Amerika Syarikat telah menjadikan "Houla
massacre" atau pembunuhan beramai-ramai di Houla sebagai alasan untuk
campur tangan dalam humanitarian intervention kepada Syria.
Campur tangan kemanusiaan yang
dimaksudkan ialah dengan menghantar bala tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik
Utara (Nato) bagi menyokong pemberontak bersenjata menggulingkan Bashar
Al-Assad.
Rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa |
Menurut kenyataan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), serangan pada 25 Mei 2012 telah mengakibatkan seramai
108 orang terbunuh di Houla termasuk 34 wanita dan 49 kanak-kanak.
Amerika-Israel hanya mahukan minyak
mentah yang banyak bagi menyokong pembangunan tamadun mereka. Penguasaan sumber
minyak dunia membantu Amerika menghalang kebangkitan China sebagai kuasa besar
ekonomi dunia.
Penguasaan Amerika di Syria pula menjamin
keselamatan Israel di Timur Tengah.
Perniagaan senjata membantu ekonomi Amerika Syarikat |
Data "Stockholm International Peace
Research Institute" pada 17 April 2011 menunjukkan perbelanjaan
ketenteraan dunia pada tahun 2011 adalah sebanyak AS$1.738 trilion. Sekiranya 10
peratus sahaja daripada AS$1.738 trilion ini digunakan untuk membeli makanan,
masalah kebuluran dunia dapat diselesaikan. Daripada jumlah tersebut, 41
peratus atau AS$711 bilion adalah dari kerajaan Amerika Syarikat.
Untuk apa tentera Amerika dihantar ke serata dunia |
Berlaku peningkatan perbelanjaan
ketenteraan antarabangsa sebanyak AS$138 bilion pada tahun 2011 berbanding tahun
sebelumnya 2010.
Apa yang merisaukan kita negara-negara
Arab juga tidak ketinggalan dalam menyumbang kepada industri persenjataan dengan
membelanjakan AS$130 bilion bagi membeli senjata dari negara pengeluar senjata.
Bukankah lebih baik wang digunakan untuk membiayai ilmuwan |
Berjayakah dasar luar Obama? |
Kejatuhan kepimpinan Assad membawa kepada
pembentukan "Syria Baru" yang akan menyertai Arab Saudi, Qatar,
Kuwait dan lain-lain negara menjadi pelindung kepada agenda Zionis Israel.
Inilah pola baru politik dunia yang ditunjangi
oleh Amerika Syarikat. Umat Islam mesti bangkit dari mimpi yang didodoi oleh
dajjal dunia.
No comments:
Post a Comment