Sunday, July 10, 2011

SEJARAH HITAM NEGARA?




Mahu tidak mahu suka tidak suka, peristiwa semalam tetap akan tinggal dalam lipatan sejarah negara.

Bagaimana kita melihat kepada peristiwa itu sudah pasti bergantung kepada persepsi masing-masing. Ianya melibatkan set nilai dan juga sistem kepercayaan dalam kita membuat penilaian.

Beberapa sudut pandangan dapat kita utarakan berdasarkan persepsi dan sistem nilai kita masing-masing.

Dalam membuat penilaian, kita tidak harus keliru dengan campur aduk yang tidak perlu.

Contohnya:

1. Benarkah SPR menipu dalam proses pilihanraya negara sejak dari dulu hingga kini?
2. Adakah perjalanan pilihanraya iaitu proses pengiraan undi disaksikan oleh wakil-wakil calon dari semua parti yang bertanding?
3. Benarkah SPR tidak pernah bersedia untuk mengadakan sebarang bentuk rundingan dan perbincangan bagi membaiki keutuhan, keesahan dan kebolehpercayaan perjalanan proses demokrasi di negara ini?
4. Berhakkah demonstrasi diadakan kalau pandangan kita tidak diterima atau masih belum berkesempatan untuk dibincangkan?
5. Bolehkah janji berdemonstrasi secara aman dipastikan tanpa ada sebarang insiden yang mengancam keselamatan negara?
6. Bolehkah kita menyalahkan pihak yang mempunyai autoriti tidak membenarkan permohonan kita kerana kita hanya sebahagian sahaja daripada keseluruhan warganegara di Malaysia ini?

Maka kita menghukum yang zahir sahaja. Perkara yang kita tidak dapat buktikan secara nyata seperti penaja dana kewangan bagi menganjurkan perhimpunan ini datangnya daripada Yahudi kita tangguhkan dulu hingga terdapat bukti jelas serta nyata nantinya.

Kepada Prof Abd Aziz Bari, anda mengatakan bahawa mengadakan perhimpunan merupakan hak yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan..bila perhimpunan yang menjadi hak rakyat itu mengandungi unsur yang mampu mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam seperti yang telah berlaku pun semalam, maka apakah hak pihak pemerintah pula untuk menyuraikan serta menahan mereka yang mendalangi kekacauan dan menghuru-harakan negara dan tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis bagi memastikan perhimpunan berjalan secara aman berterusan sebagaimana yang dijanjikan..

Bukankah pahlawan Melayu dulu menyebut: Tangan yang mencencang maka bahu yang memikul..maka tanggunglah risiko perjuangan..bukan kah itu lebih mulia daripada lari dari medan perjuangan....?

No comments:

Post a Comment