Monday, November 30, 2009

PANDANGAN BEKAS PESERTA KURSUS BTN

KURSUS BTN PADAT ILMU KENEGARAAN

Oleh ABDUL SAMAD ABDUL HAKIM

TIBA-TIBA Biro Tata Negara (BTN) menjadi sasaran kritikan dan tohmahan tidak berasas para pemimpin parti pembangkang. Tuduhan BTN menjadi alat kerajaan dan UMNO mempengaruhi peserta kursus amat keterlaluan.

Tohmahan tanpa maklumat tepat itu amat dikesali kerana BTN pada asasnya medium untuk memberi kesedaran, ilmu serta bimbingan tentang kaedah kehidupan bernegara.

Pertamanya, kursus-kursus anjuran BTN bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi semua bangsa yang memegang tiket warganegara. Tohmahan yang menyatakan BTN adalah pentas politik UMNO amat tersasar. Tuduhan ini hanya bermotifkan politik dan tiada asas kebenaran. Ia lebih bersifat propaganda murahan politik pembangkang untuk mencetuskan isu dan dalam masa yang sama ingin menutup segala kelemahan yang yang ada.

Tidak semua rakyat negara ini berpeluang mengikuti kursus-kursus anjuran BTN. Hasil kajian dan maklum balas menunjukkan peserta yang mengikuti kursus anjuran BTN amat berterima kasih kerana dipilih untuk mengikuti kursus yang berbentuk kenegaraan. Mereka mula sedar akan kepentingan memelihara, menjaga dan memastikan kedaulatan negara.

Peserta kursus didedahkan tentang ancaman-ancaman terhadap keselamatan negara yang langsung tidak disedari. BTN melalui khidmat tenaga fasilitator terlatih telah berjaya membawa kesedaran betapa pentingnya sebuah negara yang yang bebas merdeka seperti yang dinikmati sekarang.

Tugas untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan negara bukan hanya dipikul oleh orang Melayu dan UMNO, tetapi setiap warganegara tidak kira bangsa. BTN menyediakan landasan terbaik untuk memberi keinsafan tentang nilai dan tanggungjawab menjaga keharmonian, kesejahteraan, keamanan dan perpaduan antara kaum.

Sebagai warganegara yang pernah mengikuti kursus anjuran BTN, penulis ingin menarik perhatian semua bahawa pengetahuan kenegaraan sebahagian rakyat Malaysia amat cetek. Misalnya fakta-fakta sejarah yang membawa kepada kemerdekaan tanah air tidak dapat diceritakan oleh peserta kursus. Sedangkan sukatan mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah sudah jelas dimasukkan tentang aliran perjuang dan individu yang terlibat.

BTN dengan bantuan tenaga fasilitatornya terpaksa menceritakan satu persatu tentang rentetan dan urutan perjuangan wira negara yang berjuang menuntut kemerdekaan.

Sebagai individu yang memegang tiket warganegara mereka perlu mengetahui serba sedikit tentang sejarah kenegaraan. Tidak ada gunanya jika kita begitu cemerlang dan berjaya mengharungi kehidupan tetapi buta kepada asal usul negara sendiri.

Soal perpaduan kaum begitu diterapkan ketika sesi perbincangan dalam kumpulan. Tidak kira apa pun bangsa, kita perlu akur negara kita didiami oleh pelbagai kaum dan hidup dalam konteks berkongsi segala yang ada. Kita tidak mampu untuk mengecapi kehidupan seperti sekarang jika unsur perpaduan antara kaum diabaikan.

BTN begitu realistik dalam membimbing peserta kursus tentang betapa pentingnya perpaduan. Sejarah kemerdekaan negara dijadikan asas kepada kesedaran itu kerana perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air juga melibatkan para pemimpin Cina dan India.

Peserta kursus diterapkan kaedah terbaik untuk hidup bersama antara kaum di negara ini. Kesan dan implikasi buruk didedahkan jika aspek perpaduan dan kerjasama antara kaum disisihkan. Contohnya peristiwa 13 Mei dikupas dengan bijak oleh fasilitator BTN untuk memberi kesedaran kehidupan harmoni antara kaum.

Banyak lagi unsur atau objektif kenegaraan yang tersirat dalam modul kursus anjuran BTN. Ia padat dengan didikan ilmu kenegaraan yang amat penting difahami oleh rakyat. Ketaatan kepada negara adalah elemen terpenting untuk menerbitkan rasa dan semangat patriotisme bagi usaha bersama ke arah membawa negara ke puncak kejayaan.

Jadi tuduhan BTN menjadi alat kerajaan Barisan Nasional untuk mengindoktrinasikan ideologinya hanyalah mainan politik parti pembangkang yang semakin terdesak dalam cubaan menguatkan kedudukan mereka dalam keadaan sokongan rakyat yang semakin terarah kepada kerajaan Barisan Nasional.

Sunday, November 29, 2009

ISU BTN TIMBUL LAGI?

Saya dan keluarga sedang dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Pekan Nanas, Pontian. Kami singgah di Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka untuk Solat Zohor, agenda makan di A & W dan berehat. Perjalanan sudah separuh kerana kami akan ke Benut terlebih dahulu. Sebelum berjuang berada dalam perbarisan panjang hanya untuk menikmati Rootbeer float dan coney dog (saya tak beratur tetapi menunggu tempat duduk supaya tidak dikebas oleh orang lain), kami lalu di kedai menjual makanan ringan dan cenderahati, tiba-tiba isteri saya menyuruh membeli akhbar Sinar edisi Melaka dan Negeri Sembilan.

Terpampang di muka hadapan akhbar Sinar, BTN atau 1 Malaysia. Lim Kit Siang cadang badan siasatan awam bebas selidik kursus. Pada ms 4 akhbar Sinar berkenaan, Pakatan Rakyat terus mendesak kerajaan menghentikan program Biro Tatanegara (BTN) yang didakwa menimbulkan perasaan benci dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, mesyuarat khas Kabinet amat perlu untuk menubuhkan badan siasatan awam bebas dan menyiasat program BTN yang disifatkannya tidak selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Lim Kit Siang rupanya menulis dalam blognya, "Kerajaan harus membuat keputusan samaada menghentikan program BTN atau Najib membuat pengumuman secara terbuka mengakui kegagalan dan membuang slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkannya."

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengecam Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berkata sukatan program BTN harus didedahkan kepada awam.

Beliau mempersoalkan tindakan 'berdiam diri' pemimpin Barisan Nasional (BN) lain terutama menteri yang menjaga Indeks Pencapaian Utama (KPI), Tan Sri Dr Koh su Koon dan empat menteri dari MCA.

Saya rasa pelik dengan pihak pembangkang yang sentiasa mengecam BTN sebagai sebuah agensi kerajaan yang melaksanakan latihan berunsur kenegaraan kepada setipa lapisan masyarakat.

Mari kita kaji perkara ini dengan menggunakan akal logik. Kita kena guna logik kerana Kit Siang tidak faham kalau kita bercakap tentang sejarah dan tentang pemikiran mahupun mengenai budaya kerana kita sendiri dapat mendengar di Parlimen jelas bahawa bapa kepada Lim Guan Eng ini tidak pandai berhujjah sebenarnya. Kalau dia hebat berhujjah, dia akan mendengar orang lain bercakap di Parlimen dan kemudian membahas secara akademik. Tapi apa yang dapat kita saksikan ialah Lim suka memotong cakap orang, berhujjah tidak rasional dan todak pernah memikirkan kesan ucapannya yang tidak bernas itu kepada orang lain. Apa idea bernas yang pernah diutarakan olehnya?

Cuba kita lihat Tan Sri Lee Lam Thye. Tan Sri Lee pernah mencadangkan satu bentuk latihan bercirikan Malaysia namun tidak seperti kerahan tenaga seperti di Singapura bagi melahirakan remaja yang mempunyai semangat patriotik. Cadangan beliau ini dikemukakan dalam Kongress Patriotisme anjuran bersama BTN dan UUM di Pusat Latihan KWSP di Bangi. Dalam ucapan penutup kongress, Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri mencadangkan program yang kemudiannya dinamakan Latihan Khidmat Negara. Kalau jadi pembangkang pun, berilah idea yang bernas walaupun bahasanya kesat maklumlah jangan salahkan Lim, mungkin pencapaian Bahasa Melayu dalam peperiksaan di Malaysia pun tidak pernah lulus agaknya. Tapi apa yang kita dapat lihat, idea yang membangun tidak ada, bahasa pula kesat, tidak hormat orang lain berucap dan membantu rakan-rakannya yang lain membuat kecoh di dalam Dewan Rakyat yang mulia. Tetapi penyokongnya yang fanatik dari kaum Cina tidak peduli kerana yang bercakap itu adalah pemimpin kesayangan mereka?

Apa yang penting kepada Lim ialah dia dapat membakar dan menyakitkan hati kaum Melayu dengan tidak mengira apa yang diperkatakan itu betul atau tidak.

Dia cuba pula untuk melakukan provokasi kepada Tan Sri Koh Tsu Koon dan empat menteri dari MCA supaya menyokongnya pula.

10 tahun dulu pihak cauvinis Cina telah mengecam BTN. Mereka senyap apabila keadaan tidak memihak kepada mereka. Sekarang, kecaman mereka ini pula sudah mendapat sokongan daripada kaum Melayu sendiri. Inilah bahana agaknya kesan dunia tanpa sempadan.

Kerajaan Selangor pula kenapa takut dengan ceramah BTN? Bukankah mereka selalu melaungkan bahawa rakyat kini sudah matang dan mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Biarkan rakyat membuat pilihan kerana kini rakyat sudah cerdik, yang tetap bodoh ialah orang UMNO dan penyokong UMNO...rupanya bila rakyat sudah boleh berfikir dengan baik dan rasional, mereka suruh sebaliknya pula, semata-mata kerana rakyat sudah nampak tembelang DSAI dan PR. Ini cakap sudah terbalik...apa...macha..sudah tukar ka sekarannnggg....?

Agaknya Pakatan Rakyat sedang berfikir keras sekarang bagaimana nak membetulkan keadaan rakyat yang sudah matang berfikir.

Mereka nak sekat kursus BTN. Sedarkah PR berapa ramai pegawai kerajaan yang sudah jelas menunjukkan soongan kepada parti pembangkang, terang-terang menampal sticker di cermin kereta terang-terangan, memasang bendera parti pembangkang di rumah tetapi masih menjolok hujung bulan di ATM mengeluarkanj gaji kerajaan BN untuk membayar ansuran kereta import, membayar tuisyen anak dan memberi makan bersuap-suap nasi dan adakalanya menjamu selera anak-anak di KFC, A&W, Pizza Hut dengan gaji kerajaan yang kamu kutuk habis-habisan..

Sejarah kejatuhan Melaka dipelajari dari kecil hingga dewasa bahkan dapat masuk ke universiti pun dengan tajuk dan bab Melaka kerana nak masuk fakulti lain tidak layak, tetapi tidak mau belajar dari sejarah. Apakah kamu tidak berfikir?

Kepada Lim Kit Siang, baiklah memikirkan perkara lain termasuk bersedia menghadapi segala kemungkinan.. Wassalam.









Friday, November 27, 2009

HARI RAYA QURBAN

Hari ini adalah Hari Raya Korban pertama dalam hidup kami tanpa abah. Abah telah bersemadi di sisi Pencipta mulai 25 Oktober 2009. Masih teringat sewaktu hidup abah, aku memandu kereta untuk Solat Sunat Aidiladha, kami adik-beradik lelaki akan bertakbir mengikut abah sepanjang perjalanan ke masjid kebiasaannya kami solat di Masjid Jamik Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam selepas abah bersara.

Aku solat sunat di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam yang sepanjang masa pembinaannya, abah masih bertugas sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Waktu itu, Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Muhammad bin Hj Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor. Rasanya waktu itu JAIS memang sudah terkenal dan sering mendapat liputan akhbar walaupun mungkin isunya sudah berbeza kini. Aku tidak pasti samada keratan akhbar yang dibuat dulu mengenai Pengarah JAIS oleh keluarga kami (waktu itu tiada kemudahan komputer yang canggih seperti pada hari ini) masih tersimpan untuk rujukan kemudian hari termasuk usaha untuk membukukan riwayat hidup abah.

Adik bongsuku, Imam Hj Basyiruddin al-Hafiz menunaikan solat di Masjid Klang tempatnya bertugas. Adik lelaki seorang lagi solat di Puchong bersama mertuanya.

Kami 3 adik-beradik lelaki Solat Jumat di Masjid Klang tetapi kebetulan solat tersebut diimamkan oleh imam yang lain (bukan adik bongsuku). Selepas solat Jumaat, aku membaca Surah Yasin menggunakan mashaf al-Qur'an masjid berkenaan.

Adikku Imam Basyir kemudiannya mengajak makan sup lembu yang dikorbankan di masjid itu dan kami pun makan dalam bilik rehat pegawai masjid.

Petang dan malam, anak-anakku membantu ibu saudara mereka menyediakan cenderahati perkahwinan Imam Basyir pada bulan Disember akan datang.

Hari Sabtu iaitu Hari Tasyrik 11 Zulhijjah, perancangan asal keluarga kami untuk mengadakan Majlis Tahlil telah diubah di mana makanan dihantar ke Surau Seksyen 9, Shah Alam dan Masjid Raja Tun Uda, Seksyen 16 sebagai santapan mereka yang bekerja untuk ibadah korban di kedua-dua masjid dan surau.

Pagi Ahad, aku bersama adik-adik lelaki, Fakhruzzaman, Imam Basyir, ibu dan isteriku menziarahi pusara abah dan aku mengetuai bacaan Yasin dan Tahlil untuk abah buat pertama kali di maqam abah. Selalu aku membaca Yasin serta Tahlil dari kejauhan.

Kami akan ke Shah Alam lagi bulan Disember ini untuk Majlis Perkahwinan Imam Hj Basyiruddin bin Dato' Hj Mahmad Muhtar al-Hafiz. Adik bongsu ini yang mewarisi keilmuan dan ciri-ciri ulamak yang abah harapkan.

Ya Allah! Lindungilah keluarga kami dari sebarang malapetaka dan bencana dari musuh-musuh kami. Semoga Qunut Nazilah yang dibaca akan memusnahkan mereka yang irihati dan dengki. Amin Ya Rab al-Alamin. Wassalam.








Wednesday, November 25, 2009

PROGRAM MASJID RIMBA TERJUN

Hari Kelima Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2009...

Hari ini saya bawa anak-anak tiga orang (memang ada tiga sahaja pun) ke Masjid Rimba Terjun, Pontian. Farhani mendaftar bagi acara mendeklamasikan sajak, Fathiyah pertandingan membaca dan Fadhilah masuk acara pertandingan mewarna.

Fadhilah mewarna sekejap sahaja, saya tanya, "Dah siap?" Jawabnya, "Adik warna cepat-cepat." Ayah, adik lapar sangat ni." Patutlah dia mewarna cepat-cepat sebab dia lapar. Waktu sarapan pagi sebelumnya dia tak nak makan sekadar minum teh tarik sahaja di warung Anjung Masjid. Saya pun belikan sedikit roti dan air minuman kotak di 7 Eleven, Tambak Pontian. Sampai sahaja pihak penganjur sedang menyediakan jamuan kerana pertandingan telah tamat sementara menunggu upacara penyampaian hadiah.

Farhani mendapat tempat ketiga dalam acara mendeklamasikan sajak, Fathiyah mendapat saguhati (agaknya tempat keempat) dan Fadhilah sudah tentulah hadiah saguhati sebab hantar cepat. Jangan marah Lah.

Apa yang penting..kerjasama...di samping mengisi masa lapang waktu cuti persekolahan, dapat melatih anak-anak berdiri di hadapan rostrum sebagai persediaan menghadapi masa hadapan. Maklumlah ayahnya membesar di hadapan rostrum, bersyarah, berpidato, berbahas dan berceramah dalam Biro Tatanegara yang telah pun diharamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di bawah pimpinan Datuk Khalid Ibrahim.

Seronok anak-anak dapat hadiah dan berbagai cerita untuk disampaikan kepada ummi mereka bila pulang ke rumah.


Tuesday, November 24, 2009

PERTEMUAN TENAGA PENGGERAK BTN JOHOR

Malam ini saya bersama-sama dengan Tenaga Penggerak Biro Tatanegara dijemput untuk menghadiri satu lagi Seminar Tenaga Penggerak rasanya buat kali terakhir pada tahun 2009 ini.

Encik Sauti Abu, Pengarah BTN Johor sehingga 30 November 2009 telah menyampaikan taklimat Kursus Bela Nusa iaitu kursus yang akan dilaksanakan oleh BTN seluruh negara kepada semua pemimpin UMNO peringkat akar umbi. Kursus yang sangat signifikan ini telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan negara kepada BTN yang telah lama melaksanakan kursus-kursus perubahan sikap sejak tahun-tahun 1980an lagi.

Kursus Bela Nusa yang telah mula dilaksanakan pada tahun ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari ahli-ahli UMNO termasuk dari YAB Menteri Besar Johor yang menurut khabarnya begitu gembira dengan hasil kursus sebelum ini termasuk dari Bahagian Ledang, bahagian YAB sendiri.

Tahun 2010 adalah tahun cabaran kepada semua Tenaga Penggerak BTN Johor untuk membantu menjayakan Kursus Bela Nusa. Sasaran peserta kursus menjangkau bilangan beribu-ribu orang. Pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat akar umbi akan didedahkan dengan analisis SWOT, Blue Ocean dan pembentangan Pelan Tindakan bagi bahagian masing-masing sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum 13.

Ramai Tenaga Penggerak BTN Johor tidak menyangka majlis pada malam ini diadakan serentak dengan ucapan akhir Pengarah BTN Johor yang akan tamat tempoh kontrak peminjaman ke Jabatan Perdana Menteri pada akhir bulan ini. Majlis taklimat kursus kepada pemimpin akar umbi UMNO yang dirasakan begitu mencabar bertukar menjadi Majis Perpisahan Pengarah BTN Johor yang tidak disangka-sangka oleh para penceramah, fasilitator dan jurulatih.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sauti bin Abu yang telah meyumbangkan khidmat bakti serta berkongsi pengalaman di Negeri Kelantan kepada warga TP BTN Johor selama lebihkurang dua tahun.

Kepada semua Tenaga Penggerak BTN Johor, perjuangan kita masih sangat jauh. Walaupun tanda-tanda UMNO dan BN telah mula meraih semula keyakinan rakyat, usaha-usaha sabotaj parti pembangkang tidak boleh di pandang enteng.

Oleh yang demikian, usaha-usaha BTN mesti melangkaui usaha pembangkang. BTN mesti memberi fokus kepada penyebaran maklumat yang tepat berkenaan usaha-usaha kerajaan memerintah dalam meneruskan tradisi membela rakyat dan kerugian yang akan ditanggung oleh semua anak cucu zaman berzaman kalau BN dibiarkan menjadi pembangkang dalam sebuah negara yang kemerdekaannya diperjuangkan oleh UMNO.

Antara cabaran yang mesti ditangani oleh BTN bagi membantu BN menang besar (insya Allah) dalam PRU 13 ialah memanfaatkan sesungguhnya rangkaian ICT. Kalau kita lihat pada hari ini, boleh dikatakan semua Ahli Parlimen mempunyai jaringan hubungan mereka sendiri dengan pengundi atau rakyat seperti laman web, facebook, blogspot dan sebagainya. Pengundi-pengundi muda akan lebih merasa dekat dengan kerajaan melalui kaedah ini. Langkah Perdana Menteri sendiri mewujudkan laman web 1Malaysia dan kemudiannya www.facebook.com/najibrazak memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira darjat dan keturunan mengakses kepada info dan bahan-bahan yang tersedia didalamnya. Mereka dapat melihat aktiviti PM di luar tugas rasmi sebagai contohnya. Satu cara bekas Presiden Saddam Hussin mendekatkan dirinya kepada rakyat Iraq ialah dengan memasang papan-papan tanda yang memaparkan gambarnya di mana-mana jalan seluruh Negara. Kaedah yang paling sesuai buat masa ini ialah dengan memasang ‘papantanda PM Najib’ di media maya. Kaedah boleh sahaja berubah namun tradisi UMNO memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak tidak akan akan terubah walaupun dinafi sentiasa oleh pembangkang.

Dengan kata lain, kita mesti meningkatkan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Kita perlu meningkatkan rangkaian sahabat dan rakan taulan dalam semua bidang-pendidikan, birokrat, korporat, seniman dan sebagainya. Rangkaian maklumat dan sumber informasi harus pelbagai. Saluran komunikasi mesti menyeluruh dan sampai tepat ke sasaran.

Sikap berkomplot mesti dihapuskan. Semua pejuang BTN seharusnya meletakkan kepentingan peribadi di belakang kepentingan organisasi. Kita seharusnya boleh menjalankan LDK dengan sesiapa sahaja asalkan objektif kursus tercapai. Tidak ada istilah kroni tetapi istilah sahabat yang sudah tentu membawa makna yang lebih mendalam dan mendasar ke dalam jiwaraga kita.

Untuk menjadi pejuang BTN, jatidiri dan semangat setiakawan antara aspek paling penting. Perjuangan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak boleh ditebus melainkan dengan darah dan nyawa. Biar diri miskin (tapi jangan miskin sangat) asal maruah agama, bangsa dan negara tidak tergadai.

Membina kepercayaan masyarakat juga sangat penting. Pembangkang selalu menimbulkan isu-isu yang sengaja direka untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap BTN.

Kepercayaan pucuk pimpinan negara kepada BTN jangan sampai disia-siakan. Sebab itu, Mat Sabu selalu menyerang BTN…katanya kalau tiada BTN, UMNO akan diisytiharkan kalah sebelum jam 10.00 pagi esok. Wassalam.

Monday, November 23, 2009

ISNIN PERTAMA CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN

Hari ini Hari Isnin pertama dalam cuti akhir tahun 2009. Lepas hantar orang rumah ke pejabatnya, saya ke bengkel terletaknya Mercedes Benz saya JDP 55 dan membawa pulang kereta. Bawa anak-anak seramai 3 orang sambil berjalan-jalan. Solat Zohor di Masjid Rimba Terjun dan kemudian menemankan anak-anak masuk ke perpustakaan masjid tersebut. Sungguh indah perpustakaan masjid tersebut. Anak-anak saya buat homework Kumon di situ.

Anak-anak saya terus mendaftar untuk acara Hari Rabu akan datang yang dianjurkan oleh perpustakaan tersebut.

Malam seperti biasa ke pusat tuisyen Kumon, Taman Universiti, Johor Bahru.


Sunday, November 22, 2009

GANJARAN ANAK YANG SALEH

NABI Sulaiman dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang istimewa dan memiliki banyak mukjizat. Dengan izin Allah, baginda boleh melihat sesuatu yang terselindung daripada pandangan mata manusia biasa.

Pada suatu hari, baginda berjalan-jalan di tepi laut untuk melihat kebesaran Allah SWT. Tiba-tiba baginda terlihat ada sesuatu yang menakjubkan di dalam dasar laut itu. Kemudian baginda memerintahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dasar laut untuk mengetahui benda tersebut.

Jin Ifrit pun terus menyelam ke dalam laut untuk mendapatkan benda yang ajaib itu tetapi tidak menemuinya. Kemudian, Ashif bin Barkhiya, iaitu seorang lelaki telah menawarkan dirinya untuk menyelam ke dasar laut tersebut, dan dia telah menjumpai suatu benda yang berupa sebuah kubah.

Dia sangat kagum dengan kecantikan kubah tersebut lalu mengangkatnya dan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman.

"Alangkah indahnya kubah ini. Aku berasa hairan dibuatnya. Aku telah dikurniakan oleh Allah mukjizat sehingga pandanganku dapat menembusi segala sesuatu yang terselindung. Tetapi kali ini aku tidak dapat melihat sesuatu di dalam kubah ini," kata Nabi Sulaiman.

Lalu baginda pun berdoa kepada Allah agar dapat melihat isi kandungan kubah itu. Doanya dikabulkan oleh Allah, dan kubah tersebut terbuka pintunya. Di dalamnya ada seorang pemuda sedang sujud sambil memuji Allah tanpa henti-henti.

"Siapakah engkau. Manusia, jin, atau malaikat?" tanya Nabi Sulaiman.

"Aku seorang manusia biasa," jawab pemuda itu.

"Bagaimana engkau memperoleh kemuliaan serupa ini?" tanya Nabi Sulaiman.

"Kerana aku telah berbuat kebaikan kepada kedua-dua orang tuaku," jawab pemuda itu.

Pemuda itu pun menceritakan kepada Nabi Sulaiman tentang kisahnya memelihara kedua-dua ibu bapanya. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh dan kuat imannya. Sejak kecil dia dipelihara oleh ibu bapanya dengan didikan yang baik dan mereka sentiasa mendoakannya menjadi anak yang soleh.

Bapanya telah meninggal dunia. Kemudian dia telah memelihara ibunya yang sudah tua, buta, lumpuh, lemah dan selalu sakit. Ibunya sangat mengharapkan dia supaya menjaga dan menguruskan segala keperluannya.

Dia selalu menyuapkan makanan ke mulut ibunya, memberi minuman dan memandikannya. Ibunya selalu berdoa kepada Allah supaya dia akan dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidupnya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ibunya telah berdoa agar dia diberikan tempat bukan di bumi dan bukan juga di langit.

Suatu hari pemuda itu berjalan-jalan di tepi laut. Dia melihat sebuah kubah, lalu masuk ke dalamnya. Pintu kubah itu tiba-tiba tertutup. Pemuda itu pun berdoa kepada Allah, lalu kubah yang gelap itu tiba-tiba menjadi terang benderang.

Suasana di dalam kubah itu berubah menjadi kebun yang dipenuhi dengan pohon-pohon, kolam air susu dan madu, suara-suara yang merdu dan segala makanan yang lazat. Jika dia lapang, dia akan memetik buah-buahan yang pelbagai rasa itu. Jika dia dahaga, sudah tersedia di hadapannya pelbagai macam minuman yang lazat.

Oleh kerana pemuda itu mahu meneruskan solat dan zikirnya kepada Allah, Nabi Sulaiman dan para pengikutnya terpaksa keluar dari kubah tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya mengembalikan semula kubah itu ke dasar laut. Setelah itu, pulanglah baginda bersama bala tenteranya menuju ke istananya.

Petikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Friday, November 20, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN KEBIRU 2009

Hari ini hari akhir persekolahan pada tahun 2009. Serentak dengan itu, Kelab Bilik Guru (KEBIRU) mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Hotel M Suite, Johor Bahru. Kali terakhir saya ke hotel ini ialah ketika meraikan perpindahan saudara Kamalifauzi, Penolong Pengarah BTN Johor yang dapat berpindah ke Pejabat BTN Pahang. Kebetulan dewan yang sama juga di hotel berkenaan.

Jamuan memang menyelerakan. Usik mengusik sambil ketawa bersama rakan-rakan memang menyeronokkan. Saya yang duduk di main table asyik ketawa dengan telatah Hjh Zaleha Mat Jani yang memang melucukan dan menggembirakan. Terutama dengan 'ceramah' Kak Leha tentang adab dan protokol di meja makan. Maklumlah beliau pernah menghadiri kursus pasal makan-makan ini.

Dalam majlis itu juga, saya dapat anugerah dalam hal ehwal kerohanian di SMK DMYS. Patutlah Cik Rumaiah Asan, Pengerusi KEBIRU beria-ia benar mengingatkan saya supaya hadir rupa-rupanya ada kejutan buat saya. Terima kasih saya ucapkan kepada barisan pentadbir sekolah dan juga AJK KEBIRU kerana ingat juga kepada saya, apa yang saya sumbangkan tidaklah berapa sangat kepada sekolah ini. Ini kerana semua warga sekolah sebenarnya memang berminat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. Mohon maaf kepada semua guru atas segala kesilapan sepanjang tahun 2009 ini maklum kadangkala ada menyinggung perasaan samada kata-kata, tingkahlaku dan sebagainya. Sebagai manusia yang kerdil kadangkala kita terbawa-bawa dengan perasaan kita. Hanya Allah Yang Maha Sempurna.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa agar sentiasa diberi keselamatan oleh Allah sepanjang masa. Wassalam.

DOA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KEBIRU 2009


سْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ

Kami berhimpun pada hari ini merafak sembah, mengirim doa, memohon restu, menyatakan setinggi-tinggi kesyukuran pada Mu atas segala nikmat kurniaan yang tidak ternilai.

Engkau Maha Mengetahui Ya Allah, sepanjang tahun 2009, kami telah berusaha sedaya upaya melaksana tugas mendidik anak bangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara, menyampaikan ilmu berdasarkan sukatan pelajaran, berusaha membantu anak murid kami memahami konsep ilmu yang tersirat di sebalik yang tersurat bagi melahirkan hamba-hamba yang taat kepada agama Mu.

Justeru itu Ya Allah, kami mohon agar Engkau ampunkan dosa kami sekiranya kami tersilap dalam memberi makna, tersalah dalam menghurai fakta, terlanggar batas tutur kata dan adab bicara, tersasar dari landasan kebenaran, tersalah anggap terhadap anak didik kami dan kurang memahami kehendak mereka serta tidak berupaya menarik minat mereka supaya cintakan ilmu yang menjadi tugas utama profession kami.

Sekiranya usaha kami pada tahun ini tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya kami curahkan, kami mohon ampun Ya Allah, berkatkanlah rezeki kami, halalkanlah pendapatan kami dan sekiranya masih berkurangan, sudi apalah kiranya Ya Allah Engkau tampungkan dengan ibadat-ibadat sunat serta amalan kebajikan yang kami kerjakan.

Kepada sahabat-sahabat kami yang akan mendirikan rumahtangga, kami mohon Engkau berkatilah mahligai yang akan mereka bina atas dasar taqwa. Ikatlah hati mereka dengan penuh kasih sayang sejati sebagaimana yang telah Engkau rapatkan antara Adam dan Hawa, antara Yusuf dan Zulaikha serta antara junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dengan Sayyidatina Khadijah r.a. Kurniakan mereka dengan zuriat yang saleh dan salehah. Sinarilah kehidupan mereka dengan cahaya kebenaran di sepanjang mereka melayarkan bahtera kehidupan berumahtangga.

Kepada sahabat kami yang akan berhijrah, kami mohon agar Engkau cekalkan hatinya, berikan keselesaan kepadanya di tempat bertugas yang baru, capaikan hasratnya, semoga dengan penghijrahan ini akan lebih memberikan ruang waktu kepada keluarga tercinta.

Kami mohon kepada Mu Ya Rahim, Engkau tunjukkan kami jalan yang benar, tetapkan iman kami, tambahkan kecintaan kami kepada agama Mu, hidupkan kami dengan perasaan kasih ukhuwwah Islamiah, Engkau satukan hati kami, kukuhkan perpaduan antara kami, jadikan kami para guru yang mampu berbincang tanpa berbalah, berbeza pendapat tanpa sengketa, mempunyai jalinan kerjasama yang utuh serta jauhkan kami Ya Allah dari sifat-sifat mazmumah, dengki-mendengki terhadap pencapaian sesama sendiri, bermusuh-musuhan dan berpaling muka, tindas-menindas demi kepentingan diri sendiri sebaliknya Engkau campakkan ke dalam hati-hati kami perasaan ingin membantu agar yang ringan dapat dijinjing dan segala yang berat dapat dipikul secara bersama demi kecemerlangan organisasi kami.

للَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا
وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Wednesday, November 18, 2009

ANALISIS SOLAT TIANG AGAMA SMK DATO MOHD YUNOS SULAIMAN


Responden yang terlibat dalam soalselidik ini ialah seramai 286 orang. Dari bilangan tersebut, 130 responden adalah lelaki sementara 156 orang adalah terdiri dari kalangan pelajar perempuan. Jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 400 orang. Oleh itu, peratusan pelajar yang terlibat dalam soalselidik ini ialah sebanyak 71.5% peratus. Ini disebabkan ada pelajar yang tidak hadir ke sekolah pada hari soalselidik dijalankan.

Responden dalam kajian soalselidik ini dibataskan kepada pelajar Tingkatan Tiga iaitu seramai 156 orang dan selebihnya iaitu seramai 130 orang adalah pelajar Tingkatan Lima. Pemilihan dua tingkatan ini adalah berdasarkan kepada faktor bahawa pelajar Tingkatan Lima akan meninggalkan alam persekolahan sementara pelajar Tingkatan Tiga akan menghadapi peperiksaan PMR dan mereka juga telah tamat Kerja Kursus iaitu Ujian Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) serta Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH). Pelajar Tingkatan Empat akan terlibat dalam soalselidik ini apabila mereka berada di Tingkatan Lima kelak pada tahun 2010.

Seramai 286 orang responden (100%) mengakui bahawa solat adalah wajib ke atas umat Islam. Namun begitu, seramai 276 orang responden (96.5%) mengaku bahawa mereka telah diajar cara melakukan solat dengan betul dan 10 orang (3.5%) sahaja mengaku mereka tidak diajar cara melakukan solat dengan betul. Seramai 270 (94.4%) orang responden mengaku bahawa mereka ingin melakukan solat pada setiap hari sementara 16 orang ((5.6%) mengatakan masih belum berkeinginan untuk melakukan solat setiap hari. 206 orang responden (72%) mengatakan suka melakukan solat pada setiap hari sementara 80 orang (28%) tidak suka mengerjakannya setiap hari. 146 orang responden (51%) mersa susah untuk melakukan solat setiap hari dan 140 orang (49%) mengatrakan mereka tidak berasa susah. 279 orang (97.6%) sedar mereka berdosa kerana tidak menunaikan solat sementara 7 orang (2.4%) tidak merasa berdosa kerana meninggalkan solat lima waktu. Seramai 53 orang (18.5%) tidak terasa apa-apa kesalahan apabila meninggalkan solat sementara 233 responden (81.5%) mengatakan bahawa mereka merasa bersalah apabila meninggalkan solat.

Kajian mendapati semua responden mengetahui bahawa solat adalah wajib bagi semua umat Islam. Namun masih ada responden mengakui mereka tidak diajar cara melakukan solat dengan betul. Walaupun peratusan mereka yang tidak diajar melakukan solat dengan betul hanya 3.5%, tetapi perkara ini agak menghairankan kerana pelajar Tingkatan Tiga dan Lima telah melalui proses pengajaran serta pembelajaran (P & ) serta amali solat sejak dari Tingkatan Satu lagi. Ramai responden juga telah mengikuti sekolah agama Kerajaan Negeri Johor dan Darjah Khas. Bilangan yang sedikit ini tidak menggambarkan kegagalan guru dalam menyampaikan pengajaran solat kepada pelajar.

Peratusan ingin melakukan solat adalah tinggi iaitu sebanyak 94.4%. Dari 286 responden, seramai 270 orang menyatakan ingin melakukan solat. Kesedaran ini tinggi disebabkan oleh faktor pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, suasana serta persekitaran yang memberangsangkan ke arah solat seperti program agama di televisyen, jualan VCD dan DVD solat dan kepentingannya.

Walaubagaimanapun, peratusan bagi item suka melakukan solat adalah rendah jika dibandingkan dengan item ingin melakukan solat. Keinginan melakukan solat disebabkan antaranya ialah faktor hukum wajib yang diketahui tetapi peratusan rendah bagi item suka melakukan solat disebabkan aktiviti seperti bersukan, menonton TV, bermain permainan video dan lain-lain aktiviti yang menghalang pelaksanaan solat.

Terdapat keseimbangan antara responden yang mengatakan bahawa mereka merasa susah untuk melakukan solat dan tidak susah untuk melakukan solat iaitu seramai 146 orang (51%) mengakui susah untuk melakukan solat sementara 140 orang (49%) tidak merasa susah melakukan solat.

Peratusan pelajar yang merasa berdosa apabila meninggalkan solat adalah tinggi iaitu seramai 279 orang (97.6%) dan peratusan pelajar yang merasa bersalah meninggalkan solat ialah 233 orang (81.5%). Perasaan berdosa dan bersalah meninggalkan solat menunjukkan bahawa pelajar masih boleh dibentuk kerana perasaan tanggungjawab sebagai seorang Muslim masih menebal di kalangan mereka.

Sekiranya dibuat perbandingan min, didapati bahawa min yang paling rendah ialah bagi solat maghrib iaitu 1.4161 menunjukkan solat maghrib paling tidak ditinggalkan oleh pelajar diikuti dengan solat isyak 1.6783, solat zohor 1.6853, solat asar 1.7098 dan solat subuh 1.7552.

Didapati bahawa peratusan paling tinggi menunaikan solat setiap hari ialah bagi solat Maghrib di mana seramai 172 (60.1%) melaksanakan solat Maghrib diikuti solat Isyak seramai 107 orang (37.4%), solat Zohor seramai 105 orang (36.7%), solat Asar seramai 100 orang (35%) dan solat Subuh seramai 97 orang (33.9%). Ada di kalangan pelajar yang pergi ke masjid pada waktu Maghrib dan terus melaksanakan solat Isyak di sana. Solat zohor lebih kerap dilaksanakan berbanding solat Asar kerana waktu Asar adalah waktu bersukan dan bermain. Walaupun solat subuh paling tidak kerap dilaksanakan oleh pelajar, masih terdapat seramai 97 orang (33.9%) melaksanakannya setiap hari. Bilangan ini boleh ditingkatkan sekiranya sesuatu usaha kesedaran dilaksanakan oleh pihak sekolah dan juga ibubapa. Masih terdapat pelajar yang tidak pernah melaksanakan solat terutamanya solat Subuh iaitu seramai 27 orang (9.4%) yang tidak boleh boleh diabaikan.

Pelajar yang telah melaksanakan solat mengatakan bahawa mereka tahu dan sedar bahawa solat adalah wajib. Mereka juga berharap solat dapat membantu dalam peperikaan PMR dan SPM. Pelajar dapat merasakan solat dapat memberikan ketenangan jiwa kepada mereka (285 orang-99.7%), mengikut ajaran ustaz/ustazah di sekolah (266 orang-93%), mereka melihat ibubapa solat di rumah (235 orang-82.2%), melihat adik-beradik solat di rumah (201 orang -70.3%) dan ada pelajar yang melaksanakan solat kerana diarah oleh ibubapa (158 orang -55.2%).

Kajian mendapati ramai pelajar masih belum menunaikan solat kerana faktor persekitaran iaitu paling tinggi kerana rakan-rakautama di samping tidak meghafal bacaan-bacaan dalam solat.n tidak menunaikan solat (120 orang-42%), tidak menghafal bacaan-bacaan dalam solat (94 orang-32.9%), ahli keluarga hanya sekali-sekala menunaikan solat (54 orang-18.9%), tidak pernah disuruh menunaikan solat di rumah, dan tidak tahu menunaikan solat (28 orang-9.8%). Peranan ibubapa tidak menyuruh solat di rumah serta rakan sebaya merupakan factor utama di samping tidak menghafal bacaan-bacaan di dalam solat.

Data menunjukkan bahawa harapan dan azam pelajar untuk melaksanakan solat dengan sempurna adalah tinggi.. Peratusan paling tinggi ialah pelajar akan melaksanakan solat dengan sempurna secepat mungkin iaitu seramai 239 orang (83.6%) diikuti dengan azam untuk melaksanakannya dengan sempurna apabila berumur 20 tahun seramai 9 orang (3.1%), apabila berumur 25 tahun seramai 25 tahun 5 orang (1.7%), apabila berumur selepas 40 tahun seramai 5 orang (1.7%), apabila berumur 35 tahun seramai 4 orang (1.4%), apabila berumur 40 tahun seramai 4 tahun (1.4%) dan melaksanakan solat dengan sempurna apabila berumur 30 tahun seramai 3 orang (1.0%). Ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai azam yang sangat tinggi untuk berubah ke arah melaksanakan solat dengan sempurna. Azam yang baik ini akan membolehkan usaha dapat dilakukan agar pelajar dapat menghayati solat dengan sempurna lantaran kesediaan dan niat yang sudah terpahat dalam jiwa pelajar. Insya Allah.


PAKAILAH TUDUNG BETUL-BETUL

Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.

Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.

Bermaksud

“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”

Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semasa sehingga terjadi seperti bonggol unta yakni tinggi membonggok. Mereka dilaknati Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.

Sebenarnya fenomena mendedahkan aurat sudah balik sebelum tahun 1980 an iaitu awal abad 15 hijrah. Pada ketika mula kebangkitan, orang yang mendedahkan aurat dianggap pelik. Pengalaman saya sewaktu berada di UKM dahulu, hendak mencari pelajar Islam yang tidak bertudung seorang dalam sepuluh orang agak payah. Sekarang berlaku sebaliknya. Pada hari ini kalau muslimat yang memakai tudung dan berjubah di pusat membeli belah seolah-olah rusa masuk kampung. Anggapan mereka, bertudung seperti itu tidak mengikut trend. Bertudung ikut syariat nampak tua.

Marilah kita muhasabah diri kita dan ahli keluarga kita supaya menghayati dengan surah al-Nur ayat 31,

“…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; (al-Nur, 31)

Yakni hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala mereka hingga menutupi leher dan dada mereka . Al-Juyub dalam ayat di atas adalah kata jama’ (plural) bagi kalimah al-Jaib iaitu bulatan atau belahan pada bahagian atas baju yang dibuat untuk mamasukkan kepala ketika memakainya (iaitu leher baju). Namun yang dimaksudkan ialah kawasan belahan atau bulatan tersebut pada badan iaitu bawah leher bahagian atas dada di mana kawasan tersebut termasuk dalam aurat yang mesti ditutup maka kerana itu diperintahkan supaya dilabuhkan tudung hingga ke situ. Menurut ulama’ ayat ini sekali gus menjadi dalil bahawa dada dan leher perempuan adalah aurat. Tidak harus dilihat oleh ajnabi dan oleh itu tidak harus didedahkan kepadanya.

Diriwayatkan bahawa Saidatuna Aishah r.a pernah menceritakan “Semoga Allah merahmati wanita wanita Muhajirin yang awal di mana takkala Allah menurunkan ayat ini, mereka segera mengambil kain kain yang ada pada mereka lalu bertudung dengannya

Menurut ahli Tafsir menjadi kebiasaan wanita-wanita pada zaman jahiliah berjalan di hadapan kaum lelaki dalam keadaan terdedah dada leher mereka serta menampakkan lengan mereka. Adakalanya mereka mendedahkan tempat-tempat fitnah pada badan mereka dan melepaskan ekor-ekor rambut mereka bertujuan membangkitkan perasaan ghairah kaum lelaki pada mereka. Apabila memakai tudung kepala , mereka melepaskan kebelakang mereka (yakni ke punggung mereka). Adapun bahagian depan dibiarkan tanpa menutup menyebabkan terdedah leher dan dada mereka.

Apabila datangnya Islam , Allah memerintahkan wanita-wanita beriman agar melabuhkan tudung-tudung mereka ke bahagian depan mereka hingga menutup dada dan leher mereka dan dengan itu selamatlah mereka dari sebarang fitnah dan perbuatan jahat. Oleh itu tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita pada hari ini tidak menepati dengan syara’ kerana ia tidak menutup dada sehingga menimbulkan keghairahan kepada orang lelaki. Begitu juga kalau bertudung tetapi memakai baju yang berlengan pendek dan baju yang ketat. Ini tidak termasuk di kalangan wanita yang beriman dengan surah al-Nur.

Hikmah wanita diwajibkan menutup aurat

Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah mempunyai hikmah atau rahsia yang tersendiri. Antara hikmahnya ialah

1.Untuk menutup pintu fitnah kerana ia merupakan punca tercetusnya keinginan yang ada dalam diri manusia. Apabila keinginan nafsu mempengaruhi hati, biasanya seorang itu hilang pertimbangan akal lalu mudahlah ia melakukan perbuatan mungkar mengikut apa yang diperintah oleh nafsunya.

Sabda Rasulullah SAW

Bermaksud

“Tidak ada selepasku ini fitnah yang lebih bahaya kepada lelaki selain daripada perempuan”

2.Untuk menghindarkan kegiatan maksiat yang berpunca dari mata. Seluruh tubuh wanita atau bahagian-bahagian tertentu dari tubuh lelaki menjadi daya penarik yang mempesonakan pandangan mata kaum pihak yang berlainan jenis. Dari rasa persona itu boleh menajamkan keinginan ke arah melakukan maksiat seperti zina dan sebagainya.

3.Pandangan mata ada kaitan dengan hati. Mata yang selalu melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan atau lelaki menyebabkan hati menjadi gelap. Hati yang gelap tidak dapat ditembusi cahaya nur keimanan, manakala Iman yang lemah tidak dapat melahirkan individu muslim yang benar-benar taqwa. Oleh itu amalan menutup aurat adalah untuk menolong seorang lain daripada terlibat dengan dosa dan menjejaskan imannya akibat memandang aurat yang sengaja didedahkan oleh sipelakunya. Sesungguhnya amat buruk perbuatan seseorang yang kerananya menyebabkan orang lain terpalik dosa.

4.Wanita solehah diperintah menutup aurat dengan sempurna adalah untuk membezakan dengan wanita Islam yang rosak akhlak atau wanita kafir. Wanita-wanita tersebut biasanya tidak tahu menghargai nilai kesopanan diri. Mempamerkan kecantikan tubuh untuk mendapat pujian orang lain adalah menjadi kebanggaan mereka. Demikianlah rendahnya moral mereka. Tabiat ini seharusnya tidak menguasai peribadi wanita-wanita mu’min dan mereka semua diarah menjaga ketinggian maruah diri yang dibentuk oleh Islam menerusi tingkah laku yang baik.

5.Keseluruhan hidup setiap individu Muslim tertakluk kepada disiplin yang ditentukan syarak. Perintah menutup aurat adalah disiplin yang dimaksudkan itu. Di samping mengandungi hikmah tertentu, peraturan mengenai aurat itu adalah sebagai ujian iman ke atas umat Islam untuk mengukur sejauh mana peraturan tersebut dapat dipatuhi. Pengakuan dengan lidah sahaja bahawa ia telah pun beriman sebenarnya tidak akan diiktiraf oleh Allah tanpa lulus ujian amali. Ini dipersyaratkan oleh Allah berbunyi,

Bermaksud,

“Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)” (Al-Ankabut, 29: 2)

Sekiranya seorang itu sanggup patuh kepada disiplin Islam sepanjang hayatnya, maka itu tanda orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan jika sebaliknya, maka ia belum layak lagi menduduki taraf Muslim yang mu’min kerana imannya masih lemah. Seorang yang imannya lemah perlu dipertingkatkan dengan rawatan rohani sebelum dijemput ke alam barzakh. Oleh itu waspada sebelum terlambat.

Bentuk pakaian perempuan yang beriman

1. Harus menutup semua badan, selain daripada yang telah dikecualikan oleh al-Quran dalam firmannya:
“Apa-apa yang biasa tampak” (Al-Nur, 31)

Menurut pendapat yang lebih kuat, iaitu muka dan dua tapak tangan.

2. Tidak nipis sehingga nampak kulit. Sebab sesuai apa yang dikatakan Nabi:

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, yaitu perempuan- perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Muslim)

Maksud berpakaian tetapi telanjang, yaitu: pakaian mereka itu tidak berfungsi menutup aurat, sehingga dapat mensifati kulit yang di bawahnya justru kerana nipis dan sempitnya pakaian itu. Beberapa orang perempuan dari Bani Tamim masuk rumah Aisyah, dengan berpakaian yang sangat tipis, kemudian Aisyah berkata: “Kalau kamu sebagai orang mu’min, maka bukan ini macamnya pakaian orang- orang perempuan mu’min itu.” (Riwayat Thabarani dan lain-lain). Ada pula seorang perempuan yang baru saja menjadi pengantin, dia memakai tudung yang sangat nipis sekali, maka kata Aisyah kepadanya: “Perempuan yang memakai tudung seperti ini berarti tidak beriman dengan surah an-Nur.”

3. Tidak ketat sehingga menampak bentuk anggota badan dan menampakkan bahagian-bahagian yang cukup menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Sedang yang memakainya itu sendiri seperti berpakaian tetapi telanjang.

4.Bukan pakaian yang dipakai oleh orang laki-laki seperti di zaman kita sekarang ini. Sebab Rasulullah s.a.w. pernah melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai laki-laki, dan laki- laki yang menyerupai perempuan. Begitu juga Rasulullah s.a.w. pernah melarang perempuan memakai pakaian laki-laki dan laki-laki memakai pakaian perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w

“Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW melaknati lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan memakai pakaian lelaki”

Kesimpulan

Keseluruhan ulama’ Islam bersepakat bahawa wanita dan lelaki Islam wajib menutup auratnya. Mendedahkan aurat hukumnya adalah haram dan berdosa. Marilah sama-sama kita menghayati surah al-Nur dalam kehidupan keluarga kita dan jamaah kita. Biarlah orang melihat ahli jamaah kita ada tamayyuz (beza) dengan orang lain. Secara tidak langsung akan menarik perhatian masyarakat untuk bersama dengan perjuangan kita.

HARAPAN RAKYAT KEPADA UMNO


TSUNAMI politik pasca Pilihan Raya Umum 2008 memberi impak besar kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN). Kesannya masih terasa sehingga ke hari ini walaupun telah hampir dua tahun berlalu.

Parti-parti utama BN seperti UMNO, MCA, MIC dan Gerakan kini sedang belajar daripada kesilapan lalu dan membina kekuatan untuk bangkit semula dengan lebih gagah dan penuh keyakinan.

Tetapi hanya mereka yang benar-benar kuat dan mempunyai semangat yang tinggi sahaja mampu untuk berbuat demikian. Hasilnya mungkin tidak akan nampak dalam sehari dua.

Memetik kata-kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, jika tidak mempunyai ketahanan dalaman yang tinggi, tidak usahlah menyertai politik.
Semangat inilah yang perlu ada pada setiap pemimpin dan ahli parti-parti komponen BN. Semangat untuk berubah, semangat untuk membuktikan bahawa BN masih relevan dalam arus politik negara, perlu tinggi.

Sehubungan itu, parti mesti diperkuatkan dan penyokong mesti diyakinkan bahawa dengan perpaduan dan semangat kental, segala rintangan akan dapat diatasi.
Dalam masa yang sama, para pemimpin parti komponen pula mesti sanggup membawa perubahan kepada parti masing-masing, dengan matlamat menjaga kepentingan rakyat.
UMNO telah membuktikan kesungguhan tersebut melalui Perhimpunan Agung Khas akhir bulan lepas. MCA masih dalam proses menyelesaikan kemelut dalamannya, begitu juga dengan MIC dan Gerakan.

Sebarang masalah dalaman parti perlu segera diselesaikan dengan bijaksana sebelum ia merebak menjadi barah yang akhirnya membawa padah.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama lagi kerana semakin lama, masalah akan menjadi lebih buruk dan sukar diselesaikan. Jika ini berlaku, perancangan yang dibuat selama ini akan menjadi sia-sia.

Oleh itu, semua pihak perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa parti pemerintah masih mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat dan bukan setakat "cakap-cakap kosong" menjelang pilihan raya.

Usah mengharap sokongan rakyat kepada parti kita jika masalah dalam parti sendiri tidak dapat diselesaikan. Pertelagahan sesama sendiri perlu dihentikan. Fokus kini kepada usaha mengembalikan keyakinan rakyat.

Kekuatan dalaman parti perlu dibina dengan mengenepikan kepentingan peribadi dan soal-soal remeh. Letakkan kepentingan parti lebih daripada segala-galanya.

Pada akhirnya, rakyat akan menilai keikhlasan perjuangan sesebuah parti dan para pemimpinnya. Dan pada akhirnya juga, rakyat yang akan menentukan masa depan parti dan kerajaan.

Walau sehebat manapun sesebuah parti itu, jika sudah rakyat sudah hilang kepercayaan, pemimpin sering bercakaran, lambat-laun ia tidak akan menjadi relevan lagi.

Jadi, sebelum rakyat membuat penentuan, parti-parti komponen BN perlu segera menyahut cabaran untuk berubah selaras dengan kehendak rakyat atau terimalah akibatnya.

KISAH PEMIMPIN TIDAK BERMORAL



Kisah pemimpin terlampau

Oleh HAFIZAHRIL HAMID

ISU moral seringkali melingkari seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk memimpin negara dan masyarakat. Jika moral dan latar belakang seseorang pemimpin banyak dibayangi kisah hitam dan skandal, maka masyarakat sendiri kebanyakannya akan menolak untuk menerima mereka sebagai pemimpin.
Memang benar tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini apatah lagi pada zaman moden sekarang hampir kesemua kita didedahkan secara terbuka dan rambang mata tentang segala perlakuan yang tidak elok sama ada dari sudut agama mahupun budaya.

Sesungguhnya kita sangat bernasib baik kehidupan di negara ini masih lagi dibatasi dengan kepercayaan agama yang menebal apatah lagi norma-norma ketimuran masih lagi utuh di jiwa kebanyakan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum.

Namun di Barat kita sedia maklum tentang kehidupan dan kepercayaan mereka yang semakin terhakis dari nilai keagamaan, semuanya diakibatkan dari tuntutan cara hidup moden yang memungkinkan mereka berbuat apa saja hanya berlandaskan akal dan nafsu.

Maka kita boleh saksikan sendiri bagaimana mereka semakin menolak kepentingan agama dalam kehidupan, hilang kepercayaan kepada institusi perkahwinan dan lebih menakutkan hubungan homoseksual dibenarkan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia.

Malah lebih malang lagi ada pemimpin yang sepatutnya menunjukkan contoh baik serta terpuji kepada masyarakatnya memilih berbangga untuk memberitahu kepada umum bahawa mereka adalah seorang homoseksual.

Bercerita mengenai pemimpin homoseksual satu ketika dahulu kebanyakan mereka ini tidak begitu berani mendedahkan citarasa seks luar tabii mereka. Malah satu ketika dahulu Britain pernah digegarkan dengan skandal seks homoseksual apabila Setiausaha Wales, Ron Davies menjadi menteri pertama dalam kabinet Tony Blair yang meletakkan jawatan. Dalam kejadian yang berlaku pada 1998, akhbar-akhbar melaporkan dia dirompak oleh seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya di sebuah taman di Clapham Common di selatan London.
Taman tersebut amat terkenal sebagai tempat pertemuan lelaki-lelaki homoseksual.
Davies yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun telah diberitakan sebagai biseksual dan menjadi khabar angin di Wales sejak beberapa tahun sebelum itu.
Ini adalah skandal pertama melanda Kabinet Perdana Menteri, Tony Blair, sejak mengambil alih kuasa pada Mei 1997.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri dan kemudian di televisyen, Davies berkata beliau bersalah kerana tersilap pertimbangan.
Cerita Davies dikatakan tidak masuk akal, bermula daripada pertemuan dengan lelaki tidak dikenali di Clapham Common dan berakhir dengan drama rompakan bersenjata serta kecurian keretanya.

Kejadian itu menimbulkan lebih banyak persoalan yang tidak berjawab seperti kenapa Davies bersiar seorang diri di taman dalam cuaca sejuk, basah dan berangin pada tengah malam. Malah jika benar kenapa dia perlu meletak jawatan jika hanya menjadi mangsa jenayah?
Perdebatan

Pendedahan skandal itu telah membuka ruang perdebatan mengenai peranan ahli-ahli politik homoseksual dalam kerajaan.

Akhbar tabloid The Sun telah menuntut Blair mendedahkan bilangan sebenar lelaki homoseksual dalam kerajaannya dengan tajuk muka depan, "Adakah kita diperintah oleh kelompok gay Mafia?"
Akhbar itu mendakwa satu pertiga daripada anggota kabinet Blair adalah pengamal homoseksual.

The Sun membuat desakan tersebut selepas Menteri Pertanian, Nick Brown terpaksa mengakui dirinya juga adalah seorang gay.
Brown terpaksa mendedahkan perkara itu setelah akhbar News of the World mengancam untuk mendedahkan secara terperinci hubungan seksnya dengan seorang lelaki.

Salah seorang anggota kabinet yang turut dinamakan sebagai pengamal homoseksual ialah Setiausaha Kebudayaan, Chris Smith dan Peter Mandelson, sekutu rapat Blair yang menjawat jawatan Setiausaha Perdagangan dan Industri.
Telah terbuka rahsia sebelum Parti Buruh memenangi pilihan raya umum 1997 Mandelson mempunyai kecenderungan seks di luar tabii. Tetapi dia sentiasa cuba memisahkan kehidupan peribadinya daripada tugas sebagai ahli politik dan anggota kabinet kerajaan British.

Masalah

Menurut The Sun kerajaan Blair akan mengalami masalah rumit jika beliau tidak memberitahu perkara yang sebenar. Adakah Britain ditadbir oleh ahli politik, peguam, pembesar istana, tokoh televisyen malah pegawai polis daripada golongan mafia gay?
''Orang awam mempunyai hak untuk mengetahui berapa ramai homoseks yang menduduki jawatan tertinggi. Apa yang dibimbangkan ialah penglibatan rapat mereka dengan pemimpin lelaki dunia berdasarkan kepentingan peribadi," lapor akhbar berkenaan.
Hipokrasi seorang Gabenor New Jersey, James McGreevey yang berselindung di sebalik kebahagiaan hidup berumah tangga terbongkar apabila dia mengumumkan peletakan jawatan pada Ogos 2004.

Peristiwa yang digelar "menggugurkan bom politik" oleh akhbar Amerika Syarikat (AS) kerana McGreevey mendedahkan diri sebagai seorang gay dan mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki walaupun telah berkahwin.
Ketika pengumuman yang turut disertai isterinya, Dina, lelaki yang berusia 47 tahun ketika itu mengakui mempunyai masalah dengan seksualitinya dan ia telah bermula sejak dari kecil.
"Kebenarannya saya merupakan seorang gay Amerika. Namun perbuatan yang telah saya lakukan ini adalah salah, bodoh dan tidak boleh dimaafkan," katanya yang mewakili Parti Demokrat.
Peletakan jawatannya adalah susulan dari saman yang dikeluarkan oleh bekas pembantu keselamatan, Golan Cipel.
McGreevey mempunyai seorang anak perempuan selain turut mempunyai seorang anak perempuan dari perkahwinan terdahulu.

Cerita pemimpin yang terlibat dalam kegiatan homoseksual ini tidak akan lengkap jika kisah bekas Presiden pertama Zimbabwe Canaan Sodindo Banana dimuatkan. Dia yang memegang jawatan tersebut dari April 1980 hingga Disember 1987 merupakan seorang paderi Kristian terkenal namun akhirnya rekod baiknya ini musnah setelah didakwa meliwat berikutan pertuduhan yang dilakukan ketika perbicaraan kes pembunuhan pegawai peribadinya Jefta Dube.
Ketika hayatnya dia bertanggung jawab menyatukan dua parti politik sekali gus membawa kestabilan politik selain mengetuai jabatan agama di Universiti Zimbabwe.
Namun akhirnya Banana dituduh terlibat dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan homoseksual pada 1998.

Banana kemudiannya didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh. Dia kemudiannya melarikan diri ke Afrika Selatan namun diyakinkan oleh Nelson Mandela supaya menjalani hukuman. Banana dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun tetapi dipendekkan kepada hanya enam bulan sebelum dibebaskan pada Januari 2001. Dia akhirnya meninggal dunia akibat kanser namun tetap tidak mengakui terlibat dalam semua pertuduhan dan menganggap apa yang berlaku sebagai cubaan menjatuhkannya walaupun bukti yang ditunjukkan sangat jelas.
Kisah pemimpin homoseksual ini bukanlah sesuatu yang baru namun sejak dahulu lagi perlakuan sebegini sememangnya tidak diterima oleh masyarakat sebagai sebahagian dari norma kehidupan bermasyarakat.

Namun kini pemimpin homoseksual dikatakan semakin mendapat tempat di Barat walaupun secara majoritinya masyarakat mereka sendiri masih tidak menerimanya sebagai sesuatu yang dibenarkan.

Hanya beberapa kelompok pejuang hak asasi homoseksual yang serius memperjuangkan perkara ini dan mereka ini pula mendapat sokongan beberapa pihak dan orang berpengaruh maka mereka ini dilihat sebagai sangat dominan.

Sebenarnya majoriti penduduk di barat dan kebanyakan penduduk dunia masih tidak boleh menerima kegiatan sangat tidak bermoral ini namun mereka seolah-olah dipaksa menerima dengan hati yang yang tidak rela bahawa kelompok homoseksual perlu diterima seperti mana pasangan lelaki dan wanita.

Walaupun kebanyakan mereka ini berasa jijik dengan apa yang berlaku namun kerana terlalu berlandaskan hak asasi manusia serta sokongan beberapa pemimpin bacul yang terlalu takut kehilangan sokongan maka kegiatan homoseksual ini semakin dilihat menjadi-jadi.

Maka kita sebagai manusia yang dianugerahkan tuhan dengan akal dan ilmu pastinya boleh membuat membuat penilaian sendiri apakah pemimpin sebegini layak untuk dijadikan pemimpin untuk membina sebuah negara.

MENGENANG ULAMAK

Ketegasan mufti jadi contoh
Oleh Roosfa Hashim


Hj Said Ibrahim
________________________________________

ALLAHYARHAM Said Ibrahim adalah seorang mufti dan ulama yang telah memperlihatkan sumbangan yang besar dalam menegakkan syiar Islam di negara ini. Rekod perkhidmatannya menampilkan ciri-ciri beliau sebagai seorang pemuka atau pemimpin agama yang giat membimbing dan memandu umat Islam dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.

Sungguhpun telah hampir sedekad meninggal dunia, Haji Said Ibrahim masih diingati kerana dua sifat dan sikapnya, iaitu seorang mufti yang tegas dan ulama terbilang. Ketegasannya amat ketara terutama apabila menetapkan sesuatu hukum, atau semasa menjawab apa juga persoalan dan kemusykilan yang dikemukakan kepadanya. Beliau tidak ragu-ragu menyatakan pendapatnya sungguhpun apa yang dilafazkannya itu memang disedarinya tidak menyenangkan beberapa pihak.

Ulama kelahiran Kelantan pada 1923 ini kemudian mendapat pendidikan di Jambi, dan Tanah Suci Mekah. Jambi adalah tanah tumpah darah kedua-dua orang tuanya yang kemudian merantau hingga ke Kelantan. Apabila orang tuanya kembali ke Jambi, Said mengambil peluang mengaji di pondok di Sumatera khususnya di Jambi. Dari Jambi Said belayar ke Mekah dan mengaji ilmu agama di Masjidil Haram.

Beliau kemudian memulakan kegiatan dakwahnya dengan mengajar di pondok di Kelantan sebelum merantau ke Singapura. Said bersama isteri dan anak sulungnya singgah di Lipis dan menjadi tukang jahit beberapa ketika di situ sementara menunggu tawaran bekerja di Singapura. Di Singapura beliau mengajar di Madrasah al-Hidayah pada sekitar 1954-56 serta menjadi pegawai agama tentera British. Beliau sempat juga menjadi Yang Dipertua, Persatuan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS) antara 1963-68. Banyak kegiatan yang dianjurkan oleh PERGAS sewaktu dipimpin oleh Said.
Dari Singapura Said terbang pula ke Brunei dan mengajar di Sekolah Menengah Arab di Brunei.

Beliau turut terlibat dalam menyusun sukatan pelajaran untuk Maktab Perguruan Agama Brunei ketika itu. Selepas berkhidmat tiga tahun di Brunei antara 1968-71, Said dilantik pula menjadi Pegawai Penerangan Agama di Sabah dan bergerak bersama-sama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Antara 1972-75 Said menjadi Imam Masjid Negara.
Kerana pengetahuannya yang luas dalam hal keagamaan dan hukum-hakam, Said kemudian dilantik pula menjadi Mufti Negeri Sabah antara 1975-78. Ketika itu Said berkhidmat di bawah pentadbiran Datuk Harris Salleh sebagai Ketua Menteri Sabah. Dari Sabah beliau terbang dan kembali berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai Pakar Rujuk berkaitan syariat Islam. Kemudian semasa pentadbiran Datuk Pairin Kitingan, Said dilantik bagi kali kedua sebagai Mufti negeri Sabah antara 1985-89.

Haji Said sepanjang usianya berdakwah tidak langsung menunjukkan minatnya untuk terjun ke dalam arena politik. Meskipun ada sahabat karibnya seperti Tok Jiring yang terjun ke dalam dunia politik dan berjaya mendapat kedudukan yang baik dan kemudiannya dikenang dan diabadikan namanya pada sebuah sekolah di Terengganu, Said langsung tidak pernah terlibat dengan bidang tersebut. Walau bagaimanapun, apabila menyatakan pandangannya tentang hukum hudud beliau tidak pula menyembunyikan pandangannya yang agak kritikal adn berterus terang.
berterus-terang

Sebagai seorang mufti dan pakar rujuk kerajaan, ada ketika pendirian dan pandangannya yang berterus-terang itu menimbulkan polemik dalam kalangan pentadbir dan pemimpin politik dan ada juga yang tidak disenangi. Kadang-kadang kenyataannya yang bersifat politik itu digunakan pula sebagai hujah oleh pihak pembangkang. Said sedar bahawa di pihak kerajaan juga terdapat kesedaran bagi melaksanakan hukum Allah dan kerana itulah beliau berkata benar. Said juga insaf akan kedudukannya sebagai penjawat awam yang terikat dengan pelbagai peraturan.

Pendapat yang dikemukakan oleh Said dalam tulisan-tulisannya terutamanya tentang hukum hudud bukanlah semata-mata bermaksud menyebelahi pembangkang tetapi demi menegakkan kebenaran. Oleh yang demikian pendirian Haji Said ini tidak sepatutnya dilihat sebagai bersikap anti establishment. Pendiriannya yang tidak popular ini lebih didorong oleh sikapnya yang sentiasa berpegang pada kebenaran. Bagi Haji Said, apabila beliau mengkritik kerajaan bukanlah bermakna beliau menentang kerajaan. Tidak ada gunanya jika kita menjadi sokong yang membawa rebah. Memang dalam banyak keadaan kita mesti memilih untuk berubah, jika tidak, kita pasti akan rebah.

Tidak pernah sama sekali kita lihat arwah mengambil jalan tengah semata-mata mahu menyedapkan hati orang tertentu. Beliau menyatakan apa saja kebenaran meskipun pahit untuk ditelan. Demikianlah tegasnya Allahyarham Haji Said Ibrahim dalam menegakkan kebenaran.
Ketegasan Haji Said juga dapat kita lihat dalam beliau menjalani perancangan hidupnya. Setiap kali apabila beliau sudah membuat keputusan, beliau akan menurut apa saja kata hatinya asalkan keputusannya itu diyakininya berada pada landasan syarak. Ketegasannya inilah yang telah menghantarnya jauh hingga ke Makkah meskipun beliau bukanlah datang dari keluarga yang berada.

Demikianlah juga apabila menetapkan hendak ke Singapura dan singgah di Kuala Lipis, beliau mengharunginya dengan yakin dan tabah. Semasa menjadi imam Masjid Negara, beliau pernah memohon cuti untuk mengerjakan haji di Mekah tetapi permohonannya tidak diluluskan atas alasan pentadbiran. Oleh sebab telah memutuskan hendak menunaikan haji sebaik mengetahui permohonannya ditolak dan ini dapat menahan niatnya ke tanah suci, maka, Haji Said terus mengutus surat meletakkan jawatan sebagai imam Masjid Negara. Tidak ada apa yang dapat menghalang niat dan hajatnya kecuali kuasa Allah. Demikianlah ketegasan Said Ibrahim dalam meniti kehidupannya.

Beliau tidak pernah bimbang akan kehilangan pekerjaan kerana Said penuh yakin pintu rezekinya berada pada ketentuan Allah. Tuhan tidak akan melupakan hamba-Nya yang murah hati dengan ilmu. Dengan sedikit sebanyak wang sagu hati yang berikan kepadanya apabila menyampaikan ceramah, wang hasil jualan buku dan honorariumnya menulis di akhbar dan majalah lebih dari cukup untuk beliau menyara hidup lapan orang anaknya dengan serba sederhana.

Sikap kedua yang kental pada Allahyarham Haji Said memang amat langka pada kebanyakan ulama ialah kebolehannya berbahasa Arab dengan fasih, iaitu salah satu bahasa utama di dunia.
Beliau juga memiliki pelbagai minat dan kebolehan selain menjadi mufti beliau juga terus menjadi pendakwah bukan sekadar menjalankan kerja pentadbiran di pejabat. Masanya yang cukup padat diisinya juga dengan menulis dan kemudian menjadi editor, melakukan penterjemahan dan juga menjadi penerbit. Jiwanya mendesak Said agar tekun dan rajin menulis tanpa mempedulikan jadual kerjanya yang memang sudah ketat dengan kuliah, ceramah selain urusan pentadbiran di pejabat. Jika terlalu sibuk, Said menulis berdikit-dikit. Sehari sesuku, lama-lama menjadi buku.

Beliau menguasai ilmu mantik dan ilmu logik, ilmu fikah dan tauhid selain bukunya menunjukkan beliau juga memiliki kepakaran dalam ilmu perbankan. Sepanjang hayatnya beliau telah menulis dan menerbitkan lebih dua puluh judul buku dan kitab. Pada hari ini memang boleh dibilang dengan jari seorang ulama yang memiliki kesemua kebolehan ini. Dengan setiap kebolehan inilah yang menjadi ramuan lengkap menghasilkan resipi terbaik yang melengkapkan peribadi Allahyarham Haji Said Ibrahim muncul sebagai seorang ulama terbilang.

Dalam zaman yang serba moden ini, dengan segala kemudahan berkomunikasi dan jalinan pengangkutan yang serba pantas belum tentu setiap orang bersedia meninggalkan kampung halamannya bertahun-tahun untuk menuntut ilmu di tempat yang jauh. Dengan kemudahan penulisan yang serba mudah berbantukan komputer, belum tentu dapat menjadikan semua orang penulis yang prolifik seperti Said Ibrahim.
terbilang

Kerana sifatnya yang terbilang itulah Said Ibrahim dihargai dan diberikan pengiktirafan. Said yang hanya lulus daripada pondok pengajian di Jambi dan kemudian ke Mekah dianugerahkan sarjana kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya. Pada hujung perjalanan hidupnya beliau berdiri dengan rendah diri di hadapan para sarjana dan cendekiawan pengajian Islam dan pakar pelbagai bidang ilmu yang lain. Pada 1991 Said Ibrahim dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan.

Selain rumahnya yang sebuah di Gombak, Said Ibrahim tidak meninggalkan harta benda dan kekayaan dunia. Beliau meninggalkan anak-anaknya yang soleh. Sedekah jariahnya yang kita ketahui adalah dalam bentuk bukunya yang dirompak lanun penerbitan. Karyanya disalin dan diulang cetak. Haji Said menghalalkan semua itu demi ilmu dan amalnya. Ilmunya juga banyak sudah ditaburkan selama beliau hidup dan kebanyakannya ditulis dan diterbitkan. Itulah harta peninggalannya yang paling berharga. Said Ibrahim berharap ilmu yang ditinggalkannya itu akan dimanfaatkan oleh umat Islam dan generasi akan datang selepas putus hubungannya dengan dunia yang serba fana ini.

Roosfa Hashim ialah pengarah di Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.

REMAJA MELAYU SINGAPURA

Kita dikejutkan dengan cerita kononnya ramai remaja Melayu sudah bersedia untuk menukar agama mereka daripada agama Islam kepada agama Kristian.Nasib masih menyebelahi umat Islam di Malaysia kerana ianya dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu takrifan atau definasi Melayu dikaitkan dengan Islam ..Ini berbeza dengan negara jiran Singapura dan Indonesia. Bacalah tulisan mengenai orang Melayu di Singapura dan krisis identiti remaja Melayu di sana..


KRISIS IDENTITI GENERASI MUDA MELAYU SINGAPURA
Oleh NAZRULLAH ROSLI

GENERASI muda Melayu Islam Singapura kini berdepan dengan krisis identiti yang semakin serius dan bercelaru. Terdedah dengan cara hidup lebih terbuka di negara republik yang mengamalkan dasar liberal itu menyebabkan jati diri mereka seakan terhakis.
Bagi kebanyakan yang berorientasikan pendidikan Barat, cara hidup bersandarkan nilainilai dan budaya kaum itu sendiri semakin dipinggirkan secara ‘halus’ dan bukan menjadi satu keutamaan lagi.
Bahasa, amalan cara hidup bercirikan kemelayuan, aspek budaya tidak lagi menjadi ‘sesuatu’ yang penting.
Pengaruh budaya Barat pula turut memainkan peranan cara bersosial dan kehidupan anak-anak muda Melayu generasi baru di negara itu.
Perkara itu sebenarnya sudah banyak diperkatakan sebelum ini dan bukan benda baru.
Tetapi apabila disuarakan sendiri oleh menteri bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal kira-kira 450,000 masyarakat Melayu Islam Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim, ia sesuatu yang menarik perhatian penulis.
Malah, dalam pertemuan dengan sekumpulan wartawan Malaysia yang menyertai program lawatan anjuran kerajaan negara berkenaan baru-baru ini, pemimpin utama masyarakat Melayu di negara itu mengakui beliau tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya berhubung perkara tersebut.
Katanya, wujud golongan muda Melayu kelas pertengahan di negara itu hampir hilang nilai-nilai budaya dan corak kehidupan ‘Melayu’ mereka, kesan daripada pertembungan budaya bebas.
Kebimbangan Yaacob itu ada asasnya kerana sepanjang penulis berada selama lima hari di negara itu, penampilan anak-anak muda Melayu khususnya yang berpendidikan dan berjawatan tinggi, baik di sektor swasta mahupun pejabat kerajaan kadang-kala amat ‘sukar’ dikenali.
Penulis sempat bertemu dengan Nina Abdul Wahid, gadis Melayu Islam Singapura berusia awal 20-an yang bekerja di pejabat perkhidmatan awam di negara republik itu.
Gadis itu antara ribuan lagi contoh anak Melayu generasi muda masa kini Singapura – bercita rasa baru, moden dan progresif.
Malah seperti anak-anak muda termasuk kaum-kaum lain, Nina terpaksa bersaing dalam sistem terbuka meritokrasi dan layanan sama rata baik dari segi pendidikan, kerjaya dan lain-lain dalam memenuhi tuntutan survival.
Mereka juga merupakan kumpulan sokongan yang menjadi aset penting kepada masa depan pemerintah negara itu.
Penulis akui semua yang ada pada Nina termasuk kebolehan bekerja secara profesional, berkomunikasi, cekap selain fasih berbahasa Inggeris sememangnya hebat bagi gadis tersebut.
Bagaimanapun, ‘kewibawaan’ Nina seperti ada harga yang harus dibayar.
Dalam mengejar profesionalisme, antara disedari atau tidak, gadis itu sebenarnya antara ribuan anak Melayu di negara itu yang diorientasi pemikiran mereka agar lebih bersikap ‘terbuka dan bebas dalam semua hal’ termasuk cara bergaul, bekerja dan bersosial.
Mereka tidak lagi berkomunikasi dalam bahasa ibunda sesama mereka walaupun bersama keluarga. Mereka lebih mengutamakan bahasa Inggeris, malah cara hidup mereka turut berubah beroreintasikan Barat.
Dalam mengejar kemewahan, golongan itu tidak lagi mengamalkan kehidupan Melayu. Malah selera pemakanan dan selera berfesyen juga lebih menjurus kepada ke-Baratan yang dianggap lebih “maju dan ada kelas”.
Malah, Yaacob mengakui masalah itu turut berlaku di dalam keluarganya sendiri apabila anak-anak beliau enggan berkomunikasi dalam bahasa ibunda di rumah.
‘‘Saya terpaksa bercakap bahasa Inggeris kerana anak-anak saya enggan bercakap bahasa Melayu di rumah,” katanya.
Malah katanya lagi, anak-anaknya turut meminta guru mengajar agama dalam bahasa Inggeris.
Bagi golongan anak muda Melayu yang tercicir baik daripada segi akademik dan agama pula, mereka lebih terdedah dengan gaya hidup budaya Barat yang melampau tanpa sebarang ‘gangguan.’
Dalam mengejar kehidupan yang lebih baik, suasana persekitaran yang moden dan pengaruh budaya bebas di sekeliling, kebanyakan generasi muda Melayu moden di negara itu dilihat tidak lagi mempedulikan sifat jati diri dan warisan budaya mereka.
Pada pengamatan penulis, generasi tua Melayu di negara itu masih lagi berpegang kepada cara dan nilai-nilai hidup mereka.
Namun anak-anak Melayu generasi baru dan moden di negara itu yang semakin terhakis identiti dan nilai-nilai ke-Melayuan mereka.
Penulis yang teruja untuk mengetahui sejauh mana sejarah Melayu ‘dipelihara’ di negara itu, sempat dibawa melawat ke Muzium Nasional Singapura.
Tidak dinafikan muzium itu masih menyimpan sebilangan kecil artifak dan juga beberapa dokumentasi sejarah Melayu di Singapura.
Tetapi tidak banyak yang dapat dilihat lebih-lebih lagi kisah sejarah kesultanan Parameswara yang menjumpai Singapura yang dulunya dikenali Temasik.
Hanya filem-filem Melayu klasik termasuk arahan Tan Sri P. Ramlee yang ditonjol dan ditayangkan di bilik-bilik khas di dalam muzium itu bagi membolehkan pengunjung menghayati ‘kisah-kisah silam’ orang Melayu di negara itu.
Kebetulan, dalam menonton slaid filem-filem Melayu klasik itu, penulis teringat filem warna Hang Tuah yang turut ditayangkan.
Ungkapan dialog hulubalang terbilang Melayu itu, “Takan Melayu Hilang Di Dunia” menarik perhatian penulis.
Memang benar kata Hang Tuah, Melayu takkan hilang, tapi bagi generasi muda Melayu Singapura, mereka tetap berhadapan kehilangan identiti, budaya, jati diri malah agama, sekiranya masih leka dibuai kemewahan, keseronokan cara hidup tidak menggambarkan identiti Melayu dalam keterujaan budaya bebas Barat.
Itukah yang dimahukan oleh mereka?
PENULIS ialah Penolong Pengarang Berita
Utusan Malaysia

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009

Saya mengucapkan selamat menempuh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2009 kepada anak-anak pelajar Tingkatan Lima
SMK Dato'Mohd Yunos Sulaiman. Semoga Allah memberikan ketenangan fikiran supaya dapat menjawab soalan dengan baik serta
mendapat kejayaan gemilang. Amin Ya Rabbal Alamin...

ABD MUN'EM BIN MAHMAD MUHTAR

PERBEZAAN MAZHAB

Elok sekiranya kita baca tulisan di bawah ini pada saat dan ketika umat Islam di Malaysia sibuk dengan isu Wahabi dan penangkapan Dr Asri oleh pihak JAIS..moga dapat diambil iktibar daripadanya.

Perbezaan Mazhab: Siapa betul siapa salah
Oleh PROF. DATUK DR. MAHMOOD ZUHDI ABD. MAJID


DR. MAHMOOD ZUHDI ABD. MAJID
________________________________________

SEORANG pembaca menulis e-mel kepada saya bertanya sama ada mazhab Wahabi betul atau salah, dan sama ada ia boleh diamalkan atau sebaliknya. Saya menjawab, mazhab itu sebahagian daripada mazhab-mazhab dalam Islam, malah ia lanjutan kepada mazhab Hambali.

Bagaimanapun di Malaysia ia tidak diperlukan kerana kita sudah ada mazhab Syafie yang terbukti sesuai dengan cara hidup kita sejak zaman berzaman lagi.
Persoalan tentang mazhab ini merupakan persoalan semasa. Ia tiba-tiba lahir setelah sekian lama masyarakat kita tidak berhadapan dengannya.

Dalam persoalan seperti ini tentu sekali ada pro dan kontranya. Kerana ia tidak bersifat hitam putih, tetapi sebaliknya kelabu. Maksudnya, persoalan yang boleh menerima hujah dan alasan sama ada untuk mengatakan ya atau tidak.

Sebenarnya perbezaan pendapat tentang mazhab sudah lama berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimanapun ia lebih bersifat sementara dan akan hilang begitu sahaja selepas beberapa ketika.

Dalam tahun 50-an pernah berbangkit perbezaan pendapat antara kaum Tua dan Kaum Muda. Sengit sekali perbezaan tersebut sampai membawa tuduh menuduh dan kadang kala berkelahi. Namun akhirnya ia hilang begitu sahaja setelah semua pihak merasa puas berbalah.
ada tahun 80-an, timbul pula persoalan tentang mazhab Syiah. Ia dicetuskan oleh kejayaan revolusi Iran di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini.

Persoalan ini menjadi lebih hangat apabila melibatkan soal kafir mengkafir dan sebagainya. Malah ada yang masuk tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerana terlalu celupar sehingga mengancam keselamatan negara.
Bagaimanapun perbalahan ini semakin reda dengan berlalunya masa dan timbul isu-isu lain yang lebih menarik untuk diperbalahkan.

Budaya berbalah

Apa pun ceritanya, perbalahan tentang mazhab sebenarnya sebahagian daripada fenomena dalam budaya berbalah dalam masyarakat kita.
Tidak salah kalau dikatakan, masyarakat kita suka berbalah. Kalau tidak kerana mazhab, kerana politik. Kalau tidak kerana politik, kerana permainan.

Dulu sewaktu saya kecil, di Kelantan ramai orang berbalah kerana permainan kertok, permainan rebana, wau dan sebagainya. Perbalahan itu kemudiannya terhenti dengan begitu sahaja bila timbul isu-isu lain, termasuk politik antara Pas dan UMNO.

Apabila berlaku kerajaan campuran dan kemudiannya penubuhan Barisan Nasional (BN) yang diusahakan bersama oleh Perikatan dan PAS, perbalahan UMNO-PAS pun hapus dengan serta merta.

Hangat

Apabila PAS ditendang keluar daripada BN, perbalahan antara dua parti Melayu Islam itu pun marak kembali. Malah begitu hangat sekali seolah-olah mereka tidak pernah berkawan.
Maksudnya, persoalan yang ada di hadapan kita ialah bukan soal Wahabi atau Salafi atau Syiah atau Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. Apa yang sebenarnya ialah soal budaya suka berbalah sesama sendiri.

Maksudnya, sesama Melayu dan Islam. Dalam sejarah kejatuhan kerajaan Melaka ada dicatatkan, salah satu sebab kota gagah itu jatuh ke tangan Portugis ialah kerana adanya perbalahan dalaman di kalangan orang Melaka sendiri. Mereka asyik berbalah sehingga pertahanan negara terabai.

*Di atas tadi hanyalah petikan sebahagian daripada tulisan Dr. Mahmood yang disiarkan oleh majalah Al Islam keluaran November 2009.

Tulisan Dr. Mahmood itu kemudiannya berkisar tentang persoalan-persoalan yang menarik, antaranya mengapa dahulu terdapat perbezaan pendapat antara para sahabat, Sisters in Islam diibaratkan sebagai pokok yang tumbuh tanpa ditanam dan tiga sebab mengapa Wahabi tidak sesuai diamalkan di negara ini.


Tuesday, November 17, 2009

NOSTALGIA KOLEJ ISLAM KLANG

Dalam perkembangan pendidikan agama Islam di tanahair, penubuhan Kolej Islam sangat signifikan. Ianya menjadi mercu tanda kepada kedaulatan perkembangan Islam itu sendiri.


Segalanya bermula dengan penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM). KIM ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar aliran agama untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Kolej Islam Malaya adalah sebuah pusat pengajian tinggi yang menawarkan Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya yang setaraf dengan B.A. Universiti al-Azhar. Pelajar yang bergraduat dari Kolej Islam Malaya diterima masuk untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti al-Azhar seperti Prof Dato' Dr Haron Din, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan lain-lain lagi.


Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan, Kolej Islam Malaya diserapkan menjadi sebuah fakulti dan dinaiktaraf sebagai Fakulti Pengajian Islam. Kolej persediaan di Klang telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan dijadikan sebuah sekolah berasrama penuh. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SRP ditawarkan ke Kolej Islam Klang.


Saya mula mendengar nama Kolej Islam Klang pada tahun 1975 sewaktu mendengar siaran langsung pertandingan akhir perbahasan bagi merebut Piala Perdana Menteri (PPM). Kepetahan pidato para pembahas dari Kolej Islam Klang sangat memukau. Nama-nama seperti Ilias Zakaria (kini Pengarah Pusat Islam,Fadhlullah Hj Shuib (pernah menjadi calon pilihanraya umum termuda), Othman Desa (bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), Allahyarham Datuk Abd Kadir Daud (Yang Berhormat di Melaka) adalah antara nama-nama yang terkenal. Pembahas-pembahas lain seperti Idris Hj Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat), Hj Shabudin Yahya sedang menempa nama nampaknya dalam arena politik negara.

Mari kita lihat penglibatan alumni Kolej Islam dalam pilihanraya:

Perlis

Dato' Dr Haron Din (PAS) Parlimen Arau
Ustaz Adnan Fadzil (PAS) DUN Guar Sanji

Kedah

Hj Idris Ahmad (PAS) Parlimen Jerlun
Ustaz Nasir Zakaria (PAS) Parlimen Padang Terap
Datuk Othman Desa (UMNO) Parlimen Sik
Dr Mohd Hayati Othman (PAS) Parlimen Pendang
Ustaz AbdGhani Ahmad (PAS) DUN Ayer Hitam
Dr Mohd Rawi Abd Hamid (UMNO) DUN Ayer Hangat, Langkawi
Datuk Hasbullah Lebai Isa (UMNO) DUN Jeneri

Pulau Pinang

Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR) Parlimen Balik Pulau
Hj Shabudin Yahya (UMNO) DU Permatang Berangan

Perak

Ustaz Mohd Ismi Mat Taib (PAS) DUN Belanja
Ustaz Zulkarnain Hassan (PAS) DUN Slim

Wilayah Persekutuan

Dr Lo'Lo' Ghazali (PAS) Parlimen Titiwangsa

Johor

Firdaus Mas'od (PAS) DUN Buloh Kasap, Segamat
Hasanuddin Mohd Yunos (PAS) DUN Rengit

Pahang

Ismail Mohd Said (UMNO) Parlimen Kuala Krau
Ustaz Yusof Embong (PAS) DUN Pancing
Ustazah Nuridah Salleh (PAS) DUN Tahan
Shafik Fauzan Sharif (UMNO) DUN Inderapura

Terengganu

Mohd Fauzi Muda (PAS) Parlimen Setiu
Datuk Hussin Awang (PAS) Parlimen Besut
Shamsul Iskandar (PKR) Parlimen Dungun
Datuk Rosol Wahid (UMNO) DUN Ajil
Mohd Ramli Noh (UMNO) DUN Tepoh
Alias Abdullah (UMNO) DUN Alor Limbat
Senator Nurdiana Shafie (UMNO) DUN Batu Buruk

Kelantan

Dr Asraf Wajdi Dusuki (UMNO) Parlimen Tumpat
Abdul Fatah Mahmood (PAS) Bukit Panau
Datuk Takiyuddin Hasan (PAS) DUN Bunut Payung
Dr Fadzli Hj Hasan (PAS) DUN Temangan

Nostalgia saya sewaktu belajar di KIK terhimbau kembali apabila saya membaca nama-nama yang terlibat dalam politik negara. Ketika itu hanya ada Kolej Islam, belum ada Sekolah Menengah Agama Wilayah dan sekolah-sekolah agama berasrama yang lain.

Hj Idris Hj Ahmad sahabat baik saya sejak dari KIK hinggalah kami bersama-sama melalui zaman remaja berulang-alik ke kuliah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Pernah juga dalam satu pasukan bahas di UKM dalam Debat antara varsiti pada tahun 1986. Ketika itu lagi, saya telah mengagak Idris akan menjadi orang hebat dalam politik satu masa nanti. Tahniah Idris. Semangat anda tidak pernah pudar apatah lagi padam tersirna dek kemilau yang lain. Kepetahan Idris masih berbisa hingga kini. Pemilihan beliau sebagai Ketua Penerangan PAS satu pilihan yang sangat tepat.

Datuk Rosol Wahid satu kelas dengan Idris Ahmad di KIK. Namun kini mereka berdua tidak sehaluan dalam parti politik.

Alias Abdullah satu kelas dengan saya. Beliau belajar undang-undang di UIA dan memang nampak sifat kepimpinan dari dulu lagi. Alias juga mewakili KIK dalam musabaqah tilawah al-Qur'an.

Ramli Noh junior saya di KIK dan juga UKM. Bila pihak pentadbir UKM mahu wajibkan siswa memakai topi keledar dalam kawasan kampus (sebelum itu pemakaian topi keledar tidak diwajibkan dalam kampus), Ramli Noh antara siswa yang terlibat mengadakan demonstrasi menentang peraturan baru itu. Ustaz Ramli pernah menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Persediaan Seksyen 17, Shah Alam dan dengar khabarnya kemudian menjadi pentadbir agama di Terengganu. Saya tidak menyangka Ramli sanggup meninggalkan jawatan pensayarah untuk menjadi kadi kalau tak silap. Setiap manusia punya citarasa tersendiri.

Sebelum itu, nama Yusof Majid, pelajar terbaik matapelajaran Syariah KIK dan menjadi penuntut undang-undang UIA juga pernah menjadi Yang Berhormat.

Nampaknya lulusan Kolej Islam dipandang tinggi di Terengganu hingga diterima pengundi untuk menjadi wakil rakyat.

Hasanuddin Mohd Yunos satu batch dengan saya sewaktu mendaftar di KIK pada tahun 1980, saya beratur di belakang beliau. Bekas pengawas KIK yang kemudian melanjutkan pelajaran ke luarnegara di Tanah Arab. Saya bertemu semula dengannya di UTM Skudai semasa saya bekerja di BTN Johor dan beliau masih sebagai pensyarah.

Datuk Takiyuddin Hj Hasan adalah Ketua Pelajar KIK pada tahun 1981. Waktu itu saya di Tingkatan Lima. Saya berjumpa semula dengan beliau dalam Konggres Mahasiswa anjuran BTN dan UUM kalau tak silap pada tahun 2003.

Sewaktu saya melaksanakan kursus kepada Puteri UMNO Bahagian Sembrong di Kem Bukit Sagu, Kuantan, Pahang, saya terjumpa dengan Datuk Shahaniza Shamsuddin yang masih mengenali saya dan berbisik kepada Ketua Puteri UMNO Sembrong, "Itu senior aku"'

Alumni KIK memainkan peranan penting dalam politik negara. Kalau MCKK berbangga dengan Datuk Saifuddin Abdullah, KIK juga tidak kalah dengan pemimpin parti politik yang berkaliber. Semoga ilmu dan tarbiyyah yang ditimba dapat membantu negara mencapai Wawasan 2020. Wujudlah negara Baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur..

Teringat kepada ustaz-ustaz KIK antaranya Ustaz Hussin Unang, Ustaz Hassan Md Yassin, Ustaz Hussin Awang, Ustaz Ku Abd Hamid Ku Abd Majid dan lain-lain...

Abang-abang senior antara lain Dr Zainuddin Jaafar (dengar khabar masih sakit dan saya tak berkesempatan lagi menziarahi), Dr Hazizan Md Noon, Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Bashid Haron (gurubashid) dan lain-lain...ramai juga yang sudah bergelar Doktor Falsafah...












Friday, November 13, 2009

BERGURAU DALAM ISLAM

Ada pandangan yang mengatakan bahawa bergurau boleh menjadikan seseorang itu kelihatan muda sentiasa. Bagaimana pula kalau bergurau itu bertujuan untuk menjatuhkan air muka orang lain?

Diriwayatkan seorang nenek pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Nenek tersebut memohon agar Rasulullah s.a.w. mendoakan agar beliau masuk syurga. Lantas Rasul menjawab orang tua tidak akan masuk syurga. Nenek tersebut menangis dan menyatakan menyesal kerana tidak menerima Islam dalam usia yang lebih muda. Rasulullah s.a.w. kemudiannya menerangkan bahawa baginda hanya bergurau dan apa yang dimaksudkan oleh baginda ialah sesiapa yang masuk ke dalam syurga, dia akan dimudakan seperti usia remaja. Mendengarkan penerangan itu, nenek itu pun merasa gembira dan seronok dengan gurauan baginda.

Rasulullah s.a.w. suka bergurau dengan para sahabat baginda ridhwanullah alaihim menyebabkan baginda mudah didekati dan para sahabat tabah menghadapi pelbagai bentuk dugaan dengan gurauan Rasulullah s.a.w. itu hingga menyebabkan mereka merasa ringan akan penentangan orang Musyrikin ke atas umat Islam.

Khalifah Harun al-Rasyid selalu terkena dengan gurauan Abu Nawas dan kadangkala menyebabkan khalifah merasa sakit hati. Namun apabila Abu Nawas tiada, baginda rindu akan gurauan Abu Nawas hingga menyebabkan baginda tercari-cari pula. Begitulah gurauan boleh meringankan ketegangan dan stress yang dihadapi.

Bergurau tidak ada salahnya malah ia perlu kepada manusia. Islam telah menetapkan bahawa gurauan tidak dibuat keterlaluan hingga menjatuhkan serta memalukan seseorang di khalayak ramai. Menyinggung perasaan orang lain adalah perbuatan yang tidak elok.

Ingatlah sesiapa yang banyak ketawa akan mengurangkan rasa hormat orang lain kepadanya. Oleh itu, berpada-padalah dalam bergurau, lihat masa dan tempat dan berguraulah perkara yang benar sebagaimana gurauan Rasulullah s.a.w.

Thursday, November 12, 2009

MUSOLLA AL-HAKIM

Pada Hari Khamis 12 November 2009, saya menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Musolla al-Hakim di SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru yang dahulunya dikenali sebagai SMK Majidi Baru. Majlis anugerah telah disempurnakan oleh Tuan Hj Supaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor.

Majlis diadakan di SMK Tun Syed Nasir Ismail kerana sekolah ini telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Musolla al-Hakim (Smart Musolla) peringkat Negeri Johor. Majlis penganugerahan tidak diadakan di hotel atau tempat-tempat lain bagi memberi peluang hadirin untuk merasai sendiri kehebatan sekolah yang telah berjaya membolot anugerah.

Semua hadirin bersetuju pilihan panel hakim adalah tepat. Surau atau musolla sekolah ini mempunyai LCD yang boleh digunakan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) atau apa sahaja majlis. Surau dilengkapi dengan alat pendingin hawa, TV dan ditampal dengan nama-nama syurga, nama Nabi-nabi dan Rasul-rasul, nama-nama Allah yang baik (Asma'ul Husna) dan info-info lain yang memikat rasa.

Di bahagian luar surau, diletakkan replika jenazah yang tersimpan di dalam bekas cermin. Replika jenazah yang telah siap dikapan dijadikan sebagai bahan pamiran bagi memudahkan pemahaman pelajar.

Replika Kaabah juga dipamirkan dengan dilabelkan bagi memudahkan pemahaman pelajar terhadap gambaran Baitullah yang menjadi kunjungan jutaan umat manusia yang menunaikan Rukun Islam kelima.

Bersebelahan dengan surau, terdapat replika kubur. Saya kata, "Kecilnya kubur ini mungkin kubur kanak-kanak. Dua pupu saya Ustazah Nabilah Jaafar yang mengajar di situ berkata, "Kubur Kanak-kanak dua tahun." Apa yang anehnya, replika kubur itu tidak menyeramkan sepertimana replika jenazah.

Saya bertanya kepada ustazah yang bersaudara dengan saya itu, "Tidak jadi isu ke replika jenazah ini?" Ini kerana dengar khabarnya ada sekolah yang mempunyai replika kubur sebelum ini akhirnya kubur 'dialihkan' ke tempat lain. Ustazah menjawab, "Pak guard (jaga) pun tidak lalu depan surau pada waktu malam kerana takutkan replika jenazah."

Surau tersebut juga mempunyai laman web sendiri yang boleh diakses.

Satu lagi yang menarik, sebahagian besar perbelanjaan surau lebihkurang RM170,000 diusahakan oleh AJK PIBG. Surau tersebut menelan kos sebanyak RM200,000. RM30,000 diperolehi daripada sumber-sumber yang lain.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru dan semoga ianya menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain. Wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM

Pada Hari Rabu 11 November 2009, saya mendengar ceramah dalam Seminar Pendidikan Islam di SMK Ayer Baloi, Pontian.

Antara pengisian yang terdapat dalam majlis tersebut:

Keutamaan menghadiri Majlis Ilmu:

-satu detik berada dalam Majlis Ilmu seolah mendirikan solat sunat 100 rakaat

-berada dalam satu Majlis Ilmu seolah mendirikan solat sunat 1000 rakaat

-berada dalam satu Majlis Ilmu seolah menziarahi 1000 kematian sedangkan kalau kita mendirikan satu kali solat jenazah ganjarannya adalah sebesar Bukit Uhud. Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada para sahabat," Inilah Bukit Uhud yang aku cinta dan Bukit Uhud pun cinta kepada aku." Seorang sahabat Mus'ab bin Umair seorang pemuda yang kaya akhirnya gugur syahid di Bukit Uhud dalam keadaan kalau ditarik kain untuk menutup kepala maka akan kelihatan kakinya dan kalau ditarik kain untuk menutup kakinya nescaya akan kelihatan kepalanya. Begitulah agungnya Bukit Uhud dalam Islam dan perjuangan Rasulullah s.a.w.

-Hadir dalam satu Majlis Ilmu seperti menziarahi 1000 orang sakit.

Rukun Majlis Ilmu:

-Niat kerana Allah

-Lapang dada untuk menuntut ilmu. Saidina Ali karramallahu wajhah pernah bangun untuk menghormati seorang Yahudi tua. Lalu sahabat bertanya kepada Saidina Ali,"Kenapakah kamu bangun untuk menghormati lelaki Yahudi tua itu?" Ali menjawab,"Dialah guru aku yang mengajar aku ilmu biologi iaitu bagaimana untuk mengenali anjing yang sudah baligh atau belum."

-Sedia bertindak untuk berubah sikap. Sikap yang perlu diubah ialah sikap malas.

Wednesday, November 4, 2009

RELAX KEJAP

Sekarang ini sedang sibuk menanda kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2009 bagi Tingkatan Empat. Banyak nak tulis kalau nak ikutkan. Antaranya perkembangan terkini dalam negara termasuk kes bekas Mufti Perlis.

ABD MUN'EM BIN MAHMAD MUHTAR

Monday, November 2, 2009

HAJI SHAHAR SULAIMAN

Haji Shahar Sulaiman berdakwah menggunakan seni syair

TOKOH yang dibicarakan kali ini masih lagi berkaitan ulama Selangor, yang dipetik daripada Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008 yang diadakan pada 22 November 2008 lalu di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tokoh ulama ini adalah hasil kajian dan penulisan anak-anak beliau sendiri, iaitu Ustaz Ahmad Fauzi dan Ustaz Abd. Muhaimin dengan kerjasama para pensyarah KUIS, iaitu Ustaz Isma Addi Jumbri, Ustaz Kheril Anuar Darus, dan Ustaz Syarul Azman Shahrudin, dengan diberi judul 'Allahyarham Tuan Haji Mohammad Shahar Sulaiman: Ulama dan Tokoh Maal Hijrah 1413 Hijrah'. Hampir keseluruhan data maklumat berkaitan ulama tersebut akan dibicarakan dalam ruangan ini.

Ulama yang terkenal dengan kegigihan dan semangat dalam menyebarkan dakwah ini dilahirkan pada 20 jun 1930 di Kuarters Kastam Pelabuhan Klang. Pada masa tersebut, bapa beliau iaitu Sulaiman Bin Habib masih berkhidmat sebagai Pegawai Kastam di Jabatan Laut, Pelabuhan Klang.

Beliau merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik. Pemergian bapa beliau di kala usia enam tahun menjadikan beliau matang dalam mengharungi kehidupan.
Pendidikan

Haji Mohamad Shahar Sulaiman menuntut ilmu dengan beberapa tokoh ulama yang terkenal di Selangor, antaranya Sheikh Mahmud al-Bukhari yang merupakan tokoh yang banyak melahirkan ulama-ulama di Selangor. Masjid Kampung Kuantan, Klang adalah tempat bersejarah bagi beliau dalam menuntut ilmu, berguru, menghafal al-Quran dan berkhidmat dengan Sheikh Mahmud al-Bukhari tersebut.

Beliau yang terkenal dengan kesungguhan dalam menuntut ilmu ini juga pernah berguru dengan Mufti Selangor yang pertama, Sahib al-Samahah Haji Yusof Shahabudin yang merupakan seorang guru alim yang terkenal di Kampung Jawa, Klang pada masa itu.

Dipercayai beliau banyak mempelajari ilmu tauhid dan tasauf melalui beliau, sehinggakan mampu menguasai dan menamatkan pengajian kitab-kitab dan menghafal pelbagai matan-matan ilmu.

Disebabkan kecintaan yang mendalam untuk menuntut ilmu, beliau masih meneruskan pengajian walaupun setelah menjadi guru agama. Beliau berguru pula dengan Tuan Guru Haji Mohammad Amin yang pernah menuntut di Mekah lebih kurang 12 tahun.
Ulama tersebut juga adalah teman belajar kepada Mufti Selangor yang pertama, yang juga adalah guru beliau. Beliau menuntut ilmu kepada Tuan Guru Haji Mohammad Amin tersebut pada setiap Sabtu dan Ahad di Jeram. Melalui ulama tersebut, beliau banyak mendalami ilmu faraid dan fiqh.

Antara kitab-kitab yang pernah dipelajari beliau ialah; Minhaj al-'Abidin, Pendahuluan Ilmu Faraidh, Fath al-Majid, Hidayah al-Salikin, Matla' al-Badrain, Tafsir ar-Rawi, Tafsir Nur al-Ihsan, Risalah al-Tauhid, Hadith 40, Hayat al-Islam, Amthilah al-Jadidah, Nahwu al-Wadhih dan banyak lagi.

Selain banyak menuntut dalam ilmu-ilmu agama, Haji Mohammad Shahar juga pernah belajar di Sekolah Inggeris di Klang yang kini dikenali sebagai High School Klang. Beliau menuntut di sekolah tersebut sehingga kemasukan Jepun di Tanah Melayu.

Bahkan pengalaman ketika menyanyikan lagu Jepun setiap kali hari persekolahan terutama ketika matahari sedang naik pernah diceritakan kepada anak-anak beliau.
Namun setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu dan ditambah desakan hidup, beliau tidak lagi melanjutkan pelajaran secara rasmi. Menyedari tanggungjawab itu, lantas beliau mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pembantu perubatan dan pernah berkhidmat bersama tiga orang doktor berbangsa Inggeris.

Sungguhpun begitu, kesungguhan beliau untuk menuntut ilmu tidak dilupakan walaupun sudah bekerja. Pada sebelah malam pula, beliau meneruskan pengajian al-Quran bersama Sheikh Mahmud al-Bukhari sehingga berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran.
Keturunan

Pada 12 Syawal 1377 Hijrah bersamaan 1 Mei 1958, Tuan Haji Mohammad Shahar dinikahkan dengan anak sulung guru beliau sendiri iaitu Tuan Guru Haji Mohammad Amin. Hal tersebut adalah hadiah bermakna hasil ketekunan beliau dalam menuntut ilmu dan kepercayaan Tuan Guru Haji Mohammad Amin terhadap beliau.

Pernikahan beliau dengan pasangannya Hajah Khadijah merupakan detik bersejarah yang mana Tuan Guru Haji Mohammad Amin mewakilkan wali untuk upacara akad nikah kepada Tuan Guru Haji Yusuf bin Shahabudin, yang juga adalah guru Haji Mohammad Shahar sendiri.

Hasil dari perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan sepuluh orang anak, iaitu:

Ahmad Fauzi - Lulusan B.A Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Mohd Ghazali - bekerja sendiri

Abdul Muhaimin - Lulusan B.A dan M.A Nadwatul Ulama di Lucknow, India dan kini bertugas di Bahtera Consultant Sdn. Bhd.

Asiah - Lulusan ijazah UKM dan bekerja di Sekolah Hira’, Jeram.

Napisah - suri rumah.

Azizah - Lulusan ijazah Universiti Malaya, dan kini bekerja di Sek. Menengah Kebangsaan Sekinchan.

Abdul Aziz - Lulusan B.A Syariah al-Azhar, Mesir dan pengasas Ma’had Sabil al-Rasyad Li Tahfiz al-Quran.

Mohd Zubir - Lulusan ijazah Jami’atul Iman, Yaman dan bekerja di Sek. Adni Internasional, Gombak.

Mohd Nor - Lulusan B.A Usuluddin, Mesir dan bertugas sebagai penyelaras Masjid JAIS.

Abdul Hafiz - Lulusan B.A Syariah al-Azhar, Mesir dan bekerja di Sek. Rendah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Selangor.

Tokoh Maal Hijrah

Pada awal tahun 90-an iaitu bersamaan 1413 Hijrah, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor. Anugerah tersebut dikurniakan atas hasil usaha dakwah beliau dalam menggalakkan pihak masjid dan masyarakat mengadakan program Qiamulail dan kuliah Subuh di masjid khususnya pada cuti hujung minggu.

Pendekatan dalam berdakwah

Haji Mohammad Shahar menggunakan pendekatan yang unik dan menyentuh perasaan dalam menyampaikan dakwah dan memberikan peringatan kepada masyarakat. Beliau akan membaca al-Quran dengan nada dan lagu yang amat sayu, juga dengan terjemahan ayat al-Quran diikuti dengan alunan syair kesedaran yang mengingatkan tentang kematian.
Bahan-bahan yang biasa disampaikan dalam ceramah dan doa-doa yang diperturunkan kepada murid-muridnya kemudian ditulis semula dengan tulisan tangan oleh Ustaz Rahmat bin Haji Syafie dan dihimpunkan dalam satu risalah yang dinamakan sebagai Da'watul 'Ibad. Risalah tersebut telah diulang cetak beberapa kali, walaupun setelah kembalinya beliau ke rahmatullah, dan permintaan terhadap risalah tersebut berterusan khususnya kepada mereka yang pernah berguru dengan beliau.

Dakwah boleh diumpamakan sebagai darah daging beliau. Di mana sahaja dalam apa jua keadaan dan peluang, beliau akan terus berdakwah dengan mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang insan yang bersemangat dalam menyampaikan dakwahnya walaupun hanya berhadapan dengan seorang pendengar. Bahkan salah seorang anak beliau pernah berkata: "Ketika ayah berbual dengannya, nada ayah seperti sedang berceramah seolah-olah berada di depan khalayak ramai".

Setelah menjelajah seluruh tanah air dan berdakwah di peringkat negeri dan kebangsaan, timbul keinginan beliau untuk berdakwah di peringkat antarabangsa. Beliau menggunakan waktu persaraannya untuk berdakwah sepenuhnya. Kebiasaannya, beliau akan memperuntukkan 40 hari dalam setiap tahun untuk bersama-sama jemaah tabligh di samping menyampaikan ceramah berdasarkan jemputan seperti biasa walaupun berkerusi roda sehinggalah akhir hayatnya. Antara negara yang pernah beliau kunjungi untuk berdakwah adalah Bangladesh, Indonesia, Yemen, Australia dan China.

Kembali ke rahmatullah

Pada hari Khamis, 28 April 2005, kira-kira pukul 1.45 tengah hari, beliau kembali ke rahmatullah selepas mandi dan berwuduk untuk menunaikan solat Zuhur. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tambak Jawa di hadapan mihrab masjid.
Berita pemergian beliau tersebar dengan meluas, termasuklah disiarkan di Radio IKIM. Pada malamnya juga hampir seluruh masjid mengadakan tahlil dan doa agar rohnya mendapat keampunan dan dicucuri rahmat oleh-Nya.