Meninggal dunia dalam buangan namun tetap dalam perjuangan asal |
Datuk
Seri Najib Tun Razak telah membuat keputusan kerajaan tidak akan mempertimbang
sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng untuk mengebumikan
mendiang di Malaysia. Sebaliknya, Ketua PKM yang meninggal dunia di Bangkok pada
Hari Malaysia yang ke 50, sebuah negara yang ingin dijatuhkan sejak dari muda
hingga usia tuanya akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat
melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan
keselamatan.
Chin Peng
dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20
pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke 89 kelahirannya
iaitu pada 21 Okt, 1924.
Keputusan
kerajaan berdasarkan kepada sejarah lampau kezaliman yang menunjukkan kebencian
yang bersangatan terhadap orang Melayu. Hanya kebijaksanaan pemimpin seperti
Tun Razak yang berjaya melumpuhkan gerakan komunis sekiranya tidak mereka akan
menghapuskan terus orang Melayu di negara ini kerana dendamnya kepada orang
Jepun yang didakwa kononnya memihak kepada orang Melayu dengan layanan yang
baik menurut sangkaan buruk mereka.
Kebenciannya
kepada pemimpin dan orang Melayu membawa kepada keengganan menjadi warganegara
Malaysia. Walaupun dilahirkan di sini dia tidak layak mendapat tempat di
mana-mana bahagian di Tanah Melayu. Maksud penyokong mendiang hanyalah untuk
menyakitkan hati rakyat Malaysia dengan sombongnya untuk menunjukkan bahawa
kerajaan Melayu akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak mereka. Tambahan pula
disokong oleh sebahagian orang Melayu demi survival politik mereka dengan
membawa alasan tidak perlu berdendam kerana ianya kisah silam dan mengajak
orang Melayu memaafkan komunis kononnya sebagaimana orang Melayu dapat
memaafkan bekas penjajah maka ruang kemaafan yang sama juga harus diberikan
kepada pengganas komunis yang telah melakukan kekejaman seperti membunuh,
merogol dan sebagainya. Penjajah seperti Jepun dan British telah meninggalkan negara
ini dan dalam konteks mengisi kemerdekaan, bangsa-bangsa tersebut telah menjadi
rakaniaga melalui hubungan diplomatik yang baik. Berbeza dengan PKM yang tidak
pernah padam niat perjuangan mereka untuk memerintah Tanah Melayu sejak dulu
hingga kini.
Kebijaksanaan
Tun Razak berjumpa dengan Chou En Lai supaya memberi pengiktirafan kepada Kerajaan
Malaysia dan tidak menyokong gerakan bawah tanah PKM telah melumpuhkan niat
busuk Chin Peng. Tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia sebelum ini agar
pengganas PKM menyerah diri dan akan diampunkan telah tidak diterima oleh Chin Peng
dan dia sanggup tidak menjadi warganegara. Ini sudah lebih dari cukup untuk kita menolak jasad
ataupun abu mayatnya daripada berada dalam ruang keharmonian negara yang selama
ini menjadi agenda perjuangannya untuk merosakkan apa yang telah kita bina.
Maka idea
menyamakan PKM dengan bekas penjajah seperti Jepun dan British tidak dapat
diterima kerana skop keganasan yang telah dilakukan. Kebumikanlah di mana
sahaja kalau benar Chin Peng pejuang Komunis yang diiktiraf dunia dan tidak
perlu dikebumikan di Malaysia hanya dengan tujuan untuk “memadankan” muka
rakyat Melayu Malaysia. Kita tidak izinkan bumi bertuah ini menyimpan abu Chin Peng..
No comments:
Post a Comment