Wednesday, July 27, 2011

BUKAN KERANA ALKOHOL


Seorang kawan saya beberapa bulan dulu mengamuk dan berkata kepada saya:

Apa ni! Ulama tak boleh lah menyusahkan orang nak berniaga!

Saya pun bertanya kepadanya: Apa hal pulak ni!

Jawabnya: Kawan baru dapat bekalan minuman yang terkenal di Negara Arab. Semua Pak Haji yang pergi Mekah dah minum air ni termasuk Haji kat kampong kita ni yang tiap-tiap tahun jadi mutawwif. Tiba-tiba bila minuman sampai ke Malaysia dah jadi haram pulak.

Marah betul kawan kita tu. Minuman ni dah enam tahun ada kat Malaysia takde apa-apa pun, katanya.

Dilaporkan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hingga mencetuskan isu mengenai ‘bir halal’.

Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menghantar sampel empat jenama berlainan minuman berkarbonat diimport dari beberapa negara Asia Barat bagi menjalani ujian terperinci di Jabatan Kimia susulan kekeliruan pengguna Islam terhadap kandungannya.

Ini adalah antara beberapa contoh perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan secara baik tetapi dibesar-besarkan oleh pihak yang berkepentingan. Kita tidak menyalahkan kepentingan perniagaan kerana tidak ada orang yang ingin rugi dalam perniagaan.

Bila ada kenyataan menyebutkan sejenis bir halal dijual di negara kita, asalnya dari negara Arab maka masyarakat mula mencari akar ceritanya.

Kita ketepikan dulu soal berapakah kuantiti yg dibenarkan dalam minuman beralkohol yg terjadi akibat proses semulajadi dlm proses pembikinannya. Sekiranya alkohol itu disengajakan maka hukumnya tetap haram kerana ianya diadakan dengan niat.

Soalnya bila timbul isu bir halal, pada botol produk tersebut tidak terdapat logo halal JAKIM. Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah mempedulikan logo halal tersebut andainya tidak ada cerita mengenainya.

Wajarkah pihak peniaga melemparkan kemarahan dan mengharapkan pihak JAKIM pula menolong meyakinkan pihak pengguna dengan membuat kenyataan bahawa minumannya halal dan tidak perlu ragu-ragu sedangkan pihak pembekal atau pengedar di Malaysia telah enam tahun mengaut keuntungan tanpa pernah mempedulikan produknya tidak pernah mohon sijil halal pun.

Pihak JAKIM pun tidak pernah mengharamkan minuman tersebut hanya sekadar mengatakan bahawa sebarang sijil halal tidak pernah dikeluarkan. Kenapa? Kerana permohonan tidak pernah ditujukan kepada pihak berkuasa yg mengeluarkan sijil.

Bila orangramai sangsi hingga menyebabkan kerugian kerana memang hak mutlak pengguna untuk menjauhkan diri dari sebarang makanan dan minuman syubhah mereka menuduh pihak berkuasa agama sebagai kolot dan tidak mahu bekerjasama. Sekalipun halal tidak semestinya minuman tersebut disukai ramai. Mungkin mereka terasa tiadanya logo halal JAKIM sebagai menyekat larisnya air minuman jualan mereka.

Kononnya bagi memastikan halal maka pihak syarikat mengambil tindakan bersendiri dengan menghantar sampel minuman ke pusat penyelidikan UPM dan UKM. Badan penyelidik kedua buah universiti membuat pengesahan kuantiti kandungan alkohol dan tidak mahu bertanggungjawab menentukan status halal kerana bukan bidangkuasa mereka.

Kalau begitu, pihak Jabatan Pendaftaran Negara perlu memanggil dari rumah ke rumah mengajak orangramai datang ke JPN untuk membuat kad pengenalan atau MyKad sedangkan ibubapa sedar anak mereka akan menghadapi kesulitan termasuk tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan lantaran tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

Pihak JK Fatwa Kebangsaan pula bersimpati dan mengambil tanggungjawab menyelesaikan masalah ini walaupun umat Islam mempunyai sangat banyak pilihan minuman lain yang lazat.

Apa yang disebut di sini ialah sebahagian daripada sikap rakyat yang tidak mahu berbincang, mengikut pandangan sendiri, tidak mahu mengalah dan mengambil keputusan sendiri menghantar sampel dan kemudiannya dengan bangga menunjuk keputusan ujian dgn niat menuduh kononnya para ulama tidak biasa dengan minuman mahal. Penghinaan dilakukan tapi tetap mahukan sijil halal utk dilihat oleh pelanggan.

Bagaimana sikap bodoh sombong sebegini juga kelihatan kepada sikap rakyat terhadap agensi kerajaan yang lain seperti Suruhanjaya Pilihanraya misalnya..sekadar berfikir..

Mereka mahu agensi kerajaan mengikut telunjuk mereka..atas alasan pandai dan berpendidikan tinggi kononnya..bila temuduga kerja pun tak berjaya..

No comments:

Post a Comment