Tuesday, February 14, 2012

ANALOGI TRANSFORMASI


Helang sejenis burung yang hebat. Apabila mencecah umur 40 tahun, cakaran helang mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan bengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi berat lantaran bulunya telah tumbuh lebat dan tebal menyukarkannya untuk terbang seperti sebelumnya.

Sang helang terpaksa memilih antara dua pilihan samada menempuh kematian atau melalui satu proses transformasi yang sangat menyakitkan selama 150 hari. Tempatnya pula di atas puncak gunung, helang kemudiannya membuat sarang di tepi gaung dan bersendirian di sana.

Dia mematukkan paruhnya pada batu karang sehingga paruh tersebut tanggal dari mulutnya, dengan izin Allah tumbuh paruh yang baru. Kuku-kukunya diketukkan supaya tumbuh kuku yang baru. Seterusnya mencabut bulunya sendiri. Semua nya dilakukan dengan rela sambil menangggung kesakitan yang amat sangat.

Lima bulan kemudian, helang terbang semula dengan paruh, kuku dan bulu yang baru dan paling penting dengan semangat dan tenaga baru. Jangka hayatnya mencecah 70 tahun iaitu dua kali ganda daripada umur dilemanya.

Demikian lah demi kelangsungan bangsa dan tamadun, manusia harus mengorbankan semangat yang lama, budaya yang lapuk serta pemikiran yang sudah ketinggalan zaman namun atas paksi keyakinan yang tidak boleh berubah iaitu aqidah Islamiyyah..

No comments:

Post a Comment