Tuesday, February 14, 2012

DUNIA TANPA SEMPADAN MORAL


Pada 17 Jun 2011, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerusi majlis Hak Asasi (UNHRC) telah meluluskan resolusi yang mengiktiraf hak asasi golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

Maka tidak hairan lah bila Tel Aviv menerima Anugerah Bandar Gay Terbaik Dunia 2011 selepas New York, Toronto dan London.

Di Malaysia pula, Ou Yang Wen Feng, 41 tahun paderi gay warga Malaysia telah melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya seorang warga Afrika-Amerika.

Sehubungan dengan itu juga, pada 19 Julai 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz bin Abd Aziz untuk menukar nama dan jantina.

Ianya merebak pula kepada perhimpunan di mana pada 2 November 2011, pihak penganjur telah mengadakan Program Seksualiti Merdeka bertujuan membebaskan golongan LGBT daripada diskriminasi masyarakat bertempat di Kuala Lumpur.

Apakah dengan semangat ini, maka Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan BBC pada 12 Januari 2012 di Mumbai, India menyifatkan undang-undang Malaysia sebagai lapok dan ketinggalan zaman? Dia menyebutkan semenjak Revolusi Perancis, slogan “Liberte”, “Egalite”dan “Fraternite” iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui pemikiran barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapuskan. Maksudnya, manusia bebas melakukan liwat, mereka juga dianggap mempunyai hak yang sama dengan orang lain untuk melakukannya dan golongan ini masih dianggap saudara lantaran itu sebarang bentuk diskriminasi mesti dibenteras”

Kita mesti berusaha agar negara kita tidak menjadi seperti sesetengah negara lain termasuk Amerika Syarikat yang akan menjadi negara ketujuh menerima LGBT.

100 buah syarikat mutinasional (Multinational Companies) juga telah mengiktiraf LGBT seperti Google, Microsoft, Nike dan Starbucks.

Semua agama pada hakikatnya tidak dapat menerima golongan seperti ini sebagai contohnya Steven Andrew, Presiden institusi Paderi Kristian USA mendesak orangramai agar memboikot semua produk Starbucks. Ini menunjukkan bahawa akal yang waras tidak akan dapat menerima perbuatan keji seperti itu. Nilai sebegini berada di luar kewarasan akal manusia.

Mujurlah di Malaysia, terdapat peruntukan undang-undang misalannya dalam Kanun Kesiksaan Seksyen 377A, 377C dan 377D.

Undang-undang Jenayah Syariah juga memperuntukkan bahawa hubungan sejenis seperti liwat dan musahaqah sebagai kesalahan di bawah Seksyen 69 Akta Pembaharuan Perkahwinan 1976. Ia menetapkan perkahwinan dibenarkan hanya antara lelaki dengan perempuan sahaja.

Inikah rupa bentuk warganegara yang ingin kita wujudkan pada tahun 2020 nanti? Lindungi lah kami Ya Allah daripada perbuatan kaum Nabi Lut yang masih ada penggemarnya..

Nauzubillahi min zalik..

No comments:

Post a Comment