Kekejaman Pol Pot tetap dikenang dalam sejarah |
Pada zaman pemerintahan Pol
Pot di Kemboja dari tahun 1975-1979, bangsa Melayu Champa yang keseluruhannya
beragama Islam telah dibunuh secara beramai-ramai. Rejim komunis tersebut telah mula membunuh
ulama Islam sejak tahun 1974 lagi. Tahun 1975 menyaksikan kesemua ahli Majlis
Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan dibunuh apabila Phnom Penh,
ibukota Kemboja jatuh ke tangan mereka.
Tujuan pembunuhan
beramai-ramai ini ialah untuk untuk menghapuskan etnik Melayu Champa dari
negara tersebut.
Tiga pendekatan penghapusan
etnik Melayu Champa adalah seperti berikut:
Pendekatan pertama: Menghina maruah dan menekan jiwa bangsa Melayu
Champa.
Pendekatan ini dilakukan
dengan membunuh lelaki Melayu Champa yang masih berdegil memakai songkok,
kopiah atau serban. Kaum wanita yang masih ingin berselendang, bersanggul dan
berpakaian labuh seperti baju kurungf dipaksa berpakaian hitam. Rejim Pol Pot
juga telah mengharamkan langsung penggunaan Bahasa Melayu.
Pendekatan kedua: Rejim komunis Kemboja telah mengharamkan
amalan-amalan ibadah Islam.
Ibadat seperti solat, puasa, membaca al-Qur’an
dan ibadat qurban ditegah oleh pemerintah. Masjid dan surau dirobohkan dan
dijadikan stor menyimpan makanan dan barang-barang. Bagi menguji kesetiaan
orang Melayu kepada pemerintahan komunis, mereka dipaksa makan babi.orang
Melayu di Kahpol dan Svey Kliang bangun menentang melancarkan jihad namun dapat
dipatahkan oleh regim zalim tersebut.
Nasib kaum Melayu Champa mendapat simpati negara jiran seperti Malaysia |
Pendekatan ketiga : Perpindahan paksa.
Orang Melayu dari sesebuah kampung
dipecah-pecahkan ke tempat-tempat yang berasingan supaya mereka berjauhan bagi
melemahkan mereka.
Seramai 90,000 orang atau 36% umat
Islam telah meninggal dunia di Kemboja dari tahun 1975-1979. Nisbah ini lebih
tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban
iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975.
Pol Pot yang mengimpikan
kehebatan bangsa Khmer seperti pada zaman kemegahan Angkor Wat tidak dapat
menerima kehadiran bangsa Melayu Champa di bumi Kemboja. Lantaran itu, pembunuhan
dilakukan bermula di tebing timur Sungai Mekong. Pemerintahan zalim ini
ditamatkan dengan pelanggaran tentera Vietnam dan rejim komunis jatuh pada 7
Januari 1979.
Program qurban di Kemboja mendapat perhatian rakyat Malaysia |
Hidup orang Melayu Champa
masih miskin hingga kini dan penderitaan mereka mendapat perhatian daripada
jiran-jiran seagama termasuk dari Malaysia dengan ibadat qurban yang dibuat di
sana saban tahun.
Semoga kisah umat Islam Melayu
Champa di Kemboja dapat menginsafkan kita. Gaji Mufti Kemboja tidak dibayar oleh
kerajaan sebagaimana di Malaysia. Ada di antara mufti di Malaysia bertaraf
JUSA!