1. Insan
ialah makhluk istimewa kerana boleh berfikir, menerima ilmu dan berkehendak.
2. Asal
kejadian manusia bermula daripada penciptaan Nabi Adam.
3. Proses
kejadian manusia
Nutfah (persenyawaan) - alaqah
(segumpal darah) - mudghah (seketul daging) - tulang dan daging - janin (Allah
tiupkan roh ketika berusia 4 bulan)
4. Keistimewaan
manusia
Ø Memiliki
akal fikiran untuk berfikir
Ø Dilantik
menjadi rasul untuk membimbing manusia
Ø Berbudaya/bertamadun
yang berusaha meningkatkan taraf hidup
Ø Dilantik
sebagai khalifah untuk memakmurkan alam
Ø Mempunyai
bentuk fizikal yang menarik berbanding makhluk lain
5. Tanggungjawab
manusia
a) Kepada
Allah
Ø Menyembah
Allah untuk memantapkan keimanan
Ø Mentaati
perintahNya seperti solat
Ø Menjauhi
laranganNya seperti tidak minum arak
Ø Bersyukur
atas nikmatNya dengan menggunakan nikmat dengan sebaiknya
Ø Sentiasa
mengingati Allah dengan cara berzikir
b) Kepada
sesama manusia
Ø Memelihara
hak-hak manusia seperti membantu jiran yang susah
Ø Saling
hormat-menghormati agar negara aman
c) Kepada
alam
Ø Memakmurkan
alam seperti membuat pembangunan secara terancang
Ø Memelihara
dan memulihara alam supaya tidak berlaku pencemaran
No comments:
Post a Comment