Selain murid, guru juga mempunyai adab yg mesti diamalkan |
Pertama:
Mempunyai perasaan belas
kasihan dan memperlakukan anak murid sebagaimana anak sendiri. Sabda Rasulullah
s.a.w.:
“Sesungguhnya aku bagi kalian
adalah bagaikan bapa terhadap anaknya.”
Kedua:
Tidak meminta upah mengajar,
tidak bertujuan mencari imbalan ataupun mengharapkan ucapan terima kasih sebaliknya
mengajar semata-mata kerana Allah dan bertaqarrub kepadaNya.
Ketiga:
Tidak meninggalkan nasihat
kepada murid sama sekali seperti melarangnya daripada usaha untuk beralih
kepada satu tingkatan sebelum berhak menerimanya dan mendalami ilmu tersembunyi
sebelum menguasai ilmu yang jelas.guru hendaklah sentiasa memngingatkan amnak
muridnya agar ikhlas menuntut ilmu kerana Allah dan bukannya untuk meraih
pangkat, kekuasaan mahupun harta.
Keempat:
Mencegah anak muridnya
daripada akhlak tercela secara langsung atau terang-terangan, dengan kasih sayang
dan bukan celaan. Kerana terang-terangan boleh mengurangi kewibawaan, dan menimbulkan
keberanian untuk membangkang dan merangsang sikap keras.
Kelima:
Guru yang arif dalam bidangnya
tidak mencela ilmu-ilmu yang bukan bidangnya. Seseorang guru yang khusus pada sesuatu
bidangnya harus memperluaskan pandangan murid pada ilmu-ilmu lain juga. Guru
juga hendaklah memantapkan pengetahuan muridnya terhadap bidang yang diajarnya.
Keenam:
Membataskan ilmu sesuai dengan
kemampuan pemahaman muridnya dan tidak menyampaikan perkara-perkara yang tidak
mampu dijangkau oleh anak muridnya yang boleh membuat anak murid enggan belajar
kerana kemampuan akal manusia terbatas.
Ketujuh:
Kepada anak murid yang
mempunyai kemampuan yang terbatas, sebaiknya disampaikan kepadanya hal-hal yang
jelas dan sesuai dengannya dan tidak disebut kepada anak murid bahawa ada lagi
ilmu yang tidak boleh disampaikan kepada mereka. Ini akan membuat anak murid
hilang minat, membuat hatinya goncang dan menunjukkan bakhilnya penyampaian
ilmu terhadap dirinya sebab setiap orang yakin bahwa dirinya layak menerima
ilmu yang mendalam.
Kelapan:
Guru hendaklah mengamalkan
ilmunya. Perbuatannya tidak mendustakan perkataannya kerana ilmu diketahui
dengan mata hati dan amal diketahui dengan mata.
No comments:
Post a Comment