Sunday, July 3, 2011
BERSIH PENTING KEPADA ANWAR
Menurut Datuk Nallakurappan ada tiga objektif utama perhimpunan Bersih.
Pertama;
Anwar ingin mengelak dan mengalih pandangan rakyat terhadap kes liwat yang akan disambung bicara pada Julai ini.
Strategi ini selalu digunapakai oleh Anwar. Bila ada sesuatu isu yang melibatkan dirinya, beliau akan cuba mengalih perhatian rakyat kepada isu lain walaupun beliau sedar bahawa isu yang dibangkitkannya tidak benar namun "kekecohan" akan berlaku kerana ianya dapat dimanipulasikan oleh juak-juak tertentu yang boleh menangguk di air keruh. Maknanya peluang untuik tumpang semangkuk dapat diwujudkan oleh beliau dan pihak yang berkepentingan juga dapat mencapai matlamat mereka. Contoh yang jelas ialah Karpal Singh yang satu masa dulu cukup benci dengan Anwar kini sanggup melupakan kata-katanya sendiri mengenai Anwar.
Pada tahun 1997 iaitu setahun sebelum Anwar dipecat dari semua jawatan dalam parti dan kerajaan, Karpal Singh dan Mat Sabu telah mempersoalkan di dalam Parlimen bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Karpal Singh telah mempersoalkan mengapa Kabinet menyimpan seorang pengamal homoseks dalam kerajaan sedangkan kononnya kerajaan BN mendakwa mengamalkan sistem pemerintahan yang Bersih, Cekap dan Amanah.
Mat sabu kemudiannya menyambung orang yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim dan ucapan kedua-dua Ahlli Parlimen ini disambut dengan tepukan bergemuruh daripada Ahli Parlimen pembangkang yang lain. Pada hari ini, mereka berdua telah pusing 360 darjah kerana mendapat peluang untuk menikam kerajaan BN dari depan dan dari belakang seperti yang mereka rasakan namun hakikatnya ianya tidak menjejaskan pemerintahan kerajaan. Matlamat yang sama dapat dikongsi antara 3 orang manusia ini iaitu Anwar, Karpal dan Mat Sabu iaitu sama-sama dapat menyumbang kepada ketidakstabilan negara lantaran Anwar berjaya mengalih perhatian rakyat kepada isu lain.
Teringat kita kepada seorang lagi pemimpin Asia Tenggara yang petah berpidato iaitu Presiden Sukarno yang cuba mengalih kegagalan rancangan ekonomi Indonesia kepada kempen "Ganyang Malaysia". Kaedah mengalihkan perhatian ini mungkin ada dalam pengkajian sains politik.
Anwar juga telah membuka peluang kepada Majlis Peguam Malaysia dan Hindraf berkongsi penentangan terhadap kerajaan BN. Siapakah yang tidak kenal Ambiga yang menyokong murtadnya Lina Joy, menyokong perjuangan IFC yang mengatakan semua agama adalah sama dan menyokong idea kaum India dianaktirikan oleh kerajaan.
Kedua:
Anwar sendiri dapat merasakan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertambah. Malah ada antara mereka yang dulu penyokong kuat Anwar kini sudah beralih arah. Dengan kekecohan yang diciptakan maka diharap agar mereka yang berada atas pagar akan berfikir semula.
Pergolakan dalam PKR dan juga dalam PR menggusarkan Anwar. Lompat parti kerana sudah tidak percaya dengan kepimpinannya dan sokongan yang semakin menurun akibat keterlanjuran Anwar samada dalam kes peribadi ataupun karier politiknya menyedarkannya bahawa PRU 13 adalah penentu kepada mati hidupnya karier politik beliau.
Pendedahan demi pendedahan oleh bekas teman rapat beliau sekadar menyebut beberapa nama seperti Datuk Nalla, Datuk Eskay, adik bongsu Azmin iaitu Ummi Hafilda yang Anwar rapat dengan keluarga Allahyarha Haji Ali telah membuka tembelang sebenar pemimpin nombor wahid itu kononnya.
Ketiga:
Mereka dapat merasakan pilihan raya umum sudah semakin hampir. Justeru Anwar kena buktikan bahawa sokongan terhadapnya masih kuat supaya pihak yang membiayai pergerakan dan partinya akan terus memberikan dana.
Kita juga terfikir bagaimana Anwar and the gang mampu hidup mewah pada zaman ekonomi meleset seluruh dunia. Mungkinkah wujud penaja kewangan hingga beliau seolah-oleh hidup lebih mewah berbanding sewaktu berada dalam kerajaan BN. Apakah pihak penaja telah memberi kata dua kepada Anwar bahawa masa telah terlalu lama diberikan hinggakan saat yang dinanti-nantikan iaitu Anwar menjadi PM masih belum dapat nampak bayangnya. Mungkinkah tempoh masa yang diberikan kepada Anwar oleh pihak penaja kewangnnya tinggal beberapa bulan sahaja iaitu "deadline" ialah pada PRU 13 ini. Maka mahu tidak mahu apa pun perlu diusahakan bagi memastikan kemenangan Anwar hingga menjadi PM terlaksana setelah beberapa kali "16 September" terpaksa dianjak dan ditangguhkan masanya. Deadline semakin hampir, hasilnya masih belum nampak, penaja telah memberikan dana, anda dalam bahaya, sebelum lebih banyak lagi penyelewengan dan kemungkaran didedahkan bertaraf "international" pula...
Apakah kamu tidak berfikir wahai orang-orang yang diberikan nikmat akal......?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment