Friday, July 15, 2011

KEPENTINGAN POLITIK MELEBIHI SEGALA-GALANYA



Hebat sungguh manusia yang bernama ambiga ini.

Antara kehebatannya ialah dia berjaya menarik orang Melayu berhimpun di jalanraya untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.

Bagai kuasa magnet dia berjaya melupakan ingatan orang Melayu bahwa dialah orangnya yang mengetuai Majlis Peguam Malaysia tapi tidak faham kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Dia orang kuat IFC iaitu kepada yang telah lupa Suruhanjaya Antara Agama yang kononnya mengajak semua orang termasuk Melayu dengan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Implikasi semua agama sama ialah tidak menghalang kalau Lina Joy ingin menukar agama dan menjadi murtad.

Malangnya, ada pula pemimpin Islam kononnya yang terkenal di peringkat antarabangsa lantaran menjadi agen Yahudi dengan jelas dalam temuramah bersama BBC menyerahkan hak menentukan agama orang Islam kepada hak asasi manusia. Saya tidak akan pernah dapat melupakan apatah lagi memaafkan bila seorang Melayu berkata: "It's her right".

Rupanya kepetahan ambiga berjaya mengalahkan kehebatan berpidato Anwar Ibrahim. Kata-kata ambiga diterima oleh pejuang islam. Tulin kah pejuang islam sebegini?

Kita marah kepada Akbar The Great yang telah memperkenalkan agama yang dinamakan "Din Ilahi". Hebatnya kerajaan Moghul dengan pembinaan Taj Mahal tidak boleh menghalalkan sebarang bentuk penyelewengan aqidah Islamiah.

Kita juga marah kepada Kamal Ataturk kerana atas nama pemodenan bangsa Turki mengajak wanita Turki mempamirkan kecantikan mereka melalui pembuangan pakaian yang menutup aurat. Songkok tarbus yang saya minat peninggalan kerajaan Turki Othmaniyyah disimpan dalam muzium. Kita juga tidak dapat memaafkan Ataturk kerana mengalihbahasakan laungan azan dalam Bahasa Arab kepada Bahasa Turki kononnya supaya lebih difahami.

India dengan Akbarnya, Turki dengan Mustafa Kamal Pasha, sanggupkah nama negara kita Malaysia juga dikaitkan dengan sejarah sebegini?

Maka marilah kita bersama-sama menolak nama Malaysia disenaraikan sama seperti dua tokoh yang kisahnya tidak akan pernah sirna dari lipatan sejarah.

Bukankah ini jihad namanya?

No comments:

Post a Comment