Saturday, February 18, 2012

PERINGATAN UNTUK MANUSIA



Gunung Vesuvius lambang kemegahan negara Italy khususnya bagi kota Naples. Gunung berapi ini juga dikenali sebagai “Gunung Kemalangan”. Kenapa? Kerana sebuah kota yang berada di lerengnya mengalami nasib yang serupa dengan kota Sodom. Kota sodom dihuni oleh kaum Nabi Lut yang suka mengamalkan homoseks.

Pompeii adalah kota kebanggaan masyarakat kelas atasan Kerajaan Romawi dan menjadi lambang kemakmuran. Gaya arkitektur rumah-rumah di sana sungguh memukau. Penduduk Pompeii sangatlah makmur.

Pompeii sangat masyhur karena dua perkara.

Pertama, terdapat arena pertarungan gladiator yang kedua terbesar selepas colosseum di kota Rom. Pertarungan hingga mati ini diadakan untuk hiburan orang kaya.

Kedua, kaum bangsawan Pompeii selalu memaksa budak mereka untuk menjadi pelacur dan mereka kerap dijadikan objek perlakuan homoseksual mereka.

Kekayaan yang mereka miliki menjadikan mereka bergelumang dalam dosa hingga Allah s.w.t. meletupkan Gunung Vesuvius lalu dengan pantas laharnya menenggelamkan kota Pompeii dan semua isinya. Semua penduduk Pompeii tidak sempat melarikan diri.

Pada abad ke-20, sekumpulan ahli arkeologi telah menggali sisa runtuhan dari bawah bertan-tan batu-batu gunung berapi. Penemuannya adalah sejarah berusia sekitar 2000 tahun yang benar-benar terjadi. Oleh sebab bencana ini menimpa Pompeii secara tiba-tiba maka semuanya masih tetap dalam keadaan yang sama seperti 2000 tahun yang lalu.

Maka apa lagi..mari lah kita ambil iktibar daripada kejadian yang berlaku itu..apakah ianya masih tidak mampu menginsafkan kita..wahai penyokong LGBT..

KONSPIRASI ANTARABANGSA


Pemerintah Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara Eropah berusaha untuk menukar kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

Di Iraq mereka mengenakan sekatan dagangan ke atas negara tersebut dan seterusnya memburu Saddam Hussein untuk menukar kerajaan dan usaha mereka berjaya.

Di Iran, mereka menghasut dan membantu Iraq berperang dengan Iran. Walau gagal mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran. Ini boleh menyebabkan harga minyak naik di pasaran dunia.

Berbagai sekatan kewangan dan dagangan dikenakan di samping membantu pemberontakan untuk melawan Kerajaan Syria.

Apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah akan memberi bantuan wang dan senjata kepada pemberontak di negara-negara Arab, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

Di Chile dahulu, agen-agen Amerika membunuh Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, supaya mereka dapat menaikkan Jeneral Pinochet yang disokong oleh mereka.

Mereka juga menggunakan media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat bangkit untuk menggulingkan kerajaan yang tidak disukai oleh Amerika dan Eropah.

Di Indonesia pula, sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

Adakah Amerika juga ingin menukar kerajaan Malaysia kerana tidak menyokong negara haram Israel dan mengkritik beberapa dasar kerajaan Amerika?

Siapakah calon kerajaan boneka Amerika Syartikat di Malaysia? Sendiri mau ingat..

Wednesday, February 15, 2012

MAQASID SYAR'IYYAH


Maksud Maqasid Syar’iyyah ialah tujuan atau matlamat disyariatkan sesuatu hukum dalam Islam. Hukum syara’ merangkumi seluruh ruanglingkup hidup manusia samada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

Hubungan antara sesama manusia juga membincangkan berkenaan dengan hubungan antara rakyat dengan pemerintah (siasah syar’iyyah).

Imam Shatibi menulis dalam bukunya al-Muwafaqat, tujuan disyariatkan hukum (Maqasid Syar’iyyah) adalah untuk memenuhi 3 matlamat iaitu:

1. Dharuriyyat
2. Hajiyyat
3. Tahsiniyyat

Dharuriyyat ialah keperluan asas hidup manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Hajiyyat pula keperluan untuk mengatasi kesukaran hidup seperti memiliki kenderaan.

Tahsiniyyat bermaksud keperluan untuk mendapatkan keselesaan hidup seperti kenderaan dan barangan mewah.

Tujuan utama undang-undang atau hukum Islam ialah untuk memastikan keselamatan manusia bagi melindungi 5 perkara iaitu:

1. Nyawa
2. Akal
3. Agama
4. Kehormatan diri
5. Harta

Bagi maksud menjaga kelima-lima perkara tersebut maka Islam mengharamkan perbuatan membunuh, minum arak, murtad, berzina, mencuri dan merompak. Hukum hadd (hudud) akan diambil ke atas pesalah sekiranya sabit kesalahan.

Tujuan syar’iyyah dapat difahami melalui peruntukan nas yang jelas juga melalui kefahaman nas-nas tertentu serta melalui ijtihad mengikut kaedah-kaedah tertentu yang telah digariskan oleh ahli fiqah (fuqaha).

Penggunaan istilah “tujuan syar’iyyah” lebih meluas dalam bidang siasah atau pemerintahan negara.

Pendapat Ibnu Nujaim, siasah syar’iyyah adalah sebagai tindakan pemerintah demi kebaikan rakyat yang dilihat baik meskipun tiada nas atau dalil yang khusus mengenainya.

Pandangan yang serupa juga dinyatakan oleh Ibnu Aqil bahawa siasah ialah tindakan yang diambil oleh pemerintah yang membawa kepada kebaikan manusia dan menjauhkan keburukan daripadanya sekalipun ia tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak terdapat wahyu Allah padanya.

Beberapa contoh mengenai maqasid syar’iyyah dalam hubungan manusia dengan Allah

(a) Ibadat solat. Maqasid syar’iyyah: mencegah daripada keburukan dan kemunkaran.
(b) Ibadat zakat. Maqasid syar’iyyah: membersih diri dan harta daripada kekotoiran zahir dan batin
(c) Ibadat puasa. Maqasid syar’iyyah: membina diri supaya bertaqwa kepada Allah.
(d) Ibadat haji. Maqasid syar’iyyah: simbol ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah.

Beberapa contoh Maqasid Syar’iyyah dalam hubungan antara sesama manusia

(a) Hubungan persaudaraan sesama Muslim

Allah s.w.t. berfirman mengenai hubungan sesama Muslim maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara maka perbaikilah persaudaraan antara saudara kamu.” Maqasid syar’iyyah hubungan baik sesama Muslim berasaskan aqidah adalah untuk membina kekuatan ummah dan keharmonian hidup bermasyarakat.

(b) Hubungan kemanusiaan dengan bukan Muslim

Allah s.w.t. berfirman mengenai hubungan kemanusiaan antara Muslim dengan bukan Muslim maksudnya:“Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan, kami jadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum supaya kamu berkenalan (antara) satu sama lain, sesungguhnya yang lebih mulia disisi Tuhan kamu ialah yang bertakwa” Hubungan muslim dengan bukan muslim berasaskan hubungan kemanusiaan bagi mewujudkan perpaduan kaum.

(c) Hubungan perkahwinan


Allah s.w.t. berfirman maksudnya,”Kahwinilah kamu wanita yang kamu sukai berdua, bertiga dan berempat, jika kamu bimbang tidak berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja.”

Allah menjelaskan mengenai tujuan (maqasid) pernikahan dalam firmanNya yang bermaksud “Dan diantara ayat-ayatNya ialah Dia menjadikan dari kalangan kamu berpasang-pasangan supaya kamu tinggal bersamanya, menjadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan bertimbang rasa. Sesungguhnya yang demikian itu sebagai tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.”

Perkahwinan bertujuan membina hubungan kasih sayang antara keluarga dan mewujudkan ketenangan dalam hidup rumahtangga selain dari menyambung keturunan.

Pengharaman perbuatan membunuh dan hukuman qisas

Tujuan syar’iyyah ialah untuk menjaga keselamatan nyawa orang lain yang lebih ramai.

Pengharaman zina

Maksud atau maqasid syar’iyyah pengharaman zina ialah untuk membersihkan diri daripada kejahatan serta kehinaan disebabkan perbuatan yang keji tersebut.

Pengharaman arak dan judi

Minum arak dan berjudi merupakan perbuatan yang membawa kepada permusuhan atau perbalahan maka hikmah haramnya adalah untuk mententeramkan hidup manusia dan mengelakkan permusuhan. Jelasnya, Islam mengharamkan arak, judi dan menilik nasib bagi menjauhkan diri daripada gangguan syaitan.

Maqasid syar’iyyah pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w.

Setiap hukum yang Allah s.w.t. tentukan mempunyai maqasid atau tujuannya masing-masing mengikut keperluan manusia berdasarkan ketetapan Allah s.w.t.

Contoh-contoh berikut difahami berdasarkan tujuan-tujuan semasa yang syar’iyy:

1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq membakar orang yang melakukan liwat
2. Khalifah Ali Abi Talib menghukum orang yang liwat dengan mencampakkannya dari tempat yang tinggi
3. Khalifah Umar al-Khattab tidak memotong tangan orang yang mencuri pada tahun kemarau teruk
4. Khalifah Umar tidak memberi wang zakat kepada muallaf apabila umat Islam telah kuat
5. Khalifah Uthman bin Affan telah mengarahkan supaya menulis dan mengumpulkan al-Qur’an dalam satu mashaf.

Tuesday, February 14, 2012

KASIH IBU SEPANJANG ZAMAN


Usia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan. Ucapan terima kasih kepadanya hanyalah dengan tangisan sepanjang malam.

Usia 2 tahun, ibu mengajar bermain. Ucapan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggilnya.

Usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Ucapan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Usia 4 tahun, ibu belikan sekotak pensil warna. Ucapan terima kasih dengan contengan di dinding.

Usia 5 tahun, ibu belikan sepasang pakaian baru. Ucapan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Usia 6 tahun, ibu pimpin tangan kita sekolah. Ucapan terima kasih dengan jeritan; Tak Nak! Tak Nak!

Usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Ucapan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Ucapan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Usia 9 tahun, ibu hantar ke sekolah. Ucapan terima kasih dengan ponteng kelas.

Usia 10 tahun, ibu habiskan masa sehari suntuk menemani ke mana sahaja. Ucapan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Usia 12 tahun, ibu suruh buat kerja sekolah. Ucapan terima kasih dengan menonton televisyen.

Usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Ucapan terima kasih dengan menyebut pakaian itu ketinggalan zaman.

Usia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama. Ucapan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Usia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan. Ucapan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila anaknya diterima masuk IPTA. Ucapan terima kasih dengan bersuka ria bersama-sama kawan-kawan.

Usia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Ucapan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Usia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

Usia 21 tahun,ibu cuba beri pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

Usia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati.

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”

Usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan, ucapan terima kasih dengan berpindah jauh darinya.

Usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu zaman ibu dulu ketinggalan zaman.

Usia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

Usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.

Berita kematian ibu bagaikan petir. Sesalan tiada berguna lagi...

ANALOGI TRANSFORMASI


Helang sejenis burung yang hebat. Apabila mencecah umur 40 tahun, cakaran helang mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan bengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi berat lantaran bulunya telah tumbuh lebat dan tebal menyukarkannya untuk terbang seperti sebelumnya.

Sang helang terpaksa memilih antara dua pilihan samada menempuh kematian atau melalui satu proses transformasi yang sangat menyakitkan selama 150 hari. Tempatnya pula di atas puncak gunung, helang kemudiannya membuat sarang di tepi gaung dan bersendirian di sana.

Dia mematukkan paruhnya pada batu karang sehingga paruh tersebut tanggal dari mulutnya, dengan izin Allah tumbuh paruh yang baru. Kuku-kukunya diketukkan supaya tumbuh kuku yang baru. Seterusnya mencabut bulunya sendiri. Semua nya dilakukan dengan rela sambil menangggung kesakitan yang amat sangat.

Lima bulan kemudian, helang terbang semula dengan paruh, kuku dan bulu yang baru dan paling penting dengan semangat dan tenaga baru. Jangka hayatnya mencecah 70 tahun iaitu dua kali ganda daripada umur dilemanya.

Demikian lah demi kelangsungan bangsa dan tamadun, manusia harus mengorbankan semangat yang lama, budaya yang lapuk serta pemikiran yang sudah ketinggalan zaman namun atas paksi keyakinan yang tidak boleh berubah iaitu aqidah Islamiyyah..

DUNIA TANPA SEMPADAN MORAL


Pada 17 Jun 2011, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerusi majlis Hak Asasi (UNHRC) telah meluluskan resolusi yang mengiktiraf hak asasi golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

Maka tidak hairan lah bila Tel Aviv menerima Anugerah Bandar Gay Terbaik Dunia 2011 selepas New York, Toronto dan London.

Di Malaysia pula, Ou Yang Wen Feng, 41 tahun paderi gay warga Malaysia telah melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya seorang warga Afrika-Amerika.

Sehubungan dengan itu juga, pada 19 Julai 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz bin Abd Aziz untuk menukar nama dan jantina.

Ianya merebak pula kepada perhimpunan di mana pada 2 November 2011, pihak penganjur telah mengadakan Program Seksualiti Merdeka bertujuan membebaskan golongan LGBT daripada diskriminasi masyarakat bertempat di Kuala Lumpur.

Apakah dengan semangat ini, maka Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan BBC pada 12 Januari 2012 di Mumbai, India menyifatkan undang-undang Malaysia sebagai lapok dan ketinggalan zaman? Dia menyebutkan semenjak Revolusi Perancis, slogan “Liberte”, “Egalite”dan “Fraternite” iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui pemikiran barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapuskan. Maksudnya, manusia bebas melakukan liwat, mereka juga dianggap mempunyai hak yang sama dengan orang lain untuk melakukannya dan golongan ini masih dianggap saudara lantaran itu sebarang bentuk diskriminasi mesti dibenteras”

Kita mesti berusaha agar negara kita tidak menjadi seperti sesetengah negara lain termasuk Amerika Syarikat yang akan menjadi negara ketujuh menerima LGBT.

100 buah syarikat mutinasional (Multinational Companies) juga telah mengiktiraf LGBT seperti Google, Microsoft, Nike dan Starbucks.

Semua agama pada hakikatnya tidak dapat menerima golongan seperti ini sebagai contohnya Steven Andrew, Presiden institusi Paderi Kristian USA mendesak orangramai agar memboikot semua produk Starbucks. Ini menunjukkan bahawa akal yang waras tidak akan dapat menerima perbuatan keji seperti itu. Nilai sebegini berada di luar kewarasan akal manusia.

Mujurlah di Malaysia, terdapat peruntukan undang-undang misalannya dalam Kanun Kesiksaan Seksyen 377A, 377C dan 377D.

Undang-undang Jenayah Syariah juga memperuntukkan bahawa hubungan sejenis seperti liwat dan musahaqah sebagai kesalahan di bawah Seksyen 69 Akta Pembaharuan Perkahwinan 1976. Ia menetapkan perkahwinan dibenarkan hanya antara lelaki dengan perempuan sahaja.

Inikah rupa bentuk warganegara yang ingin kita wujudkan pada tahun 2020 nanti? Lindungi lah kami Ya Allah daripada perbuatan kaum Nabi Lut yang masih ada penggemarnya..

Nauzubillahi min zalik..

Wednesday, February 8, 2012

AJARAN SUN TZU



• Kepung musuh jika kekuatan kita 10 kali

• Serang musuh jika kekuatan kita 5 kali

• Pecah belah musuh jika kekuatan kita 2 kali

• Tawar menawar musuh jika kekuatan kita sama

• Cari jalan untuk berundur jika kita lebih lemah dan tinggalkan musuh jika kita semakin lemah

TUNTUTAN PERTUBUHAN CINA MALAYSIA (SUQIU)


Antara tuntutan Suqiu adalah seperti berikut:

1. Mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara Bumiputera/bukan Bumiputera dalam semua bidang.

2. Hapuskan sistem kuota yang berasaskankaum dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.

3. Tambahkan bilangan sekolah rendah Tamil dan Cina di kawasan yang padat dengan penduduk India dan Cina agar hak untuk menerima pendidikan bahasa ibunda bagi pelajar dari kaum berkenaan tidak dirampas.

4. Batalkan rancangan “Sekolah Rendah Wawasan” dan hentikan perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah Cina tidak diubah.

5. Sediakan kelas Bahasa Ibunda Pelajar (POL) dalam kurikulum formal sekolah seandainya terdapat sekurang-kurangnya lima pelajar dari mana-mana kumpulan etnik di mana-mana sekolah.

6. Iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina.

7. Izinkan penubuhan sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina baru dan berikan subsidi untuk perkembangannya.

8. Iktiraf ijazah yang dianugerah oleh institusi yang bertaraf antarabangsa termasuk negara-negara seperti Cina, Taiwan dan sebagainya.

9. Hapuskan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti.

10. Kenalkan dasar kebudayaan dan seni yang lebih liberal dan pluralistik.

11. Berikan layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalam hal penyebaran, perkembangan dan mendapatkan kemudahan rasmi kerajaan serta dilayani dengan saksama oleh media rasmi.

12. Tambahkan peruntukan masa untuk penyiaran berita dalam Bahasa Mandarin.

Tuesday, February 7, 2012

CARA MENJAGA OTAK



1. Mengambil sarapan. Kalau kita tidak bersarapan, kandungan gula dalam darah menjadi rendah dan otak akan kekurangan zat menyebabkan keupayaannya merosot.

2. Mengamalkan pemakanan seimbang. Ini bagi mengelakkan saluran darah pada otak mengeras dan melemahkan keupayaannya.

3. Tidak merokok. Amalan merokok mengecutkan otak dan meningkatkan risiko mengidap Alzheimer

4. Tidak mengambil gula berlebihan. Ia mengganggu proses penyerapan protein dan zat dan seterusnya tubuh badan akan berkurangan zat makanan. Ini mengganggu perkembangan otak.

5. Menghindari pencemaran udara. Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan oksigen. Menyedut udara yang tercemar menyebabkan otak kekurangan oksigen seterusnya mengurangkan kecekapannya.

6. Dapatkan tidur yang cukup. Tidur yang cukup dapat merehatkan otak.

7. Tidak menyerkup kepala ketika tidur. Perbuatan menyerkup kepala ketika tidur boleh menyebabkan kepekatan gas karbon dioksida meningkat dan kepekatan gas oksigen menurun.

8. Tidak menggunakan otak ketika sedang sakit.

9. Jangan kurang berfikir ketika sihat - Senaman untuk otak adalah berfikir dengan serius.

10. Berbual perkara-perkara yang berat dan serius atau berbincang secara ilmiah dapat membantu kecekapan dan perkembangan otak.

Kesimpulannya untuk menjaga otak kita, kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, mendapatkan tidur yang berkualiti, berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia dan akhirat serta sering bertukar-tukar fikiran melalui perbincangan secara intelektual.

FALSAFAH POLITIK PLATO


Bagi Plato, manusia dan negara memiliki persamaan. Oleh itu, apabila manusia baik maka negara pun baik dan maka itu negara yang baik bererti manusianya pun baik; sebaliknya apabila manusia buruk negara pun buruk dan maka itu negara yang buruk bererti manusianya pun buruk. Negara adalah cerminan daripada manusia yang menjadi warganya.

JANGAN PERSENDA KHALIFAH UMAR ABD AZIZ




1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghapuskan DEB menyebabkan ribuan kontraktor dan peniaga Melayu di sana menghadapi saat-saat sukar sehingga terpaksa gulung tikar.

2. Ketua Menteri telah menghapuskan syarat wajib pemaju membina rumah kos rendah yang sudah pasti menyusahkan orang Melayu terutama di bahagian pulau.

3. Rumah ibadat orang bukan Islam tumbuh seperti cendawan selepas hujan sedangkan masjid dan surau lewat disiapkan kerana terpaksa melalui syarat pembinaan yang ketat.

4. Peniaga Melayu terpaksa menutup perniagaan akibat kesalahan yang kecil sahaja sedangkan kerajaan negeri telah membatalkan saman kesalahan meletak kenderaan yang dilakukan oleh kaum Cina walaupun kerugian terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

5. Perbelanjaan Kerajaan Negeri mendadak naik lantaran pembelian arak yang berleluasa dalam majlis rasmi.

6. Ketua Menteri berpindah ke banglo mewah yang bertentangan dengan konsep CAT – kompetensi, kepercayaan dan ketelusan.

7. Kerajaan Negeri telah menukarkan syarat tanah pertanian kepada tanah perkuburan Cina.

8. Tanah seluas 140 ekar di Pondok Upeh, Balik Pulau telah diambil untuk membina Universiti Nanyang, Singapura.

9. Mereka merancang projek pembangunan pelancongan sebagai strategi untuk menghalau orang Melayu keluar dari Balik Pulau.

10. Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dibentuk bagi mengambil alih tanah-tanah waqaf di Pulau Pinang. Tapak perkuburan Islam di Sungai Dua, Pulau Pinang untuk dikomersialkan telah diambil alih dengan kos sebanyak RM1.5 juta daripada Nor Hidayah @ Hidayah binti Mohd Zain.

11. Membiarkan pusat judi, rumah urut dan premis arak berleluasa tanpa kawalan.

12. Peruntukan untuk sekolah tahfiz hanya sebanyak RM 75 ribu berbanding RM10 juta diperuntukkan kepada sekolah vernakular Cina.

13. Golongan faqir miskin beragama Islam dipaksa hadir ke Tokong Dewa Ling Hean Kong Hwa Kwong, Teluk Air Tawar untuk menerima bantuan (hasil kutipan jualan tiket loteri) berbentuk beras dan gula sebanyak 5 kilo, juga kopi dan milo serta angpau sebanyak RM10. Mereka dipaksa untuk menunggu upacara mengadap sami dan berhala tamat sebelum boleh menerima sumbangan disampaikan.

14. Penjawat awam terpaksa memohon kebenaran daripada Ketua Menteri sebelum boleh dinaikkan pangkat ke Gred 48.

15. Melakukan zon semula bagi memecahkan penduduk Melayu supaya tiada suara majoriti Melayu di mana-mana kawasan pilihanraya.

Inilah caragaya pentadbiran seorang yang mengaku mengikut stail pentadbiran Khalifah Umar bin Abd Aziz..merupakan penghinaan kepada tokoh Khalifah Islam tersebut..

Boria Pulau Pinang membawa cerita..yeba..dengan tukang karutnya Mat Sabu..

PANDANGAN PEMIMPIN BUKAN MELAYU TERHADAP KETUANAN MELAYU



1. Ucapan Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA pada 30 April 1969 yang disiarkan dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics On Special Privileges”.

“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return fo this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.”

2. Ucapan Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965.

“Now in 1955, we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two yeras time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines- what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and in East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship..

...and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya, what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens. And so in 1957, for thr whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.. As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country.where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decednt treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

3. Pandangan Prof Emeritus Khoo Kay Kim dalam akhbar Siasah 16 November 2006

“Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa negara ini kerajaan ini diperintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tun Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulannya. Selepas 1957, orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara... jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas 1957 tetapi sudah ada sebelum itu lagi... masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain...” Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu diajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titikberatkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”

KETUANAN MELAYU


SIAPA MELAYU DI MALAYSIA?

Melayu ialah orang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan

• Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibubapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
• Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
(Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan)

PANDANGAN BRITISH TERHADAP KETUANAN MELAYU

Petikan dari buku Leon Comber, Peristiwa 13 Mei, Sejarah Perhubungan Melayu-Cina:

1. Ucapan Sir Hugh Clifford, Pesuruhjaya Tinggi, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam Majlis Undangan Persekutuan tahun 1927.

“Tuntutan orang-orang dagang untuk mewujudkan sistem pemerintahan demokrasi tidak dapat dilaksanakan sungguhpun bilangan mereka itu terbesar. Ini akan mengkhianati orang-orang Melayu.”

2. Laporan W.G.A Ormsby Gore, Timbalan Setiausaha Parlimen Bagi Tanah jajahan ketika melawat Tanah Melayu pada tahun 1928 pula:

“Kedudukan kita di tiap-tiap buah negeri adalah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian..Negeri itu mesti kekal menjadi Negeri-negeri Melayu dan tujuan utama kita dalam pentadbiran negeri-negeri ini mestilah sentiasa menentukan kemajuan para penduduk bumiputera Melayu. Bagi saya, mengekalkan kedudukan, kuasa dan martabat Raja-raja Melayu adalah merupakan dasar utama.”

SIAPA KAUM CINA DAN INDIA?

1. Kaum imigran dibawa sebagai buruh lombong dan estet.
2. Pada mulanya mereka ingin tinggal buat sementara sahaja tetapi akhirnya nahu menetap terus di Tanah Melayu kerana masalah hidup di negara asal.

KONTRAK SOSIAL

1. Kontrak Sosial mengandungi 2 elemen utama:

• Penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat “jus soli” bagi negara yang baru merdeka
• Penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu di negeri ini.

2. Kedudukan istimewa orang Melayu sememangnya telah wujud secara tradisi semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan diiktiraf oleh pihak penjajah sendiri.
3. Kontrak sosial wujud melalui permuafakatan politik para pemimpin Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC).
4. Peruntukan mengenainya dipersetujui dalam Suruhanjaya Reid yang dibentuk pada bulan Mac 1956.
5. Unsur-unsur tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

• Pemerintahan beraja mutlak digantikan dengan Raja Berperlembagaan
• Agama Islam menjadi agama persekutuan
• Kedudukan istimewa orang Melayu menjadi tanggungjawab khas YDP Agong
• Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu

HAK KETUANAN MELAYU

1. Islam adalah agama persekutuan.

Perkara 3 (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

2. Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Persekutuan

Perkara 152 (1) Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa:
• Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
• Tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

3. Hak istimewa kaum Melayu/Bumiputera

a. Perkara 153(1) Hak Istimewa Kaum Melayu/Bumiputera

Menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
• Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu diberi hak dan keistimewaan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Apa yang berbeza ialah pelindung kedudukan istimewa ini diberikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu. (sekarang YDPA).
• Pada tahun 1963, selepas penubuhan Malaysia, kedudukan ini diperluaskan kepada Sabah dan Sarawak.

b. Perkara 153 (2)
Menjadi tanggungjawab YDPA menentukan kadar jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan

c. Perkara 153 (3)
YDPA juga boleh menentukan perizaban kepada Melayu/Bumiputera mengenai biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran dan latihan

d. Perkara 153 (6)
Menjadi tanggungjawab YDPA juga memberi apa-apa arahan am kepada p[ihak berkuasa yang mengeluarkan permit atau lesen kepada Melayu/Bumiputera yang difikirkan patut.

4. Kedaulatan Raja-raja Melayu

Perkara 181

• Subject to the provisions of this Constitution, the sovereignty, prerogatives, powers and jurisdiction of the Rulers and the prerogatives, powers and jurisdiction of the Ruling Chiefs of Negeri Sembilan within their respective territories as hitherto had and enjoyed shall remain unaffected.
• No proceeding whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a state in his personal capacity except in the Special Court established under Part XV.

Saturday, February 4, 2012

MENANAMKAN MINAT MEMBACA


Masyarakat berilmu ialah masyarakat yang membaca. Hakikatnya tidak ada jalan lain bagi merealisasikan pembinaan budaya ilmu melainkan mewujudkan keghairahan membaca bagi mengisi ruang kepuasan serta naluri ingin tahu manusia sendiri.

Peranan ibubapa

Minat membaca bermula dari rumah. Ibubapa seharusnya terlebih dahulu menjadi role model kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih mudah dibentuk sekiranya minat membaca ini ditunjukkan oleh ibubapa mereka.

Perancangan yang bermula dari peringkat awal akan memudahkan ibubapa menanamkan minat membaca ke dalam diri anak-anak.

Peruntukan keluarga lebih baik diutamakan untuk membina suasana membaca di rumah daripada menyediakan peralatan hiburan yang canggih.

Ibu bapa boleh menyediakan sesi khas lebihkurang selama 15-30 minit setiap hari untuk membacakan buku buat si kecil yang baru lahir hingga ke usia lewat remaja.

Sesi ini dipanggil Read-A-Loud yang menggunakan kaedah membaca sambil bercerita mengikut intonasi dan gaya yang menarik. Walaupun sesi ini singkat namun ianya berkesan dengan dipenuhi perasaan kasih sayang serta suasana yang tenteram. Aktiviti ini mampu mengikat tali silaturrahim yang lebih akrab antara ibubapa dengan anak-anak.

Selain daripada membaca buku-buku sahaja, sesi latihan membaca boleh dijalankan dengan lebih kreatif seperti ibubapa meminta anak-anak mengeja dan membaca kad imbasan (flash kad), label, jenama, papan notis dan kenyataan, surat khabar, bil, sesi permainan komputer, majalah, brosur dan sebagainya bagi mempelbagaikan bahan demi merangsang minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Kaedah pelaksanaan

Anak baru lahir hingga usia tiga bulan

Buku-buku bergambar dan objek berwarna merah, hitam dan putih adalah paling sesuai dengan si kecil bagi memupuk daya fokus buat permulaan.

Dari usia empat hingga 12 bulan

Buku-buku yang diperbuat daripada fabrik lembut amat sesuai digunakan beserta gambar sebenar objek dan gambar ilustrasi sebagai bandingan buat si kecil memahami alam sekitarnya.

Buku-buku berkonsepkan tauladan, hikayat dan alam semesta amat sesuai digunakan bagi sesi Read-A-Loud.

Usia Satu hingga tiga tahun

Kanak-kanak pada usia ini lebih menggemari cerita-cerita pendek dan intonasi pembacaan yang menyeronokkan.

Usia tiga hingga enam tahun

Buku-buku karya klasik seperti nukilan Dr. Seuss, kisah para nabi dan karya tempatan seperti hikayat dan legenda yang dibacakan mengikut urutan bab setiap hari dapat memikat hati anak-anak.

Usia tujuh hingga sembilan tahun

Novel-novel mini seperti siri Enid Blyton boleh diperkenalkan kepada anak-anak dan diteruskan dengan karya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Datuk Usman Awang, C.S Lewis, J.R.R Tolkie, J. K. Rowling, Kenneth Grahame dan penulis-penulis agung dunia

Pendedahan kepada buku-buku seperti ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak dalam dunia penulisan dan persuratan yang dipenuhi kreativiti dan imaginasi.

Kanak-kanak lelaki pula lebih mudah tertarik kepada bahan bacaan yang bergambar. Ibubapa boleh membantu menanamkan minat membaca dengan membeli komik yang mempunyai jalan cerita yang positif serta menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).

Kesimpulannya, peranan ibubapa sangat diperlukan agar dapat meluaskan skop dan ruang pembacaan seperti buku judul bersiri, buku aktiviti serta buku-buku yang berkaitan dengan sukatan pelajaran di sekolah.

Seorang sahabat yang kesemua anaknya menjejak kaki ke menara gading pernah berkata,” kalau anak-anak suka membaca maka ibubapa sudah boleh menarik nafas lega.”