ASAS PEMIKIRAN ISLAM
PELAJARAN 1 KONSEP KETUHANAN
1. Rububiyyah
ialah keyakinan dalam hati bahawa Allah yang mentadbir semua perkara dan benda di alam ini.
2. Konsep
Rububiyyah
Ø Allah
pencipta, pemilik dan pentadbir alam
Ø Allah
berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya
Ø Kekuasaan
Allah meliputi langit dan bumi
3. Uluhiyyah
ialah mengakui hanya Allah sahaja yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi
secara mutlak.
4. Konsep
Uluhiyyah
Ø Mengakui
hanya Allah yang layak disembah dan ditaati
Ø Paksi
utama tauhid Uluhiyyah ialah dua kalimah syahadah
Ø Orang
yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah dianggap sesat
5. Asma’
Wa Sifat ialah Allah memiliki nama-nama yang indah dan mulia serta memiliki
sifat-sifat yang sempurna.
6. Asma’ul
Husna ialah Allah memiliki nama yang indah dan mulia.
7. Allah
memiliki 99 nama, 41 sifat (20 sifat wajib, 20 sifat mustahil, 1 sifat harus).
8. Fitrah
beragama ialah naluri semulajadi manusia yang mengakui wujudnya Allah.
9. Peranan
agama dalam membina tamadun manusia
Ø Menuntut
penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan Negara.
Ø Mewajibkan
umat Islam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan asas
pembangunan.
Ø Menggalakkan
umat Islam berfikir secara kreatif dan inovatif supaya mampu mencipta sesuatu
yang baru.
Ø Mengatur
peradaban dan akhlak agar hidup bahagia
No comments:
Post a Comment