Tuesday, February 14, 2012

KASIH IBU SEPANJANG ZAMAN


Usia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan. Ucapan terima kasih kepadanya hanyalah dengan tangisan sepanjang malam.

Usia 2 tahun, ibu mengajar bermain. Ucapan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggilnya.

Usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Ucapan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Usia 4 tahun, ibu belikan sekotak pensil warna. Ucapan terima kasih dengan contengan di dinding.

Usia 5 tahun, ibu belikan sepasang pakaian baru. Ucapan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Usia 6 tahun, ibu pimpin tangan kita sekolah. Ucapan terima kasih dengan jeritan; Tak Nak! Tak Nak!

Usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Ucapan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Ucapan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Usia 9 tahun, ibu hantar ke sekolah. Ucapan terima kasih dengan ponteng kelas.

Usia 10 tahun, ibu habiskan masa sehari suntuk menemani ke mana sahaja. Ucapan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Usia 12 tahun, ibu suruh buat kerja sekolah. Ucapan terima kasih dengan menonton televisyen.

Usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Ucapan terima kasih dengan menyebut pakaian itu ketinggalan zaman.

Usia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama. Ucapan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Usia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan. Ucapan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila anaknya diterima masuk IPTA. Ucapan terima kasih dengan bersuka ria bersama-sama kawan-kawan.

Usia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Ucapan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Usia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

Usia 21 tahun,ibu cuba beri pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

Usia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati.

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”

Usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan, ucapan terima kasih dengan berpindah jauh darinya.

Usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu zaman ibu dulu ketinggalan zaman.

Usia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

Usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.

Berita kematian ibu bagaikan petir. Sesalan tiada berguna lagi...

No comments:

Post a Comment