajaan Pusat dan negeri. Hadir sama, ibu Najib, Tun Hajah Rahah Mohamad Noah.
Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan isteri, Sheikha Salam Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud. -BERNAMA-
MINYAK NAIK LAGI?
Wajarkah kita melemparkan marah kepada kerajaan dan negara kalau harga minyak naik?
Satu perkara yang mesti kita akui ialah penggunaan minyak dalam negara sentiasa meningkat. Setiap tahun hampir setengah juta kenderaan bermotor baru didaftarkan.
Bangunan-bangunan pencakar langit dan rumah kediaman bertambah dengan pesat. Sektor industri yang mewujudkan peluang kerja kepada rakyat menggunakan kuasa elektrik yang dijana dengan gas sebagai bahan api. Ini juga menyebabkan bertambahnya penggunaan gas dalam Negara.
Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari dan sebanyak 400,000 tong untuk kegunaan dalam negara. Baki 250,000 tong dijual ke luar negara dengan harga pasaran USD 140 Dolar setong bersamaan RM420 setong.
Dengan kenaikan harga minyak maka subsidi untuk minyak juga naik. Kerajaan mampu menambah subsidi kerana mendapat pendapatan tambahan daripada naiknya harga minyak hasil eksport minyak kita ke luarnegara. Bayangkan kalau kita tidak mengeksport minyak ke luarnegara bagaimana kita akan dapat menampung subsidi. Rakyat mungkin mendapat minyak dengan harga yang lebih murah namun kerajaan akan rugi khususnya Petronas dan ini mengakibatkan kerajaan tidak mempunyai wang untuk menanggung subsidi lagi.
Sekiranya kegunaan minyak dalam negeri meningkat maka eksport negara akan merosot pula.. Bertambahnya penggunaan dalam negeri bermakna lebih banyak jumlah subsidi yang diperlukan. Lebih banyak yang digunakan dalam negeri menyebabkan jumlah eksport merosot dan pendapatan daripada eksport juga akan merosot.
Kalau jumlah kegunaan dalam negeri sama dengan jumlah pengeluaran dalam negeri, maka tidak akan ada lagi pendapatan daripada eksport. Dimanakah mencari wang untuk menanggung subsidi lagi.
Kita boleh menjadi seperti Pertamina di Indonesia yang mampu menjual minyak kepada rakyat dengan harga yang rendah tetapi kerajaan menjadi rugi lantaran tidak mempunyai wang tegasnya tidak untung dalam perniagaan minyak sedangkan Petronas meraih untung sebanyak RM63 bilion. Mana satukah pilihan kita?
Friday, June 17, 2011
KATA DULANG PAKU SERPIH
Apakah hukumnya meredai orang Kristian mensyirikkan kalimah Allah dengan menyamakannya dengan konsep trinity? Maksudnya membolehkan semua manusia berlainan agama menggunakan kalimah Allah sedangkan aqidah berbeza sangat jauh?
Apakah hukumnya meredai tuntutan Karpal Singh seorang kafir harbi supaya perjuangan negara Islam dihapuskan dan berkata “langkah mayat dia dulu” kalau nak tubuh negara Islam. Tiba-tiba sampai saat dan ketika mendakwa bahawa dalam al-Quran tidak menyebut mengenai Negara Islam tetapi hanya menyebut Negara Berkebajikan. Mudahnya membuang istilah yang selama ini menjadi punca kepada perpecahan dan tuduhan kafir mengkafir. Bukankah ini bermakna Ibrahim Libya sudah tidak syahid lagi pada tahun 2011 ini. Maka buku nukilan Dr Haron Din mengenai “Ciri-ciri Negara Islam” juga sudah tidak relevan kepada pejuang Islam?
Apakah hukumnya meredai murtadnya seorang rakan sekutu Nor Azman Beginda, calon pilihan raya DUN Sarawak daripada PKR. Dia benarkan anaknya membawa sosej babi ke sekolah.
Apakah hukumnya meredai orang yang menganut akidah pluralisme. Mereka percaya bahawa semua agama sama dan menuju ke arah yang sama.
Apakah hukumnya meredai seorang penentang Islam menjadi pemimpin untuk mengadakan himpunan haram. Itulah orangnya yang menjuarai IFC, yang menyokong Lina Joy murtad. orang yang menghina Islam dengan forum “Masuk Islam”.
Apakah hukumnya mengangkat kalangan idola syiah sebagai pemimpin.
Apakah hukumnya mendesak V.K. Lingam dihukum, Tan Sri Rahim dihina, memaksa Chua Soi Lek meletak jawatan tetapi bila pemimpin pujaan muncul dalam video seks maka dikatakan ianya tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti.
Inilah yang kita katakan sebagai kuman seberang laut boleh nampak tapi gajah depan mata pun tak perasan..
Thursday, June 16, 2011
DAP PENIPU
Kita tidak terkejut dengan penipuan demi penipuan yang dibuat oleh DAP.
Kononnya Zairil adalah anak kepada Khir Johari iaitu orang kuat DAP serta diambil bekerja dengan Lim Guan Eng..
Hakikat sebenarnya Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwini pada tahun 1995.
Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari. Anak tiri dikatakan anak Khir.
Inilah antara penipuan DAP bagi menarik sokongan rakyat dengan menggunakan nama Khir Johari. Yang menghairankan mengapa ada orang Melayu sanggup diperalatkan oleh orang Cina fanatik dan chauvinis dan tidak berhati perut serta tidak mengenang budi..betul kata pepatah Melayu inilah akibatnya dagang lalu ditanakkan, anak sendiri mati tak makan..
NEGARA ISLAM IMPIAN PAS
Adakah PAS akan mungkir janji lagi?
Demikian bunyi tajuk artikel yang tersiar dalam akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 12 Jun 2011 memaparkan mengenai dasar perjuangan PAS yang "berubah" daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan dalam muktamar parti tersebut kali ke 57 baru-baru ini.
Mungkin langkah ini diumumkan oleh Presiden PAS bagi menarik sokongan orang bukan Islam/Melayu dalam PRU 13 nanti.
Mengapa PAS terpaksa menukar slogan mereka?
Berdasarkan pemerhatian politik semasa, kekuatan Pas hanya tertumpu di Kelantan dan Kedah. Pengaruh parti PAS di Terengganu dan Pahang pula telah dikuasai semula oleh UMNO. Di sebelah barat Semenanjung Malaysia pula, dikuasai oleh parti UMNO dan Barisan Nasional.
Oleh itu,untuk menang di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, PAS mesti mendapatkan undi daripada orang bukan Islam. Menggunakan isu negara Islam selama ini menyebabkan orang bukan Islam gerun untuk mendekati apalagi untuk mengundi dalam pilihanraya. Mereka telah belajar daripada pengalaman bahawa isu ini jangan disebut berulangkali.
Orang Melayu sendiri tidak mengundi parti PAS mungkin disebabkan penggunaan istilah "Negara Islam."
Benarkah pertukaran istilah ini disebabkan golongan ulama telah disingkirkan dari kepimpinan PAS dan parti ini telah dikuasai oleh golongan liberal dan professional?
Pendirian PAS berubah mungkin mereka merasakan PRU 13 sudah hampir dan sokongan bukan Islam sangat perlu bagi menaikkan tahap sokongan kepada mereka.
Apa pun, pemerhatian terhadap PAS sangat menarik kerana perubahan pucuk pimpinan yang berjaya menyingkirkan kepimpinan ulama dan diterajui oleh kepimpinan liberal. Ini pastinya akan membawa kepada perubahan dasar dan "world view" parti tersebut.
DR HASSAN ALI
Datuk Dr Hassan Ali tidak lagi menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.
Dr Hassan Ali bekas Timbalan Pengarah BTN kemudiannya menjadi pakar motivasi yang terkenal di negara kita.
Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan parti dan kerajaan, maka Dr Hassan Ali memulakan hari-harinya dengan berceramah di rumah kediaman Anwar Ibrahim.
Antara kenyataan Dr Hassan Ali yg saya masih ingat:
Semua Menteri Besar Selangor dalam sejarah terlibat dengan rasuah. Maksudnya semua MB Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional di Selangor. Dan sudah patinya kenyataan beliau ini sebelum kes-kes yang dikesan sewaktu pemerintahan Datuk Khalid.
Beliau berhasrat untuk menghapuskan arak di Selangor hingga kini kilang Carlsberg tersergam gagah di tepi lebuhraya Shah Alam.
Baru-baru ini saya terjumpa Dr Sidek Baba dalam seminar di Kuala Lumpur, saya bertanya mengenai Dr Hassan Ali, jawab Dr Sidek Baba:"Dr Hassan Ali kawan saya, beliau boleh diajak berunding bukannya seperti rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat" (yang dulunya bersama BN) dan bekerja dengan kerajaan BN).
Mungkinkah lucutnya jawatan Pesuruhjaya PAS ini ada kaitan dengan penentangan Dr Hassan Ali terhadap "arak" di Selangor di bawah pentadbiran PKR Selangor?
Hanya mereka yang mempu memberikan jawabannya...
DEMONSTRASI JALANAN MESTI DISEKAT
Semua warganegara Malaysia mesti membantah Perhimpunan anjuran Pembangkang iaitu BERSIH 2.0 yang boleh menggugat keselamatan dan periuk nasi warga kota.
Semua Pertubuhan dan Persatuan Kerajaan mahupun bukan Kerajaan lebih baik membuat laporan polis sebagai bukti kukuh tidak mahu perhimpunan ini berlangsung kerana ia bukan budaya murni rakyat Malaysia.
Pembangkang kelihatan buta dengan kerusi DUN dan Parlimen yang diperolehi mereka setelah berjaya merampas 4 buah Negeri dan menguasai Parlimen di Wilayah Persekutuan pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.
Ini membuktikan bahawa amalan demokrasi melalui Pilihanraya Umum di Malaysia telus dan bersih dari anasir-anasir kotor.
Kalau hendak juga kita sarankan agar pihak pembangkang menganjurkan Perhimpunan ini di dalam Stadium Tertutup supaya lebih efisyen dan tidak mengganggu ketenteraman awam di samping tidak menghalang sebarang aktiviti perniagaan dilakukan oleh peniaga-peniaga di ibu kota
Sunday, June 12, 2011
SAYA SANJUNG MAHAGURU DR HARON DIN
Sebagai seorang anak murid walaupun saya tidak akan sehebat beliau, saya sejak dari dulu amat menyanjung Dato Dr Haron Din teman sekuliah arwah abah saya di Universiti al-Azhar pada tahun 60an.
Kini Dr Haron Din yang lebih mesra dipanggil Ustaz Haron Din adalah Timbalan Mursyidul Am PAS. Pendek kata apa yang akan terjadi, mahaguru saya ini akan menggantikan TG Nik Aziz Nik Mat juga kebetulan rakan sepengajian abah saya di Deoband, India.
Saya amat meminati kuliah Ustaz Haron. Senakal saya waktu di universiti, kuliah Ustaz Haron tidak akan saya ponteng. Saya tidak akan mencatat sebarang nota kerana saya ingin menghayati bicaranya. Hingga saya pernah ditegur kenapa tidak mencatat nota dengan nasihatnya balik study tidak apa tiada membuat catatan lantaran ingin menumpukan perhatian sepenuhnya.
Popularitinya kadang-kadang menyusahkan hidupnya. Beliau kononnya pernah bermimpi percikan bunga api sewaktu perasmian sukan SUKMA oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 90an akan bertukar menjadi api yang membawa kemusnahan. Beliau mengakuinya dalam sebuah majalah seingat saya bahawa dirinya merana hingga membawa kepada sakit jantung yg telah sedia ada kerana dikatakan beliaulah puncanya.
Ini tidak hairan bagi saya kerana ketokohannya lah maka ada orang yang mengambil kesempatan di atas kewibawaan beliau dalam bidang pengajian Islam.
Hujjah-hujjah beliau sangat menarik serta meyakinkan.Beliau tidak melatah da berani menegakkan kebenaran.
Prinsipnya kepada kebenaran tidak goyah. Jika beliau perlu bersuara walaupun pandangannya itu kurang disenangi oleh sebahagian pemimpin Pas, Ustaz Haron Din tidak ambil kisah.
Pada Muktamar Pas ke-57 baru-baru ini, Ustaz Haron Din berucap menyebut bahawa akhbar Suara Keadilan sengaja memutarbelitkan kenyataannya memburuk-burukkan Utusan, dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca Utusan Malaysia.
Di hadapan para perwakilan pada sesi penggulungan muktamar ustaz menafikan laporan Suara Keadilan sambil mempertahankan Utusan.
Sebelum ini, Ustaz Haron menyatakan bahawa beliau adalah pembaca Utusan dan tidak timbul soal fatwa membaca akhbar tersebut haram.
Ustaz juga tidak bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain walaupun pandangan bekliau bertentangan dengan arus perdana Parti PAS demi menegakkan kebenaran melalui penghayatan al-Qur'an dan al-Sunnah.
Bukan populariti yang dicari ustaz. Beliau merupakan bekas Professor Pengajian Islam sudah boleh berehat dengan aman namun semangat juang yang tinggi meletakkan ketokohan Ustaz Haron Din sehebat dulu, kini dan hingga ke akhir hayat beliau.
Semoga Allah s.w.t. memberikan kesihatan kepada Ustaz Haron Din yang sangat saya sdayangi.
7 RESOLUSI KONVENSYEN WASATIYYAH
Resolusi pertama
Fakta ilmiah yang ditemui membuktikan kehadiran Islam kepada masyarakat Nusantara bermula sejak kurun pertama Hijrah dan satu kajian saintifik diperlukan segera bagi memuktamadkan hakikat tersebut.
Resolusi Kedua
Sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu secara langsung telah memupuk konsep amalan wasatiyyah dalam masyarakat selaras dengan tuntutan Islam yang syumul.
Resolusi Ketiga
Keperluan untuk mendalami konsep wasatiyyah secara lebih menyeluruh agar dapat menghindari salah tafsir dan elemen kontradiksi dalam pemikiran masyarakat.
Resolusi keempat
Keperluan untuk menterjemahkan konsep wasatiyyah dalam semua aspek kehidupan sebagai satu falsafah bangsa Melayu Nusantara termasuk dari sudut politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Resolusi kelima
Konsep wasatiyyah yang diamalkan oleh masyarakat Islam selama ini perlu diperkukuhkan sebagai teras agenda pengukuhan gagasan perpaduan ummah sejagat
Resolusi keenam
Mencadangkan supaya sebuah institut strategik kajian wasatiyyah ditubuhkan bagi melaksanakan keperluan tersebut.
Resolusi ketujuh
Mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Penasihat Agama Islam yang bertanggungjawab kepada Majlis Raja-Raja Melayu bagi memantau dan mendapatkan nasihat tentang isu terkini hal ehwal agama Islam secara lebih efektif.
Wednesday, June 8, 2011
Tuesday, June 7, 2011
PANDANGAN PAKAR
Saya cukup tertarik dengan tulisan Tan Sri Nordin Kardi mengenai diri beliau seperti yang dipaparkan di bawah ini. Sewaktu saya berceramah kepada ahli-ahli Kelab Rukunegara peringkat jabatan Pelajaran Negeri Johor, saya dimaklumkan bahawa penganjur di Negeri Sembilan suka menjemput TS Nordin yang rajin bercerita mengenai pengalaman peribadi beliau mengharungi liku-liku hidup hingga menjadi seorang "orang besar" dalam negara..
TIDAK MUDAH MENGISI KEBEBASAN
Oleh NORDIN KARDI
SAYA ingin bercerita tentang kebebasan yang saya alami secara peribadi. Antara peristiwa yang sangat berkesan kepada diri saya ialah apabila saya membuat keputusan menyara hidup sendiri sebaik berumur 17 tahun.
Saya meninggalkan kampung. Dengan berbekalkan tulang empat kerat dan bermandi peluh saya mampu mengumpul kira-kira RM60 seminggu. Sebulan, jika saya tidak cuti mandatori iaitu sakit, saya sudah boleh mendapat lebih RM200. Itu sudah menyamai gaji permulaan kerani di pejabat.
Suatu tengahari, selepas makan, tatkala saya sedang membetul-betulkan urat dan tulang belakang sebagai persediaan turun semula membanting tulang beberapa minit lagi, arwah ayah saya datang. Jauh beliau datang berbasikal daripada kampung mencari saya. Tentu beliau telah bertanya banyak orang untuk mengesan tempat saya itu. Beliau menghulurkan satu surat kepada saya: ''Nah, engkau kena sekolah balik''.
Surat itu ialah surat tawaran saya belajar ke tingkatan enam. Rupanya kakak saya Rokiah telah menguruskan semua urusan itu yang saya sendiri tidak ambil pusing kerana sudah nekad tidak mahu bersekolah lagi. Saya memberitahu arwah ayah tentang keputusan saya untuk tidak mahu bersekolah lagi. Arwah ayah saya terkenal sebagai bapa yang sangat demokratik.
Saya boleh bergusti dengan ayah saya, sedangkan kepada rakan-rakan sezaman saya itu jika mereka mahu turun dari rumah dan ayah mereka duduk di pintu hadapan rumah, mereka akan turun mengikut pintu belakang oleh takut dan hormatnya mereka kepada ketua keluarga mereka itu.
Oleh sifat arwah ayah saya demikian tentulah jawapan kepada kehendak saya itu ialah, 'ayah setuju sahaja'. Cuma, ayah saya menambah lagi sebelum dia pergi, 'selepas ini kamu bersendirian ya, bukan tanggungjawab ayah lagi - susah atau senang'. Mendengar penghujung pesanan ayah saya itu, saya terus berkemas barang-barang mengikutnya pulang dan hasil pendapatan saya untuk minggu itu dapat dijadikan modal sewa kereta membawa tikar bantal untuk ke asrama di Ipoh.
Cerita peribadi saya ini tidaklah terlalu istimewa tetapi pengajaran daripada kisah itu sengaja ingin saya kongsi bagi mentafsir keadaan semasa negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kisah peribadi saya itu digambarkan oleh keadaan ketika ini. Selama ini rakyat menuntut kebebasan yang lebih tetapi, seperti yang saya alami apabila arwah ayah enar-benar memutuskan tali yang saya anggap sebelumnya sebagai belenggu, rupanya kebebasan yang dituntut itu apabila diberi dan diterima amat menakutkan. Saya telah membatalkan hasrat saya dan merasa belum bersedia bersendirian.
Demikianlah Perdana Menteri dituntut oleh kaumnya sendiri supaya segera mengenakan hukuman itu dan ini apabila kebebasan yang baru sebentar diberi itu membawa natijah yang menakutkan mereka.
Rupanya mereka belum mampu membela nasib sendiri tanpa kuasa pemimpin, dan tidak mengapalah jika pemimpin itu harus menjadi tidak demokratik atau menarik kembali kebebasan yang telah diisytiharkannya. Juga tidak mengapa jika pemimpin itu akan terpaksa tumpas bagi memenuhi kehendak mereka yang tak berupaya itu. Keberanian Abdullah memberi kebebasan kepada rakyat mereka katakan sebagai ketakutan Abdullah menggunakan kuasa.
Golongan kedua pula, apabila kebebasan diberi, menjadi seperti orang mengandung dan mengidam hendak makan sesuatu yang tidak pernah dirasainya walaupun jika kehendaknya itu di luar batas munasabah. Ia seolah-olah cerita dongeng lama menyebut wanita hendak makan 'kijang jantan bunting suluh'.
Golongan itu jadi 'kemaruk' melakukan apa saja asalkan dapat kepuasan. Benar atau salah sudah bukan lagi jadi pedoman. Fitnah dan cercaan menjadi halal atas nama kebebasan. Medium yang halal digunakan untuk kerja-kerja tidak halal. Itu semua terjadi atas nama kebebasan.
Masyarakat menjadi buta, tuli dan akhirnya jadilah mereka tidak melihat dan tidak mendengar lagi yang mana benar sememangnya benar dan yang mana batil sememangnya batil. Masyarakat menjadi keliru sampai ke satu tahap yang tidak pernah dialami dalam mana-mana sejarah negara ini sebelumnya.
Peristiwa kedua terjadi beberapa belas tahun yang lalu apabila saya didatangi oleh seorang rakan bernama Zaidi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Rakan saya ini seorang pemimpin mahasiswa di USM pada ketika itu. Beliau dan rakan-rakannya cuba menemui seorang pemimpin tertinggi di Kementerian Pelajaran untuk membawa usul mengenai pelantikan seorang Timbalan Naib Canselor di universiti tersebut.
Beliau memberitahu saya bahawa belum sempat bercerita mengenai isu itu, beliau telah diherdik oleh pemimpin tersebut. Bertempiaranlah Zaidi dan rakan-rakannya membawa diri selepas diherdik oleh pemimpin itu. Maklumlah, bagi Zaidi, AUKU 71 masih ada di tangan pemimpin itu.
Peristiwa ketiga, saya teringat kisah Kasim Ahmad menulis sesuatu berkaitan dengan hadis yang dikatakan kontraversi. Kasim telah meminta debat diadakan dengan Pusat Islam. Difahamkan debat itu sudah hampir disetujui tetapi orang yang sama, yang menghalau rakan saya Zaidi, itu juga instrumental untuk Pusat Islam mesti membatalkan debat itu.
Maka terkonteng-kontenglah Kasim berseorangan tidak diberi peluang menjelaskan pendiriannya dan teruslah dia dilabel oleh rakan-rakan pemimpin itu sebagai anti-hadis, Islam sosialis dan sebagainya.
Kasim sebagai golongan minoriti tidak pun diberi kesempatan oleh pemimpin itu untuk mempertahankan dirinya. Sehingga sekarang pun pemimpin yang sama itu tetap melaungkan bahawa orang lain, kecuali dirinya, tidak demokratik, bacul dan banyak lagi panggilan lain tetapi belum ada lagi bahan bukti mencukupi bahawa apabila dia dalam keadaan berkuasa melaksanakan idealismenya itu.
Rumusan peristiwa kedua dan ketiga itu ialah Malaysia bukan kerap kali mendapat pemimpin demokratik seperti Abdullah. Abdullah sedang merealisasikan idealismenya tentang demokrasi dan kebebasan.
Abdullah seperti amat percaya bahawa Malaysia akan hanya menjadi lebih kukuh dan keamanan negara akan lebih abadi jika rakyatnya diajar berdiri sendiri, bertanggungjawab terhadap buruk baik masa depannya. Diistilahkan hal ini sebagai pembangunan modal insan.
Abdullah sedang berada di persimpangan. Dia sedang menghadapi sekelompok rakyat yang belum bersedia bersamanya, atau tidak memahami hasratnya. Beliau amat memerlukan rakan-rakan sejati. Amat berat tanggungan Abdullah apabila ada rakan-rakan terhampir, yang dulu pernah mengangkat tangan membaiahnya, juga tidak berkongsi idealisme dengannya dalam mentadbir negara yang amat dicintainya ini.
Namun yang lebih berat ialah untuknya menghadapi golongan yang menjadikan kebebasan yang diberikannya dengan menganjurkan pesta anarki.
Rupanya, kebebasan itu sememangnya dituntut. Namun apabila kebebasan itu diperolehi, ia amat menakutkan pihak yang menerimanya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyebut merdeka itu sangat susah untuk diperolehi, tetapi mengisi kemerdekaan itu jauh lebih payah daripada mencapainya. Demikianlah demokrasi dan kebebasan itu amat menghiburkan untuk dikhayalkan namun amat menggerunkan untuk direalisasikan.
Monday, June 6, 2011
GURU MENANGIS GEMBIRA....
Benarkah insentif yang akan diberikan kepada guru sepertimana yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran hanya menguntungkan sebilangan kecil guru sahaja?
Apa yang menyedihkan, kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman tersebut dan kononnya ia hanya membawa berita gembira kepada 2,000 orang guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan. Demikian aduan rakyat insan bergelar guru.
Keluhan rasa guru begitu menyedihkan kerana menurut mereka insentif guru bukan kepada golongan ratusan ribu guru biasa yang bertungkus-lumus di dalam bilik darjah yang berkelulusan diploma pada Gred DGA 32 ke bawah.
Alasan pihak kerajaan untuk melaksanakan kenaikan pangkat, gaji atau elaun secara berperingkat kerana ianya membabitkan perbelanjaan besar tidak diterima oleh sebahagian golongan pendidik yang banyak berjasa kepada generasi masa depan negara.
Terdengar desas-desus yang menyebut terdapat beberapa kesatuan guru dan pihak NGO tidak berpuas hati dengan pemberian 'insentif terpilih' ini yang hanya diberikan kepada golongan siswazah sahaja seolah-olah menafikan khidmat golongan berkelulusan diploma.
Kesatuan Guru boleh menyuarakan pandangan mereka serta berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran bagi menggembirakan hampir setengah juta guru yang mewakili 1/3daripada bilangan kakitangan sektor awam negara.
Bukan lah guru teruja dengan tawaran imbuhan RM500 sebulan janji-janji manis Pakatan Rakyat tapi ideanya ialah biarlah semua guru mendapat "manfaat" daripada apa sahaja pengumuman kerajaan.
Kalau kita fikirkan mengapa Pakatan Rakyat sanggup menabur janji sedemikian kepada golongan guru?
Mereka telah membuat kajiselidik. Bukan kita nak membenarkan janji mereka samada mampu atau tidak untuk dilaksanakan sekiranya menerajui Kerajaan Persekutuan namun prinsipnya ialah "banyak sama dinikmati, susah sama dirasai."
Kalau pendapatan seorang Guru Penolong kanan RM4400 + 500 menjadikannya 4900, guru biasa 2500 + 500 memperolehi RM3000, ianya masih tidak dicemburui kerana walaupun gaji GPK masih melebihi guru biasa namun guru biasa yang selalu mendapat arahan yang pelbagai dapat menikmati juga imbuhan untuk dirinya.
Dan apakah mereka yang berada di PPD dan JPN akan turut berpuashati kerana "anak arahannya" menikmati pendapatan yang agak lebih lumayan darinya lantaran nantinya akan ada pelarasan gaji pula untuk golongan ini.
Ingat lah wahai para guru akan janji kita di masa temuduga: Sanggup berkhidmat di mana sahaja dan boleh mengajar anak siapa pun juga.
Kata Pakatan Rakyat guru susah kerana pelaksanaan KBSM tapi mereka lupa mungkin bahawa KBSM bermula pada zaman DSAI menjadi Menteri Pendidikan..
TERIMA KASIH CIKGU...ALLAH BERSAMA MU..AMIN..
Sunday, June 5, 2011
NEGARA ISLAM
Selamat bermuktamar kepada PAS dan tahniah kepada yang diberikan amanah.
Apa yang disebut oleh Presiden PAS dalam muktamar baru-baru ini: “Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.
Berbagai tafsiran boleh kita buat terhadap kenyataan ketua parti yang menggunakan jenama Islam iaitu PAS.
Sewaktu saya masih menuntut di universiti pada tahun 80an, istilsh Negara Islam begitu popular dalam kalangan mahasiswa. Sudah pasti yang menjadi rujukan ialah Negara Islam Madinah, dulunya disebut sebagai Negara Islam Madinah kini ianya tinggal Kerajaan Arab Saudi di mana Madinah hanya menjadi sebuah "bandar" yang menjadi tempat ziarah umat Islam samada sewaktu mengerjakan ibadat haji atau umrah.
Saya pernah berdebat dengan seorang mahasiswa penyokong al-Arqam pada waktu itu yang dengan tegas menyebutkan bahawa keluasan wilayah tidak penting. Apa yang penting ialah samada negara berkenaan melaksanakan syariat Islam atau tidak. Keluasan Madinah pada masa itu katanya lebih kurang sama dengan keluasan perkampungan al-Arqam di Sungai Pencala. Malangnya al-Arqam kemudiannya didakwa terlibat dengan perkara yang tidak serasi dengan aqidah Islam.
Istilah Negara Islam sememangnya di sebut. Dan pada masa itu dinyatakan bahawa istilah Negara Islam membawa maksud negara berkenaan mestilah pertamanya mempunyai Perlembagaan Islam. Saya mendengar ceramah PAS yang menyebutkan bahawa banyak Negara Islam yang telah pun wujud di dunia ini walaupun pemimpinnya fasiq. Bahkan tidak timbul istilah fasiq, zalim, bughah (penderhaka) dan lain-lain istilah selagi tidak tertegaknya sebuah Negara yang meletakkan perlembagaannya sebagai paksi walaupun selepas itu nantinya tidak mampu untuk melaksnakan hukum Islam seluruhnya atas pelbagai sebab dan alasan.
Maka saling tuduh menuduh pun berlaku kononnya sesiapa yang tidak menyokong doktrin Negara Islam maka sia-sia sahajalah segala amalannya lantaran tidak mempunyai aqidah yang mantap kerana menentang konsep Negara Islam. UMNO dikatakan tidak pernah bercita-cita untuk menubuhkan sebuah Negara Islam sebaliknya bermati-matian untuk mempertahankan negara sekular yang diwarisinya dari penajajah. Oleh itu solatnya tidak diterima, puasanya sia-sia dan amalannya penat belaka. Hj Hadi Awang saya perhatikan tidak pula berceramah membetulkan fahaman sedemikian sedangkan isu kafir mengkafir juga melibatkan isu tidak setuju dengan gagasan Negara Islam PAS.
Sedangkan PAS mempunyai cita-cita yang jelas untuk menubuhkan Negara Islam. akibat itulah Karpal Singh mencabar supaya melangkah mayatnya terlebih dahulu kalau nak tubuhkan Negara Islam tajaan PAS.
Berkaitan dengan isu ini juga, ada cadangan supaya kerajaan menghapuskan atau mengharamkan semua parti politik yang menggunakan label Islam. Tun Dr Mahathir Perdana Menteri pada masa itu menegaskan: Tidak perlu haramkan nama parti Islam. Kalau dah neraka tukar nama lain pun ianya tetap neraka. Maksudnya biarlan masyarakat menilai sendiri berdasarkan amalan dan perbuatan. Tun Dr Mahathir nampaknya telah mendahului ucapan Presiden PAS sekarang dari segi idea dan penggunaan label.
Mungkin PAS juga mengalamai transformasi dalaman sekarang ini. Bila YB Datuk Tajol Rosli bertanya kepada Nizar Jamaluddin dalam DUN Perak mengenai di mana janji PAS unnutk menegakkan Negara Islam sedangkan pelaksanaan di Perak semakin menguntungkan DAP serta tidak begitu Islamik, jawab Nizar: Mana ada satu dokumen yang menunjukkan bahawa PAS ingin menegakkan Negara Islam di Malaysia. Samada PAS sudah berubah sebelum rebah atau penjelasan mengenai isu tersebut menunggu masa yang sesuai.
Tentulah kenyataan Nizar ini menggembirakan DAP. Lim Kit Siang dan Karpal lega kerana koalisi Pakatan Rakyat dapat diteruskan. Sedangkan menentang konsep Negara Islam anjuran PAS dihukumkan sama dengan menentang ajaran Islam secara keseluruhannya. Namun ini hanya ditujukan kepada parti UMNO sahaja sebelum ini.
Maka DAP dan PKR yang ahlinya ramai dari penyokong Hindraf akan lebih percaya untuk bersekongkol dengan PAS demi menjatuhkan UMNO dan BN kerana tidak perlu lagi takut dengan kabinet bayangan sebuah Negara Islam di Malaysia sekiranya PR membentuk Kerajaan Persekutuan nanti. Na'uzubillah min zalik....
Sama-samalah kita nantikan kenyataan seterusnya daripada pucuk pimpinan PAS dan istilah-istilah yang mereka gunakan sudah tidak sama seperti yang pernah mereka gunakan sewaktu zaman Anwar masih dalam kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Salam perjuangan.
Thursday, June 2, 2011
POLITIK WANG
Apa tafsiran kita terhadap foto di atas?
Mungkin terdapat beberapa pandangan mengenai foto di atas mengikut persepsi masing-masing.
Puak yang tidak suka kepada parti PAS akan mengiakan tajuk berita ini. Mereka menambah bahawa parti ini telah jauh menyimpang dari landasan ajaran Islam sebenar.
Bagi puak yang taksub dengan PAS pula, mereka akan kata ini adalah permainan akhbar yang ditaja oleh kerajaan Barisan Nasional.
Saya melihat bahawa menyiarkan foto ini merugikan kaum Melayu. Maksudnya semua parti orang Melayu samada UMNO atau PAS sama-sama tidak boleh dipercayai.
Maka ada orang kata sudah sampai masanya kita tubuhkan parti baru bukan UMNO dan bukan PAS tetapi sebuah parti yang benar-benar baru,
Kalau berpandangan dengan menubuhkan “parti ketiga” dari kalangan bangsa Melayu juga tidak begitu berbahaya. Bagaimana pula kalau mereka kata bangsa Melayu tidak mampu memerintah atau menguasai kerajaan. Sudah sampai masanya bangsa Melayu diperintah pula.
Apakah sudah wujud aliran pemikiran seperti ini?
ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIRMATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
Subscribe to:
Posts (Atom)